The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by addi7535, 2020-06-05 23:35:55

SEJARAH PEKAN KULIM KEDAH

SEJARAH PEKAN KULIM KEDAH

SEJARAH CAWANGAN KULIM

JALAN HOSPITAL LAMA
09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN

BANDAR

Disediakan oleh:

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN

BANDAR KULIM terletak di kawasan tenggara
negeri Kedah Darul Aman dan terletak
berdekatan dengan sempadan negeri Pulau
Pinang yang terletak di barat.

Bandar Kulim merupakan bandar ketiga
terbesar di negeri Kedah Darul Aman selepas
Alor Setar dan Sungai Petani.

Asalnya ia merupakan kawasan penempatan
yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan
tempat yang maju dengan kawasan-kawasan
industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim.

Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung
Malaysia. Penubuhan Taman Teknologi Tinggi
Kulim (atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat
mencetuskan pembangunan pesat di Kulim

SEJARAH BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN

ASAL USUL NAMA
BANDAR KULIM

Nama bandar ini diambil sempena
nama pokok kulim atau nama
saintifiknya Scorocarpus Borneensis Becc
yang tumbuh di merata tempat di
daerah ini suatu masa dahulu.

Pokok kulim ini merupakan sejenis
tumbuhan yang banyak terdapat di
hutan Malaysia serta negara-negara
ASEAN yang lain.
Buah pokok ini biasanya digunakan
sebagai perencah masakan oleh orang
asli di kawasan Tapah, Perak dan
biasanya mengeluarkan buah pada
waktu yang sama ketika musim pokok
durian berbuah.

SEJARAH BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN

LATAR BELAKANG SEJARAH
BANDAR KULIM

Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami
sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu
dengan jumlah 100 orang yang berasal dari
keturunan Melayu Pattani. Menjelang
pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi
tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah.
Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong
Cina beroperasi di Kulim.

Antara kawasan terawal pembukaan daerah
Kulim ialah di Belakang Tebok. Lombong-
lombong bijih timah yang terbesar telah
dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku
Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan
Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun
1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih
timah dengan jumlah pekerja seramai 1500
orang.

SEJARAH BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN

HASIL BUMI DI KULIM

Menjelang pertengahan abad ke-19, Kulim telah
menjadi tumpuan dengan mendadak kerana
penemuan hasil bijih timah. Para pelombong yang
membanjiri Kulim dipercayai adalah pelombong bijih di
kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama di Perak.

Kebanyakan mereka telah melarikan diri dari
kawasan bijih di Perak kerana tidak mahu terlibat
dengan pergaduhan yang sering berlaku antara
Kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering
merebut kawasan yang kaya dengan hasil bumi
itu.
Pada asalnya pelombong-pelombong tersebut
mahu melarikan diri ke Pulau Pinang yang pada
ketika itu merupakan bandar pelabuhan yang
sibuk di utara Tanah Melayu.

SEJARAH BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN

SEJARAH PERANG KULIM
“PERANG NYONYA CANTIK”

Pada tahun 1888 tercetus peristiwa besar
dalam sejarah Bandar Kulim.
Peristiwa ini dikenali sebagai “Perang Kulim”
atau "Perang Nyonya Cantik“.
Kejadian ini dikatakan berlaku apabila taukeh-
taukeh lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh
sesama sendiri kerana merebut seorang
wanita Cina yang cantik untuk dijadikan
wanita simpanan.
Taukeh-taukeh ini telah menggunakan
pekerja-pekerja lombong masing-masing
dalam pergaduhan tersebut yang berlanjutan
bertahun-tahun lamanya dan mengorbankan
banyak nyawa.

SEJARAH BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN

SEJARAH PERANG KULIM
“PERANG NYONYA CANTIK”

Keadaan ini menyebabkan ekonomi dan
kewangan di negeri Kedah merudum.
Insiden Perang Kulim pada tahun1888 ini telah
menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa
meminta bantuan British, seterusnya melantik
seorang pegawai British iaitu B.E Mitchell
sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890.
Hasil campurtangan British, pergaduhan
antara pelombong di Kulim berjaya dileraikan.
Selepas itu, Kulim terus diletakkan di bawah
pentadbiran kerajaan British.
Melalui Perjanjian Bangkok yang dibuat pada
Tahun 1909, pihak British telah menganggap
bahawa Negeri Kedah telah berada di bawah
pemerintahan mereka.

SEJARAH BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN

KULIM DI BAWAH
PENTADBIRAN BRITISH

Pada sekitar tahun 1923, Sultan Abdul Hamid
telah membuat perjanjian dengan British dan
Kedah secara rasminya menjadi negeri di
bawah naungan British.

Sehingga negara kita mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, Kulim terus
ditadbir oleh British melalui beberapa
pegawai daerahnya di mana salah
seorangnya ialah YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia
Pertama dan Bapa Kemerdekaan Negara.

SEJARAH BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN

http://www.mpkk.gov.my/ms/pelawat/info-kulim/page/0/1

SEJARAH BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN

https://www.facebook.com/PerpustakaanAwamKulimKedah


Click to View FlipBook Version