SAMBUTAN
HARI PENGAKAP
DISEDIAKAN OLEH :
ADDI BIN ABU BAKAR
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM
SEKTOR PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN & MAKLUMAT
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
Bahawa Dengan Sesungguhnya ... Saya Berjanji Dan Bersetia ...
Yang Saya ... Dengan Seberapa Daya Upaya Saya ... Akan ...
Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.
Bermula dengan usaha mengumpulkan budak-budak terbiar dan melepak, kemudiannya mengadakan
perkhemahan pertama di Pulau Brownsea pada tahun 1907, telah berjaya menarik minat kanak-kanak
dan remaja untuk mendewasakan diri dan berdikari.
Tahun perkhemahan pertama itulah bermulanya sejarah Pengakap dunia yang dipelopori oleh Lord Lord Baden Powell of Gilwell
Baden Powell of Gilwell (1857-1941) atau lebih mudah disebut sebagai BP. 22 Februari 1857 – 8 Januari 1941
Walaupun BP sudah meninggal pada tahun 1941, tetapi jasanya mendisiplinkan kanak-kanak dan
remaja melalui ilmu kepengakapan tetap dikenang. Tarikh lahirnya pada 22 Februari telah dijadikan
Hari Pengasas Pengakap di seluruh dunia.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
SEJARAH PENGAKAP
MALAYSIA
Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan
Pergerakan ini di England apabila F.C. Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-kanak (cubs) di
Singapura pada 2hb Julai 1910.
Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli
dalam Persidangan Pengakap Sedunia.
Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar
kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
F.C. Sands
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
Ringkasan tahun negeri yang menubuhkan pergerakan Pengakap:
1910 Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett
1913 Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan
1915 Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School
1915 Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930)
1919 Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet
1922 Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield
1926 Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar
1926 Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka
1926 Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith
1926 Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution
1927 Terengganu oleh AJ Gracle
1927 Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong
1928 Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar
1931 Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau
.para pendidik
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar
kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku
Panglima Raja Kelantan).
Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan
bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap
Antarabangsa) pada 1hb September 1957.
Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan
Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.
Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan,
Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan
dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang
ke-50 Pengakap Dunia.
Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja
Persekutuan Pengakap Malaysia.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
LAMBANG PENGAKAP
MALAYSIA
1. Pecahan 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap
iaitu:
(i) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
(ii) Menolong orang setiap masa,
(iii) Menurut undang-undang Pengakap.
2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi negara iaitu agama Islam".
6. Lingkaran tali (biru tua) melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan
Pengakap Sedunia”.
7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
(i) Kuning "Pengakap Kanak-Kanak"
(ii) Hijau "Pengakap Muda"
(iii) Merah "Pengakap Remaja”
8. Anak bulan dan bintang menunjukkan agama rasmi Malaysia, agama Islam.
9. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
LAMBANG PENGAKAP
SEDUNIA
1. Pecahan tiga kelopak : Melambangkan Persetiaan Pengakap yang
tiga, iaitu taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.
2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan
kelopak kanan : Melambangkan Undang-undang Pengakap yang
sepuluh itu.
3. Ikatan putih : Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih : Melambangkan persaudaraan
Pengakap Sedunia.
5. Warna ungu : Warna Biro Pengakap Sedunia.
6. Warna putih : Kesucian dan kebersihan.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
LAGU PENGAKAP KAMI PENGAKAP MALAYSIA
MALAYSIA HARAPAN NUSA DAN BANGSA
BERIKRAR SETIA
PADA PERTIWI TERCINTA
MELATIH GENERASI MUDA
MENJADI INSAN YANG BERGUNA
PERSETIAAN PENGAKAP
TERAS DIPEGANG BERSAMA
MENOLONG ORANG SETIAP MASA
MENABUR BAKTI DI MANA SAHAJA
DEMI TUHAN, RAJA DAN NEGARA
BERBUDI, BERSAUDARA
TAAT MENARUH PERINTAH
KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA
PENGAKAP MALAYSIA………
KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA
PENGAKAP…..PENGAKAP…..PENGAKAP
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
BERPENGAKAP
PENGAKAP
Pengakap merupakan sebuah pergerakan atau pertubuhan sukarela yang tertua di dunia. Ia juga sesuai dianggotai oleh
semua peringkat umur dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat orang tua. PPM01ST
MISI PENGAKAP
Adalah untuk menyumbang ke arah pendidikan golongan remaja, melalui sistem nilai yang berasas kepada Persetiaan dan
Undang-Undang Pengakap dalam membantu pembinaan sebuah dunia yang lebih baik dimana umat mendapat kepuasan
diri sebagai individu dan memainkan peranan membina dalam masyarakat.PPM01ST
WAWASAN DALAM BERPENGAKAP
Melibatkan diri dalam pergerakan pengakap, kita dapat memberikan sumbangan kepada negara, disamping kita juga harus
mempunyai sifat keberanian dan kepintaran. Dalam berpengakap hendaklah secara sukarela dan tidak terdapat perbezaan
tentang penerimaan kemasukkan ahli bagi sesuatu sebab, bangsa, kepercayaan, agama atau golongan.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
MATLAMAT BERPENGAKAP
Ada beberapa sudut yang patut kita lihat dan maksudnya iaitu apa matlamat kita berpengakap dan apa wawasan kita
melibatkan diri di dalam pengakap. Mari kita lihat apa yang ditulis oleh pengasas pergerakan pengakap, B.P. dalam bukunya
iaitu ‘Scouting For Boys’ di dalam ‘Cerita Unggun Api No.1- Apa Itu Pengakap?’.PPM01ST
“Saya percaya setiap budak lelaki mahu membantu negaranya dengan apajua cara yang boleh. Ada satu cara yang senang
sekali berbuat demikian iaitu dengan menjadi seorang Budak Pengakap.
“Seperti yang kamu tahu, seorang pengakap dalam tentera biasanya seorang askar yang dipilih kerana kepintaran dan
keberaniannya pergi mencari di mana musuh berada dan melaporkannya kepada ketuanya.PPM01ST
“Tetapi, selain daripada pengakap dalam masa peperangan, ada juga pengakap dalam masa aman, iaitu orang-orang
menjalankan kerja masing-masing yang juga mesti berani dan pintar.”
Ada dua matlamat yang diselitkan di dalam petikan cerita di atas tadi iaitu apa sumbangan seorang warganegara kepada
negaranya dan setiap warganegara mestilah mempunyai keberanian serta kepintaran.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
PERINGKAT PENGAKAP
Terdapat lima peringkat dalam pengakap didalam Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
1. Pengakap Kanak-kanak - ahli ahli yang berumur antara 8 hingga 12 tahun
2. Pengakap Muda - ahli ahli yang berumur antara 13 hingga 15 tahun
3. Pengakap Remaja - ahli ahli yang berumur antara 16 hingga 17 tahun.
4. Pengakap Kelana - ahli ahli yang berumur antara 18-40 tahun.PPM01ST
5. Pengakap Raja - ahli ahli yang telah mengikuti Pentarafan Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Pengakap
Raja yang ditandatangani oleh SPB Yang Di Pertuan Agong serta 9 Sultan Sultan Melayu
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
KESIMPULAN BERPENGAKAP
• Melatih seorang warganegara untuk mencintai negaranya dan masyarakat.
• Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang pintar di samping mempunyai ciri-ciri keberanian dan mampu
mengembangkan serta mampu berdikari.
• Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi peraturan mengikut undang-undang.
• Melatih seorang warganegara supaya mempunyai sikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk menolong orang, tidak
bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri.
• Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang berguna, gigih, tahan lasak, prihatin dan mempunyai wawasan
untuk kepentingan umum.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
ISYARAT PENGAKAP
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:
> Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
> Menolong orang pada setiap masa
> Menurut undang-undang pengakap
Ibu jari membawa maksud Undang-undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli Pengakap.
Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai serang ahli Pengakap, kita ditekankan supaya
sentiasa mematuhi 10 undang-undang Pengakap.
Juga sebagai tanda golongan yang kuat atau kaya membantu golongan yang lemah atau miskin.
Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat,
darjah mahupun keturunan.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
HORMAT PENGAKAP
Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut:
1. Semasa menemui pengakap lain sama ada dalam dan luar negeri sebagai tanda
persaudaraan dan penghormatan.
2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol.
3. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuat isyarat Pengakap dan dirapatkan
hampir dengan kening mata kanan.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
UNDANG-UNDANG
PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin
pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang di atas dan orang-orang yang di bawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya
sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempur na budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin
pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9. Pengakap itu jimatdan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
COGAN KATA
PENGAKAP
Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain.
Cogan kata bagi unit-unit tersebut:
Pengakap Kanak-kanak
Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda
Selalu Sedia
Pengakap Remaja
Pandangan Luas
Pengakap Kelana
Berkhidmat
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
SIMPULAN & IKATAN
SIMPULAN BUKU SILA
Fungsi:
1. Menyambungkan dua tali yang sama besar.
2. Mengikat bungkusan
3. Mengikat atau mematikan anduh.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
SIMPULAN & IKATAN
BUNGA GETI
Fungsi:
1. Menyambung dua tali yang tidak sama besar.
2. Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
SIMPULAN & IKATAN
SIMPUL MANUK
Fungsi:
1. Mengikat tali pada batang kayu atau mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh
2. Mengikat khemah pada tiang kayu
3. Memulakan ikatan pada kayu.
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
SIMPULAN & IKATAN
TINDIH KASIH
Fungsi:
1. Menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang
2. Mengikat atau menarik kayu
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
SIMPULAN & IKATAN
LILIT DUA SIMPUL
Fungsi
1. Mengikat tali pada pancang khemah
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
SIMPULAN & IKATAN
LILIT PEMATI BIASA
Fungsi
1. Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
AKTIVITI PERKHEMAHAN
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
SUMBER RUJUKAN
• YOUTUBE – LAGU PENGAKAP
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM | KEDAH DARUL AMAN
Selamat Menyambut Hari Pengasas Pengakap Sedunia
Kepada Seluruh
Warga Pengakap Malaysia!
SAMBUTAN HARI PENGAKAP SEDUNIA