The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norsyuhaidah rustam, 2024-06-07 23:14:05

Industri Tudung Kanak-kanak_DEC09220074

Contoh industri tudung bagi kanak-kanak

Mementingkan keselesaan kanak-kanak Industri Tudung kanak-kanak Nama: Norsyuhaidah Binti Rustam No. Matrik: DEC09220074 Subjek dan No. Kod: Industri kanak-kanak dan keusahawanan (DECE 4303) Nama pensyarah: Puan Syaza Najihah Binti Rahim Ambilan: September 2022 (Kumpulan A) OLEH: NORSYUHAIDAH BINTI RUSTAM


Pengenalan Industri tudung kanak-kanak ialah sebuah industri yang bertugas untuk menghasilkan dan mengeluarkan tudung khas untuk kanak-kanak. Hal ini termasuklah dengan menghasilkan tudung untuk kanakkanak mengikut kesesuaian peringkat umur, corak yang menarik dan fesyen yang memberi keselesaan kepada si kecil untuk memakainya. Industri ini amat diperlukan oleh ibu bapa bagi memudahkan urusan mereka dalam mencari tudung kanakkanak yang selesa dan berkualiti untuk anak-anak mereka.


Jenama: Syu's Hijab Mementingkan keselesaan kanak-kanak Visi: Menjadi sebuah syarikat pengeluaran tudung kanak-kanak yang mampu memberi manfaat kepada si pemakainya. Misi: Melahirkan generasi muda yang sopan dan menutup aurat dengan memakai tudung jenama ini. Syu's Hijab merupakan sebuah syarikat penghasilan dan pengeluaran tudung kanak-kanak yang mula beroperasi pada awal tahun 2022. Syu's Hijab mempunyai kedai fizikal yang bertempat di 136, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur Sehingga kini terdapat 10,000 helai tudung kanakkanak telah terjual. Berikut merupakan Misi dan Visi syarikat ini:


1. Terdapat 2 jenis tudung keluaran Syu's Hijab - Syu's Hijab telah mengeluarkan 2 jenis tudung untuk kanak-kanak iaitu tudung sarung instant dan tudung shawl instant. Mementingkan keselesaan Ke kanak-kanak istimewaaan Syu's Hijab (Tudung kanak-kanak) 2. Menggunakan material kain yang selesa untuk kanak-kanak - Syu's Hijab telah menggunakan material kain bagi penghasilan tudung yang sesuai dengan kulit kanak-kanak iaitu jenis kain 'cotton lycra'. Kain ini merupakan kain yang sejuk dan akan memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang memakainya.


Mementingkan keselesaan kanak-kanak 3. Menggunakan ukuran pola tudung yang sesuai dengan bentuk muka kanak-kanak - Syu's Hijab telah menghasilkan tudung untuk kanak-kanak menggunakan ukuran pola yang bersesuaian dengan saiz muka kanak- kanak. Hal ini supaya tudung tersebut tidak menjadi terlampau besar yang akan membuatkan kanak-kanak berasa rimas dan panas sewaktu memakainya. 4. Mempunyai corak ringkas yang boleh menarik minat si kecil untuk memakainya - Syu's Hijab turut mengeluarkan tudung yang bercorak ringkas yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk memakainya. -Antara corak tudung yang telah dihasilkan ialah corak bunga dan corak kartun. Keistimewaaan Syu's Hijab (Tudung kanak-kanak)


Mementingkan keselesaan kanak-kanak 5. Dijual pada harga yang mampu milik: - Syu's Hijab menjual tudung kanak-kanak dengan harga yang sangat berpatutan iaitu hanya serendah RM 14.90 sahaja untuk sehelai tudung -Kami meletakkan harga yang mampu milik supaya ibu bapa tidak berasa terbeban untuk membelikan tudung ini untuk anak-anak mereka. RM 14.90 Keistimewaaan Syu's Hijab (Tudung kanak-kanak) Kebaikan memakai tudung bagi kanak-kanak: Melatih diri kanak-kanak untuk menutup aurat sejak kecil lagi. Memupuk kefahaman berkenaan kewajipan menutup aurat dalam diri kanak-kanak Kanak-kanak kelihatan cantik, comel dan sopan ketika bertudung


Mementingkan keselesaan kanak-kanak Bagaimana untuk mendapatkan Syu's Hijab ? Lihat tiktok kami (Syu's Hijab_Kanakkanak) untuk mengetahui corak dan fesyen tudung ini dengan lebih lanjut - Datang ke kedai tudung kami yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) - Hubungi 011-6523 8024(Cik Aliya) - Beli di Platform atas talian iaitu Shopee (Syu's hijab) Follow Instagram kami (Syu's Hijab_Kanak-kanak) untuk melihat fesyen tudung terbaru dan promosi yang ada Ikuti kami di Facebook (Syu's Hijab_ Kanak-kanak) untuk melihat lebih banyak fesyen tudung yang terbaru.


Industri tudung kanak-kanak memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak pada masa kini. Hal ini kerana tidak ramai orang yang peka dengan keperluan iaitu ciri-ciri tudung khas untuk kanak-kanak. Oleh yang demikian, syarikat saya iaitu Syu' s Hijab akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menghasilkan tudung yang sesuai dengan citarasa dan keperluan kanakkanak supaya dapat melahirkan kanakkanak yang sopan dan menutup aurat. 1. 2. Penutup Kesimpulannya:


Click to View FlipBook Version