KISAH
PAK PANDIR
MEMBELI
LEMBU
Pada zaman dahulu kala,
tinggal sepasang suami isteri
di sebuah kampung. Nama
isterinya, Mak Andeh dan nama
suaminya, Pak Pandir.
Pada satu hari, Mak Andeh meminta
tolong suaminya untuk membeli
lembu. Suaminya bertanya, "Bagaimana
rupa lembu tu ya Andeh?" Isterinya pun
menjawab, "Rupa
lembu itu senang
saja. Ia bertanduk
dan makan rumput."
Pak Pandir pun berjalan sekeliling
kampung mencari lembu. Sedang dia
berjalan, dia terlihat seorang hamba
Allah sedang menyabit rumput
dengan menggunakan sabit.
"Itu pun lembu yang
diberitahu oleh Mak Andeh,“ fikirnya
sendirian. Dia pun menghampiri orang itu.
"Saya hendak beli lembu di tangan saudara
itu." Sambil Pak Pandir menunjuk ke arah
sabit di tangan orang itu.
"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu.
"Tidak, itulah lembu. Jualkanlah kepada saya.
Saya mahu membelinya," kata Pak Pandir
bersungguh-sungguh.
Kerana bersungguh-sungguh benar
Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itu pun
beri.
"Nah, ini bayarannya!" sambil Pak
Pandir memberi semua duit yang diberi
oleh Mak Andeh tadi.
"Tapi duit apa banyak sangat ni?"
orang itu bertanya kebingungan. Pak Pandir
tidak menghiraukan apa-apa
lagi. Dia terus mengikat sabit
tersebut dengan tali
dan ditarik pulang, seperti
menarik lembu.
Setibanya di halaman
rumah, Pak Pandir pun
memanggil isterinya,
"Mak Andeh, ini lembu
yang awak suruh beli."
Mak Andeh yang belum
melihat lagi, cuma mendengar
suara Pak Pandir merasa
sangat sukacita.
"Cepat dia dapat beli lembu. Sudah
boleh diharap Pak Pandir aku ini," fikir
Mak Andeh sendirian sambil menuju ke
tingkap hendak melihat lembu yang
dibawa pulang.
"Ha! Mana dia lembu yang awak
katakan itu?" tanya Mak Andeh.
"Ini! Aku beli dengan semua duit
yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir
menunjukkan kepada sabit yang diikat
dengan tali itu.
Mak Andeh menepuk-nepuk
kepalanya. "Habis duit simpanan
aku," mengeluh
Mak Andeh.
Kita hendaklah membantu orang yang
memerlukan bantuan.
Kita mestilah bersungguh-sungguh
melakukan sesuatu pekerjaan supaya
pekerjaan kita menjadi lebih mudah.
Kita hendaklah mempercayai orang
sekeliling kita dan sentiasa membantu
mereka sekiranya mereka salah.