UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB
SLIDESMANIA.COM Jan TO-DO 2023 SENARAI PROGRAM 22nd CHINESE BRIDGE COMPETITION KURSUS PENGURUSAN PENYAKIT & PEROSAK TANAMAN BASIC FIRE SAFETY & CPR WALKTHROUGH CHINESE ART CERAMAH COMMON ISSUE AT WORKPLACE UNIKL TALK CERAMAH “KISAH DISEBALIK TIRAI BESI” MAJLIS PENUTUP JILL MADANI IPMA 2023 MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN KPMB KALI-15 TRASH TO TREASURE WITH DBS ASSOCIATES STRAW CONSTRUCTION CHALLENGE CAREER TALK “ CHIT CHAT WITH CAREER IDOL” E-SPORT “BATTLE OF THE CHAMPIONS” TAYANGAN FILEM SHOW TIME @ LT2 PROGRAM BIJAK BICARA ECO-GREEN EXPLORACE PROGRAM KERJASAMA BERSAMA UCAM MAJLIS PERASMIAN MINGGUAKTIVITI & PENUTUP JILL MADANI PERINGKAT KPMB SESI BERSAMA ICAEW MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SURAU AL MUKHLISIN TAMAN PELANGI SEMENYIH 2 MINGGU AKTIVITI SESI 12023/2024 TIK TOK TIPS & TRICKS(4Ts) JOURNEY TOWARDS THE PROFESIONAL WORLD MAJLIS BACAAN YAASIN & ALKAHFI SERTA USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM CFAB DARI KPMIM SAMBUTAN HARI RAYA, PENDIDIK & PEKERJA HARI PEKERJA PERTANDINGAN JIIL MADANI IPMA 2023 BENGKEL ”MUET SPEAKING” BAGI STAF MARA UNTUK PROGRAM LUAR KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) SUKAN SEA KEMBOJA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 13 16 14 15 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 PSN ENTERPRENEUR FEAR FACTOR CHALLENGE 32
1 HARI PEKERJA
Pertandingan dalaman Jiil Madani IPMA 2023 peringkat KPMB seperti pertandingan Khat, Tilawah Al-Quran, Dai'e, dan Azan telah berlangsung pada 2 Mei 2023. Setiap pertandingan dimulakan secara serentak di lokasi yang telah ditetapkan. Pengacara majlis menerangkan aturcara dan syarat pertandingan kepada semua peserta. Peserta pertandingan khat diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk menghasilkan seni khat mengikut ayat yang telah diberi. Manakala, para peserta bagi pertandingan Tilawah Al-Quran, Azan dan Dai'e dipanggil mengikut turutan yang telah disusun oleh AJK biro yang terlibat. Setiap pertandingan tamat setelah kesemua nama peserta selesai dipanggil dan juri diberi masa untuk memilih tiga (3) orang pemenang untuk setiap pertandingan. Akhir sekali, pengacara menutup majlis dengan sepatah dua kata serta menyampaikan hadiah penghargaan kepada juri jemputan bagi setiap pertandingan. Disediakan Oleh : Zetty Izzati binti Sharif ( Setiausaha Perdiqma) 2 Tarikh : 2 Mei 2023 Tempat : B3, M1, LT2, dan Surau An- Nur KPMB Anjuran: Perdiqma PERTANDINGAN JILL MADANI 2023 PERINGKAT KPMB
3 Disediakan Oleh : Adibah binti Kassim ( Ketua Unit Bahasa Inggeris) Peserta program mendapat ilmu pengetahuan dan panduan dari hasil perkongsian pengetahuan dan pengalaman daripada para fasilitator yang membimbing para peserta bengkel supaya dapat menguasai kemahiran dan strategi dalam menjawab soalan bagi MUET Kertas ”Speaking”. perkongsian daripada Fasilitator 1 Puan Masuri tentang cara terbaik untuk menjawab Part A dalam MUET diikuti oleh Puan Sy Anis Hamaiza dengan cara-cara mengendalikan perbincangan berkumpulan dalam Part B. Sesudah itu sesi praktikal dijalankan. Hasil dari latihan praktikal, para peserta dalam menilai kebolehan diri dan mendapat tip berguna untuk memastikan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan "Speaking" MUET. Tarikh : 6 Mei 2023 Tempat : LT 2 Anjuran: Unit Bahasa Inggeris BENGKEL MUET SPEAKING BAGI STAFF MARA UNTUK PROGRAM LUAR KAMPUS UUM
Disediakan Oleh : Pegawai Ko-Kurikulum 4 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Saudari Sharifah Alia Husna binti Syed Fakrrurozi pelajar Diploma In Business Studies, Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang, Selangor atas kejayaan merangkul pingat Gangsa menerusi acara Mobile Legend Bang Bang di Sukan Sea Kemboja 2023. Beliau bukan sahaja jaguh dalam sukan yang diceburi tetapi merupakan seorang Hafizah Al-Quran 30 Juzuk serta mencatatkan prestasi akademik cemerlang secara konsisten dengan memperoleh Grade Point Average (GPA) 4.00 bermula dari semester 1 hingga 5 di KPM Beranang. Kini, Sharifah Alia Husna sedang menduduki semester terakhir untuk menamatkan pengajian di kolej tersebut. Terima kasih buat Saudari Sharifah Alia Husna atas sumbangan pingat gangsa yang turut mengharumkan nama Malaysia di arena Sukan Sea Kemboja 2023! Tarikh : 2 Mei 2023 Tempat : Kemboja Anjuran: Negara Kemboja SUKAN SEA KEMBOJA 2023
Disediakan Oleh : Zetty Izzaty binti Sharif & Siti Mardiana Bt Marbawi ( Setiausaha Perdiqma) 5 Tarikh : 10, 17 dan 31 Mei 2023 Tempat : Surau An Nur Anjuran : Perdiqma MAJLIS BACAAN YAASIN & ALKAHFI SERTA USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 ❖ MAJLIS BACAAN YAASIN & SURAH ALKAHFI Bagi Majlis bacaan Yaasin dan Al- Kahfi dikendalikan oleh saudara Muhammad Firdaus dan dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis.Majlis diteruskan dengan bacaan surah Yassin yang diketuai oleh saudara Aiman Akiff. Seterusnya, bacaan surah Al -Kahfi iaitu 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir diketuai oleh Saudara Hazamulrazak serta diteruskan dengan bacaan doa sebagai penutup majlis. ❖ USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 SIRI 1 Manakala Program usrah dimulakan dengan salam dan bacaan Al- Fatihah oleh para naqib naqibah. Naqib naqibah mula menjelaskan agenda usrah iaitu bekenaan Rukun Iman. Seterusnya, usrah diteruskan dengan penerangan keenam-enam Rukun Iman yang ada. Ahli usrah saling bertukar pendapat tentang bagaimana hendak meningkatkan tahap keimanan seorang Muslim dalam kehidupan seharian. ❖ USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 SIRI 2 Pelajar yang hadir awal di surau akan bersama-sama solat Maghrib berjemaah di surau An-Nur. Majlis dijalankan dan dimulakan oleh naqib dan naqibah mengikut kumpulan masing-masing di dalam surau. Majlis bersurai dengan tasbih kafarah dan surah Wal-Asr
6 Lawatan ini telah disertai oleh 6 orang wakil dari Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, 2 orang wakil BPT dan 5 orang wakil KPMB. Lawatan ini dimulakan dengan kata-kata aluan dari Encik Zainuddin Bin Misran@Misban, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik KPMB. Seterusnya, sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Mohd Hazizi Bin Abu Bakar, Ketua Unit Peperiksaan dan Pensijilan KPMB dan merupakan ketua pengendali exam CFAB di KPMB. Beliau telah menerangkan tatacara pengendalian exam luar melalui PEARSON dan cara pembayaran yuran. Usai sesi perkongsian ilmu, para tetamu telah di bawa melawat ke bilik menunggu dan bilik exam CFAB. Akhir sekali para tetamu telah dijamu dengan makan petang di bilik banquet Disediakan Oleh : Saidatol Akmar binti Alias ( Setiausaha Unit CFAB) Tarikh : 11 Mei 2023 Tempat : KPMB Anjuran: Unit CFAB LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM CFAB DARI KPMIM
7 Majlis Sambutan Hari Pendidik, Hari Pekerja & Klasik Raya Aidilfitri KPMB 2023 dianjurkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar KPMB bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Pendidik dan Hari Pekerja tahun ini untuk semua warga KPMB dan masyarakat setempat. Tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kolej dengan harapan acara ini dapat menimbulkan suasana yang ceria dan girang kepada semua yang diraikan. Sambutan Hari Pendidik dan Hari Pekerja merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan pensyarah yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ketiga-tiga acara ini diadakan serentak dalam bulan Mei dan merupakan program tahunan yang wajib dijalankan oleh pihak kolej. Disediakan Oleh : Masuri binti Masood Tarikh : 17 Mei 2023 Tempat : Dewan Gemilang Ilmu Anjuran : MPP SAMBUTAN HARI RAYA, PENDIDIK & PEKERJA
Disediakan Oleh : Nurdiyana binti Mohd Hashim (Setiausaha Jaminan Kualiti Kolej) 8 Tarikh : 18 Mei 2023 Tempat : KPMB Anjuran: Unit Jaminan Kualiti Kolej denga kerjasama UCAM PROGRAM KERJASAMA BERSAMA UCAM Tujuan utama program ini adalah perbincangan dan perkongsian silibus bagi program Diploma in Business Studies dan Diploma in Accounting dari Kolej Profesional Mara Beranang, bagi pemetaan pindah kredit bagi program Bachelor of Business Administration (Agriculture Management) (Honours) dan Bachelor of Accountancy (Hons.) di UCAM. Seramai 3 orang wakil daripada UCAM dan 11 orang wakil daripada KPM Beranang akan menghadiri program ini. Dalam sesi ini kedua-dua pihak akan berbincang berkaitan dengan proses Pemetaan Pindah Kredit (PPK) di samping membincangkan hal-hal berkaitan dengan proses tersebut. Proses PPK ini akan dijalankan mengikut garis masa yang dipersetujui oleh semua pihak dan berlandaskan kepada Garis Panduan terkini selain Garis Panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Majlis perasmian minggu aktiviti sesi 1 tahun 2023 dianjurkan oleh pihak kolej sebagai permulaan meraikan kedatangan Minggu Aktiviti sesi 1 2023/2024 yang merupakn aktiviti wajib pada setiap semester. Dengan penganjuran ini, diharapkan pelajar akan bersemangat untuk mengambil bahagian dalam 20 program yang dianjurkan sepanjang 3 hari perlaksanaan. Tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan warga kolej dengan harapan acara ini dapat menimbulkan suasana yang ceria dan girang kepada semua yang diraikan. Pada masa yang sama Majlis Penutup Jiil Madani peringkat KPMB pula bertujuan untuk meraikan para pelajar yang telah mengimarahkan program Ihya Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan 1444H yang dijalankan oleh Unit PERDIQMA dan penyertaan pelajar dalam pertandingan Jiil Madani peringkat Kebangsaan.Program yang dinamakan Jiil Madani telah dilaksanakan dari 3 April sehingga 13 Mei 2023.Program Jiil Madani adalah satu program yang bertujuan untuk melahirkan pelajar kolej yang bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai ketrampilan diri dalam menjana modal insan yang berjaya. Program ini juga dirangka khusus bagi mencernakan para pelajar ke arah melahirkan generasi pewaris yang mempunyai akhlak yang cemerlang serta dengan dengan nilai keislaman dan semangat setiakawan. Terdapat 7 jenis pertandingan dalaman di anjurkan membabitkan 6 pertandingan secara individu iaitu tilawah, hafazan, azan, khat dan dai’ dan kuiz. Manakala terdapat 1 pertandingan dibuat secara berkumpulan iaitu, video tiktok.! 9 Disediakan Oleh : Siti Safina binti Abu Bakar Tarikh : 19 Mei 2023 Tempat : Surau An Nur Anjuran : MPP MAJLIS PERASMIAN MINGGU AKTIVITI & PENUTUP JILL MADANI PERINGKAT KPMB
10 Program bermula dengan ucapan aluan oleh pengarah bahagian pengajian tinggi (bpt)(memangku), ir tuan haji mahzan b. Teh. Kemudian majlis diteruskan dengan sesi perkongsian program cfab di beranang oleh peyelaras program cfab iaitu Pn. Nur Ilyani bt. Bashir. Kemuncak majlis adalah sesi perkongsian bersama partner kpmb, En. Norazman Ani dan dua orang pelajar alumni kpmb iaitu saudara Ahlam dan Aqif. Majlis disudahi dengan sesi soal jawab dan jamuan makan sempena Aidil fitri. Disediakan Oleh : NurIlyani binti Bashir Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : Hotel Tamu ,KL SESI BERSAMA ICAEW Anjuran: ICAEW Malaysia
11 Sukarelawan daripada Perdiqma tiba di Surau Mukhlisin pada awal pagi dan tugas diagihkan. Penyediaan bahan masakan dibuat untuk majlis jamuan pada malam hari. Sesi persiapan memasak jamuan dilaksanakan sehingga petang dan para sukarelawan berehat setelah memasak sementara menunggu waktu malam. Selepas itu, sesi jamuan Hari Raya anjuran Surau Mukhlisin bermula pada jam 8.00 malam dan para penduduk di sekitar mula memenuhi perkarangan surau. Majlis jamuan berakhir pada jam 11.30 malam dan semua sukarelawan mengemas serta membasuh peralatan yang berkaitan. Akhir sekali, para sukarelawan telah menerima duit raya daripada pihak surau dan semua pulang. Disediakan Oleh : Zetty Izzaty Sharif Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : Surau Mukhlisin TPS 2 Anjuran: AJK Surau Mukhlisin MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SURAU AL MUKHLISIN TAMAN PELANGI SEMENYIH 2
Minggu aktiviti merupakan satu program dilaksanakan pada setiap semester di KPMB. Untuk semester kali ini, terdapat 21 aktiviti yang telah dirancang yang akan membabitkan penyertaan para pelajar yang dianjurkan samada oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Associates, pensyarah dalam jabatan dan Jawatankuasa unit di KPMB. 13 Pada hari ketiga, 22 Mei 2023, 10 program dilaksanakan sepanjang hari membabitkan penyertaan pelajar mengikut sasaran yang ditetapkan. Eco Green Explorace, Ceramah Basic Fire Safety & Cpr, 文艺展: A Walk-through Chinese Art, Unikl Career Talk, Ceramah 'Common Issues In Workplace', Sedaya Day – Dramalah sangat (Pertandingan), PSN Entreprenuer Fear Factor Challenge, Ceramah Dari 'Sebalik Tirai Besi', Sedaya Day - 10 Plastik (CSR), Sedaya Day - Buddy Time. Istimewanya, terdapat banyak program yang dianjurkan membabitkan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti SPRM, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Cyber Security. Disediakan Oleh : Siti Safina binti Abu Bakar Pada hari pertama, 20 Mei 2023, terdapat 8 program dilaksanakan bermula dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Pada sebelah pagi, program Trash to Treasure, MIA Talk - Journey Towards The Professional World, Rekacipta Struktur, Career Talk by Cyber Security telah dilaksanakan oleh DBS Associates and DCS Associates. Manakala pada sebelah petang, Tayangan Filem, E-sports, Sedaya Day - Music Fest (Band) dan Pasar Malam telah berlangsung dengan jayanya. Pada hari kedua, 21 Mei 2023, 3 program telah dilaksanakan sepanjang hari membabitkan Program Bijak Berbicara, Tiktok Tips & Tricks(4ts) dan Hari Tautan Budaya dengan kerjasama Team Selangor. 1 2 3 Tarikh : 20-25 Mei 2023 Tempat : KPMB Anjuran : MPP MINGGU AKTIVITI SESI 1 2023/2024 Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
Dengan berlakunya norma baharu selepas Pandemik Covid 19 ini, Tiktok telah muncul sebagai platform yang paling diminati oleh Generasi Z (Gen Z). Gen Z terdiri daripada mereka yang dilahirkan diantara 1996 – 2010. Gen Z merupakan generasi native digital yang pertama. Video viral terutamanya di TikTok merupakan apa yang mereka tonton setiap hari. Program ini dikhususkan untuk pelajar gen Z ini yang mengambil kursus COM2512 untuk memperlihatkan kehebatan mereka dalam membuat video pendek berkenaan dengan pencarian kerja yang viral Tiktok. Untuk aktiviti ini, peserta diminta menggunakan hashtag #4tskpmb. Jumlah tontonan yang tertinggi hashtag ini ialah 22.3 ribu tontonan. Ini merupakan satu kejayaan membanggakan untuk para pelajar ini. 14 Tarikh : 19-21 Mei 2023 Tempat : Platform TikTok Anjuran : Unit Bahasa Inggeris TIK TOK TIPS & TRICKS(4Ts) Disediakan Oleh : Adibah binti Kassim Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
MIA Talk yang diadakan telah menarik minat para pelajar untuk menceburi bidang profesional pada masa akan datang. Para pelajar bersungguh sungguh dan bertanyakan serta menjawab pelbagai persoalan daripada penceramah. Semoga dengan program yang diadakan ini dapat menarik minat para pelajar supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi anggota professional dalam kerjaya nanti. 15 Disediakan Oleh : Atty Azanira binti Abdul Rashid Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : LT 2 Anjuran: DIA Associates JOURNEY TOWARDS THE PROFESSIONAL WORLD Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
16 DBS Associates telah mengadakan program CSR iaitu trash to treasure. Trash to treasure merupakan program pengumpulan barangan kitar semula daripada seluruh warga KPMB. Program ini telah berlangsung pada 18 Mei 2023 hingga 20 Mei 2023. Pada 17 Mei, DBS Associates telah membuat beberapa checkpoint di sekitar KPMB. Hari Pengutipan diadakan di beberapa checkpoint pada 18 Mei sehingga 19 Mei 2023 manakala Hari Sorting Di Padang KPMB pada 20 Mei 2023. Pada setiap petang, AJK associates mengutip barangan kitar semula di check point dan diletakkan di bilik rehat bagi memastikan barangan dalam keadaan teratur. Pada 20 Mei 2023, Hari sorting bermula 8.15 pagi bersama AJK dan kerjasama pelajar DBS semester 4 dengan memindahkan barangan kitar semula dari bilik rehat ke padang KPMB untuk pengasingan mengikut kategori dan penyerahan kepada pusat barangan kitar semula iaitu Trash For Cash. Program berlangsung sehingga pukul 11 pagi. Disediakan Oleh : Nurdiyana binti Mohd Hashim Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : Sekitar KPMB Anjuran: DBS Associate TRASH TO TREASURE WITH DBS ASSOCIATES Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
17 Straw Construction Challenge telah menarik perhatian pelajar untuk membina sebuah bangunan dengan hanya menggunakan straw. Para pelajar bersungguh sungguh dan bekerjasama untuk membina bangunan mereka. Semoga dengan program yang diadakan ini dapat meningkatkan lagi cara berkomunikasi di kalangan pelajar dan dapat meningkatlan keberanian dalam diri pelajar. Disediakan Oleh : Zulaikha binti Zul Hisham Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : Hall C Anjuran : DCS Associate STRAW CONSTRUCTION CHALLENGE Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
18 Disediakan Oleh : Muhd Aqhar Muqris CHIT CHAT WITH CAREER IDOL yang diadakan telah menarik minat para pelajar untuk menceburi bidang profesional pada masa akan datang. Para pelajar bersungguh sungguh bertanyakan serta menjawab pelbagai persoalan daripada penceramah. Semoga dengan program yang diadakan ini dapat menarik minat para pelajar supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi anggota profesional dalam kerjaya nanti. Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : Dewan Gemilang Ilmu Anjuran : DCS Associate CAREER TALK “ CHIT CHAT WITH CAREER IDOL” Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
19 Disediakan Oleh : Zulaikha binti Zul Hisham E-Sport yang diadakan telah menarik minat pelajar untuk menceburi bidang e- sukan. Para pelajar bersemangat semasa bermain permainan video dan bekerjasama untuk Berjaya memenangi tempat yang pertama. Semoga dengan program yang diadakan ini dapat meningkatkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : Dewan Gemilang Ilmu /Online Anjuran : DCS Associate E-SPORT “BATTLE OF THE CHAMPIONS” Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
20 Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : LT 2 Anjuran : DCS Associate TAYANGAN FILEM SHOW TIME @ LT2 Disediakan Oleh : Sufiya Waheeda binti Shahidzan Showtime@LT2 yang telah diadakan Berjaya memberi peluang kepada pelajar untuk merehatkan minda. Tayangan filem yang mempunyai genre horror Berjaya menarik perhatian sekumpulan pelajar. Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
21 Disediakan Oleh : Nur Adzrina binti Ishak Tarikh : 21 Mei /2023 Tempat : Dewan Gemilang Ilmu Anjuran: Unit Kaunseling & Kerjaya PROGRAM BIJAK BICARA Program Bijak Berbicara telah dirangka khusus kepada pelajar-pelajar semester 1 dan 2 untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan elemen komunikasi dalam diri pelajar yang akhirnya akan membantu pelajar bukan sahaja meningkatkan tahap kemahiran berkomunikasi mereka malah secara tidak langsung ianya mampu meningkatkan tahap keyakinan diri mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
Disediakan Oleh : Wan Intan Saadah binti Wan Rosli 22 Program Eco-Green Explorace telah diadakan dengan jayanya pada 24 Mei 2023. Program ini merupakan anjuran pelajar Kelab Landskap dan Hortikultur yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar Diploma Landskap dan Hortikultur melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang menggunakan fizikal dan mental bagi meningkatkan kesihatan pelajar serta mengubah gaya hidup mereka. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai aktiviti ini dan pelajar telah memberikan sepenuh kerjasama dalam menyiapkan segala tugasan. Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan dan mereka boleh mengikut arahan yang diberikan tanpa berlaku sebarang konflik. Pelajar beroleh pengalaman dan pengetahuan sepanjang melaksanakan aktiviti dan mereka mampu mengeluarkan idea yang kreatif bagi menyiapkan tugasan. Antara aktiviti pelajar pada hari tersebut adalah di Checkpoint 1 pelajar diminta untuk membuat aktiviti "Let's Trim" iaitu pemangkasan pokok renek, Checkpoint 2 pelajar dikehendaki membuat aktiviti "Classified Us" iaitu Menyusun serangga mengikut order, Checkpoint 3 adalah "Colour Me" yang mana pelajar perlu mengecat kotak tanaman, Checkpoint 4 pelajar perlu membuat aktiviti "Soil Mixture" dan "Arrangement Time" yang mana mereka perlu menanam dan menggubah pokok di dalam pasu , Checkpoint 5 ialah "Plant Screen" iaitu pelajar menanam pokok palma di tepi padang dan Checkpoint 6 iaitu checkpoint terakhir pelajar akan membina bingkai gambar dari kayu-kayu yang tidak lagi digunakan. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kesedaran kepada pelajar supaya menjaga alam sekitar khususnya dalam KPM Beranang. Penyampaian hadiah telah diberikan kepada semua pelajarpelajar yang telah memenangi pertandingan Eco-Green Explorace ini. Tarikh : 22 Mei 2023 Tempat : Sekitar KPMB Anjuran: DLH Associates ECO-GREEN EXPLORACE Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
23 Unit Perniagaan, Kursus MGT2713 Occupational Safety & Health dan Pelajar DBS Semester 6 telah mengadakan program Basic Safety & CPR. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar cara menguruskan diri daripada sebarang kecemasan atau kemalangan. Program ini dimulakan dengan ceramah dan taklimat mengenai basic safety dan CPR oleh pihak bomba dan penyelamat. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan cara-cara menangani kebakaran di padang KPMB. Pasukan bomba dan penyelamat menunjukkan cara yang betul untuk menggunakan alat pemadam api dengan tertib. Oleh itu, pelajar-pelajar juga tidak melepaskan peluang mencuba alat pemadam api dengan memakai sut pemadam kebakaran yang lengkap dibawah bimbingan pasukan bomba dan penyelamat. Disediakan Oleh : Anis Batrisyia binti Abd Aziz Tarikh : 22 Mei 2023 Tempat : Dewan Gemilang Ilmu Anjuran : Unit Perniagaan, Kursus MGT2713,Occupational Safety & Health,DBS sem 6 BASIC FIRE SAFETY & CPR Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
24 Program ini melibatkan beberapa aktiviti yang diadakan untuk mendedahkan pelajar dengan kesenian dan kebudayaan masyarakat Cina. Pelajar mengikut kelas perlu membuat aktiviti memperkenalkan seni masyarakat Cina dan membuat aktiviti bersama-sama rakan-rakan yang lain. Seni yang akan diperkenalkan ialah seni guntingan kertas, seni lukisan tiupan, seni kaligrafi dan seni topeng tukar muka. Disediakan Oleh : Maslina binti Mohd Mustafa Tarikh : 22 Mei 2023 Tempat : Hall C Anjuran: Unit Mandrin WALKTHROUGH CHINESE ART Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
25 Jabatan Pengurusan Perniagaan telah mengadakan program ceramah yang bertajuk Common Issues At The Workplace yang telah disampaikan oleh pegawai SPRM, Puan Siti Mastura binti Zakaria. Program ini melibatkan 26 orang pelajar DBS5A. Topik ini merupakan salah satu topik dalam kursus Business Ethics. Program ini telah berlangsung pada 22 Mei 2023 pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Pada jam 9.00 pelajar diberikan makanan sarapan dan mereka dibenarkan makan di kawasan berhampiran dengan bilik CFAB. Pada jam 10.00 pagi penceramah tiba di kolej bersama dua orang pembantunya dan kami menjemput mereka untuk masuk ke bilik CFAB. Penceramah menerangkan bentuk-bentuk suapan dan rasuah seperti wang, hadiah, perkhidmatan dan lain-lain. Beliau juga membentangkan kes-kes sebenar yang pernah disabitkan dengan rasuah dari aspek penerima, pemberi, tuntutan palsu dan lain-lain. Terdapat banyak soalan yang ditanya oleh pelajar dan dapat dijawab oleh penceramah. Pada jam 12.00 tengahari penceramah selesai memberikan ceramah dan sesi fotografi bersama pelajar dan pegawai SPRM. Disediakan Oleh : Ameeza Nur Haneem binti Shamsul Anuar Tarikh : 22 Mei /2023 Tempat : Bilik CFAB Anjuran : Unit Perniagaan, Jabatan Pengurusan Perniagaan CERAMAH COMMON ISSUE AT WORKPLACE Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
26 Program Seminar Kerjaya ini merupakan program anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Jabatan Sains Kuantitatif Kolej Profesional MARA Beranang yang dirangka khas bertujuan membantu serta memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar DCS semester 6 berkaitan peluang-peluang melanjutkan pengajian selepas program diploma iaitu ke peringkat Ijazah yang ditawarkan oleh institusi-institusi Pendidikan di Malaysia khususnya dan di luar negara amnya. Program Seminar Kerjaya kali ini melibatkan salah satu institusi pendidikan di bawah MARA sendiri iaitu UNIKL. Disediakan Oleh : NurAdzrina binti Ishak Tarikh : 22 Mei 2023 Tempat : LT2 Anjuran : Unit Kaunseling & Jabatan Sains Kuantitatif UNIKL TALK Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
27 Ceramah dan Demonstrasi Penguatkuasaan Undang-undang di Malaysia adalah satu aktiviti yang dijalankan oleh Unit Undang-undang, Jabatan Pengurusan Perniagaan dan julung kalinya dilaksanakan di KPM Beranang. Antara lain tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneliti tentang praktis system perundangan di Malaysia, disamping untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pematuhan undang-undang dalam hidup seseorang individu di Malaysia. Taklimat ini akan disertai oleh para pelajar DBS semester 2 dan pelajar DIA semester 3 kerana ianya berkaitan dengan situasi mereka yang baru berada di kolej dan juga kepada pelajar DIA yang mengambil kursus Commercial Law (LAW1013).Ianya merupakan pembelajaran secara tidak langsung di luar bilik kuliah . Unit Undang-undang telah memilih Ceramah dan Demonstrasi Penguatkuasaaan Undang-undang dari pihak Penjara Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana mukim Beranang berada di Selangor. Disediakan Oleh : Nurzelawati binti Umar Tarikh : 22 Mei /2023 Tempat : Dewan Gemilang Ilmu Anjuran : Unit Undang-undang, Jabatan Pengurusan Perniagaan CERAMAH “KISAH DISEBALIK TIRAI BESI” Minggu Aktiviti Sesi 1 2023
28 Minggu Aktiviti Sesi 1 2023 PSN Entrepreneur Fear Factor Semester 1 Sesi 1 2023/2024 merupakan satu program yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Siswa Niaga dan juga Unit DEI untuk pelajar kokurikulum DBS Semester 1 Sesi 1 2023/2024. Merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan bagi pengisian untuk kokurikulum PSN DBS semester 1 bagi tujuan pemarkahan dalam pelaksanaan kokurikulum. PSN Entrepreneur Fear Factor adalah satu aktiviti yang melibatkan semua pelajar PSN pada semester ini. Disediakan Oleh : Nor Farah Hani binti Yahaya Tarikh : 22 Mei 2023 Tempat : LT2 & Digital Enterprenuer Incubator Anjuran : Persatuan Siswa Niaga PSN ENTERPRENEUR FEAR FACTOR CHALLENGE
Disediakan Oleh : Zah binti Abdullah Pertandingan Islamiah terbahagi kepada 2 peringkat iaitu :- 1) Pertandingan dalaman kolej. 2) Pertandingan antara kolej. Bagi Majlis Penutup Jiil Madani diadakan pada 23 Mei 2023 bertemakan “Arabian” ini adalah kemuncak dari program Jiil Madani yang diadakan kepada semua KPM/KM di sepanjang bulan Ramadan. Di dalam majlis penutup diadakan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan peringkat kolej. Di samping itu, slot ceramah diselitkan sebagai penutup rasmi untuk majlis ini dimana ceramah yang bertajuk “Cabaran Beragama Generasi Z” disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Syamsul Debat. Program Jiil Madani IPMA 2023 ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA dengan kerjasama Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej MARA (KM) dan Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM). Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Program Jiil Madani IPMA 2023 yang berlangsung pada 3 April –11 Mei 2023. Terdapat 3 kategori pertandingan yang dipertandingkan iaitu:- • Khidmat Masyarakat • Pertandingan Islamiah • Penghayatan Islam Tarikh : 23 Mei 2023 Tempat : Dewan Gemilang Ilmu MAJLIS PENUTUP JILL Anjuran: MPP MADANI IPMA 2023 29
30 Program ini merupakan program tahunan wajib yang perlu dilaksanakan oleh MUAFAKAT KPM Beranang mengikut ketetapan perlembagaan MUAFAKAT dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia . Aturcara program dimulakan oleh pengerusi majlis merangkumi sesi bacaan doa, ucapan Yang Dipertua KPM Beranang Sesi 2021/2023 dan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT KPM Beranang Kali Ke-15 oleh Pengarah KPM Beranang, sebelum persembahan gimik perasmian dan montaj dipaparkan. Agenda program pula merangkumi pembentangan & pengesahan minit mesyuarat agung MUAFAKAT KPM Beranang Bil. 14, laporan setiausaha dan laporan bendahari bagi tahun 2022 serta pembentangan & pembahasan usul Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT KPM Beranang Kali Ke-15. Disamping itu, agenda program juga melibatkan perlantikan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Juruauditjuruaudit, Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT KPM Beranang bagi sesi 2023/2025 dan Perwakilan ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT MARA Malaysia. Program diakhiri dengan sesi penangguhan mesyuarat dan juga sesi bergambar. Antara impak penting program adalah mesyuarat dapat dijalankan dengan mengikut kehendak Perlembagaan MUAFAKAT dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia serta laporan akan dimasukkan di dalam sistem eroses untuk pengesahan. Oleh yang demikian, MUAFAKAT Cawangan KPM Beranang akan menjadi badan NGO yang sah dan boleh meneruskan operasi bagi Tahun 2023 sehingga 2025. Disediakan Oleh : Wan Intan Saadah binti Wan Rosdi Tarikh : 24 Mei 2023 Tempat : LT 2 & Online Anjuran : Unit Muafakat KPMB MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN KPMB KALI-15
31 Chinese Bridge Competition merupakan sebuah pertandingan antarabangsa bagi pelajar Malaysia yang telah mempelajari Bahasa Mandarin untuk menunjukkan penguasaan Bahasa Mandarin mereka serta memupuk minat mereka untuk belajar Bahasa Mandarin dengan lebih mendalam. 22nd Chinese Bridge Competition anjuran Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia dan Institut Kong Zi Universiti Malaya ini mengumpulkan pelajar-pelajar yang telah melepasi saringan awal untuk bertanding di peringkat akhir pada 27 Mei 2023 di Institut Kong Zi Univerisiti Malaya. Pertandingan ini merangkumi penilaian dari aspek ujian pendengaran, lisan, membaca dan penulisan Bahasa Mandarin. Para pelajar akan melalui tiga peringkat dalam pusingan akhir ini iaitu Pertandingan Kuiz Bahasa Mandarin, Pertandingan Syarahan dalam Bahasa Mandarin dan Pertandingan Persembahan Kebudayaan Cina. Disediakan Oleh : Maslina binti Mohamad Mustafa Tarikh : 27 Mei 2023 Tempat : Institut Kong Zi, Universiti Malaya Anjuran : Institut Kong Zi, Universiti Malaya 22nd CHINESE BRIDGE COMPETITION
Disediakan Oleh : Wan Nur Hamizah binti Wan Zakaria 32 Kursus Pengurusan Penyakit dan Perosak Tanaman telah dijalankan di Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM untuk mendedahkan para pensyarah dan staf Unit Landskap dan Hortikultur KPM Beranang kepada teori dan praktikal dalam mengendalikan perosak serta penyakit tanaman. Kursus ini dianjurkan oleh tenaga pengajar dikalangan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan penyakit dan perosak tanaman di UPM. Program ini dapat memberi impak yang jelas dalam meningkatkan kompetensi serta ilmu pengetahuan pensyarah dan staf melalui latihan yang diberikan. Penglibatan dalam kursus ini juga adalah selari dengan kehendak pihak Malaysian Qualification Agency (MQA) yang menitikberatkan latihan yang berterusan dan sepanjang hayat yang perlu diberikan kepada para kakitangan supaya pengetahuan dan kemahiran dapat dipertingkatkan. Tarikh : 31 Mei 2023 Tempat : Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Anjuran : Bahagian Pengajian Tinggi MARA KURSUS PENGURUSAN PENYAKIT & PEROSAK TANAMAN
Unit Komunikasi & Korporat (UKK) [email protected] Mei 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940. TERIMA KASIH Editor : Mawarwiduri binti Ab Halik Mohd Khidir bin Omar