The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan aktiviti / program yang dijalankan untuk pelajar / kakitangan Kolej Profesional MARA Beranang sepanjang bulan Mac 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitkomunikasikorporatkkpmb, 2023-05-24 04:59:37

E-Buletin KPMB Mac 2023

Laporan aktiviti / program yang dijalankan untuk pelajar / kakitangan Kolej Profesional MARA Beranang sepanjang bulan Mac 2023

E-BULETIN KPMB MAC 2023 Unit Komunikasi & Korporat (UKK) Kolej Profesional MARA Beranang


Unit Komunikasi & Korporat (UKK) KPMB


Senarai Program / Aktiviti / Pencapaian Hari MARA Majlis Perpisahan Bersama Penasihat MPP 22/23 Mesyuarat Agung Tahunan Accounting Associate 2021/2022 Mesyuarat Agung DBS Associates 22/23 Majlis Restu Ilmu Sesi 3 2022/2023 Majlis Konvokesyen Perdana Institut Pendidikan MARA (KKTM, KPM, MJII DAN IKM) 2023 Pertandingan Seni Melihat Melalui Mobilegraphy Kuala Lumpur Park Festival 2023 Majlis High Tea Pelajar Semester Akhir DIA Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 1 2023/2024 & Sesi Taklimat Pengarah Bersama Ibubapa Pencapaian Terbaik ICAW CFAB 01 02 03 05 04 07 08 09 10 11 12 3rd IOU Conference on Research & Integrated Science GAMBIAMALAYSIA-PAKISTAN Lawatan Kuala Lumpur Park Festival 2023 (Klpf2023) Di Taman Tasik Titiwangsa Serta Jemputan Hari Kraf Kebangsaan (Hkk 2023) 06 13 Certified Professional Marketer


Majlis Perpisahan Bersama Penasihat MPP 22/23 Majlis Perpisahan bersama Penasihat MPP ini bertujuan untuk menghargai jasa dan penat lelah semua penasihat MPP dan semua MPP setelah bertungkus lumus melaksanakan aktiviti kolej dengan jayanya. Majlis ini diadakan pada 1 March 2023 pada pukul 8 malam hingga 10 malam bertempat di Yunanz Steamboat, Semenyih. Majlis ini berjalan dengan lancar dan ringkas. Majlis ini juga dilengkapi dengan VIP yang hadir iaitu Puan Arfaseela dan Encik Zainuddin untuk merasmikan serta memberi sepatah dua kata kepada semua. Majlis ini dihadiri dengan 16 orang Majlis Perwakilan Pelajar dan 6 orang Penasihat yang diraikan. Sepanjang tempoh majlis ini, semua menikmati makanan steamboat dan beramah mesra antara satu sama lain. Dilaporkan oleh: Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar Tarikh: 1 Mac 2023 Lokasi: Yunanz Steamboat Semenyih Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar Maklumat Program


Mesyuarat Agung Tahunan Accounting Associate 2021/2022 Tarikh: 1 Mac 2023 Lokasi: Dewan Gemilang Ilmu Anjuran: Accounting Associate Maklumat Program Agenda mesyuarat agung tahunan ini dimulakan dengan ketibaan semua pelajar dan pensyarah Jabatan Perakaunan. Majlis seterusnya dimulakan dengan bacaan doa, ucapan ringkas dari Ketua Jabatan dan Ketua Accounting Associate. Seterusnya, pembentangan Laporan Kewangan dan aktiviti tahunan 2021/2022 oleh bendahari dan setiausaha. Selepas itu, mengumumkan pelantikan AJK baru serta pembubaran AJK lama. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Ketua Penasihat dan Accounting Associate 2023/2024. Ketua Associate membentangkan cadangan dan usul yang disuarakan oleh pelajar DIA dan CFAB. Seterusnya, penyerahan sijil penghargaan kepada AJK Accounting Associate 2021/2022. Sebelum berakhir, sesi bergambar bersama semua pelajar dan penasihat dan majlis bersurai. Dilaporkan oleh: Nurin Athirah binti Saiful


Mesyuarat Agung DBS Associates 22/23 Objektif: i. Pembubaran AJK DBS Associates 2021/2022 ii. Perlantikan AJK DBS Associates 2022/2023 iii. Perbincangan usul dan cadanagan penambahbaikan DBS Associates Aturcara Majlis: ▪ Bacaan Doa ▪ Nyanyian Lagu ▪ Ucapan Presiden ▪ Ucapan KJ ▪ Pembentangan kewangan dari Bendahari ▪ Montage aktiviti ▪ Penghargaan AJK 2021/2022 ▪ Perlantikan AJK Baru: ▪ Ucapan Presiden Baru ▪ Usul dari pelajar DBS Dilaporkan oleh: Nurdiyana binti Mohd Hashim Tarikh: 1 Mac 2023 Lokasi: LT 2 KPMB Anjuran: DBS Associates Maklumat Program


Ketibaan para pelajar dan pensyarah di Dewan Gemilang Ilmu. Majlis diteruskan dengan menunaikan solat maghrib berjemaah dan solat sunat hajat berjemaah yang telah diimamkan oleh saudara Afnan Irfan Bin Hisham. Bacaan yaasiin dan tahlil ringkas dilakukan untuk Allahyarham Haris Syazwan yang telah meninggal dunia. Solat isyak berjemaah diteruskan dan diimamkan oleh saudara Wan Ahmad Aqil. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah KPM Beranang. Selepas itu majlis diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh saudara Mus'ab yang merupakan alumni KPM Beranang. Dilaporkan oleh: Nur Izzati Anis binti Mohd Pozi Tarikh: 2 Mac 2023 Lokasi: Dewan Gemilang Ilmu Anjuran: Perdiqma dan MPP KPMB Maklumat Program Majlis Restu Ilmu Sesi 3 2022/2023


Majlis Konvokesyen Perdana Institut Pendidikan MARA (KKTM, KPM, MJII DAN IKM) 2023


Majlis Konvokesyen Perdana Institut Pendidikan MARA (KKTM, KPM, MJII DAN IKM) 2023 Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA (KKTM, KPM, MJII DAN IKM) 2023 telah diadakan di World Trade Centre, Kuala Lumpur dari tarikh 6 hingga 10 Mac 2023 melibatkan 9 sidang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Seramai 438 orang graduan dari KPM Beranang telah dianugerahkan Diploma dan Sijil di dalam majlis ini. Seramai 4 orang graduan dari KPM Beranang telah menerima Anugerah Graduan Cemerlang iaitu dari Program Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Sains Komputer, Diploma Landskap dan Hortikutur serta Sijil Kewangan, Perakaunan dan Perniagaan (CFAB). Dilaporkan oleh: Mohd Hazizi bin Abu Bakar Tarikh: 6-10 Mac 2023 Lokasi: WTC Kuala Lumpur Anjuran: Bahagian Kemahiran Teknikal & Bahagian Pendidikan Tinggi Maklumat Program


Pertandingan Seni Melihat Melalui Mobilegraphy Kuala Lumpur Park Festival 2023 Tarikh: 4-5 Mac 2023 Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa Anjuran: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Maklumat Program Bersempena Festival Taman Kuala Lumpur 2023, pertandingan Seni Melihat Melalui "Mobilegraphy" memberi peluang kepada para peserta untuk mengetik foto dengan menggunakan telefon bimbit. Tema yang dipertandingkan adalah seperti berikut, tema pertama adalah "Pergerakan" menggambarkan Aktiviti atau momen pergerakan manusia/alam/fauna yang dirasakan bermakna buat pelajar di Taman Tasik Titiwangsa. Tema kedua adalah "Emosi" menggambarkan emosi yang terpancar daripada para pengunjung di Taman Tasik Titiwangsa. Manakala tema terakhir adalah "Abstrak" menggambarkan nilai-nilai abstrak seperti titisan air yang membentuk corak, percikan air, gambar mikro ira-ira kayu dan lain-lain yang dirasakan sesuai di Taman Tasik Titiwangsa. Dilaporkan oleh: Noor Qamariah binti Md Sah


Majlis High Tea Pelajar Semester Akhir DIA Majlis ini merupakan penghargaan kepada pelajar Semester 6 DIA dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah antara pelajar dan para pensyarah di Kolej Professional MARA Beranang. Program ini juga bertujuan untuk meraikan para pelajar yang telah menamatkan pembelajaran mereka di Kolej Professional MARA Beranang dan memberi peluang untuk para pelajar melakar memori indah bersama-sama. Sepanjang berada di kolej dari semester 1 hingga semester 6 selama 2 tahun sudah tentu pelbagai memori indah mahupun pahit sebagai pengajaran kepada pelajar di masa akan datang. Semoga semua pelajar terus cemerlang. Dilaporkan oleh: Nuri Athirah binti Saiful Tarikh: 9 Mac 2023 Lokasi: The Tendance Café Bangi Avenue Anjuran: Accounting Associate Maklumat Program


3rd IOU CONFERENCE ON RESEARCH & INTEGRATED SCIENCES GAMBIAMALAYSIA-PAKISTAN Pembentangan di persidangan membolehkan saya menerima maklum balas dan kritikan daripada penyelidik lain dalam bidang yang sama. Maklum balas ini dapat membantu memperhalusi penyelidikan saya dan mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan. Ia juga boleh membantu mengenal pasti rakan usaha sama yang berpotensi dan membina rangkaian. Pembentangan penyelidikan ini membantu membina reputasi saya dalam bidang tersebut. Selain itu, pembentangan ini menjadikan peluang yang sangat baik untuk saya mempelajari penyelidikan dan idea baru terutamanya dalam bidang ekonomi. Ia juga boleh memberikan inspirasi untuk projek penyelidikan masa depan.Dengan pembentangan di seminar ini juga dapat memperkenalkan KPM Beranang dan MARA khususnya di mata dunia dan antarabangsa. Dilaporkan oleh: Faizah binti Idris Tarikh: 3 Mac 2023 Lokasi: Dalam Talian Anjuran: Open University KL dengan Kerjasama Gambia Pakistan Maklumat Program


LAWATAN KUALA LUMPUR PARK FESTIVAL 2023 (KLPF2023) DI TAMAN TASIK TITIWANGSA SERTA JEMPUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK 2023)


LAWATAN KUALA LUMPUR PARK FESTIVAL 2023 (KLPF2023) DI TAMAN TASIK TITIWANGSA SERTA JEMPUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK 2023) Program Kuala Lumpur Park Festival 2023 (KLPF2023) merupakan program anjuran Dewan Bandaraya bersama institusi Pengajian Tinggi yang terpilih. Bertemakan Laman Seni dan Flora Malaysia, festival ini akan mempertontonkan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan rasmi bandar-bandar di Malaysia yang dipersembahkan dalam bentuk laman seni. Penyertaan ke Pertandingan Fesyen Alunan Alam dan Pertandingan Seni Melihat melalui Mobilegraphy adalah melalui jemputan Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Shelther Design Competition : Kanopi Rimba adalah jemputan melalui Pusat Pengajian Senibina Landskap, Kolej Pengajian ALam Bina, UITM Puncak ALam. Manakala Hari Kraf Kebangsaan (HKK2023) di Kuala Lumpur merupakan program yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemanjuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang melibatkan aktiviti pameran, jualan serta demonstrasi makanan tradisi serta pesembahan budaya. Dilaporkan oleh: Mohd Zaidan bin Zahari Tarikh: 10 Mac 2023 Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur Anjuran: KLPF2023 Maklumat Program


Penyertaan ini adalah menghargai jemputan dan hubungan baik di antara Unit Landskap dan Hortikultur khussusnya dan KPM Beranang amnya dengan pihak universiti serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta memenuhi jemputan dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi program Craft Guided Tour. Aktiviti ini juga merupakan platform utama bagi memberikan kemahiran pendedahan kepada pensyarah dalam memastikan kreativiti dapat dipertingkatkan terutamanya merangkumi rekabentuk, seni dan budaya.


Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 1 2023/2024 & Sesi Taklimat Pengarah Bersama Ibubapa Tarikh: 30 March 2023 Lokasi: Dewan Gemilang KPMB Anjuran: Unit Pendaftaran (HEP) Maklumat Program Pelajar Semester 1 sesi 1 2023/2024 Ambilan Mac perlu mendaftar di KPM Beranang secara fizikal pada 30 Mac 2023 bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Proses pendaftaran dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah di tetapkan oleh pihak BPT. Konsep pendaftaran kali ini telah dijalankan secara bersemuka dan perlu melalui proses pendaftaran secara semakan kaunter. Sesi taklimat Pengarah bersama ibubapa pelajar telah diadakan pada jam 11.00 pagi untuk memberi pengenalan berkaitan KPMB. Orientation Committee dan MPP KPMB turut membantu semasa pendaftaran ini berlangsung. Dilaporkan oleh: Tuan Nur Azyyati binti Tuan Muhammad Kamal


Certified Professional Marketer Tahniah kepada pensyarah Unit Pengajian Perniagaan, Jabatan Pengurusan Perniagaan, KPMB kerana telah berjaya dalam peperiksaan Certified Professional Marketer (CPM) untuk Asia Business (AB) & Asia Marketing Management (AMM). Pensyarah adalah berikut: 1. Encik Zainal Abidin Bin Mustapa 2. Puan Nadia Binti Abdullah Sani 3. Dr. Sharul Azlan Bin Maulod 4. Puan Tuan Nur Azyyati Bt. Tuan Muhammad Kamal Semoga kejayaan ini dapat memacu dan mempertingkatkan kualiti Program Diploma in Bussiness Studies. Dilaporkan oleh: Jabatan Pengurusan Perniagaan


Pencapaian Terbaik Tahniah kepada pelajar CFAB , Che Aiza Hana Bt Che Mazlan , kerana pencapaian 92% markah peperiksaan akhir Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB) bagi subjek Accounting Dilaporkan oleh: Jabatan Perakuanan


THANK YOU


Unit Komunikasi & Korporat (UKK) [email protected] Mac 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940. Editor Suriyani binti Sahar Mohd Khidir bin Omar Imbas Kod QR


24


Click to View FlipBook Version