E-BULETIN APRIL 2023
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG
The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go. - Dr. Seuss
01 03 05 02 04 06 Persaraan Pian Norizan binti Jamsus Pustakawan KPM Beranang Persaraan Kuliah Zuhur Ihya Ramadhan Tarikh: 5-14 April 2023 Lokasi: B3 dan platform media sosial Anjuran: Perdiqma Pertandingan Hafazan Al-Quran Muslimah, Pertandingan Poster Ramadhan dan Pertandingan Quiz Ramadhan Solat Sunat Terawih dan Berjemaah Usrah & Tadarus Al-Quran bersama pelajar semester 1 Rangkuman Aktiviti APRIL 2023 Tarikh: 1-18 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Perdiqma Tarikh: 4-18 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Perdiqma Tarikh: 4 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Perdiqma Taklimat Pengurusan bersama warga KPMB Tarikh: 5 April 2023 Lokasi: Lecture Theater 2 Anjuran: Pengurusan Kolej 1 4 6 3 5 7
07 09 11 08 10 12 Majlis Berbuka Puasa Perdana Surau Mukhlisin Projek Amal Untuk Ramadhan 7.0 Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana KPMB Rangkuman Aktiviti APRIL 2023 Tarikh: 8 April 2023 Lokasi: Perkarangan Surau Mukhlisin, Taman Pelangi Semenyih 2 Anjuran: AJK Surau Mukhlisin Pelangi Semenyih 2 Tarikh: 8 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Alumni Perdiqma Usrah & Tadarus Al-Quran bersama pelajar semester 1 Tarikh: 11 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Perdiqma Program Ijtima' Jumaat Tarikh: 7 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Perdiqma Lawatan Rasmi Pengurusi MARA Tarikh: 11 April 2023 Lokasi: Dewan Gemilang Anjuran: MARA dan KPMB Tarikh: 12 April 2023 Lokasi: Dewan Gemilang Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar 9 11 19 10 12 20
13 15 17 14 16 18 Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2023 anjuran Kolej MARA Kuala Nerang Congratulations Pertandingan Hafazan Al-quran Muslimah Jualan Rahmah Pautan Kasih Ramadan - Bubur Lambuk 3.0 Qiamullail Free Iftar Food Rangkuman Aktiviti APRIL 2023 Tarikh: 12 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Unit Kokurikulum Tarikh: 14 April 2023 Lokasi: Blok B (B3) KPMB Anjuran: Perdiqma Tarikh: 14 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Perdiqma Tarikh: 15 April 2023 Lokasi: Pangsapuri Baiduri Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar Tarikh: 17 April 2023 Lokasi: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Perdiqma 21 24 26 23 25 27
Jasa Mu Dikenang, Selamat Bersara Puan Norizan binti Jamsus Tempoh Perkhidmatan di KPM Beranang : 15/4/2002 – 30/3/2023 Tarikh berpencen: 1 April 2023 Maklumat Persaraan 1
2
SOLAT SUNAT TERAWIH & BERJEMAAH Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Program telah berlangsung dari 1 April sehingga 18 April 2023 pada waktu selepas isya' sehingga selesai . Terdapat pelajar lelaki yang mendirikan solat maghrib secara berjemaah di surau . Imam dan bilal solat sunat tarawih disusun mengikut giliran atau jadual yang telah ditetapkan oleh biro Musolla. Pelajar kamsis KPMB mula turun ke surau setelah azan Isya ' bagi menunaikan solat Isya ' dan tarawih berjemaah selama lapan rakaat. Program tamat setelah pelajar habis mendirikan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat dan selepas itu , pelajar pulang ke kamsis . Tarikh: 1 -18 April 2023 Lokasi: Surau An Nur Anjuran: Perdiqma Maklumat Program 3
Tarikh: 4 -18 April 2023 Lokasi: Surau An -Nur Anjuran: Perdiqma Maklumat Program Kuliah Zuhur Ihya ' Ramadhan Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Kuliah dimulakan dengan pembuka kata dan bacaan doa daripada pentazkirah. Pembentangan isi kuliah mengikut tajuk yang ditetapkan dan dipilih olehpentazkirah. Kuliah Zuhur diadakan selama 30 minit sebagai pengisian selepas solat Zuhur. Kuliah diakhiri dengan tasbih Kifarah dan surah Al -Asr. Kuliah diadakan setiap Isnin hingga Khamis dan disampaikan oleh Ustaz KPMB dan PERDIQMA. 4
Tarikh: 4 April 2023 Lokasi: Surau An Nur Anjuran: Perdiqma Maklumat Program Program usrah dimulakan dengan salam dari para naqib naqibah dan bacaan Al -fatihah . Naqib Naqibah memperkenalkan diri serta ahli usrah juga memperkenalkan diri masing - masing . Usrah diteruskan dengan sesi pengenalan dan sejarah usrah serta adab - adab ketika menyertai usrah. Selepas itu , pelajar membaca Al -Quran bersama -sama dan diketuai oleh naqib naqibah . Program usrah tamat dan ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al -Asr . Usrah dan Tadarus Al -Quran bersama pelajar semester 1 Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) 5
Tarikh: 5 -14 April 2023 Lokasi: B3 dan platform media sosial Anjuran: Perdiqma Maklumat Program Pertandingan Hafazan Al -Quran Muslimah, Pertandingan Poster Ramadhan dan Pertandingan Quiz Ramadhan Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Pertandingan Quiz Ramadhan telah berlansung selama 30 minit secara atas talian (online) pada 6 April 2023 dimana setiap peserta hanya dibenarkan menghantar penyertaan sekali sahaja serta pemenang dipilih seramai 10 orang. Selain itu , pertandingan poster digital Ramadhan pula berlangsung selama sepuluh hari bermula pada 5 April sehingga 14 April 2023. Poster yang dihasilkan mengikuti kreativiti masing -masing tanpa melibatkan unsur politik , perkauman dan plagiat. Manakala , pertandingan Hafazan Al -Quran Muslimah dilaksanakan pada 14 April dimana para juri telah menebuk potongan ayat daripada surah Al -Mulk dan Al -Kahfi. Para peserta menyambung ayat hafalan yang seterusnya. Kesemua pemenang untuk setiap pertandingan telah dipilih berdasar rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan dan hadiah diberi pada majlis penutup Jiil Madani IPMA 2023. 6
Taklimat Pengurusan Kolej dengan Warga Kolej Tarikh: 5 April 2023 Lokasi: Lecture Theater 2 Anjuran: Pengurusan Kolej Maklumat Program 7
8
Tarikh: 7 April 2023 Lokasi: Surau An Nur Anjuran: Perdiqma Maklumat Program Program dimulakan dengan bacaan Al-fatihah. Pengerusi majlis memberi kata-kata aluan dan tujuan diadakan program Ijtima' Jumaat. Ahliahli Jawatankuasa Tertinggi PERDIQMA memperkenalkan diri dan skop kerja kepada semua pelajar. Pengerusi majlis menjemput ustazah Noridayu binti Yusoff untuk memberi ceramah tentang Ramadan. Program ditamatkan dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Program Ijtima' Jumaat Dilaporkan oleh: Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma) 9
Tarikh: 8 April 2023 Lokasi: Perkarangan Surau Mukhlisin, Taman Pelangi Semenyih 2 Anjuran: AJK Surau Mukhlisin Pelangi Semenyih 2 Maklumat Program Majlis Berbuka Puasa Perdana Surau Mukhlisin Dilaporkan oleh : Siti Mardiana binti Marbawi (Setiausaha Perdiqma ) Pada pukul 9.00 pagi , sukarelawan iaitu para pelajar kpm seramai 17 orang tiba di surau Mukhlisin Taman Pelangi Semenyih 2. Para pelajar dibahagikan tugas untuk penyediaan bahan memasak. Selepas itu , sukarelawan dan ajk surau Mukhlisin mula memasak menu berbuka iaitu nasi minyak , bubur lambuk dan kari kambing pada pukul 11.00 pagi. Seterusnya , seusai sahaja solat zohor di surau Mukhlisin , sukarelawan dan AJK surau meneruskan misi mereka untuk menggoreng ayam berempah setelah diperap. Selain itu , penyediaan bubur lambuk ke dalam bekas kedap udara dilakukan pada petang itu juga untuk memudahkan agihan bubur lambuk. Setelah tazkirah dan kemudiannya azan manghrib berkumandang , mereka yang hadir berbuka dengan menu yang sudah disediakan. Akhir sekali , selepas selesai solat isya', solat sunat tarawih dan solat sunat witir , sukarelawan pulang ke kolej dengan membawa menu moreh iaitu subway. 10
PROJEK AMAL UNTUK RAMADHAN 7 . 0 Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Ahli Perdiqma yang terlibat berkumpul di surau untuk mendengar sesi briefing daripada pihak alumni dan selepas itu , pelajar lelaki menyediakan bahan -bahan masakan di luar surau . Manakala pelajar perempuan mula membungkus Kotak Ramadan yang mengandungi beberapa jenis makanan untuk diberikan kepada pelajar asnaf . Pelajar memasukkan kurma serta kuih karipap yang telah digoreng ke dalam pek plastik untuk membuat Kit Iftar sebanyak 400 pek. Selepas itu , majlis ringkas penyerahan Kotak Ramadan kepada pelajar asnaf dimulakan pada jam 3.30 petang yang disampaikan oleh pengarah KPMB iaitu Puan Azlina binti Johari . Selepas asar , para pelajar yang berada di kamsis mula memgambil Kit Iftar dan semua ahli Perdiqma serta alumni Perdiqma keluar daripada kolej untuk memberi Kit Iftar kepada penduduk sekitar kolej . Program Projek Amal Untuk Ramadan 7.0 ini tamat pada jam 6.30 petang dan semua alumni dan ahli Perdiqma bersiap sedia untuk persiapan berbuka. Tarikh: 8 April 2023 Lokasi: Surau An Nur Anjuran: Alumni Perdiqma Maklumat Program 11
LAWATAN RASMI PENGERUSI MARA YBHG. DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
CORETAN PENGERUSI MARA KOLEJ PROFESSIONAL MARA (KPM), BERANANG BUKTI KOMITMEN PENDIDIKAN MARA Hari ini saya meluangkan masa ke Beranang bagi melawat dua institusi pendidikan MARA yang mempunyai fokus yang berbeza. KPM pula memfokuskan pendidikan professional seperti pengurusan perniagaan , akauntan , sains komputer , bahasa inggeris , landskap dan hortikultur . Di KPM pula, sempat saya berdialog bersama warga tenaga pengajar dan pelajar . Saya meneliti segala luahan dan permintaan yang diutarakan oleh Sdr . Harraz , Presiden MPP KPM Beranang berkaitan isu akademik , kebajikan dan infrastruktur di kampus mewakili suara rakan -rakannya yang lain . InsyaAllah , sebagai Pengerusi MARA saya akan teliti dan perhalusi segala aspek kebajikan pelajar agar memudahkan proses pembelajaran mereka . #MerakyatkanMARA #MARAGemilang #HidupKuMilikUmmah #MalaysiaMadani *sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki 1 4
15
16
17
JUTAAN TERIMA KASIH YBHG. DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI 18
Tarikh: 11 April 2023 Lokasi: Surau An Nur Anjuran: Perdiqma Maklumat Program Usrah dan Tadarrus Al -Quran bersama pelajar semester 1 Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Program usrah dimulakan dengan salam dan bacaan Al -fatihah oleh para naqib naqibah. Naqib naqibah mula menjelaskan sifat - sifat terpuji yang ada bertetapan dengan nilai dan perakuan syarak. Selepas itu , para naqib naqibah pula menjelaskan sifat mazmumah yang perlu dielakkan dan perlu menghindarkan diri daripada melakukan sifat - sifat tersebut. Para naqib naqibah juga menanyakan tentang adab -adab yang boleh dipraktikkan oleh pelajar seperti adab dengan tandas , tidur dan ketika makan. Usrah diteruskan dengan tadarrus al -Quran bersama -sama. Program usrah tamat dan ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al -Asr. 19
MAJLIS KHATAM AL -QURAN & IFTAR PERDANA KPMB 2023 /1444 H Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Para pelajar dan warga kerja Kolej Profesional MARA Beranang tiba di Dewan Gemilang Ilmu sebelum majlis Khatam Al -Quran dimulakan . Majlis dimulakan dengan alunan suara merdu para peserta khatam al -quran . Para pelajar dan warga kerja yang hadir turut mendengarkan khatam al -quran daripada para peserta tersebut. Seusai majlis khatam al -quran , penyampaian cenderahati kepada para peserta khatam al -quran sebagai penghargaan terhadap mereka yang berani tampil ke hadapan. Majlis diteruskan dengan tazkirah hebat yang disampaikan oleh seorang pegawai kerajaan gred DG44 iaitu ustaz Abduh. Seterusnya , persediaan iftar dilakukan oleh para pelajar untuk bersiap sedia berbuka puasa. Ajk yang terlibat mengagihkan makanan berbuka puasa kepada para pelajar di luar Dewan Gemilang Ilmu . Selesai berbuka puasa , para pelajar mula solat maghrib berjemaah , solat isya ' berjemaah seterusnya solat sunat tarawih . Sebelum bersurai , para pelajar disediakan moreh untuk mereka yang telah hadir memeriahkan majlis khatam Al -Quran & Iftar Perdana KPMB 2023. Majlis tamat selepas agihan moreh. Tarikh: 12 April 2023 Lokasi: Dewan Gemilang Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar Maklumat Program 20
*We did it again!* Unit Inovasi & Kreatif KPMB dengan bangganya ingin mengumumkan kemenangan berganda team-team inovasi dari KPM Beranang pada Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2023 anjuran Kolej MARA Kuala Nerang yang telah berlangsung pada bulan Mac 2023. Untuk pengetahuan semua, KPMB telah menghantar 11 projek inovasi dari kalangan pensyarah dan pelajar dan kesemua 11 projek telah mendapat anugerah pada karnival ini. Team KPMB telah beroleh kejayaan mengikut kategori-kategori berikut: *GOLD AWARD* 1. Team SNERTILIZER 2. Team UAttend Smart Fingerprint Attendance System 3. Team Student Bar Calculator 4. Team APPSENT 5. Team AcademicAce (Carry Marks Calculator App) 6. Team TUNE LAB *SILVER AWARD* 1. Team ECO BRICK 2. Team e-Candidate Check-In 3. Team CuriDosa: Smart Vault Security System by 2mars1venus 4. Team Baju Hujan Beg Galas Tepi (2 in 1) 5. Team Multifunctional Chopping Board *MOST OUTSTANDING INNOVATION AWARD* ️️️ Team TUNE LAB *TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!!!* Kami warga KPMB sangat berbangga dengan pencapaian yang sangat cemerlang ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi penghasilan projek-projek inovasi dari KPMB untuk ditonjolkan di mata dunia. Well done! We are proud of you! 21
22
Tarikh: 12 April 2023 Lokasi: Surau An -Nur Anjuran: Unit Kokurikulum Maklumat Program PAUTAN KASIH RAMADAN - BUBUR LAMBUK 3 . 0 Dilaporkan oleh : Fadhlan bin Aris Program PAUTAN KASIH RAMADAN - BUBUR LAMBUK 3.0 ini merupakan program yang dijalankan di bulan Ramadan dengan bertujuan untuk memberi peluang kepada warga KPM Beranang untuk bersama -sama menghayati bulan Ramadan dengan melaksanakan program khidmat masyarakat. Program yang melibatkan kakitangan dan pelajar KPM Beranang ini berjaya mengeratkan silaturrahim dikalangan warga KPM Beranang disamping dapat memupuk nilai -nilai murni dalam diri warga KPM Beranang. Disamping itu juga, program ini dapat mengeratkan hubungan baik KPM Beranang dengan agensi -agensi luar dimana bubur lambuk turut disumbangkan kepada beberapa agensi luar yang berhampiran. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan dating dan menjadi salah satu program tahunan. 23
PERTANDINGAN HAFAZAN AL -QURAN MUSLIMAH Dilaporkan oleh : Aisyah Syarafena binti Abdul Karim (Timbalan Biro Musolla Perdiqma ) AJK Perdiqma mula menyusun meja dan kerusi mengikut susun atur pertandingan di Kelas B 3. Para peserta seramai 14 orang dan penonton mula memenuhi tempat duduk masing -masing mengikut giliran hafazan yang telah ditetapkan. Dua orang juri iaitu terdiri daripada Ustazah Idayu dan Ustazah Nabilah juga hadir tepat pada masanya. Seorang pelajar KPM (AJK Musolla ) yang bernama Siti NurAthira dilantik menjadi hakim untuk pertandingan hafazan ini . Pertandingan dimulakan dengan penjelasan hakim berkenaaan peraturan dan cara pertandingan ini akan berlangsung. Konsep “tebuk ” digunakan iaitu dimana hakim akan memilih mana -mana ayat dan peserta perlu mengulang bacaan lalu menyambung ayat hafalan seterusnya. Selepas itu , pertandingan diteruskan dengan peserta hafazan yang pertama iaitu AthirahIzzaty bt Mohd Rozlan dan diakhiri dengan peserta terakhir iaitu Wadhihah binti Mohammad Jaafar. Di samping itu , para juri turut menilai dan memberi markah kepada para peserta dari segi tajwid, fasohah dan suara . Setiap peserta diuji menghafaz surah hafazan dalam masa 8 -10 minit sahaja. Sesi pengambilan gambar bersama juri , hakim, ajk perdiqma dan para peserta diadakan pada akhir waktu pertandingan . Pengumuman pemenang tempat pertama , kedua dan ketiga akan dimaklumkan kemudian. Tepat pada pukul 2 :10 , pertandingan berakhir dengan sesi mengemas , menyusun semula meja serta kerusi di tempat asal. Tarikh: 14 April 2023 Lokasi: Blok B (B 3) Kpm Beranang Anjuran: Perdiqma Maklumat Program 24
Tarikh: 14 April 2023 Lokasi: Surau An -Nur Anjuran: Perdiqma Maklumat Program QIAMULLAIL Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Sesetengah pelajar kamsis lelaki tidur di Surau An -Nur untuk bangun qiamullail di surau . Para pelajar mula bangun untuk mendirikan solat malam pada jam 4 .30 pagi . Qiamullail dimulakan dengan solat sunat taubat dua rakaat yang diketuai pelajar bernama Aqil Faris . Seterusnya , solat sunat tahajjud empat rakaat yang diimami saudara Muhammad Danial . Selepas itu , solat sunat hajat dua rakaat yang diimami oleh saudara Imran. Qiamullalil diteruskan dengan solat sunat witir dan diakhiri dengan solat subuh oleh Muhammad Danial . 25
JUALAN RAHMAH Dilaporkan oleh : Afiq Hisyam bin Lokman Zakey Program Jualan Rahmah Baju Bundle di Laman Pangsapuri Baiduri pada Sabtu , 15 April 2023 , bertujuan untuk memberikan peluang kepada penduduk Baiduri membeli pakaian berkualiti dengan harga yang lebih rendah . Program ini berjalan dengan lancar dan memenuhi matlamat jualan hampir mencecah RM400 . Program ini berlangsung selama empat jam, bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Semua penduduk Baiduri dijemput untuk menghadiri program ini. Laman Pangsapuri Baiduri dipilih sebagai lokasi program kerana ia mudah diakses dan terletak di kawasan perumahan penduduk . Selain itu , kualiti pakaian yang dijual juga akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik dan layak digunakan. Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada penduduk Baiduri dengan memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan pakaian berkualiti dengan harga yang lebih rendah , sambil membantu mengurangkan pembaziran pakaian dan memberikan kesedaran tentang amalan hidup lestari. Tarikh: 15 April 2023 Lokasi: Pangsapuri Baiduri Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar Maklumat Program 26
Tarikh: 17 April 2023 Lokasi: Surau An -Nur Anjuran: Perdiqma Maklumat Program FREE IFTAR FOOD Dilaporkan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Program Free Iftar Food bermula pada jam 6 petang dimana semua pelajar kamsis datang ke surau untuk mengambil makanan . Makanan yang disediakan hanya terhad kepada 250 pelajar yang terawal sahaja kerana 'first come first serve' . Menu untuk juadah berbuka puasa yang disumbangkan secara percuma ini terdiri daripada nasi putih , rendang ayam , kuih muih dan air . Akhir sekali , program ini berjalan dengan lancar kerana kesemua makanan telah habis disumbangkan dan mencapai target yang telah ditetapkan . 27
THANK YOU
[email protected] April 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940. UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB Editor : Suriyani Sahar & Mohd Khidir Omar