slidesmania.com E-BULETIN KPMB JULAI 2023 UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB
slidesmania.com SENARAI PROGRAM / AKTIVITI. 01 | Majlis Restu Ilmu Sesi 1 2023/2024. 02 | Majlis Penghargaan Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023. 03 | Grand Gala Dinner DBS 07/2021. 04 | Lawatan Ilmiah Unit Hortikultur ke Trigofarm Retreat
slidesmania.com Majlis Restu Ilmu Sesi 1 2023/2024. Program yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan pensyarah KPMB yang menekankan konsep syukur, memaafkan & keberkatan Ilmu. Antara lain pengisiannya utamanya adalah Solat Zuhur & Solat Hajat secara berjemaah, bacaan Yassin dan Doa Restu Ilmu yang dipimpin oleh saudara Muhammad Danial bin Adenan. Selain itu, ucapan dari Wakil Pelajar Saudara Wan Ahmad Aqil bin Wan Ismail & Pengarah KPM Beranang juga telah disampaikan beserta tayangan Montaj. Agihan makanan kepada pelajar juga dilaksanakan. Tarikh: 4 Julai 2023 Lokasi: Dewan Gemilang Ilmu, KPMB Anjuran: PERDIQMA
slidesmania.com Majlis Penghargaan Ahliahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023. Barisan Majlis Perwakilan Pelajar diraikan oleh pihak pengurusan dan penasihat Majlis Perwakilan Pelajar dalam majlis minum petang di Racoon Cafe Eco Forest Semenyih. Ucapan penghargan diberikan oleh Timbalan Hal Ehwal Pelajar dan Pengarah KPM Beranang. Selain daripada itu, sijil dan cenderahati disampaikan oleh pengarah kepada barisan Majis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 sebagai tanda penghargaan daripada pihak kolej atas segala usaha dan tenaga yang telah disumbangan oleh mereka. Tarikh: 5 Julai 2023 Lokasi: Racoon Cafe Eco Forest Semenyih. Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar
slidesmania.com Grand Gala Dinner DBS 07/2021. Annual Dinner Pelajar DBS Semester 6 ini, diadakan di Bangi Golf Resort pada 7 Julai 2023, di hadiri oleh 103 pelajar dan 13 orang pensyarah dan 3 orang VIP jemputan. Program ini di mulakan dengan ucapan oleh pengarah KPMB, diikuti dengan ucapan Ketua Program dan Presiden DBS Associate. Majlis juga diserikan dengan persembahan dari para pelajar sambil menikmati hidangan makan malam yang disediakan dan meriahkan lagi dengan penyampaian anugerah kepada pelajar dan pensyarah dalam pelbagai kategori. Program ini dapat mengeratkan ukhuwah dan keakraban anatar pelajar dan pensyarah serta menambahkan memori manis diatara semua peserta. Tarikh: 7 Julai 2023 Lokasi: Bangi Golf Resort Anjuran: DBS Associate
slidesmania.com Lawatan Ilmiah Unit Hortikultur Pensyarah unit hortikultur tiba di Trigofarm Retreat kira-kira jam 10 pagi disambut oleh Encik Ammar & isterinya Puan Azie. Kedua-dua mereka merupakan alumni Kolej Profesional MARA Beranang mengambil Diploma Agrobusiness suatu ketika dahulu. Encik Ammar yang dahulunya merupakan seorang Arkitek Landskap kini mengusahakan perniagaan sendiri dengan menubuhkan homestay yang bertemakan agro pelancongan diberi nama Trigofarm Retreat terletak di Batang Benar, Negeri Sembilan. Kawasan seluas kira-kira dua ekar menyediakan suasana kampung yang mempunyai pohon buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan, langsat dan sebagainya. Tarikh: 31 Julai 2023 Lokasi: Trigofarm Retreat, Batang Benar Anjuran: Unit Hortikultur
slidesmania.com Homestay yang berkonsepkan industrial design menarik perhatian pelbagai pengunjung dalam negara, mahupun luar negara. Pengunjung yang menetap di homestay berkenaan boleh menikmati buah-buahan yang ada secara percuma sekiranya dalam musim. Selain daripada itu juga, pengunjung boleh memancing ikan di kolam-kolam ikan yang terdapat di situ. Antara ikan yang terdapat dalam kolam berkenaan adalah patin, keli, tilapia dan sebagainya. Kami juga mengadakan perbincangan berkenaan Latihan industri yang boleh ditawarkan di Trigofarm Retreat.
slidesmania.com Terima Kasih! Unit Komunikasi & Korporat (UKK) [email protected] Julai 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940. Editor : Siti Nur Samawati Binti Ahmad Mohd Khidir bin Omar
slidesmania.com
slidesmania.com