Unit Komunikasi & Korporat (UKK) KPMB
SENARAI PROGRAM / AKTIVITI No. Program / Aktiviti Muka surat 1 GOTONG - ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG 1 2 MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT 2 3 PROGRAM USRAH 3 4 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ERNST & YOUNG (EY) 4 5 PROGRAM TUTOR-TUTEE 5 6 LAWATAN KE KILANG YAKULT SDN. BHD 6 7 KEM TAUTAH UKHUWAH, TAUTAN MAHABBAH AJKT PERDIQMA 7 8 SESI TEMUBUAL BERSAMA STAF KPMB – SAFETY AND HEALTH AT WORK 8 9 MESYUARAT DLH ASSOCIATE 9 10 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN),CAWANGAN CYBERJAYA 10 11 PROGRAM IJTIMA' JUMAAT 11 No. Program / Aktiviti Muka surat 12 LADIES NIGHT KPMB 12 13 CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ 1444H 13 14 PERTANDINGAN FESYEN ALUNAN ALAM, KUALA LUMPUR PARK FESTIVAL 2023 14 15 MINI DBS KPMB INNOVATOR 15 16 JOM SIHAT 2023 17 17 EDUCATIONAL TRIPS TO PORT KLANG 18 18 PROGRAM PENGHAYATAN ULUL ALBAB 19 19 SME'S PLANS TO PENETRATE INTERNATIONAL MARKET 20 20 MERAIKAN LEPASAN PELAJAR KPMB YANG BERJAYA MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA 21
GOTONG - ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG Program ini merupakan satu program yang telah dirancang oleh kami bagi tahun 2023. Program ini merupakan program khidmat masyarakat iaitu aktiviti penyelenggaraan pantai secara bersama dan bergotong royong membersihkan pantai. Dengan menganjurkan program ini, kita dapat mengindahkan suasana dan kawasan di sekitar pantai. Program ini telah berlangsung pada 4 Februari 2023 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang. Program Khidmat Masyarakat yang dijalankan ini adalah gotong - royong membersihkan Pantai Bagan Lalang di Sepang, Selangor. Tarikh : 4 Februari 2023 Lokasi : Pantai Bagan Lalang, Sepang Anjuran : Kelas DBS 5E dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Sepang Disediakan oleh : Setiausaha Kelas DBS 5E 1
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT Pelajar mendapat pendedahan awal mengenai salah satu firma audit terbesar di dunia iaitu Ernst & Young (EY) dengan lebih jelas iaitu tentang budaya kerja dan kriteria pemilihan pekerja yang ditetapkan oleh firma tersebut. Pelajar juga berasa bermotivasi dengan sesi perkongsian pengalaman oleh wakil EY iaitu Miss Chen Yuk Yie. Kemuncak acara apabila perkongsian pengalaman dan kata-kata motivasi dari Dato’ Megat Iskandar Shah, salah seorang Partner EY yang memberi kata semangat untuk mereka terus berusaha untuk mencapai cita-cita mereka menjadi Akauntan Bertauliah. Selain itu sesi ’engagement’ yang di adakan di antara pelajar bersama wakil ‘human resource”, Pn. Eliana Anuar, juga membantu para pelajar bertanya secara terus berkenaan bidang kerjaya mereka. Sebelum sesi tamat, kami juga berkesempatan berjumpa bersama bekas pelajar kohort pertama untuk sesi beramah mesra bersama para pensyarah dan junior. Ini amat membantu dalam memberi semangat dan pendorong agar para pelajar berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita mereka. Disediakan oleh : Nur Natrah binti Amir Rudin Tarikh : 5 Februari 2023 Lokasi : Penduduk Sekitar Beranang Anjuran : Kelas DBS 5D 2
PROGRAM USRAH Usrah 1 Naqib dan naqibah memulakan Usrah dengan pendahuluan tentang tajuk usrah iaitu" Kelebihan Orang yang Bersabar". Sesi bertukar pendapat naqib dan naqibah dengan ahli usrah. Penyampaian kata penutup dan pengajaran yang didapati dalam program Usrah oleh naqib dan naqibah. Program Usrah diakhiri dengan tasbih kaffarah serta surah AlAsr. Usrah 2 Ustaz Sameer memulakan pembentangan bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan memberi definisi secara umum dan khusus tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ustaz meneruskan pembentangan dengan menerangkan ciri-ciri Ahli Sunnah Wal Jamaah dan penglibatan mereka di Malaysia. Usrah 3 Program Usrah dimulakan dengan naqib dan naqibah menceritakan pendahuluan tentang "Pesanan Luqmanul Haqim kepada anaknya". Sesi bertukar pendapat dengan ahli usrah. Naqib dan naqibah memberi pengajaran yang boleh diambil berdasarkan sirah yang disampaikan. Program Usrah diakhiri dengan tasbih kaffarah serta surah Al-Asr. Disediakan oleh : Nur Dhamirah Aisyah binti Arman Shah Tarikh : 8, 14, 22 Februari 2023 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma 3
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ERNST & YOUNG (EY) Tarikh : 8 Februari 2023 Lokasi : Ernst & Young (EY) Anjuran : Jabatan Perakaunan kerjasama Ernst & Young (EY) Pelajar mendapat pendedahan awal mengenai salah satu firma audit terbesar di dunia iaitu Ernst & Young (EY) dengan lebih jelas iaitu tentang budaya kerja dan kriteria pemilihan pekerja yang ditetapkan oleh firma tersebut. Pelajar juga berasa bermotivasi dengan sesi perkongsian pengalaman oleh wakil EY iaitu Miss Chen Yuk Yie. Kemuncak acara apabila perkongsian pengalaman dan kata-kata motivasi dari Dato’ Megat Iskandar Shah, salah seorang Partner EY yang memberi kata semangat untuk mereka terus berusaha untuk mencapai cita-cita mereka menjadi Akauntan Bertauliah. Selain itu sesi ’engagement’ yang di adakan di antara pelajar bersama wakil ‘human resource”, Pn. Eliana Anuar, juga membantu para pelajar bertanya secara terus berkenaan bidang kerjaya mereka. Sebelum sesi tamat, kami juga berkesempatan berjumpa bersama bekas pelajar kohort pertama untuk sesi beramah mesra bersama para pensyarah dan junior. Ini amat membantu dalam memberi semangat dan pendorong agar para pelajar berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita mereka. Disediakan oleh : Nur Ilyani binti Basir@bashir 4
PROGRAM TUTOR-TUTEE Tarikh : 8 – 22 Februari 2023 Lokasi : Bilik CFAB2 Anjuran : Jabatan Perakaunan kerjasama Muafakat Program di adakan sebanyak 3 slot iaitu pada 8, 15 dan 22 Februari 2023. Tutor terdiri daripada 4 orang pelajar dari Program CFAB iaitu MUHAMMAD HUZAYL QAAYED BIN KHAIRI @ KHAIRUL NAHAR, NUR ALIESYA HUSNA BINTI KHAIRUDDIN, CHE AIZA HANA BINTI CHE MAZLAN dan MUHAMMAD HAZIQ IRFAN BIN ABDUL HALIM. Program bermula pada pukul 9 malam sehingga 11 malam. Disediakan oleh : Nur Ilyani binti Basir@bashir 5
LAWATAN KE KILANG YAKULT SDN. BHD Tarikh : 10 Februari 2023 Lokasi : Kilang Yakult Sdn. Bhd. Seremban 2 Anjuran : Penyelaras Kursus Principles of Operations Management (LOG 2603) Objektif lawatan: Menganalisa aspek dan teori yang dipelajari di dalam kursus Principles of Operations Management (LOG 2603) yang diaplikasikan di kilang Yakult. Taklimat ringkas oleh wakil dari Yakult berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Peserta dibawa melawat ke bahagian pemprosesan susu Yakult (production line) di mana penerangan diberi di setiap stesen kerja. Sesi taklimat berkaitan Yakult, tayangan video dan soal jawab berkaitan kerja kursus bagi subjek Principles of Operations Management Disediakan oleh : Intan Zeline binti Nordin 6
KEM TAUTAH UKHUWAH, TAUTAN MAHABBAH AJKT PERDIQMA Tarikh : 11-12 Februari 2023 Lokasi : Nur Lembah Pangsun Eco Resort Anjuran : Penasihat Perdiqma dengan kerjasama Alumni Perdiqma Para pelajar hadir di nur lembah pangsun eco resort pada sabtu pagi dan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan mengikut tentatif program dengan lancar. Keesokkannya para pelajar pulang menaiki bas dengan selamat. Program berjalan dengan lancar selari dengan tentatif program yang telah dirancang. Disediakan oleh : Nur Izzati Anis binti Mohd Pozi 7
Tarikh : 13 Februari 2023 Lokasi : KPMB Anjuran : Pensyarah Kursus Pengurusan Sumber Manusia Untuk membincangkan sesuatu tajuk yang diajar dengan lebih mudah, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh pensyarah. Justeru, saya memilih kaedah Temu bual untuk memahami tajuk Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja bagi Kursus Pengurusan Sumber Manusia. Pihak atau responden yang terlibat untuk kaedah ini ialah staf KPMB yang bertugas di Unit Keselamatan, Unit Teknologi Maklumat, Unit Pentadbiran, Unit Makmal, Unit Ko-Kurikulum, Bilik-Bilik Pensyarah dan Ladang Pertanian. Cenderahati disediakan kepada pihak responden. Pelaksanaan aktiviti ini pertama Pelajar perlu membuat pembacaan tajuk tersebut, Kedua Pelajar perlu menyediakan 3 soalan yang berkaitan dengan tajuk, Ketiga Pelajar melaksanakan aktiviti tersebut dan Keempat pelajar perlu menghantar tugasan tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Hasil dapatan dari aktiviti dibincangkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, di mana pelajar berkongsi informasi dari sesi temu bual dan proses penyelesaian tugasan. Alhamdulillah semua pelajar dapat menjayakan aktiviti dengan cemerlang dan memberikan satu pengalaman kepada mereka untuk memahami tajuk Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja bagi Kursus Pengurusan Sumber Manusia melalui kaedah Temu bual. Disediakan oleh : Dr. Anida Ismail SESI TEMUBUAL BERSAMA STAF KPMB – SAFETY AND HEALTH AT WORK 8
MESYUARAT DLH ASSOCIATE Tarikh : 14 Februari 2023 Lokasi : Lecture Theatre 2 (LT2) Anjuran : DLH Associate Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan daripada ketua jabatan dan para penasihat DLH associate. Setiausaha membentangkan carta organisasi DLH associate. Seterusnya, bendahari DLH associate membentangkan tentang laporan kewangan,aliran tunai keluar dan masuk. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti associate oleh president DLH. Akhir sekali, sesi mengambil gambar. Mesyuarat ditangguhkan Disediakan oleh : Muhammad Syameil Ezwan Al Jad bin Shahrul Azmie 9
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN),CAWANGAN CYBERJAYA Tarikh : 16 Februari 2023 Lokasi : Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Cyberjaya Anjuran : Jabatan Perakaunan Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar yang mengambil kursus Taxation 1 dan Taxation 2 serta 4 orang guru pengiring dari Jabatan Perakaunan. Peserta bertolak dari KPMB pada pukul 11.45 pagi dan tiba di LHDN pada pukul 2.15 petang dengan menaiki bas sewa. Perjalanan ke tempat lawatan tidak jauh, namun peserta bertolak agak awal kerana mahu menunaikan solat dan makan tengahari di masjid berhampiran. Antara aktiviti yang telah dijalankan di sana ialah, mendengar taklimat percukaian, menyertai kuiz secara online (Kahoot), Sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama Ketua Pengarah LHDN, cawangan Cyberjaya dan semua staf. Program tamat pada pukul 5.30 petang. Semua peserta bertolak pulang ke KPMB pada pukul 6.00 petang dan tiba di KPMB pada pukul 7.00 malam. Disediakan oleh : Saidatol Akmar binti Alias 10
PROGRAM IJTIMA' JUMAAT Tarikh : 17 Februari 2023 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma Program dimulakan dengan bacaan Al-fatihah. Para pelajar menulis katakata yang paling memberi makna dan impak dalam kehidupan mereka di atas kertas mahjong. Para pelajar menceritakan serba sedikit berkaitan kata-kata yang telah mereka tulis. Pelajar saling berkongsi pandangan dan pendapat berkaitan isu-isu yang berlaku pada zaman kini. Program ditamatkan dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif 11
LADIES NIGHT KPMB Disediakan oleh : Juwita Norhanna binti Mohammad Haris Tarikh : 17 Februari 2023 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu, KPMB Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar (Exco Pembangunan Siswi) dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (Exco Perhubungan Luar) Program "Ladies Night" merupakan sebuah program yang melibatkan pelajar mahasiswi sahaja tanpa melibatkan pelajar mahasiswa dengan bertemakan Baju Kelawar ataupun Baju Tidur. Dijalankan pada pukul 8:00 sehingga 10:30 malam bertempat di Dewan Gemilang Ilmu. Program ini diadakan untuk mengurangkan tekanan para pelajar disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar siswi. Selain daripada itu, program ini juga dapat meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar dengan adanya persembahan tarian dan juga pertandingan solekan. Justeru, program ini dapat mengasah lagi bakat pelajar dari segi tarian dan solekan. Dengan adanya aktiviti solekan, Kelab Sedaya KPMB boleh menggunakan peluang ini untuk mencari ahli mua baharu iaitu jurusolek yang bertugas untuk memastikan penampilan peserta persembahan sentiasa terjaga. Persembahan tarian pula dikatakan dapat mengeratkan hubungan para pelajar kerana pelajar perlu mengukuti tarian yang dipersembahkan. Natijahnya, pelajar dapat mengenali sesama sendiri sekali gus mendapat kawan yang baharu. Perkara ini dapat memberi manfaat kepada pelajar lebih-lebih lagi disebabkan PKP yang menyebabkan pelajar susah untuk berkomunikasi. Kemahiran untuk membuat kawan baharu ini dapat digunakan pada masa hadapan pelajar. Akhir kata, keseronokan dan kegirangan para pelajar dapat memberikan impak yang positif kepada pihak pelajar dan juga kolej. 12
CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ 1444H Tarikh : 19 Februari 2023 Lokasi : Surau Mukhlisin Taman Pelangi Semenyih 2 Anjuran : Surau Mukhlisin Taman Pelangi Semenyih 2 Ceramah bermula sebaik sahaja solat maghrib berjemaah selesai dilaksanakan sekitar pukul 8:20 PM. Ustaz Farid memberi pencerahan dan perkongsian ilmu yang menarik mengenai Israk Mikraj dan kaitkan dengan kehidupan yang semakin alpa dalam mengimarahkan masjid. Ilmu baharu juga dapat diperolehi oleh para pelajar yang menyertai ceramah ini yang berlangsung selama 1 jam sebelum melaksanakan solat Isyak secara berjemaah pada pukul 9:30 PM. Disediakan oleh : Adlina Hanani binti Azharudin 13
PERTANDINGAN FESYEN ALUNAN ALAM, KUALA LUMPUR PARK FESTIVAL 2023 Tarikh : 19/2 – 6/3/2023 Lokasi : Taman Tasik Titiwangsa Anjuran : DBKL dengan Kerjasama Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, UPM Program Kuala Lumpur Park Festival 2023 (KLPF 2023) merupakan program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terpilih. Bertemakan Laman Seni dan Flora Malaysia, festival ini akan mempertontonkan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuhtumbuhan rasmi bandar-bandar di Malaysia yang dipersembahkan dalam bentuk laman berunsurkan seni. Penyertaan ke pertandingan Fesyen Alunan Alam ini adalah melalui jemputan Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM), di mana jemputan adalah untuk semua IPTA / IPTS yang mempunyai pelajar yang mengikuti bidang pengajian rekabentuk landskap. KPMB telah mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan. Disediakan oleh : Noor Qamariah binti Md Sah 14
MINI DBS KPMB INNOVATOR Tarikh : 21-24 Februari 2023 Lokasi : Perpustakaan Zaaba Anjuran : Penyelaras Entrepreneurial Creativity and Innovation ETR 2033 MDKI merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar semester 5 yang mengambil subjek ETR 2033 Entrepreneurial Creativity and Innovation sebagai satu keperluan dalam subjek tersebut iaitu pembentangan hasil inovasi (CLO 3). Aktiviti/program ini akan melibatkan penyertaan pelajar semester 5 DBS, KPMB sahaja. Bagi memenuhi keperluan subjek ini (CLO 3), pelajar dikehendaki membentangkan dapatan dan hasil projek akhir mereka Disediakan oleh : Dr. Sharul Azlan Maulod 15
JOM SIHAT 2023 Tarikh : 21 Februari 2023 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu, KPMB Anjuran : KPMB dengan Kerjasama Disediakan oleh : Dr. Azwani Ismail BUKM & Pusat Darah Negara Pada 21 FEB 2023, Kolej Profesional MARA Beranang, Badan Ugama dan Kebajikan MARA dan Pusat Darah Negara telah bekerjasama dan berganding bahu bagi merealisasikan Jom Sihat 2023. Antara pengisian program Jom Sihat 2023 adalah, Booth Jualan, Senam Robik, Kempen Derma Darah , Quizezz Ahlan Ramadham, congkak, pertandingan carom , Kuiz Online MalaysiaKU serta Jualan Kasih bagi mengutip dana untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Para peserta yang terdiri daripada warga KPMB dan IPMA MARA telah bersama-sama menjayakan program. Semoga kerjasama seperti ini akan diteruskan bagi memberi manfaat buat semua warga IPMA dan Negara. Jutaan terima kasih buat semua yang telah memberi sokongan kepada program ini. “Gunakanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum masa tuamu, kesihatanmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sibukmu, masa kayamu sebelum masa kefakiranmu, masa hidupmu sebelum kematianmu.” (Riwayat al-Hakim ) 17
EDUCATIONAL TRIPS TO PORT KLANG Tarikh : 22 Februari 2023 Lokasi : Kastam Pelabuhan Klang dan Westport Klang Anjuran : Penyelaras Kursus MGT1163 dan pelajar DBS semester 3 Disediakan oleh : Nurdiyana binti Mohd Hashim Objektif Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari, dan memperoleh pengetahuan berkenaan aktiviti-aktiviti supply chain dan logistics yang berlaku antara negara di kawasan pelabuhan antarabangsa. Meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelajar dengan pihak luar untuk mendapatkan kebenaran, untuk membuat lawatan di sekitar pelabuhan Klang. Aktiviti 2.30pm : Lawatan ke Galeri Kastam Diraja Malaysia 3.00pm : Ucapan dari Pengarah Kastam ( Puan Zuraini binti Othman) 3.15pm : Taklimat dari Tuan Davis dan perkongsian pengalaman oleh Puan Zuraini 4.45pm : Sesi bergambar dan penyampaian cenderahati 5.00pm : Lawatan sekitar Westport dan taklimat aktiviti di Pelabuhan Klang 18
Program Penghayatan Ulul Albab bagi sesi 3 2022/2023 telah berjaya dilaksanakan bagi memenuhi sebahagian penilaian kursus ISL 1062 Pendidikan Islam dengan kerjasama penglibatan pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini sebagai penganjur dan penggerak program. Ia dilaksanakan sepanjang semester mengikut kepada esesuaian masa pelajar dan pensyarah. Program ini dilaksanakan dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti iaitu bermula dari solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan surah alKahfi atau al-Mulk, solat isyak berjemaah, tazkirah dan tadabbur surah. Ia bagi memenuhi silibus yang telah dipelajari dalam kursus Pendidikan Islam yang diambil oleh pelajar semester 1 dan semester dua mengikut program masing-masing. Selain itu, penglibatan semua pelajar adalah diwajibkan bagi kerana program ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan markah bagi kursus ini. Setiap pelajar diagihkan mengikut tugas masing-masing. Pelajar menggunakan surau An-Nur, KPM Berananang bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancer dan mengikut tentatif yang telah dirancang. PROGRAM PENGHAYATAN ULUL ALBAB Disediakan oleh : Nabilah binti Abdul Ghani Tarikh : 5/1 – 23/2/2023 Lokasi : Surau An-nur Anjuran : Unit Pengajian Islam 19
SME'S PLANS TO PENETRATE INTERNATIONAL MARKET Untuk melengkapkan Penilaian Berterusan sebanyak 40 markah bagi kursus Perniagaan Antarabangsa, satu tugasan berbentuk Problem Based Learning telah disediakan kepada pelajar. Satu sinario penyelesaian masalah iaitu berkaitan dengan perusahaan secara kecil dan sederhana merancang untuk menembusi pasaran luar. Pelbagai persediaan perlu dikaji oleh pelajar iaitu dari aspek pemilihan negara, pemilihan jenis atau kaedah kemasukan dan halangan serta kesukaran untuk menembusi pasaran luar. Tugasan berbentuk kumpulan seramai 5 atau 6 orang selama 5 minggu. Proses menyiapkan tugasan pertama dengan membuat pemilihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyediakan video untuk sesi temu bual. Kedua Pelajar membuat pemilihan negara untuk menembusi pasaran luar. Ketiga Pelajar perlu membuat pemilihan kaedah kemasukan. Keempat Pelajar perlu membuat laporan tugasan dan Kelima Pelajar perlu membuat Pembentangan Hasil Dapatan. Alhamdulillah semua kumpulan berjaya menyiapkan tugasan berbentuk laporan dan membuat pembentangan yang diadakan di Perpustakaan Za'ba KPMB Tarikh : 27-28 Februari 2023 Lokasi : KPMB Anjuran : Penyelaras dan Pensyarah Kursus Perniagaan Antarabangsa Disediakan oleh : Dr. Anida Ismail 20
MERAIKAN LEPASAN PELAJAR KPMB YANG BERJAYA MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA Seramai 14 orang pelajar lepasan KPM Beranang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara pada Februari 2023. 21
MERAIKAN LEPASAN PELAJAR KPMB YANG BERJAYA MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA 05 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Business Studies iaitu Deena Dalissa binti Abdul Hadi, Nurul Humaira Huda binti Amri (KLIA 2) serta Wan Nur Alissa binti Wan Mohd Zakirudin dan Nur Adriana Batrisyia binti Aminudin (KLIA) yang menyambung pelajaran ke University of New South Wales, Sydney Australia. Antara yang hadir meraikan pelajar iaitu Pn Wan Faridah binti Yusoff. 06 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Business Studies iaitu saudari Wafa Nabila binti Jamaluddin yang menyambung pelajaran ke The University of Queensland, Australia. Antara pensyarah yang hadir meraikan pelajar iaitu Pn En Mohd Zaidan bin Zahari (KJ DBS). 09 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Business Studies iaitu saudari Norsyamimie binti Mauzon Salla yang menyambung pelajaran ke The University of Queensland, Australia. 10 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Business Studies iaitu saudari Alya Farhah binti Faizoel yang menyambung pelajaran ke The University of Queensland, Australia. 11 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Accounting iaitu saudari Dhaniah Syafiah binti Mahmood yang menyambung pelajaran ke The University of Queensland, Australia 22
MERAIKAN LEPASAN PELAJAR KPMB YANG BERJAYA MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA 12 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Accounting iaitu Ameera Batrisyia binti Mohamad Mazlan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke The University Of Queensland, Australia. Antara pensyarah yang hadir meraikan pelajar iaitu Pn Mazafaton binti Mohmad (KJ DIA) dan Pn Syuhada binti Khalidi. 16 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Business Studies iaitu saudari Diana Raisha binti Rashdan yang menyambung pelajaran ke The University Of Sydney. 17 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Business Studies iaitu Azueryn Annatassia Dania Aqeela binti Azizan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke University of New South Wales, Sydney Australia. Antara pensyarah yang hadir meraikan pelajar iaitu En Sabri (Ketua Penasihat DBS Associate) En Zainal (Ketua Program DBS). 18 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Business Studies iaitu Anis Zafirah binti Zaidi Dan Ferlisya Hazrini binti Zaimi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke University of Canterbury. Antara pensyarah yang hadir meraikan pelajar iaitu En Mohd Zaidan bin Zahari (KJ DBS). 23
MERAIKAN LEPASAN PELAJAR KPMB YANG BERJAYA MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA 21 Februari 2023 Pelajar lepasan Diploma in Accounting iaitu Nur Ainul Mardhiah Arif binti Ramlee yang berjaya melanjutkan pelajaran ke University of Canterbury. Antara pensyarah yang hadir meraikan pelajar iaitu Pn Mazafaton binti Mohmad (KJ DIA) dan Pn Nur Ilyani binti Bashir. Nama: Humaira Huda binti Amri Program: World Top University (WTU) Universiti: University of New South Wales Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 5 Februari 2023 Nama: Deena Dalissa binti Abdul Hadi Program: IPMA Excellent Student Programe (IESP) Universiti: University of New South Wales Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 5 Februari 2023 24
Nama: Wan Nur Alissa binti Wan Mohd Zakirudin Program: World's Top Universities Universiti: University of New South Wales Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 5 Februari 2023 Nama: Nur Adriana Batrisyia bt Aminudin Program: IPMA Excellent Student Programe (IESP) Universiti: University of New South Wales Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 5 Februari 2023 Nama: Wafa Nabila binti Jamaluddin Program: IPMA Excellent Student Programe (IESP) Universiti: University of Queensland Kursus: Bachelor in Business Management (Innovation) Tarikh berangkat: 6 Februari 2023 25
Nama: Ameera Batrisyia binti Mohamad Mazlan Program: IPMA Excellent Student Programe (IESP) Universiti: University of Queensland Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 12 Februari 2023 Nama: Dhaniah Syafiah binti Mahmood Program: World Top University (WTU) Universiti: University of Queensland Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 11 Februari 2023 26
Nama: Diana Raisha binti Rashdan Program: WTU Universiti: The University of Sydney Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 16 Februari 2023 Nama: Anis Zafirah binti Zaidi Dan Ferlisya Hazrini Binti Zaimi Program: IPMA Excellent Student Programe (IESP) Universiti: University of Canterbury Kursus: Bachelor of Commerce Majoring in Operation and Supply Chain Management Tarikh berangkat: 18 Februari 2023 27
Nama: Azueryn Annatassia Dania Aqeela binti Azizan Program: IPMA Excellent Student Programe (IESP) Universiti: University of New South Wales (UNSW) Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 17 Februari 2023 Nama: Nur Ainul Mardhiah Arif binti Ramlee Program: WTU Universiti: Canterbury University Kursus: Bachelor in Commerce Tarikh berangkat: 21 Februari 2023 28
Terima Kasih Unit Komunikasi & Korporat (UKK) [email protected] Februari 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940. Editor : Mohd Khidir bin Omar