E-BULETINKPMB DISEMBER 2023 UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB
SENARAI PROGRAM/ AKTIVITI DISEMBER 1 | UsrahBersama Pelajar semester 1 2 | Ijtima’ Jumaat: Tautanmahabbah 3 | Bonding DBS Associate 4 | PerjumpaanDBSA Bersama PelajarDbs Semester 1 5 |TazkirahRingkas Selepas Maghrib 6 | QuizzizPerdiqma 7 | BumiHijau 3.0 8 | Mesyuarat Agung DLH Associates 9 | Ijtima' Jumaat: Izzah dan Iffah
USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 Program ini bermula selepas solat maghrib secara berjemaah di surau dan dibuka dengan bacaan Al-Fatihah serta sedikit pengenalan usrah daripada pengendali program iaitu Muhammad Irfan Rusyaidi. Selepas itu, semua pelajar semester 1 dibahagikan kepada sebelas kumpulan bagi pelajar lelaki dan lapan kumpulan pelajar perempuan dan mereka mula bergerak ke naqib dan naqibah masing-masing. Seterusnya, semua kumpulan usrah bergerak ke tempat masing-masing bagi sesi pengenalan antara ahli usrah bersama naqib naqibah. Akhir sekali, program ditangguhkan dengan tasbih kafarah serta surah Al-Asr dan semua pelajar menunaikan solat isya' secara berjemaah di surau sebelum pulang ke kamsis. Disediakan Oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha Perdiqma) Tarikh : 12 & 27.12 2023 Tempat : SURAU KPMB Anjuran : Perdiqma
Ijtima’ Jumaat: Tautan mahabbah Program Ijtima' Jumaat ini dibuka dengan bacaan Al-Fatihah dan dikendalikan oleh saudari Shamimi, Timbalan Ketua Biro Program dengan menerangkan apa itu mahabbah atau maksud kasih sayang secara umum. Majlis diteruskan dengan aktiviti Quizziz berkaitan tautan mahabbah. Setelah itu, beberapa orang pelajar yang hadir memberi sedikit perkongsian mengenai pengajaran yang boleh didapati daripada aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung. Disediakan Oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh : 15.12 2023 Tempat : SURAU AN NUR KPMB Anjuran : PERDIQMA
BONDING DBS ASSOCIATES Program ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Sarapan dan makanan tengah hari disediakan. Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan daripada penasihat DBSA. Program ini dimulakan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan asas pertubuhan ahli DBSA. Antara aktviti yang dijalankan adalah membentuk origami dan latihan dalam kumpulan (LDK).Aktiviti-aktiviti ini menunjukkan semangat Kerjasama antara ahli DBSA. Seterusnya, program ini diteruskan lagi dengan perbincangan antara AJK dan diakhiri dengan ucapan daripada penasihat dan presiden DBSA. Disediakan Oleh : Siti Aisyah binti Shukran (Setiausaha 1) Tarikh : 16.12 2023 Tempat : SURAU KPMB Anjuran : DBS ASOCIATE
PERJUMPAAN DBSA BERSAMA PELAJAR DBS SEMESTER 1 19 Disember 2023 - Program bermula pada 4:30PM dengan bacaan doa daripada Muhammad Danial Bin Adenan selaku Wakil Semester 4. Program diteruskan lagi dengan ucapan Encik Sabri Bin Jaafar selaku Ketua Penasihat DBS Associates untuk memberi sedikit sebanyak nasihat kepada pelajar Semester 1. Program diteruskan lagi dengan ucapan daripada Muhammad Amar Hakim Bin Sukri Tanyong selaku Presiden DBSA dengan memperkenalkan pertubuhan dan tujuan DBSA. Beliau turut memperkenalkan setiap AJK DBSA kepada pelajar semester 1. Program diteruskan dengan aktiviti permainan, iaitu 1. Don't Drop The Ball 2. Kaki, Lutut, Kepala, Bola. Pelajar semester 1 dibahagikan kepada 5 kumpulan, mereka sangat komited dan bersemangat berpasukan dalam aktiviti permainan tersebut. Sebelum program berakhir , kami mengambil kesempatan untuk mencari wakil semester untuk menyertai DBSA. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dalam bentuk makanan ringgan. Setiap Kumpulan diberi satu bag makanan ringgan. Minuman juga disediakan untuk santapan pelajar. Disediakan Oleh : Ashally Avril Anak Michael Joes Tarikh : 12.12 2023 Tempat : Dewan Gemilang Ilmu Anjuran : DBS ASOCIATE
TAZKIRAH RINGKAS SELEPAS MAGHRIB Sesi tazkirah ringkas selepas maghrib dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan bacaan AlFatihah. Selepas itu, Ketua Biro Musolla, Muhammad Danial telah berkongsi akan topik Iman Paling Hebat bersama pelajar yang hadir. Kemudian beliau membacakan doa-doa yang boleh diamalkan oleh para pelajar ketika susah, sedih dan lain-lain. Akhir sekali, sesi tazkirah ringkas ditangguh dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr serta semua pelajar menunaikan solat isya' secara berjemaah di surau. Disediakan Oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh : 12.12 2023 Tempat : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma
Semua peserta pertandingan kuiz hadir di Surau An-Nur pada jam 4 petang dan program dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta bacaan Al-Fatihah. Kemudian, kertas soalan dan sebatang pen diberikan kepada setiap peserta dan mereka diberi masa selama 30 minit untuk menjawab kesemua soalan. Soalan-soalan adalah berdasarkan tema mingguan yang dipilih iaitu sejarah Islam. Selain itu, pemenang pertandingan kuiz dipilih berdasarkan ketepatan dan kepantasan menghantarjawapan. Seramai tiga orang pelajar telah dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan ini dan hadiah berupa wang tunai. Akhir sekali, program ditutup dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr serta sesi bergambar Bersama pemenang Quizizz With PERDIQMA Disediakan Oleh : ZETTY IZATY BINTI SHARIF (SETIAUSAHA PERDIQMA) Tarikh : 20 & 27.12. 2023 Tempat :Surau KPMB Anjuran : PERDIQMA
Unit Teknologi Hijau telah mengadakan program Bumi Hijau 3.0 iaitu membuat aktiviti penyelenggaraan landskap di taman-taman mengikut Unit/Jabatan. Program ini telah dilaksanakan oleh pensyarah dan staf KPM Beranang. Tujuan program ini diadakan untuk memastikan supaya tapak Bumi Hijau yang berada di KPM Beranang berada dalam keadaan yang cantik serta menarik. BUMI HIJAU 3.0 Disediakan Oleh : WAN INTAN SAADAH BINTI WAN ROSDI (Ketua Unit Teknologi Hijau) Tarikh : 8.12 2023 Tempat : Tapak Teknologi Hijau KPMB Anjuran : Unit Teknologi Hijau
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DLH ASSOCIATES Pada 26 Disember 2023 Kelab Landskap dan Hortikultur telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa. Seterusnya wakil DLH Associate telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 3 2023 serta membuat pembentangan laporan kewangan kelab. Seterusnya pengerusi majlis membuat pengumuman pembubaran ahli jawatankuasa sesi 3 2022/2023 dan perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 3 2023/2024. Setelah selesai pemilihan ahli jawatankuasa baru pengerusi majlis telah menjemput presiden kelab yang baru dan juga wakil penasihat kelab untuk memberikan sedikit ucapan. Mesyuarat kemudian ditangguhkan pada jam 1.00 ptg. Disediakan Oleh : ALYA FIRZANA BINTI MOHMAD SABIRIN Tarikh : 26.12 2023 Tempat : LECTURE THEATRE 2, KPMB Anjuran : DLH ASSOCIATE
IJTIMA' JUMAAT: IZZAH DAN IFFAH Majlis dibuka dengan bacaan doa dan AlFatihah oleh saudari Syahmimi sebagai pengacara majlis. Majlis diteruskan dengan perkongsian ceramah dari saudari Putri Aliya berkaitan dengan cara wanita menjaga Izzah dan Iffah pada akhir zaman. Beliau menerangkan dengan lebih mendalam tentang perkara-perkara yang perlu dielakkan dan yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang wanita muslimah yang menjaga izzah dah iffahnya. Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi menjawab kuiz bagi semua pelajar muslimah yang hadir ke Ijtima’. Sesi pemberian hadiah berupa wang tunai kepada pemenangpemenang dilaksanakan selepas tamat sesi menjawab kuiz. Akhir sekali, majlis ditutup dan pelajar diminta untuk mengisi link kehadiran. Disediakan Oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh : 27.12 2023 Tempat : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma
SEKIAN, TERIMA KASIH! UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB
UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) [email protected] Disember 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940 Editor Syuhada binti Khalidi Mohd Khidir bin Omar