E-BULETIN KPMB OGOS 2023 UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB
MESYUARAT DBS BERSAMA PENASIHAT PERSIDANGAN KOMUNITI PERTANIAN KEBANGSAAN 2023 PROGRAM PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2 2023/2024 AMBILAN OGOS BICARA HIJRAH: “RANJAU YANG PERLU KU TEMPUH” PERJUMPAAN DBSA BERSAMA PELAJAR DBS SEMESTER 1 IJTIMA' JUMAAT: "WANITA DIRIMU BEGITU BERHARGA“ UNIVERSITY OF QUEENSLAND BUSINESS SCHOOL TALK POWER UP PROGRAM - SOFT SKILLS AND LEADERSHIP & UPSKILLING VISUALIZATION THROUGH FREEHAND (VTF) IPMA ADVANCED CHALLENGE ENTREPRENEURSHIP (ACE) 2023 PERJUMPAAN NUQABA' BERSAMA MURABBI ANNUAL GENERAL MEETING DLH LIGHTNING QUIZ/ KUIZ KEMERDEKAAN PERJUMPAAN NUQABA' BERSAMA MURABBI TAKLIMAT UNIT TEKNOLOGI HIJAU Senarai Program/Aktiviti
Pendaftaran Pelajar Semester 1 sesi 2 2023/2024 Ambilan Ogos KPM Beranang dilaksanakan secara fizikal pada 3 Ogos. Pengisian utama diantaranya sesi taklimat Pengarah bersama ibubapa pelajar telah diadakan pada jam 11.00 pagi untuk memberi pengenalan berkaitan KPMB. Orientation Committee turut membantu semasa program berlangsung. Program: Program Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2 2023/2024 Tarikh: 3 Ogos 2023 Lokasi: Dewan Gemilang Ilmu Anjuran: Unit Pendaftaran Hal Ehwal Pelajar
Program Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan 2023 dianjurkan oleh Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Perpaduan Malaysia, Jabatan Pertanian, Nestle, TM dan lain-lain. Persidangan ini bertemakan ”Komuniti Pertanian Madani Penggerak Jaminan Makanan” yang akan dicatatkan di dalam ”The Malaysia Book of Records”. Program : Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan 2023 Tarikh : 12-13 Ogos 2023 Lokasi : Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Anjuran : Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan DBS Associate & barisan Jawatankuasa kepada DBS Associate baru dan lama. Selaku Ketua Penasihat En.Mohd Sabri telah memberikan kata-kata motovasi dan kata semangat dalam memupuk semangat kerja berpasukan. Program : Mesyuarat DBS Associate Bersama Penasihat Tarikh : 15 Ogos 2023 Lokasi : LT2 KPM Beranang Anjuran : DBS Associate
Tazkirah dengan pengisian ilmu tentang akidah dari pengalaman penceramah jemputan sebagai saudara baharu iaitu Saudara Joannes Bin Likas Akidah. Program berbentuk bualbicara ini dikendalikan dengan soalan demi soalan yang diberikan oleh moderator, Encik Ikbal Bin Hashim. Program : Bicara Hijrah: “Ranjau Yang Perlu Ku Tempuh” Tarikh : 16 Ogos 2023 Lokasi : Surau An Nur, KPM Beranang Anjuran : Unit Kerohanian
.Program yang bertujuan untuk memperkenalkan DBS Associate kepada Pelajar DBS Semester 1 disamping menyemai semangat kepimpinan ini di dimulakan dengan sesi bacaan doa, ucapan oleh En. Zainal Abidin Mustapa, selaku Ketua Program DBS dan juga ucapan Presiden DBS Associate, Muhammd Amar Hakim bin Sukri Tanyong. Selain itu, taklimat dari Ketua Jawatankuasa UTTK, En. Muhammad Ridzuan bin Zulkepory juga diadakan bagi mendidik pelajar dengan peraturan-peraturan khusus yang perlu dipatuhi selaku pelajar KPM Beranang. Aktiviti ringkas riadah di padang juga diadakan selain dari pemberian hadiah kepada pemenang dan pemilihan wakil semester 1 untuk menyertai DBS Associate. Program : Perjumpaan DBSA Bersama Pelajar DBS Semester 1 Tarikh : 17 Ogos 2023 Lokasi : Padang & LT2, KPM Beranang Anjuran : DBS Associate
Pengisian utama program adalah berbentuk tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Noridayu binti Yusof berkaitan dengan adab dan aurat seorang wanita. Disamping itu, pengisian cara atau tutorial memakai tudung yang mengikut syarie‘ turut diadakan beserta dengan paparan video berkaitan pandangan ajnabi terhadap aurat wanita pada masa kini. Program : Ijtima' Jumaat: "Wanita Dirimu Begitu Berharga" Tarikh : 18 Ogos 2023 Lokasi : Surau An-Nur, KPM Beranang Anjuran : PERDIQMA
Power Up Program - Soft Skills and Leadership & Upskilling Visualization Through Freehand (VTF) diadakan sebagai salah satu usaha kerjasama strategik di antara unit Landskap dan Hortikultur bersama Yayasan Wiba Prima untuk melahirkan pelajar yang kompeten dan mahir dalam rekabentuk serta mempunyai kualiti yang dikehendaki oleh industri. Program ini juga dapat mendedahkan pelajar dengan visualisasi 2 dan 3 dimensi bagi menghasilkan idea-idea rekabentuk yang inovatif dan kreatif. Program ini telah berlangsung selama 2 hari dan telah dihadiri oleh semua pelajar Diploma Landskap dan Hortikultur dari semester 1 hingga 6. Program : Power Up Program - Soft Skills and Leadership & Upskilling Visualization Through Freehand (VTF) Tarikh : 19 – 20 Ogos 2023 Lokasi : LT2, KPM Beranang Anjuran : Yayasan Wiba Prima & Unit Landskap dan Hortikultur, Jabatan Pengurusan Perniagaan, KPM Beranang
Program : University Of Queensland Business School Talk Tarikh : 23 Ogos 2023 Lokasi : Bilik Seminar, KPM Beranang Anjuran : Unit Latihan Industri & Unit Bimbingan dan Kaunseling, KPM Beranang Program ini diadakan dengan kerjasama oleh AUG Student Services. Antara wakil daripada AUG Student Services adalah Nelson Loh dan Kate Liew. Taklimat ini dijayakan dan disampaikan oleh Cik Ana Abu Bakar wakil daripada Queensland University. Diharapkan program ini dapat meningkatkan maklumat kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Seramai 17 peserta mewakili KPM Beranang bertanding di Program IPMA Advanced Creative Entrepreneurship Challenge (ACE) 2023 di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan Pahang dan dinobatkan selaku Naib Johan keseluruhan. Daripada 6 kategori pertandingan yang disertai, KPM Beranang berjaya memenangi antaranya Johan (RISE Startup Pitch Competition), Johan (MARA Next Top Entrepreneur), Johan (Kuantan Garden City Challenge dan Naib Johan ( TikTok Content Creator Challenge). Selain itu KPM Beranang juga telah diberikan Anugerah khas persembahan terbaik RISE Startup Pitch Competition dan juga Anugerah Kumpulan Paling Kreatif bagi pertandingan Kuantan Garden City Challenge. Program : IPMA Advanced Challenge Entrepreneurship (ACE) 2023 Tarikh : 28 – 30 Ogos 2023 Lokasi : KPM Indera Mahkota Anjuran : KPM Indera Mahkota
Majlis dikendalikan oleh Amirul Afif iaitu Ketua Biro Usrah sebagai pengacara majlis dan dimulakan dengan bacaan AlFatihah. Antara pengisian utama program adalah sesi perkongsian berkaitan pengertian, ciri-ciri dan peranan nuqaba' dan bagaimana ingin mengendalikan usrah dengan baik dan apa aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan konteks usrah. Program : Perjumpaan Nuqaba’ Bersama Murabbi Tarikh : 29 Ogos 2023 Lokasi : Surau An-Nur KPM Beranang Anjuran : PERDIQMA
Pengisian tazkirah selepas maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Wan Muzakir Bin Wan Najmi ini terarah mengenai kelebihan dan dugaan seorang mukmin apabila berdoa ini dengan merankumi cadangan empat (4) doa yang boleh diamalkan pelajar. Program ini juga diteruskan dengan bacaan zikir daripada para pelajar sebelum majlis ditamatkan dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr serta Solat Isya’ secara berjemaah. Program : Tazkirah Ringkas Selepas Maghrib Tarikh : 29 Ogos 2023 Lokasi : Surau Annur KPM Beranang Anjuran : PERDIQMA
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa. Seterusnya wakil DLH Associate telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 1 2023 serta membuat pembentangan laporan kewangan kelab. Seterusnya pengerusi majlis membuat pengumuman pembubaran ahli jawatankuasa sesi 2022/2023 dan perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2023/2024. Semua pelajar diminta memilih calon-calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatankuasa yang ada. Setelah selesai pemilihan ahli jawatankuasa baru pengerusi majlis telah menjemput presiden kelab yang baru dan juga wakil penasihat kelab untuk memberikan sedikit ucapan. Mesyuarat kemudian ditangguhkan pada jam 1.00 ptg. Program : Annual General Meeting DLH Associate Tarikh : 29 Ogos 2023 Lokasi : LT2, KPM Beranang Anjuran : DLH Associate
Taklimat diadakan berkenaan dengan dua program yang akan dilaksanakan dibawah seliaan Unit Teknologi Hijau KPM Beranang iaitu penyelenggaraan tapak bumi hijau mengikut Unit/Jabatan serta pertandingan video Bumi Hijau 3.0. Bagi aktiviti penyelenggaraan semua Unit/Jabatan hendaklah membuat aktiviti ini sekurang-kurangnya sebulan sekali mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Unit Teknologi Hijau. Bagi pertandingan video Bumi Hijau 3.0 pula semua yang terlibat dengan aktiviti penyelenggaraan taman dikehendaki mengambil gambar dan merekodkan video dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Program : Taklimat Bumi Hijau Tarikh : 30 Ogos 2023 Lokasi : Secara Dalam Talian Anjuran : Unit Teknologi Hijau
Kuiz dijalankan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan Malaysia bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Seramai 44 orang pelajar KPMB menyertai pertandingan dimana hadiah wang tunai kepada pemenang tempat pertama hingga kelima disediakan. Pemenang kuiz adalah pertama Muhammad Firdaus Noor Zaiful Hisham, Tempat kedua Muhammad Aiman Bin Mohamad Ali, Tempat Ketiga Nurun Nada Mohd Faiz, Tempat keempat Eisya Yaseerah Binti Ahmad Sofian dan Tempat Kelima Muhammad Firdaus Yusri. Program : Lightning Quiz/ Kuiz Kemerdekaan Tarikh : 30 Ogos 2023 Lokasi : Secara Dalam Talian Anjuran : DBS Associate
Terima Kasih! Unit Komunikasi & Korporat (UKK) [email protected] Ogos 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940 Editor Siti Nur Samawati Binti Ahmad Mohd Khidir bin Omar