E-BULETIN KPMB SEPTEMBER 2023
SENARAI PROGRAM/AKTIVITI ✓ Usrah Bersama Pelajar Semester 1 (1) ✓ Bacaan Yasin sempena Hari Kemerdekaan ✓ Ijtimak Jumaat ✓ Tazkirah Maghrib ✓ Usrah Bersama Pelajar Semester 1(2) ✓ Majlis Berbuka Puasa Sunat Khamis ✓ Jalinan Kasih Mukhlisin 2.0 ✓ Alumni Talk ✓ Family Day Sedaya ✓ Alumni Talk DLH ✓ Money Maker Stalls PSN 2023 ✓ Lawatan Ilmiah FAMA Puchong ✓ Sambutan Perayaan Kuih Bulan ✓ UPTM Talk ✓ E-Sport with DBSA (FIFA) ✓ Bengkel Tahsin Surah Al-Fatihah ✓ Taklimat Halatuju UCAM Bersama pelajar KPMB ✓ Taklimat Perkeso ✓ Pertandingan Nasyid Bulan Cinta Rasul ✓ Program Mendaki Bukit Melati Nilai ✓ Kem Imam Muda ✓ Bumi Hijau 3.0 ✓ Kursus Imam & Bilal
USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 Program usrah dimulakan dengan bacaan AlFatihah dan kata-kata aluan daripada para naqib naqibah. Selepas itu, ahli usrah mula memperkenalkan diri mereka kepada semua dan usrah diteruskan dengan perkongsian tentang sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sifat mazmumah, sifat yang dikeji. Seterusnya, ahli usrah menceritakan tentang adab-adab yang sentiasa dilakukan oleh semua seperti dengan adab makan, adab dengan tandas dan adab tidur. Naqib naqibah pula memulakan perbahasan tentang tajuk yang berkaitan. Akhir sekali, usrah ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr. Tarikh: 6 September 2023 Tempat: Surau KPMB dan Google Meet Anjuran: Biro Usrah PERDIQMA Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA)
BACAAN YAASIN BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN SESI 2023/2024 Program ini diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2023. Pelajar kamsis diwajibkan solat berjemaah di surau dan bacaan Yaasin bermula selepas solat maghrib dan bacaan diketuai oleh salah seorang daripada AJK Biro Musolla iaitu saudara Ahmad Adam. Selesai bacaan Yasin, pelajar terus menunaikan solat isya' secara berjemaah di surau. Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh: 7 September 2023 Tempat: Surau KPMB dan Microsoft Teams Anjuran: PERDIQMA
IJTIMAK JUMAAT ” ERTI JATUH CINTA” Majlis dikendalikan oleh Saudari Yenny iaitu sebagai pengacara majlis dan diteruskan dengan perkongsian daripada penceramah iaitu, Cik Fadhilatun Nisa berkaitan dengan Erti Jatuh Cinta kepada Allah. Beliau menerangkan dengan lebih terperinci dan mendalam mengenai tandatanda cinta kepada Allah. Pelajar diberi pendedahan tentang apa itu cinta terhadap Allah SWT supaya mereka lebih khusyuk dalam melakukan ibadah apabila sentiasa mengingati Allah SWT. Mereka juga akan lebih meletakkan harapan yang tinggi hanya kepada Allah SWT sahaja. Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh: 8 September 2023 Tempat: Surau KPMB Anjuran: PERDIQMA
KURSUS IMAM & BILAL 2023 Pihak PERDIQMA menganjurkan Kursus Imam dan Bilal bagi melatih dan membentuk imam bilal yang menepati syariah Islam di kalangan pelajar KPMB. Selain itu, kursus ini juga mendorong pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran kepimpinan mereka dalam mengetuai solat berjemaah serta laungan azan. Seterusnya, hasil ilmu yang diperoleh mampu meningkatkan lagi semangat dan produktif mereka untuk menjadi imam bilal yang lebih profesional demi mengimarahkan Surau An-Nur. Penceramah jemputan adalah Ustaz Fahmi Asraf bin Haji Razali Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh: 9 September 2023 Tempat: Perpustakaan Zaaba KPMB Anjuran: PERDIQMA
Sesi tazkirah ringkas selepas maghrib disampaikan oleh Encik Ismadi Ismail(Jurutera Pesawat Air Asia) tentang perjuangan seorang Muslim di dunia. Beliau meneruskan tazkirah dengan kisah seorang sahabat yakni Saad As Sulami tentang penghujung kehidupannya ialah mati syahid kerana jihad fisabilillah. Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas selepas isya' yang dikongsikan oleh ustaz Nazri berkaitan dengan kitab 'Hayatus Sahabah’. Pelajar memperolehi iktibar daripada kisah para sahabat tentang jihad di jalan Allah. Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh: 12 September 2023 Tempat: Surau KPMB Anjuran: PERDIQMA SLOT TAZKIRAH MAGHRIB
USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 Perjumpaan usrah kali kedua bersama pelajar semester 1. Naqib naqibah dapat memberi ruang kepada ahli usrah untuk membina hubungan rapat sesame mereka. Pelajar dapat mengingati semula tentang peristiwa kelahiran nabi Muhammad SAW yang telah dipelajari dahulu. Pelajar juga dapat mengetahui hikmah-hikmah yang diperolehi umat Islam setelah kelahiran nabi Muhammad SAW. Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh: 13 September 2023 Tempat: Surau KPMB dan Microsoft Teams Anjuran: PERDIQMA
MAJLIS BERBUKA PUASA SUNAT KHAMIS Biro Makanan PERDIQMA telah menganjur program berbuka puasa sempena puasa sunat Khamis kepada pelajar yang berpuasa. Di antara tujuan program ini, pelajar dapat berkongsi rezeki dan sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberi Allah SWT. Selain itu para pelajar dididik supaya mengamalkan puasa sunat dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Hubungan sesama pelajar terjalin dan terjaga dengan lebih baik melalui program-program amal seperti majlis berbuka puasa sunat. Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh: 14 September 2023 Tempat: Surau KPMB Anjuran: PERDIQMA
MAJLIS BERBUKA PUASA SUNAT KHAMIS
BUMI HIJAU 3.0 Pada 15 September 2023 Unit Teknologi Hijau telah mengadakan Program Bumi Hijau yang melibatkan pensyarah dan staf KPM. Semua unit/Jabatan telah membuat aktiviti penyelenggaraan di tapak bumi hijau masing-masing. Antara aktiviti penyelenggaraan yang telah dilaksanakan adalah seperti pembajaan, penyiraman, penjarangan, pemangkasan dan pengawalan rumpai. Aktiviti ini bagi memastikan supaya tapak Bumi Hijau yang berada di KPM Beranang berada dalam keadaan yang cantik serta menarik. Semua Unit/Jabatan hendaklah membuat aktiviti ini sekurang-kurangnya sebulan sekali mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Unit Teknologi Hijau. Secara kesluruhannya semua unit/Jabatan telah memberikan komitmen yang baik sepanjang aktiviti ini. Disediakan oleh : Wan Intan Saadah binti Wan Rosdi (Ketua Unit Teknologi Hijau) Tarikh: 15 September 2023 Tempat: KPM Beranang Anjuran: Unit Teknologi Hijau KPMB
PROGRAM JALINAN KASIH MUKHLISIN 2.0 AJK Surau Mukhlisin Taman Pelangi Semenyih 2 telah menjemput pelajar KPMB untuk menyertai program ini sebagai sukarelawan. Pelajar KPMB dan AJK Surau Mukhlisin dapat bekerjasama meringankan beban antara satu sama lain dalam melaksanakan program yang yang dianjurkan terutama sekali apabila melibatkan kanak-kanak yang hadir. Penduduk yang hadir pada program Jalinan Kasih Mukhlisin 2.0 ini dapat merapatkan hubungan sesama mereka dan dapat menyumbangkan bantuan kepada golongan-golongan asnaf. Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif (Setiausaha PERDIQMA) Tarikh: 16 September 2023 Tempat: Surau Mukhlisin Anjuran: Surau Mukhlisin
ALUMNI TALK Program Alumni Talk diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar DBS semester 4,5 dan 6 tentang persediaan menghadapi permulaan kerjaya. Pelajar semester 4,5 dan 6 dapat melihat dengan lebih mendalam tentang cabaran di alam kerjaya.Mereka boleh berfikir daripada sekarang tentangmasa hadapan mana yang mereka akan tentukan., Alumni talk ini akan membuka mata dan mindamereka tentang liku-liku dan kesukaran dalamsesuatu pekerjaan atau sebelum memasuki alam pekerjaan. Disediakan oleh : Siti Aisyah (Setiausaha 1 DBS) Tarikh: 18 September 2023 Tempat: Lecture Hall 2 KPMB Anjuran: DBS Associate
FAMILY DAY SEDAYA Pada 18 September 2023, Ahli-ahli SEDAYA telah mengadakan Family Day agar dapat berkenalan sesama sendiri dan mengeratkan silaturahim serta memupuk sifat kerjasama dan perpaduan melalui aktiviti-aktivti yang dijalankan. Pada jam 3.00 petang, semua pelajar berkumpul di i7 sehingga i8 dengan membawa potluck masing-masing. Tepat pada jam 3.30 petang, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan. Sekitar jam 3.45 petang, kami semua menuju ke kawasan terbuka untuk menjalankan acara sukan yang telah dirancang seperti passing the cup, dance freeze dan red light, green light. Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan semua peserta gembira menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Disediakan oleh : Ahmad Faris Shah Bin Ahmad Fuad Shah (AJK SEDAYA) Tarikh: 18 September 2023 Tempat: KPMB Anjuran: Unit Sedaya KPMB
PROGRAM ALUMNI TALK DLH Program Alumni Talk ini merupakan anjuran pelajar kelab Diploma Landskap dan Hortikultur. Program Alumni Talk ini telah dikendalikan oleh Muhammad Syameil Ezwan Al Jad sebagai moderator. “Alumni talk”pada kali ini membincangkan topik "Alam Mahasiswa Dan Pekerjaan Mendepani Cabaran". Program bersama alumni dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang peluang-peluang pendidikan serta pekerjaan yang boleh diceburi selepas bergraduat. Tiga orang alumni yang di jemput iaitu saudari Nurul Aiman Izaini Binti Zulkipli pelajar Bachelor of Landscape Architecture UPM, saudara Harith Irfan Bin Baharudin merupakan site supervisor dari Syarikat Hawy Corporation dan saudari Aida Mirza Binti Hairul Nizam pelajar Bachelor of Education (Agricultural Science) UPM. Disediakan oleh : Wan Intan Saadah binti Wan Rosdi (Ketua Penasihat DLH Associate) Tarikh: 18 September 2023 Tempat: Lecture Theater 2 KPMB Anjuran: DLH Associate
MONEY MAKER STALLS PSN 2023 Program MONEY MAKER STALLS Semester 1 Sesi 2 2023/2024 merupakan satu program yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Siswa Niaga DBS Semester 1 Sesi 2 2023/2024. Oleh itu, terdapat pelbagai aktivitI jualan disediakan sepanjang program berlangsung. Selaras dengan initiatif MARA untuk melahirkan pelajar yang berkeusahawanan dan menyuntik semangat pelajar untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan Disediakan oleh : Nor Farah Hani binti Yahaya (Penasihat PSN) Tarikh: 18 September 2023 Tempat: Laman Usahawan KPMB Anjuran: PSN KPMB
LAWATAN ILMIAH FAMA PUCHONG Pada 18 September 2023 telah berlangsung Program Lawatan Ilmiah Pelajar Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor di Pejabat FAMA Negeri Selangor. Taklimat ilmiah ini telah dihadiri oleh 37 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Diploma Landskap dan Hortikultur. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perniagaan dalam pertanian. Antara pengisian program adalah lawatan Projek Pembangunan Jabatan Negeri Selangor, Projek Fertigasi Taman Cili oleh En Khairil Anwar bin Abdul Malik, Lokasi: Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Disediakan oleh : Wan Intan Saadah (Penasihat DLH Associate) Tarikh: 18 September 2023 Tempat: FAMA PUCHONG Anjuran: DLH Associate
LAWATAN ILMIAH FAMA PUCHONG
SAMBUTAN PERAYAAN KUIH BULAN Unit Mandarin KPM Beranang telah mengadakan sambutan perayaan kuih bulan untuk pelajar-pelajar yang mempelajari subjek Basic Mandarin (FLG 1132), Mandarin Language 1 (FLG 1092), Mandarin Language 2 (FLG 1102) dan CFAB 1 seramai 208 orang sebagai salah satu cara untuk mendekatkan lagi pelajar dengan budaya Masyarakat Cina, sekali gus memupuk minat pelajar untuk mempelajari bahasa ini dengan lebih mendalam. Pelajar diberikan pendedahan mengenai perayaan ini melalui aktiviti seperti tayangan video-video berkaitan dengan perayaan kuih bulan dan juga pembuatan kuih bulan, menikmati kuih bulan, kuaci, buah limau bali dan teh cina yang merupakan makanan kebiasaan semasa perayaan ini. Pelajar bermain kuiz Kahoot! Untuk menguji pemahaman mereka dan diteruskan dengan aktiviti melepaskan tanglung. Disediakan oleh : Maslina binti Mohamad Mustafa Tarikh: 19 September 2023 Tempat: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Unit Mandarin KPMB
SAMBUTAN PERAYAAN KUIH BULAN
UPTM TALK Program Seminar Kerjaya ini merupakan program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling Kolej Profesional MARA Beranang yang dirangka khas bertujuan membantu serta memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar DCS semester 5 dan semester 6 berkaitan peluang-peluang melanjutkan pengajian selepas program diploma iaitu ke peringkat Ijazah yang ditawarkan oleh institusi-institusi Pendidikan di Malaysia khususnya dan di luar negara amnya. Program Seminar Kerjaya kali ini melibatkan salah satu institusi pendidikan di bawah MARA sendiri iaitu Universiti Poly-Tech Malaysia(UPTM). Disediakan oleh : Nur Adzrina Ishak (Unit Kaunseling KPMB) Tarikh: 19 September 2023 Tempat: Lecture Theater 2 KPMB Anjuran: Unit Kaunseling KPMB
E-SPORT WITH DBSA (FIFA) Pertandingan E-sport bermula pada 10:00 A.M di Bilik E-sport Kolej Profesional Mara,Beranang, permainan adalah melalui Play station 4. Seramai 16 Peserta yang berdaftar untuk menyertai Pertandingan ESport (FIFA). Pemenang tempat pertama bagi E-Sport FIFA ialah 'Umar Widaad Bin Jamal dan Ahmad Zakwan Aqil Bin Ahmad Jamil, Tempat kedua ialah Muhammad Bin Mazlan dan Fakhrul Aiman Bin Mahathir. Tempat ketiga ialah Muhammad Dhiya Addin Bin Zulkifli dan Nik Ameer Hafiez Bin Noor Nasran. Disediakan oleh : Ashally Avril Anak Michael Joes (Setiausaha 2,DBSA) Tarikh: 19 September 2023 Tempat: Bilik E Sport KPMB Anjuran: DBS Associate
BENGKEL TAHSIN SURAH AL-FATIHAH Bengkel Tahsin Surah al-Fatihah dilaksanakan bagi memastikan pelajar yang terlibat dapat memperbaiki dan membaca surah al-Fatihah dengan makhraj dan sifat huruf yang betul dan sempurna. Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah Mohamad Yusuf Bin Mohamad Azhar yang berkhidmat sebagai imam tetap di MJII, Beranang. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang al-Quran dan alQiraat di Kolej Ugama Islam, Selangor. Di antara pengisian yang dilaksanakan iaitu teknik menyebut setiap makhraj, sifat dan hukum tajwid yang terdapat dalam surah al-Fatihah. Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk memperdengarkan bacaan dan memperbaiki bacaan al-Fatihah. Disediakan oleh : Nabilah Binti Abdul Ghani (Unit Pengajian Islam) Tarikh: 19 September 2023 Tempat: LT2 KPMB Anjuran: Unit Pengajian Islam
TAKLIMAT HALATUJU UCAM BERSAMA PELAJAR KPMB Pelajar-pelajar telah diberi pendedahan dan taklimatoleh wakil UCAM iaitu Puan Farah Hazwani mengenaipeluang menyambung pelajaran ke UCAM (Kolej Universiti Agro Sains Malaysia). Pelajar diberi maklumat berkaitan pemindahan kredit yang ditawarkan oleh UCAM serta tempoh belajar yang boleh dikurangkan. Disediakan oleh : Wan Faridah binti Yusoff Tarikh: 20 September 2023 Tempat: LT2 KPMB Anjuran: Unit HEA
TAKLIMAT PERKESO Program sesi taklimat bersama PERKESO ini merupakan program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling Kolej Profesional MARA Beranang yang dirangka khas bertujuan membantu serta memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar semester 6 berkaitan peluangpeluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak industri kepada graduan lepasan diploma. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan lebih 600,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.’ Disediakan oleh : Nur Adzrina Ishak (Unit Kaunseling KPMB) Tarikh: 20 September 2023 Tempat: Lecture Theater 2 KPMB Anjuran: Unit Kaunseling KPMB
PERTANDINGAN NASYID BULAN CINTA RASUL Pertandingan nasyid ini adalah bertemakan Bulan Cinta Rasul sempena dengan sambutan Maulidur Rasul dimana setiap course di KPMB perlu menghantar wakil minima satu kumpulan untuk bertanding antara satu sama lain. Kumpulan yang bertanding adalah daripada program DIA, DLH, DBS dan DCS. Wakil daripada kumpulan nasyid kolej D'Infinite iaitu saudara Nasrul menyediakan satu pesembahan khas nyanyian sementara para juri membuat penilaian akhir bagi menentukan pemenang. Disediakan oleh : Zetty Izaty Binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Tarikh: 20 September 2023 Tempat: LT2 KPMB Anjuran: PERDIQMA
PROGRAM MENDAKI BUKIT MELATI, NILAI PERDIQMA dengan kerjasama Alumni PERDIQMA yang diwakili oleh Saudara Mus’ab dan Saudara Miqdam telah menganjurkan program mendaki Bukit Melati Nilai sempena dengan cuti Sambutan MaulidurRasul. Seramai 57 peserta telah menyertai program ini dengan diiringi oleh pensyarah pengiring iaitu Ustaz Sameer, Ustazah Nabilah dan Ustazah Noridayu. Di antara objektif aktiviti ini adalah para pelajar dapat menghayati kehidupan Rasulullah yang penuh dengan ujian dan dugaan. Selain itu mereka dapat menyihatkan lagi badan sekaligus minda pelajar lebih cerdas dan cergas. Hubungan PERDIQMA dan alumni PERDIQMA juga bertambah erat. Disediakan oleh : : Zetty Izaty Binti Sharif (Setiausaha Perdiqma ) Tarikh: 28 September 2023 Tempat: Bukit Melati Nilai Anjuran: PERDIQMA
PROGRAM MENDAKI BUKIT MELATI, NILAI
KEM IMAM MUDA Perdiqma telah dijemput oleh Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Engku Husain Semenyih untuk menjadi Fasilitator bagi program Kem Imam Muda sempena Karnival Pendidikan Islam. Ustaz Wan Mukhtar bin Wan Muda telah dijemput sebagai penceramah yang menyampaikan tajuk Solatkah Aku kepada pelajar-pelajar Islam di sekolah tersebut. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah memperkukuhkan rukun-rukun wudhuk, solat, menyemak bacaan solat fardhu, menjelaskan ciri-ciri imam solat dan mengajar kaedah azan yang betul. Para pelajar telah memberikan Kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang program dijalankan. Disediakan oleh : Zetty Izaty Binti Sharif (Setiausaha Perdiqma) Tarikh: 30 September 2023 Tempat: SMK Ungku Husain Anjuran: Panitia Pendidikan islam SMK Ungku Husain
KEM IMAM MUDA
UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) [email protected] September 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940 Editor Noridayu binti Yusof Mohd Khidir bin Omar