E-BULETINKPMB NOVEMBER 2023 UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB
SENARAI PROGRAM/ AKTIVITI NOVEMBER 1 | Taklimat Ibu bapa secara online (Pendaftaran) 2 | E-Sport KuizKemerdekaan 3| MVERC 2023 4 | LawatanKoperasi 5 | KursusOBE
Panduan pendaftaran pelajar baharu bagi program diploma Kolej Profesional MARA (KPM) sesi 3 2023/2024 telah berlangsung pada 24 November2023 pada pukul 10 pagi di Digital Entrepreneurial Incubator. Taklimat secara online ini dihadiri seramai 130 ibubapa/penjaga. Taklimat ini penting kerana ibubapa/penjaga perlu mengikut prosedur yang betul dan yang telah ditetapkan semasa hari pendaftaran berlangsung supaya proses pendaftaran berjalan lancar. Tatacara pendaftaran di kolej juga diterangkan selain penampilan diri semasa pendaftaran kuliah/tutorial/ amali/ bengkel dan acararasmi kolej. Paling utama adalah kemudahan di kolej seperti kemudahan asrama, elaun sara hidup dan tambang perjalanan pelajar Sabah, Sarawak & Labuan turut di beri penerangan. Taklimat Ibu Bapa secara Online Disediakan Oleh : TUAN NUR AZYYATI BINTI TUAN MUHAMMAD KAMAL Tarikh : 24.11 2023 Tempat : Digital Entrepreneur Incubator Anjuran : Unit HEP
Semua program / aktiviti dilakukan sepanjang semester berlangsung. Pelajar DBS bersemangat untuk menyertai program / aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, melibatkan diri dalam aktiviti E-Sport. Selain itu, pelajar juga menambah ilmu pengetahuan dalam menyertai aktiviti Lightning Quiz iaitu Kuiz Kemerdekaan. Akhir sekali, pelajar menunjukkan semangat kerjasama dalam menyertai Mesyuarat Bersama Penasihat dan Perjumpaan Bersama Pelajar Semester 1. E-Sport, Kuiz Kemerdekaan Disediakan Oleh : SITI AISYAH BINTI SHUKRAN (Setiausaha 1) Tarikh : 28.11 2023 Tempat : KPMB Anjuran : DBS Associates
2 nd MARA Virtual Education Research Conference 2023 (MVERC 2023) 2nd MARA Virtual Educational Research Conference 2023 (MvERC 2023) telah diadakan pada 7 November 2023 secara atas talian anjuran KPM Beranang dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Tinggi MARA. Persidangan MvERC ini diadakan sebagai satu landasan yang memberi peluang dan pengalaman kepada para pendidik untuk berjinak-jinak dengan budaya penyelidikan selain membentangkan hasil kajian mereka. Tema persidangan kali ini ialah Technology for Quality Education: Moving Forward for Innovation and Transformation. Keynote Speaker pada persidangan kali ini ialah Prof. Dato’ Dr. Norman bin Mohd Salleh, mantan Pro Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Disediakan Oleh : WAN NURHAMIZAH BINTI WAN ZAKARIA Tarikh : 7.11 2023 Tempat : KPMB (DALAM TALIAN: MICROSOFT TEAMS) Anjuran : UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN, KPMB Perasmi : YBHG. Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar B Abd Manaf
MVERC 2023
LAWATAN MUHIBBAH KOPERASI KPMB BERHAD KE : KOPERASI KOLEJ MARA SEREMBAN BHD KOPERASI MRSMKUALA KLAWANG BHD Tujuan utama lawatan Muhibbah ini di adakan adalah untuk menambah baik pengurusan dan perkhidmatan Koperasi KPMB Berhad. Hasil lawatan, Koperasi KPMB Berhad dapat melihat sendiri operasi perkhidmatan dobi, kedai runcit, taska dan lain-lain perkhidmatan yang lancar dan baik dari Koperasi Kolej MARA Seremban Berhad dan Koperasi MRSM Kuala Klawang Berhad. Lawatan ini dapat memberi idea baru kepada Ahli Lembaga Koperasi untuk menyediakan perkhidmatan baru yang lebih selesa dan terbaik buat semua ahli koperasi di KPMB nanti. Disediakan Oleh : NUR ILYANI BT BASHIR Tarikh : 23.11 2023 Tempat : KOLEJ MARA SEREMBAN DAN MRSM KUALA KLAWANG Anjuran : KOPERASI KPMB BHD
KURSUS PEMAHAMAN OBE SERTA PEMBINAAN JSU DAN RUBRIK Kursus ini akan disampaikan oleh Assoc. Prof. Ts. Dr Jurina binti Jaafar merupakan senior lecturer dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah ALam yang mempunyai kemahiran berkaitan dengan perlaksanaan OBE serta pembinaan rubrik di peringkat IPT. Ia bermula pada 8.30 pagi di Perpustakaan Zaaba, dan dihadiri oleh semua pensyarah KPMB. Kursus ini dapat memantapkan kefahaman pensyarah berkaitan dengannya dan seterusnya memberi keyakinan kepada pensyarah dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di Kolej Profesional MARA Beranang. Pada sebelah petang, kursus diteruskan dengan pendedahan dalam pembinaan JSU yang disampaikan oleh Encik Zakaria dan Puan Asyikin wakil dari Bahagian Pendidikan Tinggi MARA. Kursus berakhir pada 4.30 petang. Disediakan Oleh : NURDIYANA BINTI MOHD HASHIM (Setiausaha UJKA) Tarikh : 28.11 2023 Tempat : PERPUSTAKAAN ZAABA KPMB Anjuran : UNIT JAMINAN KUALITI AKADEMIK KPMB
SEKIAN, TERIMA KASIH! UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB
UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) [email protected] November 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940 Editor Syuhada binti Khalidi Mohd Khidir bin Omar