The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan aktiviti / program yang dijalankan oleh pelajar / kakitangan Kolej Profesional MARA Beranang sepanjang bulan Januari 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitkomunikasikorporatkkpmb, 2024-04-05 02:45:58

E-Buletin KPMB Januari 2024

Laporan aktiviti / program yang dijalankan oleh pelajar / kakitangan Kolej Profesional MARA Beranang sepanjang bulan Januari 2024

JANUARI E-BULETIN KPMB


UNIT KOMUNIKASI DAN KORPORAT (UKK) KPMB


SENARAI PROGRAM / AKTIVITI


Program usrah dikendalikan oleh naqib dan naqibah mengikut ahli kumpulan usrah masing-masing. Naqib naqibah membuka majlis dan membuat usrah mengikut modul bertajuk Rukun Iman dengan pendekatan dan kreativiti masing-masing. Selain itu, ahli usrah juga berkongsi pendapat tentang bagaimana ingin menjaga dan meningkatkan keimanan dalam diri. Perkongsian ilmu berakhir setelah masuknya waktu isya'. Kehadiran pelajar semester 1 diambil dan majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Usrah Bersama Pelajar Semester 1 Tarikh : 3 Januari 2024 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif Setiausaha PERDIQMA


Seramai sebelas (11) orang peserta yang menyertai Quizizz with PERDIQMA kali ini dan program dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim oleh ketua biro hebahan dan publisiti. Kesemua peserta perlu menjawab kuiz sebanyak 12 soalan yang berkaitan fiqah. Setelah tamat quizizz, ahli biro hebahan dan publisiti menanda kertas jawapan daripada semua peserta. Akhir sekali, pemenanag tempat pertama, kedua dan ketiga Quizizz With Perdiqma diumumkan dan menerima hadiah berbentuk wang tunai. Quizizz With PERDIQMA Tarikh : 3 Januari 2024 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif Setiausaha PERDIQMA


8 - 11 Januari 2024 - AJK Kebajikan menyediakan checkpoint untuk meletakkan barangan kitar semula. Pelajar dan pensyarah KPM Beranang berganding bahu sepanjang program ini dijalankan untuk menjayakan program Trash to Treasure 2.0 ini. AJK Kebajikan memantau checkpoint dan mengutip barang kitar semula daripada checkpoint tersebut setiap hari selepas habis kelas untuk memastikan barang kitar semula yang diletakkan di checkpoint tidak bersepah dan berlonggok. AJK Kebajikan juga memastikan sekitar kawasan KPM Beranang tidak bersepah dengan barang kitar semula. 12 Januari 2024 – Program bermula pada 3.15 PM apabila semua pelajar sudah berkumpul di recharge room. Pelajar memulakan program ini dengan mengasingkan barang-barang untuk dikitar semula mengikut kategori. Trash to Treasure 2.0 Tarikh : 8 Januari 2024 Lokasi : KPM Beranang Anjuran : DBS Associates Disediakan oleh : Siti Aisyah (Setiausaha 1 DBSA) Program ini diteruskan lagi apabila lori kitar semula Trash4Cash tiba. Wakil daripada Trash4Cash membantu untuk menimbang barangan kitar semula mengikut item dan kategori yang sudah diasingkan. Wakil daripada Trash4Cash merekodkan bilangan item dan berat barangan kitar semula tersebut ke dalam resit dan mendapat jumlah sebanyak RM68.44 Justeru itu, program diakhiri dengan pemberian resit dan ucapan terima kasih yang diucapkan oleh kedua dua belah pihak dan bersurai pada jam 5 PM.


Usrah Bersama Pelajar Semester 1 Program usrah dikendalikan oleh naqib naqibah dan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Naqib naqibah memberi perkongsian usrah mengikut modul bertajuk Ilmu Tasawwuf dan Akhlak dengan pendekatan aktiviti masing-masing. Usrah tamat. Kehadiran pelajar semester 1 diambil dan majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Tarikh : 8 Januari 2024 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif Setiausaha PERDIQMA


Quizizz With PERDIQMA Setelah semua peserta Quizizz with PERDIQMA berkumpul, program dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim oleh pengerusi majlis. Kesemua ahli biro hebahan dan publisiti yang bertugas mengawasi kesemua peserta menjawab soalan kuiz sebanyak 30 soalan. Tarikh : 10 Januari 2024 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif Setiausaha PERDIQMA Setelah tamat masa menjawab, ahli biro hebahan dan publisiti menanda kesemua kertas jawapan peserta. Akhir sekali, pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga Quizizz With PERDIQMA diumumkan dan mereka menerima hadiah berbentuk wang tunai.


MAJLIS HARI INOVASI Dan KREATIF 2023 Majlis Amanah Rakyat (MARA) Beranang sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan Kolej Profesional MARA Beranang diatas sumbangan dan jasa dalam meningkat mutu perkhidmatan dalam bidang masingmasing dan secara khususnya untuk meraikan kakitangan kolej telah banyak menyumbang idea, buah fikiran serta tenaga dalam pembudayaan inovasi dalam tugas seharian. Majlis ini telah Berjaya menganugerahkan sebanyak 96 anugerah kepada semua warga kerja kolej dalam tujuh kategori anugerah. Antaranya anugerah yang baru diperkenalkan ialah anugerah pensyarah aktif inovasi, anugerah penulisan jurnal /kajian penyelidikan, dan anugerah unit hijau. Walaupun dengan kekangan masa dan kewangan, majlis ini dapat dilaksanakan dan lebih 70% dari bilangan staf yang telah mendapat penghargaan. Majlis ini telah melibatkan hampir semua unit di kolej kerana penglibatan ini salah satu cara penghargaan untuk semua warga kolej. Namun dari segi anugerah masih boleh diperbaiki. Majlis ini boleh dianggap telah berjaya mencapai objektif hasil dari maklumbalas ahli jawatankuasa dan penerima anugerah. Tarikh : 10 Januari 2024 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu Anjuran : Unit Inovasi dan Kreatif Disediakan oleh : Kartina binti Abd Razak


IJTIMA' JUMAAT: SRIKANDI WANITA ISLAM Program dikendalikan oleh saudari Shamimi, Timabalan Ketua Biro Program sebagai pengacara majlis. Majlis diteruskan dengan pembahagian Kumpulan kepada 6 kumpulan bagi aktiviti gallery walk. Setiap kumpulan diberi sekeping nota tentang srikandi wanita Islam, kertas mahjong dan marker pen. Selain itu, setiap kumpulan juga diberi masa selama 30 minit untuk menyalin nota yang diberikan ataupun mencari nota tambahan di internet. Majlis diteruskan dengan penampalan kertas mahjong di dinding untuk dijadikan sebagai gallery walk. Setiap ahli kumpulan meninggalkan dua orang ahli untuk membentangkan srikandi yang terpilih berdasarkan nota diberi. Manakala ahli kumpulan lain berjalan ke setiap checkpoint yang ada untuk mendengar penjelasan tentang srikandi wanita Islam. Sebagai penutup, majlis diteruskan lagi dengan kuiz tentang srikandi sebanyak 3 soalan dan hadiah juga disediakan. Sebelum majlis bersurai, pelajar diminta untuk membaca doa dan mengisi link kehadiran. Tarikh : 12 Januari 2024 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma Disediakan oleh : Zetty Izaty binti Sharif Setiausaha PERDIQMA


EXTERNAL CFAB / KPMB FINAL EXAM BUSINESS FINANCE TECHNOLOGY


Program 3K DLH Kelab Landskap dan Hortikultur dengan Kerjasama Unit landskap dan Hortikultur KPMB telah menganjurkan ”Program 3K (Kecantikan, Keceriaan dan Khidmat Masyarakat)” di sepanjang laluan susur gajah yang bersempadanan dengan MJII iaitu bermula dari pintu masuk utama KPMB sehingga ke simpang tiga menuju ke asrama dan bangunan akademik. Semua pelajar program Diploma Landskap dan Hortikultur (DLH) bersamasama dengan staf dari Unit Landskap dan Hortikultur telah turut serta. Secara khususnya, program khidmat masyarakat ini bertujuan untuk menaiktaraf landskap di sepanjang kawasan yang terlibat di mana ia memfokuskan kepada aktiviti penanaman tanaman hiasan dengan matlamat untuk memperindah dan mewujudkan persekitaran lestari di kawasan tersebut. Program ini juga dilaksanakan untuk memberi peluang kepada Tarikh : 12 Januari 2024 Lokasi : KPMB Anjuran : DLH Associates Disediakan oleh : Marini MAsrurah Binti Abdul Manan (Penasihat Kelab Landskap & Hortikultur)


Menunggu ketibaan semua pelajar KPMB, pelajar MJII, staff dan pensyarah KPMB untuk berkumpul di dalam Dewan Gemilang Ilmu, KPMB. Pada pukul 8.00 pagi program bermula dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis, Badzlina dan diteruskan dengan taklimat ringkas daripada MPP tentang keselamatan dan perjalanan sepanjang larian. MPP yang terlibat dalam senamrobik ringan telah mengetuai senamrobik di atas pentas supaya dapat mengelakkan sebarang kecederaan berlaku Ketika larian. Tepat pukul 8.30 pagi, larian telah dilepaskan oleh Puan Arfaseela dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Pelajar yang berjaya mencapai nombor dalam larian diberikan medal penamat dan semua pelajar boleh bersurai selepas mengambil sarapan pagi iaitu pisang, roti dan air mineral serta air sirap sejuk. Aktiviti diteruskan selepas waktu zohor pada pukul 2.00 petang bagi tayangan filem. Terdapat pelbagai foodcurt di luar dewan untuk pelajar membeli untuk makanan tengahari sebelum masuk ke dalam dewan untuk tayangan filem. Akhirnya pada pukul 8 malam, ketibaan semua pelajar yang telah membeli tiket Palestine Compassion Cresendo dan ketibaan VIP dan artis jemputan iaitu Afiq Adnan, Najwa Latif dan Risk Saidon ke dalam dewa. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan diteruskan dengan Ceramah Palestine yang telah disampaikan oleh artis jemputan iaitu Risk Saidon. Seterusnya bacaan qunut nazilah yang dipimpin oleh saudara Danial program DBS untuk sentiasa memberi kesedaran tentang keadaan saudara kita di Palestine. KPMB OPEN DAY Tarikh : 13 Januari 2024 Lokasi : Kolej Profesional MARA Beranang dan kawasan lalu lintas larian sekeliling kolej. Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar Disediakan oleh : Siti Mardiana binti Marbawi


Majlis diteruskan dengan peserta pertama iaitu Mohammad Asraf bin Mohd Lod. Setelah selesai, kumpulan band daripada Sedaya juga membuat persembahan. Seterusnya, peserta kedua iaitu Muhammad Umar Hafiz bin Mohd Nawi. Kemudian diteruskan dengan persembahan artis jemputan iaitu Afiq Adnan dengan menyanyikan tiga buah lagu pilihan daripada pelajar KPMB yang telah mengikut tema pada malam itu. Majlis juga menjemput peserta ketiga iaitu Nur Maisarah binti Muhammad Shahrom. Persembahan daripada Najwa Latif diteruskan dengan menyanyikan tiga buah lagu juga pilihan daripada pelajar. Akhirnya, peserta keempat membuat persembahan iaitu Muhammad Iskandar Muqri bin Mazli. Pelajar bersurai selepas gabungan suara artis jemputan iaitu Afiq Adnan dan Najwa Latif dinyanyikan iaitu lagu Assalamualaikum daripada Faizal Tahir dan penyampaian cenderahati kepada artis jemputan telah dilaksanakan.


Program CSR Gotong-royong Pantai Bagan Lalang Program ini diadakan sempena program tahunan CSR Unit Sedaya untuk membantu serta menyumbang tenaga kepada komuniti dan masyarakat. Selain itu, ini bagi memastikan Kawasan pantai sentiasa terjaga dan membawa nama baik KPM Beranang supaya lebih dikenali. Program ini juga untuk memujuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar bersama dan merapatkan hubungan diantara ahli induk bersama komuniti luar kolej. Tarikh : 14 Januari 2024 Lokasi : Pantai Bagan Lalang, Selangor.Anjuran : SEDAYA & Majlis Perbandaran Kajang Disediakan oleh : Mohamad Aliff Mustaqim Bin Abdullah


Business Quiz mula dibuka pada jam 8: 30P.M menggunakan medium Microsoft Form. Seramai 29 orang peserta pelajar dari Semester 4,5 dan 6 KPMB menyertai pertandingan. Terdapat dua pusingan kuiz, pusingan pertama seramai 29 orang pelajar dan untuk pusingan kedua adalah untuk yang berjaya pada pusingan pertama. Pusingan kedua seramai 8 orang pelajar. Pemenang kuiz iaitu Lailatul Zayyani semester 5 ,Tempat kedua Tengku Shahirah semester 6, Tempat ketiga Nur Hamirah Aisyah Binti Arman Shah Semester 5, Tempat Keempat Nurin Syazwani binti Azhar Semester 5 dan Tempat Kelima Nuraliyah Maisarah Semester 5. Tempat petama memenangi wang tunai sebanyak RM50, Tempat kedua RM40, Tempat Ketiga RM30, Tempat keempat dan Kelima sebanyak RM20. Kuiz berakhir pada jam 11:00P.M. Business Quiz (Venture Visionary Quiz) Tarikh : 15 Januari 2024 Lokasi : Secara Dalam Talian (Microsoft Form) Anjuran : DBS Associates Disediakan oleh : Ashally Avril Anak Michael Joes (Setiausaha 2)


Objektif 1. Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. 2. Membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. 3. Menjalinkan ukhuwah sesama pelajar dari kalangan batch yang berbeza .melatih pelajar membuat aktiviti , perancangan , dan pengurusan acara dan kewangan. Tarikh : 15 Januari 2024 Lokasi : KPMB. Anjuran : DIA Associates Disediakan oleh : Setiausaha DIA Associates Sukaneka - pelajar Diploma in Accounting & CFAB Accounting Day 2.0


Program Lawatan Ilmiah ke MAQIS MTB KLIA ini merupakan anjuran pelajar kelab Diploma Landskap dan Hortikultur. Lawatan ini untuk memberi pelajar peluang untuk mendengar perkongsian daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Penolong Pegawai Penguatkuasa MAQIS iaitu Encik Ahmad Nazreen telah memberi taklimat berkaitan latar belakang MAQIS dan juga peluang kerjaya dalam Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Beliau juga telah membawa pelajar melihat sendiri bagaimana pelaksanaan operasi pemeriksaan dan kuarantin seperti buah-buahan dan juga haiwan yang dibawa masuk ke dalam negara. LAWATAN ILMIAH KE MAQIS MTB KLIA Tarikh : 15 Januari 2024 Lokasi : Pejabat Maqis MTB KLIAAnjuran : DLH Associates Disediakan oleh : Wan Intan Saadah binti Wan Rosdi


Tarikh : 16 Januari 2024 Lokasi : Sekitar KPM Beranang Anjuran : Unit Kokurikulum Disediakan oleh : Unit Kokurikulum


Unit Mandarin Kolej Profesional MARA Beranang telah mendapat jemputan ke program Chinese New Year ’S Celebration 2024 Universiti Malaya pada 17 Janauri 2024 sambutan Tahun Baru Cina. Program ini turut disambut meriah oleh seluruh warga kolej. Pelbagai aktiviti kebudayaan telah diperkenalkan seperti gedang 24 musim, tarian naga, persembahan wushu, tulisan kaligrafi, kesenian gunting kertas, dan lain-lain. Pelbagai aktiviti ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk menyelami dan menghayati warisan budaya Tiong Hua dengan cara yang menyeronokkan dan pendidikan. Salah seorang pelajar dari KPM Beranang Bernama Muhammad Huzairi Sufi bin Mohamad Redzwan tutut telah menjadi peserta bertuah dalam aktiviti cabutan bertuah kali ini. Beliau berjaya memenangi sebuah telefon bimbit yang disponsor oleh realme. Kami di sini ingin mengucapkan tahniah kepada beliau. Majlis telah dirasmikan oleh Majlis telah dirasmikan oleh Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya, yang mengucapkan penghargaan yang mendalam atas kehadiran yang berwibawa Duta Ouyang Yujing dan Tarikh : 17 Januari 2024 Lokasi : Universiti Malaya Anjuran : Kongzi Institute UM Disediakan oleh : Chee Kai Yen JEMPUTAN KE CHINESE NEW YEAR ’S CELEBRATION 2024 UNIVERSITI MALAYA


MINI PROJEK KEUSAHAWANAN Pada 31 Januari 2024 Program Mini Projek Keusahawanan telah dianjurkan oleh pelajar DLH Associate bagi meraikan pelajar-pelajar yang menerima anugerah semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik di KPM Beranang. Aktiviti ini melibatkan semua Ahlijawatankuasa DLH Associate iaitu membuat jualan 'Chocolate Bouquet’ dan 'Flower Bouquet. Aktiviti jualan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar dan juga ibu bapa. Pelajar DLH Associate telah mendapat pengalaman berniaga, merancang,mengurus dan melaksanakan aktiviti keusahawanan dengan lancar dan teratur sepanjang program ini dilaksanakan. Program ini juga dapat mengasah bakat dan kemahiran para pelajar dalam gubahan hiasan bouquet serta memberi mereka idea untuk menjalankan perniagaan sampingan atau pun membuka perniagaan baru. Tarikh : 31 Januari 2024 Lokasi : KPMB Anjuran : DLH Associates Disediakan oleh : Wan Intan Saadah binti Wan Rosdi


Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej 2023 (MAKA) telah diadakan dengan jayanya pada 31 Januari 2023. Program ini dianjurkan oleh Unit Peperiksaan dan Persijilan Kolej Profesional MARA Beranang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Anugerah ini diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang pelajar serta untuk menyuntik semangat mereka untuk terus berjuang mecapai kecemerlangan dari semasa ke semasa. Semua ahli jawatankuasa UPP telah ditugaskan untuk mengetuai majlis anugerah ini yang dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Selangor, Dr Sabri bin Kassim. Seramai 533 orang penerima anugerah cemerlang yang melibatkan 5 anugerah iaitu, College Outstanding Performance Award (COPA), Quantum Leap Award, Summa Cum Laude Award, The Most Outstanding Student Award (by Program) dan Director’s Award of Excellence. Majlis berakhir pada sekitar pukul 5:00 petang. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA) 2024 Tarikh : 31 Januari 2024 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu Anjuran : Unit Peperiksaan dan Persijilan KPMB Disediakan oleh : Mohd Hazizi bin Abu Bakar


KERJASAMA STRATEGIK UNTUK LAWATAN TAPAK PEMBINAAN LANDSKAP ANTARA SMK ENGKU HUSAIN SEMENYIH DAN UNIT LANDSKAP & HORTIKULTUR KPM BERANANG Satu lawatan tapak khusus untuk penyediaan tapak pembinaan landskap iaitu Laman Minda Sihat di SMK Engku Husain Semenyih telah dihadiri oleh beberapa pensyarah dari Unit Landskap dan Hortikultur KPM Beranang iaitu En Mohd Zaidan bin Zahari (Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan), Puan Noor Qamariah binti Mohd Sah serta Cik Wan Nurhamizah binti Wan Zakaria. Lawatan turut disertai oleh Pengetua SMK Engku Husain iaitu En Rizal bin Uzir beserta Pengerusi PIBG sekolah, guru penolong kanan serta kaunselor iaitu Puan Nabilah binti Ali yang bertanggungjawab dalam projek Laman Minda Sihat ini. Program ini adalah kerjasama strategik kedua organisasi dimana KPM Beranang berfungsi untuk memberi khidmat nasihat dan berkongsi kepakaran berkaitan landskap dan hortikultur kepada pihak sekolah dalam proses penyediaan Laman Minda Sihat yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada warga SMK Engku Husain, Semenyih Selangor. Tarikh : 31 Januari 2024 Lokasi : SMK Engku Husain, Semenyih Selangor. Anjuran : SMK Engku Husain, Semenyih Selangor dengan kerjasama Unit Landskap dan Hortikultur KPM Beranang Disediakan oleh : Wan Nurhamizah Binti Wan Zakaria


Menghantar dan menyantuni bekas pelajar Diploma in Accounting KPM Beranang Nama : Muhammad Nur Rafi’uddin bin Rozman Nama Program : Pro-p: ACCA Nama Universiti : Griffith College Cork , Ireland Tarikh Berangkat : 21 Januari 2024


JANUARI JANUARI JANUARI TERIMA KASIH TERIMA KASIH UKK NUARI Happy designing! JANUARTERIMA KASIH JANUARI JANUARI JANUARI H TREIMA KASIH TEIMA KASIH Happy designing! JANUARI JANUARI TERIMA KTERIMAKASIHJANUARIUNITKOMUNUNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) [email protected] Januari 2024 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940 UKK Editor Mohd Khidir bin Omar


Click to View FlipBook Version