JANUARI2026JANUARI2026E-Buletin KPMBUnit Dokumentasi Program & E-Buletin
AKTIVITIPELAJARAKTIVITIPELAJAR
KUIZ MINGGUANUSRAHKUIZ MINGGUANUSRAHProgram ini dianjurkan oleh biro usrah dengan kerjasama AJKTPERDIQMA bagi mendedahkan kepada pelajar tentang perananAl-Mahdi sebagai pemimpin yang akan menegakkan keadilan,menyatukan umat islam dan mengembalikan kegemilangan islam diseluruh dunia. Melalui aktiviti yang dijalankan, para pesertadidedahkan dengan tanda-tanda kemunculan al-mahdi, ciri-cirikepemimpinan baginda serta hubungannya dengan peristiwaperistiwa besar akhir zaman, sekali gus membantu pelajarmemahami bahawa kewajipan mereka ialah memperbaiki diri danmasyarakat, bukan menekan spekulasi tarikh atau individutertentu. Selain itu, program ini membantu pelajar meningkatkankefahaman terhadap kepentingan taqwa, amal soleh danperpaduan ummah sebagai persiapan menghadapi cabaran akhirzaman, termasuk fitnah akidah, perpecahan masyarakat dantekanan global terhadap umat islam.TARIKH : 6 JANUARI 2026 - 12 JANUARI 2026LOKASI : GOOGLE FORM : LOCKED MODEANJURAN : BIRO USRAH PERDIQMADISEDIAKAN OLEH : NUR AISHAH HANNANI BINTI ISMADI
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEPERSEMBAHAN ORKESTRACINA UPMLAWATAN SAMBIL BELAJAR KEPERSEMBAHAN ORKESTRACINA UPM Program Lawatan Sambil Belajar ke Persembahan Orkestra 《重华溯 梦 · 澄 霁 》 telah dilaksanakan dengan lancar dan teraturmengikut perancangan yang ditetapkan. Seramai 20 orang pelajarMandarin Language Program (MLP), Kolej Profesional MARABeranang telah menghadiri program ini yang berlangsung diAuditorium Radin Umar, Universiti Putra Malaysia. Program bermuladengan ketibaan pelajar dan persiapan awal sebelum persembahandimulakan tepat pada jam 2.00 petang. Persembahan dibuka dengan 《⼆⼗四节令⿎》(Gendang 24 Musim) yang bertenaga dansarat dengan elemen simbolik, sekali gus mencetuskan suasana yangmegah serta menarik perhatian penonton sejak awal konsert.Sepanjang persembahan, penonton dihidangkan dengan pelbagai karyamuzik orkestra yang merangkumi elemen tradisional dankontemporari seperti The General Commends, Beautiful Myths,Symphonic Ghibli, Whipping the Horses and Hurrying to TransportGrain, Libertango, Golden Snake Dance, Big Fish, Axi Tribe Dance,Dance of The Yao People, Capriccio Taiwan serta Kaza ni Naru.Kepelbagaian repertoir ini memperlihatkan keunikan muzik orkestraCina yang bersifat dinamik dan merentas budayaTARIKH : 11 JANUARI 2026LOKASI : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAANJURAN :ZHONG HUA CULTURAL ARTS SOCIETY, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : CHEE KAI YEN
Program CanvasPreneur Pitch Arena dirangka bagimemberi pendedahan kepada pelajar Semester 5Diploma in Business Studies (DBS) untukmempraktikkan pembangunan Business ModelCanvas (BMC) secara kreatif, inovatif danpraktikal.Melalui konsep exhibition pitch, pelajar akanmempersembahkan idea perniagaan mereka dalambentuk booth pameran mini dan melakukan pitchringkas di hadapan juri.CANVAPRENEUR 2026TARIKH : 12 JANUARI 2026LOKASI : DEWAN GEMILANG ILMU KPMBANJURAN : KURSUS BUSINESS PLAN (ETR 2623) JABATAN PENGURUSAN PERNIAGAAN KPMBDISEDIAKAN OLEH : NADIA BINTI ABDULLAH SANI
READY, SET, SAFETY!Program ini adalah satu inisiatif yangdianjurkan oleh pelajar Diploma in BusinessStudies, kelas 6A di bawah KursusOccupational Safety and Health (MGT 2713).Seramai 24 orang pelajar terlibat dalampenganjuran program in di Maktab RendahSains MARA (MRSM) Serting, Negeri Sembilansebagai usaha untuk meningkatkan kesedaranawal berkaitan keselamatankebakaran,pertolongan cemas dan penggunaanPersonal Protective Equipment (PPE) dalamkalangan pelajar sekolah menengah.TARIKH : 15 JANUARI 2026LOKASI : MRSM SERTINGANJURAN :DBS 6ADISEDIAKAN OLEH : ANIS SUFIYA BINTI MAT NAFI
Seramai 22 orang pelajar KPM Beranang yang terdiridaripada program Diploma in Computer Science (DCS)dan Diploma in Business Studies (DBS) telah menyertaiPertandingan International Research and InformationScience Expo 2026 (IRISE 2026).Dalam pertandingan berprestij ini, pelajar KPMB telahberjaya meraih Pingat Emas , Pingat Perak dan PingatGangsa melalui pelbagai projek inovatif yang menekankanpenggunaan teknologi, sistem maklumat dan penyelesaiandigital berimpak tinggi.TARIKH : 15 JANUARI 2026LOKASI : UITM KELANTANANJURAN : INFORMATION SCIENCE STUDIES UITM KELANTAN DAN DIGIT360IRISE 2026DISEDIAKAN OLEH : SYAFIQAH BINTI OSMAN
BANKRAP BELIA: KENAPADAN NAK BUAT APA?BANKRAP BELIA: KENAPADAN NAK BUAT APA?Program “BELIA BANKRAP: KENAPA DAN NAKBUAT APA?” bertujuan untuk memberikanpendedahan mendalam mengenai konsep insolvensi,hak dan tanggungjawab individu, serta langkahlangkah pencegahan melalui pengurusan kewanganyang beretika. ianya adalah satu Program Jelajahyang dianjurkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysiasecara tahunan ke Institusi Pengajian Tinggi bagimemberi kesedaran kepada para belia mengenaikebankrapan.TARIKH : 15 JANUARI 2026LOKASI : KPM BERANANGANJURAN :UNIT UNDANG-UNDANG, JABATAN PENGURUSAN PERNIAGAANDISEDIAKAN OLEH : SITI SAFINA BINTI ABU BAKAR
TAMING ICTFF8HACKINGCOMPETITIONFINAL STAGETAMING ICTFF8HACKINGCOMPETITIONFINAL STAGECTF (Capture The Flag) 2026 adalah peluang yangbaik untuk pelajar-pelajar Diploma Sains Komputerdan mereka yang berminat dalam teknologi untukmeningkatkan kemahiran mereka dalampengaturcaraan, penggodaman beretika keselamatan siber serta kerjasama berpasukan.Dengan penglibatan aktif dalam acara ini, pelajardapat memperoleh pengalaman yang sangat bergunadalam industri yang semakin berkembang, iaitudalam bidang teknologi dan keselamatan siber.CTFreaks dari KPM Beranang mendapat tempat ke9 dari 32 pasukan yang bertandingTARIKH : 17 JANUARI 2026LOKASI : UITM JASINANJURAN : FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK, UITM JASIN DISEDIAKAN OLEH : NOOR FAZLIANI SHAMSHUDIN
PERTANDINGANFUTSAL & BADMINTON KPMBERANANGPERTANDINGANFUTSAL & BADMINTON KPMBERANANGPertandingan Futsal & Badminton KPMB memberiimpak positif kepada para peserta dari segikecergasan badan serta mengukuhkan hubungansilaturahim dalam kalangan peserta-peserta yanglain. Melalui perlawanan yang disusun secaraberjadual, ia melatih para peserta untuk berdisiplindalam menepati masa bagi melancarkanpertandingan. Pertandingan ini juga berjayamewujudkan budaya persaingan sihat dalam kalanganpelajar serta meningkatkan minat terhadap aktivitiriadah pada waktu lapang.TARIKH : 19 JANUARI 2026 - 22 JANUARI 2026LOKASI : KPM BERANANGANJURAN : ACCOUNTING ASSOCIATESDISEDIAKAN OLEH : RAJA SHARIFAH NATASHA BINTI RAJA MUHAMAD ZAMRI
TAKLIMATPEMBIAYAAN DAN GERANTAKLIMATPEMBIAYAAN DAN GERANTuan Nor Adnan bin Wakiman, Pegawai MARA Daerah Hulu Langat(PMD), telah dijemput untuk memberikan taklimat dan pendedahanberkaitan pelbagai geran dan kemudahan pembiayaan yang bolehdipohon oleh usahawan MARA.Dalam sesi ini, beliau memfokuskan bentuk sokongan terutamanyapembiayaan ditawarkan oleh MARA mengikut kategori perniagaan,termasuk usahawan baharu dan usahawan sedia ada.Turut dikongsikan ialah syarat kelayakan, proses permohonan,dokumen yang diperlukan serta kepentingan perancanganperniagaan yang kukuh bagi meningkatkan peluang kelulusan.Taklimat ini memberi manfaat besar kepada peserta dalammemahami peluang sokongan MARA untuk membantumengembangkan dan memantapkan perniagaan mereka.TARIKH : 21 JANUARI 2026LOKASI : KPM BERANANGANJURAN : UNIT PROBIZ SMART AGRODISEDIAKAN OLEH : WAN INTAN SAADAH BINTI WAN ROSDI
IPMA Model UnitedNations (MUN) DEBATECOMPETITION 2026IPMA Model UnitedNations (MUN) DEBATECOMPETITION 2026IPMA MUN Debate Competition adalah program tahunan di bawah kelolaan BahagianPendidikan Tinggi MARA bermula dari tahun 2024 hingga kini. Sebanyak 12 institusipendidikan MARA menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan secara bersemukaini dapat membantu memberi pendedahan kepada para pelajar IPMA mengenai seniperbahasan, teknik perdebatan yang betul, teknik mencelah, negosiasi, danpengurusan konflik. Selain kemahiran perdebatan dan kemahiran berfikir denganpantas, perwakilan juga diharapkan dapat melakukan penyelidikan, menggunakankemahiran penulisan untuk menghasilkan dokumen-dokumen rasmi seperti WorkingPaper,Position Paper, Draft Resolutions, Amendments dan menderaf Resolusi Akhir.TARIKH : 22 JANUARI 2026 - 25 JANUARI 2026LOKASI : KPM INDERA MAHKOTAANJURAN : KPM INDERA MAHKOTA DISEDIAKAN OLEH : AJK DEBATE MUN
DIA ALUMNITALK 2026DIA ALUMNITALK 2026Program DIA Alumni Talk, Insight Sharing Session on EducationPathway telah berlangsung dengan lancar dan mendapatsambutan yang baik daripada pelajar. Alumni yang dijemputberkongsi pengalaman menyambung pengajian selepas tamatdiploma, termasuk proses permohonan universiti, pengecualiansubjek, cabaran akademik serta pengurusan kewangan sepanjangtempoh pengajian. Pelajar menunjukkan minat yang tinggiterutamanya dalam topik berkaitan professional qualificationseperti ACCA dan laluan ke peringkat ijazah sarjana muda. Sesisoal jawab berjalan dengan aktif dan membantu pelajarmendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai hala tujupendidikan mereka.TARIKH : 23 JANUARI 2026LOKASI : ONLINE VIA MS TEAMSANJURAN : ACCOUNTING ASSOCIATESDISEDIAKAN OLEH : RAJA SHARIFAH NATASHA BINTI RAJA MUHAMAD ZAMRI
SESI PENGENALANCATUR CINA(XIANGQI)SESI PENGENALANCATUR CINA(XIANGQI)Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep asasXiangqi sebagai permainan papan tradisional Cina. Aktiviti pengenalan kosa kataberkaitan dengan Xiangqi, termasuk nama-nama buah catur dan istilah asaspermainan, telah dijalankan melalui pendekatan interaktif dan berasaskan permainan,yang berjaya menarik minat pelajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yangsantai dan menyeronokkan.Seterusnya, pelajar didedahkan kepada asas permainan Xiangqi yang merangkumipengenalan permainan, peraturan asas serta strategi mudah melalui bimbingan Dr.Kenny Lim, Pengasas Mega Chess Academy.program ini telah memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap budaya Cinamelalui medium permainan tradisional. Selain itu, aktiviti yang dijalankan turutmembantu meningkatkan kemahiran berfikir secara strategik, keupayaanmenyelesaikan masalah, serta interaksi antara budaya dalam kalangan pelajar.TARIKH : 23 JANUARI 2026LOKASI : BILIK SEMINAR KPMBANJURAN : UNIT MANDARIN DISEDIAKAN OLEH : CHEE KAI YEN
LITTLE STEPS,BIG DREAMSLITTLE STEPS,BIG DREAMSProgram \"Little Steps, Big Dreams\" bersama anak yatimmerupakan satu inisiatif murni yang bertujuan untuk menyemainilai keprihatinan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalamkalangan masyarakat. Program ini biasanya dianjurkan olehinstitusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan atau komunitisetempat bagi memberi sokongan moral dan kebajikan kepadaanak-anak yatim yang memerlukan perhatian serta sokonganemosi. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program initermasuklah sesi suai kenal, senamrobik, permainan berkumpulanseperti Kembara Malaysia, Protect Your Peace, sertapenyampaian sumbangan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahajamenceriakan anak-anak yatim, malah memberi peluang kepadapara pelajar kolej untuk berinteraksi secara langsung danmemahami kehidupan mereka dengan lebih mendalam. Melaluiinteraksi ini, hubungan silaturahim dapat dieratkan dan perasaanempati dapat dipupuk dalam diri setiap peserta.TARIKH : 24 JANUARI 2026LOKASI : RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAHANJURAN : KPM BERANANGDISEDIAKAN OLEH : NUR TASNIM BINTI MOHD ABDUH
ENVIRONMENT &SUSTAINABILITYEXPO: CORPORATEINTEGRITY IN ACTIONENVIRONMENT &SUSTAINABILITYEXPO: CORPORATEINTEGRITY IN ACTIONProgram Environment & Sustainability Expo: Corporate Integrity in Actionmerupakan satu pameran akademik yang dianjurkan di bawah kursus BusinessEthics (MGT3533) bagi pelajar Semester 5 Diploma in Business Studies, KolejProfesional MARA Beranang. Program ini dilaksanakan sebagai platformpembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang memberipeluang kepada pelajar mengaplikasikan teori etika perniagaan, kelestarianalam sekitar dan integriti korporat dalam konteks dunia sebenar.Melalui pameran ini, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan danberperanan sebagai Business Ethics Consultants dengan memilih syarikatsebenar untuk dianalisis. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan posterdan prototaip yangmempamerkan amalan lestari serta beretika yang diamalkan oleh syarikatberkenaan. Pameran ini menekankan elemen kreativiti, pemikiran kritis dankeupayaan analisis pelajar dalam menghubungkan konsep etika dan kelestariandengan amalan perniagaan semasa.TARIKH : 27 JANUARI 2026LOKASI : DEWAN GEMILANG ILMU KPM BERANANGANJURAN : JABATAN PENGURUSAN PERNIAGAAN, KPM BERANANG DISEDIAKAN OLEH : SHAJARATULDUR BINTI ISMAIL @ YAHYA
AKTIVITISTAFFAKTIVITISTAFF
LAWATAN KE PLANTFACTORY FAKULTIPERTANIAN, UPMLAWATAN KE PLANTFACTORY FAKULTIPERTANIAN, UPMPada 5 Januari 2025, satu sesi perbincangan telah diadakanantara pegawai Kolej Profesional MARA Beranang, Selangordengan pihak Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepadaPuan Athirah Binti Sulaiman, Penolong Pegawai Pertanian,Universiti Putra Malaysia atas kesudian menerima kunjunganpensyarah dan pembantu makmal bagi berkongsi maklumat,khususnya berkaitan persediaan pelaksanaan Program DiplomaProfessional Business (ProBiz) Smart Agro. Tujuan utamaperbincangan ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenaioperasi di Plant Factory, Fakulti Pertanian, Universiti PutraMalaysia dalam pengeluaran hasil pertanian yang mengaplikasikanteknologi IoT serta sistem automasi yang lebih berkesan danberkualiti tinggi. Selain itu, sesi ini penting bagi menelitiperspektif penggunaan teknologi dan aspek teknikal dalammenghasilkan tanaman yang selamat, berkualiti, serta mencukupisebagai sumber makanan yang mampan dan berdaya saing.TARIKH : 5 JANUARI 2026LOKASI : FAKULTI PERTANIAN, UPMANJURAN : UNIT PROBIZ DISEDIAKAN OLEH : MOHD KHIDIR BIN OMAR
PERBINCANGAN BERSAMAPEGAWAI KKTM PETALINGJAYAPERBINCANGAN BERSAMAPEGAWAI KKTM PETALINGJAYASatu sesi perbincangan telah diadakan melibatkan Kolej Profesional MARABeranang, Selangor dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya(KKTMPJ) bagi membincangkan aspek pelaksanaan penggunaan aplikasipintar di dalam Program Diploma Professional Business (ProBiz) SmartAgro.Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Ts. Encik Mohd Khairun Naim binMustaffa, Pengarah, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya(KKTMPJ) Encik Ahmad Faisal bin Abdullah, Timbalan Pengarah Hal EhwalAkademik, serta barisan pensyarah . Perbincangan ini turut dihadiri oleh Dr.Hasnan Bin Md Aris, wakil dari bahagian Pendidikan tinggi MARA manakalawakil daripada pihak Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) pula ialahEncik Mohamed bin Baharuddin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, EncikMohd Zaidan bin Zahari, Ketua Program Diploma Professional Business(ProBiz) Smart Agro, serta barisan pensyarah.TARIKH : 7 JANUARI 2026LOKASI : KPM BERANANGANJURAN : UNIT PROBIZ SMART AGRO DISEDIAKAN OLEH : SITI FATIMAH BT HANIFAH
TEMUDUGA CALON USAHAWANPROGRAM DIPLOMAPROFESSIONAL BUSINESS(PROBIZ) SMART AGROTEMUDUGA CALON USAHAWANPROGRAM DIPLOMAPROFESSIONAL BUSINESS(PROBIZ) SMART AGROTARIKH : 8 JANUARI 2026LOKASI : DEWAN GEMILANG ILMU KPMBANJURAN : BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA DISEDIAKAN OLEH : SITI FATIMAH BT HANIFAH
SESI PERKONGSIANMAKLUMAT BERSAMAAGENSI TEKUNSESI PERKONGSIANMAKLUMAT BERSAMAAGENSI TEKUNLawatan pensyarah KPM Beranang ke TEKUNNasional bertujuan untuk mendapatkan maklumatsecara langsung berkaitan dana dan skimpembiayaan yang ditawarkan kepada usahawanmikro dan kecil. Melalui sesi perbincanganbersama pegawai TEKUN, pensyarah dapatmemahami dengan lebih jelas jenis pembiayaan,syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan sertaproses permohonan yang terlibat. Maklumat iniamat penting bagi memastikan bimbingan yangdiberikan kepada pelajar adalah tepat, relevandan selari dengan keperluan sebenar industri.Secara tidak langsung, lawatan ini dapatmembantu meningkatkan peluang pelajar untukmendapatkan sokongan kewangan bagimemulakan atau mengembangkan perniagaan.TARIKH : 9 JANUARI 2026LOKASI : TEKUN HULU LANGATANJURAN : UNIT LANDSKAP DAN HORTIKULTUR DISEDIAKAN OLEH : WAN INTAN SAADAH BINTI WAN ROSDI
CHITCHAT ASPIRATION BERSAMAYBHG. IR. DR. MAHZAN BIN TEHCHITCHAT ASPIRATION BERSAMAYBHG. IR. DR. MAHZAN BIN TEHTARIKH : 14 JANUARI 2026LOKASI : KPM BERANANGANJURAN : UNIT EXSOLSesi Chitchat Aspiration bersama YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh, TimbalanKetua Pengarah (Pendidikan) MARA, telah berjaya dilaksanakan pada 14Januari 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Kuliah 2, Kolej ProfesionalMARA Beranang. Program bermula pada jam 2.00 petang denganketibaan barisan pengurusan KPMB bersama Pengarah BahagianPendidikan Tinggi MARA, Pengarah MARA Negeri Selangor serta delegasiBPT. Sesi diteruskan dengan taklimat ringkas oleh Pengarah KPMB danpenandatanganan Buku Pelawat oleh YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh. Majlisturut diserikan dengan sesi fotografi serta persembahan gendang Cinasebelum sesi Chitchat Aspiration bermula. Program ini menjadi platformperkongsian aspirasi dan hala tuju pendidikan MARA, di samping membukaruang perbincangan dua hala secara terbuka bersama warga kerjaKPMB. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab, jamuan petang dan bersuraipada jam 5.00 petang dalam suasana yang penuh harmoni danprofesional.DISEDIAKAN OLEH : WAN INTAN SAADAH BINTI WAN ROSDI
Perkongsian Maklumat bersama pegawai Kolej Profesional MARA (KPM)Beranang dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur telah berjayadiadakan pada 15 Januari 2026 sebagai langkah awal persediaan bagi penawaranProgram ProBiz (SMART Agro). Program ini dirangka bagi memperkasa elemenkeusahawanan dalam kalangan pelajar, khususnya dalam bidang agro yangberorientasikan teknologi dan keperluan pasaran semasa. Sesi perkongsian inimemberi fokus kepada pemindahan ilmu, pengalaman serta amalan terbaik yangtelah dilaksanakan oleh IKM Kuala Lumpur melalui Program TeknoUsahawan.Perkongsian telah disampaikan oleh Encik Muhammad Syukran bin Jamil danPuan Norr Asmidar binti Mohd dengan tujuan utama untuk mendapatkanpendedahan berkaitan pengurusan dokumentasi kewangan yang sistematik sertastrategi pemasaran digital yang berkesan. Secara keseluruhannya, perkongsianini dilihat mampu menyokong keperluan semasa pengajaran dan pembelajarandengan mengintegrasikan elemen praktikal keusahawanan, seterusnyamembantu KPM Beranang merangka pelaksanaan Program ProBiz (SMARTAgro) yang lebih tersusunSESI PERKONGSIANBERSAMA PEGAWAITEKNOUSAHAWAN IKM KLSESI PERKONGSIANBERSAMA PEGAWAITEKNOUSAHAWAN IKM KLTARIKH : 15 JANUARI 2026LOKASI : IKM KUALA LUMPURANJURAN : UNIT PROBIZ SMART AGRODISEDIAKAN OLEH : WAN INTAN SAADAH BINTI WAN ROSDI
PERBINCANGANBERSAMA (FAMA)UNTUK USAHAWAN PROBIZPERBINCANGANBERSAMA (FAMA)UNTUK USAHAWAN PROBIZSatu sesi perbincangan strategik bersama Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan (FAMA) telah berjaya diadakan bertujuan mendapatkanmaklumat terperinci serta penerangan berkaitan perkhidmatan, skim gerandan sokongan pemasaran yang ditawarkan oleh FAMA kepada usahawanProgram ProBiz Smart Farming.Sesi perbincangan ini telah disertai oleh beberapa pegawai kanan FAMAyang berpengalaman, antaranya Pn. Wan Nora Binti Wan Ahmad selakuPengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses, bersama Pn. Siti MariamBinti Abd Ghani dan En. Ahmad Shauqi Bin Zainol masing-masing sebagaiPenolong Pengarah, serta En. Mohd Nazrul Aza Bin Nasharuddin, PenolongPegawai Hal Ehwal Ekonomi Kanan. Kehadiran pegawai-pegawai ini telahmemberikan input yang komprehensif dan jelas berkaitan peluang sertakemudahan yang tersedia untuk usahawan agro.TARIKH : 15 JANUARI 2026LOKASI : IBU PEJABAT FAMA SELAYANGANJURAN : UNIT PROBIZ SMART AGRODISEDIAKAN OLEH : SITI FATIMAH BINTI HANIFAH
RUANG ASPIRASIBERSAMA TPHEADAN TPHEP KPMBERANANGRUANG ASPIRASIBERSAMA TPHEADAN TPHEP KPMBERANANGPerjumpaan Ruang Aspirasi Bersama TPHEA dan TPHEP KPMBeranang ini merupakan sesi suai kenal yang bertujuanmengeratkan hubungan serta membina kefahaman awal antarapihak pengurusan dan warga institusi. Sesi ini telah disertai olehTPHEA, Puan Halimahton binti Kamaruddin dan TPHEP, EncikMohamed bin Baharuddin, yang berkongsi peranan, fungsi sertaaspirasi masing-masing dalam menyokong pembangunan akademikdan hal ehwal pelajar. Melalui perjumpaan ini, peserta diberi ruanguntuk bertukar pandangan, menyuarakan harapan serta membinakomunikasi dua hala yang positif. Diharapkan pertemuan inimenjadi asas kepada kerjasama yang lebih berkesan, harmoni danberterusan demi kecemerlangan KPM Beranang.TARIKH : 21 JANUARI 2026LOKASI : KPM BERANANGANJURAN : UNIT EXSOL DISEDIAKAN OLEH : WAN INTAN SAADAH BINTI WAN ROSDI
LAWATAN TEKNIKALPROGRAM DIPLOMAPROBIZ SMART AGRO@ KM BANTINGLAWATAN TEKNIKALPROGRAM DIPLOMAPROBIZ SMART AGRO@ KM BANTINGLawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat secara langsungpelaksanaan dan aspek fasiliti ladang bagi penggunaan usahawanProgram PROBIZ, khususnya yang melibatkan kolaborasi strategikantara KM Banting dan KPM Beranang. Sepanjang lawatan, pihakdelegasi turut diberikan penerangan berkaitan keluasan dankesuburan tanah, kaedah pelaksanaan, serta aspek teknikal danoperasi.Selain itu, sesi perbincangan yang berlangsung turut memberipeluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan danpengalaman, sekali gus memperkukuh kerjasama dalammemastikan perjalanan Program ProBiz lebih bersistematikTARIKH : 22 JANUARI 2026LOKASI : KOLEJ MARA BANTINGANJURAN : UNIT PROBIZ SMART AGRODISEDIAKAN OLEH : SITI FATIMAH BINTI HANIFAH
MAJLIS MENGHARGAI SAAT,MENGABADIKAN KENANGANMAJLIS MENGHARGAI SAAT,MENGABADIKAN KENANGANDISEDIAKAN OLEH : ASMARANI BINTI ABU HASSAN
Terima KasihKolej Profesional MARA BeranangLot 2333, Jalan Kajang/Seremban43700 BeranangSelangor Darul EhsanNo. Telefon : 03 87668935/36No. Faks : 03 87668940Editor : Noor Fazliani Binti ShamshudinEdisi : Januari 2026