Unit Komunikasi & Korporat (UKK) KPMB E-Buletin KPMB Oktober 2023 Oktober ‘23 Travel E-Buletin In October, any wonderful unexpected thing ight be possible -Elizabeth George Speare
Unit Komunikasi & Korporat (UKK) KPMB
MALAM CINTA RASUL SENARAI PROGRAM/AKTIVITI USRAH PELAJAR SEMESTER 1 USRAH PELAJAR SEMESTER 1 IJTIMAK JUMAAT 01 03 02 04 05 TAZKIRAH RINGKAS SELEPAS MAGHRIB 06 USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 MAJLIS RESTU ILMU SESI 2 2023/2024 & PELANCARAN TABUNG SOLIDARITI KPMB BERSAMA PALESTIN 07 08 SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KPMB 2023 09 10 BUMI HIJAU 3.0 LAWATAN ILMIAH KE KZM AGRO
Malam Cinta Rasul Dilaporkan oleh: Zetty Izaty binti Sharif ( Setiausaha PERDIQMA) Satu program ceramah sempena Malam Cinta Rasul yang dianjurkan oleh Biro Program PERDIQMA dengan kerjasama MPP MJII telah dapat dilaksanakan dengan lancar di Dewan Hyogo MJII. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu PU Amin bertajuk Rasulullah Tauladan Sepanjang Zaman. Di samping itu majlis ini turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh pelajar MJII dan nasyid oleh Kumpulan D’Infinite KPMB Tarikh: 3 Oktober 2023 Tempat: Dewan Hyogo, MJII Anjuran: Biro Program PERDIQMA & MJII
Usrah Pelajar Semester 1 Dilaporkan oleh: Zetty Izaty binti Sharif ( Setiausaha PERDIQMA) Semua pelajar semester 1 berusrah bersama dengan naqib naqibah masing-masing. Sebanyak enam kumpulan usrah dipilih secara rawak menggunakan aplikasi wheel spinner. Kumpulan-kumpulan yang terpilih membuat pembentangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih mereka. Semua pelajar dapat memahami dengan lebih jelas tentang tajuk-tajuk yang dibentang oleh kumpulan yang terpilih. Tarikh: 4 Oktober 2023 Tempat: Surau An-Nur KPMB Anjuran: Biro Usrah PERDIQMA
Usrah Pelajar Semester 1 Dilaporkan oleh: Zetty Izaty binti Sharif ( Setiausaha PERDIQMA) Usrah dijalankan secara atas talian dan mengikut naqib naqibah. Naqib dan naqibah terus memulakan agenda dengan perkongsian tentang isu yang berlaku di Palestine dan dan menceritakan tentang salah satu peperangan besar dalam Islam iaitu perang Badar. Ahli usrah saling berkongsi pendapat tentang iktibar yang diperoleh daripada sesi usrah yang diadakan. Tarikh: 11 Oktober 2023 Tempat: Surau An-Nur /Google Meet Anjuran: Biro Usrah PERDIQMA
Ijtimak Jumaat Dilaporkan oleh: Zetty Izaty binti Sharif ( Setiausaha PERDIQMA) Semua pelajar siswi berkumpul di Surau An-Nur untuk program ijtimak Jumaat. Pengisian dibuat oleh AJK PERDIQMA dengan menayangkan video ringkas tentang peristiwa yang berlaku ketika kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pelajar akan menjawab kuiz yang disediakan oleh Biro Program. Seramai 5 orang pemenang yang terpantas menjawab akan dikira sebagai pemenang. Tarikh: 13 Oktober 2023 Tempat: Surau An-Nur Anjuran: Biro Program PERDIQMA
Tazkirah Ringkas Selepas Maghrib Dilaporkan oleh: Zetty Izaty binti Sharif ( Setiausaha PERDIQMA) Tazkirah ringkas selepas maghrib disampaikan oleh Sir Muhammad Afiq Syakirin bin Azmi. Beliau telah berkongsi bagaimana kita sebagai umat Islam merupakan aset agama Islam. Beliau juga memberi nasihat-nasihat dan tips untuk menjadi pelajar cemerlang kepada semua pelajar. Tarikh: 17 Oktober 2023 Tempat: Surau An-Nur Anjuran: Biro Program PERDIQMA
Usrah Bersama Pelajar Semester 1 Dilaporkan oleh: Zetty Izaty binti Sharif ( Setiausaha PERDIQMA) Usrah kali ini merupakan usrah yang terakhir bersama pelajar semester 1 bagi sesi 2 2023/2024. Usrah diisi dengan perkongsian yang bertajuk Amar Maaruf Nahi Mungkar daripada naqib naqibah. Seterusnya, ahli usrah berkongsi bagaimana cara untuk mengamalkan Amar Maaruf Nahi Mungkar di kolej. Tarikh: 18 Oktober 2023 Tempat: Surau An-Nur Anjuran: Biro Program PERDIQMA
Majlis Restu Ilmu Sesi 2 2023/2024 Dan Pelancaran Tabung Solidariti Kpmb Bersama Palestine Majlis Restu Ilmu Sesi 2 2023 diadakan sekali dengan pelancaran tabung solidariti Palestin. Majlis diisi dengan bacaan Yassin dan doa restu ilmu serta ucapan wakil pelajar disampaikan oleh saudara Adlan Haziq bin Arif Razman. Majlis diteruskan dengan ucapan pengarah KPM Beranang. Montaj ditayangkan sebelum perkongsian ilmu daripada Wakil NGO Palestine disampaikan oleh Encik Noorsyazly Rameli. Dilaporkan oleh:Siti Mardiana Binti Marbawi (Setiausaha I Majlis Perwakilan Pelajar Kpm Beranang) Tarikh: 24 Oktober 2023 Tempat: Surau An-Nur Anjuran: MPP & PERDIQMA
Sambutan Bulan Kaunseling Kpmb 2023 Oktober merupakan bulan yang diisytiharkan sebagai sambutan bulan Kaunseling bagi memperingati perkhidmatan menolong yang sangat signifikan dengan masyarakat. Memandangkan masalah kesihatan mental merupakan antara masalah utama bagi kesihatan masyarakat di negara kita, maka bulan kaunseling memberikan kesedaran kepada orang awam pentingnya perkhidmatan kaunseling ini bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Dilaporkan oleh: Nur Adzrina binti Ishak (Unit Kaunseling KPMB) Tarikh: 25 Oktober 2023 Tempat: Perpustakaan Zaaba KPMB Anjuran: Unit Kaunseling KPMB
BUMI HIJAU 3.0 Pada 13 Oktober 2023 Unit Teknologi Hijau telah mengadakan program Bumi Hijau 3.0 iaitu membuat aktiviti penyelenggaraan landskap di taman-taman mengikut Unit/Jabatan. Program ini telah dilaksanakan oleh pensyarah dan staf KPM Beranang. Aktiviti penyelenggaraan yang dibuat adalah seperti pembajaan, penyiraman, penjarangan, pemangkasan, pengawalan rumpai dan lain-lain. Tujuan program ini diadakan untuk memastikan supaya tapak Bumi Hijau yang berada di KPM Beranang berada dalam keadaan yang cantik serta menarik. Semua Unit/Jabatan hendaklah membuat aktiviti ini sekurang-kurangnya sebulan sekali mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Unit Teknologi Hijau. Dilaporkan oleh: WAN INTAN SAADAH BINTI WAN ROSDI Tarikh: 13 Oktober 2023 Tempat: Sekeliling KPMB Anjuran: Unit Bumi Hijau KPMB
Lawatan Ilmiah ke KZM Agro Program Lawatan ke KZM Agro dianjurkan oleh Penyelaras Kursus HTR1133 Post Harvest in Landscape and Horticulture bagi bertujuan mendedahkan pelajar dengan cara penanaman cili menggunakan teknik fertigasi serta mendapat maklumat berkenaan amalan lepas tuai. Program ini memberikan pelajar secara terus dalam melaksanakan aktiviti lepas tuai di lapangan secara praktikal dalam memastikan cili padi yang ditanam dapat disimpan dan penjagaan di ladang sebelum dihantar kepada penjual Harvest in Dilaporkan oleh Mohd Zaidan bin Zahari ( Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan) Tarikh: 18 Oktober 2023 Tempat: KZM AGRO Anjuran: Unit Bumi Hijau KPMB
UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) [email protected] Oktober 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940 Imbas kod QR Editor Noridayu binti Yusof Mohd Khidir bin Omar