The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitkomunikasikorporatkkpmb, 2023-03-27 02:48:36

E-Buletin KPMB Januari 2023

E-Buletin KPMB Januari 2023

SLIDESMANIA.COM E-BULETIN KPMB


SLIDESMANIA.COM UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) KPMB


SLIDESMANIA.COM SENARAI PROGRAM / AKTIVITI 1. PROGRAM 'FARM ANIMALS DAY’ 2. IJTIMA' JUMAAT 3. CINTAI ALAM SEKITAR 4. TEKNIK VISUALISASI MUDAH DALAM REKA BENTUK (PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PELAJAR) 5. ANUGERAH JUARA NYANYIAN 2023 6. EARTH HOUR 7. EXPRESS TO IMPRESS 8. ISLAMIC SHOWTIME 9. PASAR MALAM DBS ASSOCIATES 10. PASAR MALAM DLH ASSOSIATES 11. PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA KESATRIA 12. TAKLIMAT BERSAMA BAHAGIAN PENGNJURAN PELAJARAN DAN AUG STUDENT SERVICES 13. UNIKL TALK 14. BENGKEL INOVASI BARANGAN TERPAKAI 15. COFFEE TALK ON BUSINESS 16. YEAR OF RABBIT CELEBRATION 17. ECO RUN KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG 18. HARI KEUSAHAWANAN & CARBOOT SALES 19. MAJLIS PENUTUP MINGGU AKTIVITI 2023 20. SUKANEKA DLH ASSOCIATES 21. SUKANEKA DBS ASSOCIATES 22. IJTIMA' JUMAAT


SLIDESMANIA.COM PROGRAM 'FARM ANIMALS DAY Tarikh : 7 Januari 2023 Lokasi : Farm Fresh @ UPM Anjuran : DIA 5B Disediakan oleh : Nur Annisa binti Asuandi Program cintai alam sekitar ini disertai oleh 25 orang pelajar diploma in accounting DIA5B. Program ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan mahasiswa terhadap haiwan. Objektif program ini adalah; Menonjolkan keupayaan pelajar dalam melaksanakan program, menanam sifat cinta terhadap flora dan fauna dalam diri pelajar, memupuk sifat kerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Program ini juga dilaksanakan untuk memenuhi keperluan subjek kemahiran dan tanggungjawab sosial (MPU2482). 1


SLIDESMANIA.COM IJTIMA' JUMAAT Tarikh : 13 Januari 2023 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma Program dimulakan dengan kata-kata pendahuluan daripada Ketua Biro Usrah. Pelajar kamsis muslimat dibahagikan mengikut kumpulan seramai 5 orang. Pelajar diarahkan untuk memilih nama bunga sebagai nama kumpulan. Terdapat 2 permainan yang dimainkan iaitu 'Boom' dan ' Goreng Pisang'. Pemenang diumumkan. Ketua Biro Usrah memberi kata-kata penghargaan kepada semua pelajar kamsis muslimat yang terlibat. Program diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr. Disediakan oleh : Nur Dhamirah Aisyah binti Arman Shah 2


SLIDESMANIA.COM CINTAI ALAM SEKITAR Tarikh : 14 Januari 2023 Lokasi : Pantai Morib Anjuran : DIA 5C Sejak kebelakangan ini, banyak sampah bertaburan di pantai-pantai sekitar Malaysia seperti plastik, kertas, botol, penutup tin minuman dan sebagainya. Sebagai inisiatif tersebut , program ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran dalaman kalangan mahasiswa mengenai kepentingan memelihara kebersihan pantai serta sumbangan khidmat sosial mahasiswa untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar terutamanya kebersihan pantai. Selain daripada itu, melalui program ini ia akan mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan mahasiswa. Lokasi yang dipilih adalah Pantai Morib yang mana merupakan salah satu pantai yang menjadi tumpuan pengunjung bersantai bersama keluarga sewaktu hujung minggu. Adalah menjadi harapan, mahasiswa dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini. Disediakan oleh : Afiq Hisyam bin Lokman Zakey 3


SLIDESMANIA.COM Minggu Aktiviti


SLIDESMANIA.COM This is where you section ends. Duplicate this set of slides as many times you need to go over all your sections. MINGGU AKTIVITI


SLIDESMANIA.COM This is where you section ends. Duplicate this set of slides as many times you need to go over all your sections. MINGGU AKTIVITI


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 14 Januari 2023 Lokasi : Perpustakaan Za’ba Anjuran : Unit Landskap dan Hortikultur, Jabatan Pengurusan Perniagaan Disediakan oleh : Mohd Zaidan bin Zahari Terdapat pelajar yang lemah dalam visualisasi dalam rekabentuk landskap semasa sesi 2 2022/2023 yang dilaporkan oleh pensyarah. Oleh yang demikian, program ini diadakan bagi mendedahkan pelajar dari segi teknik visualisasi yang lebih mudah dalam rekabentuk yang melibatkan kursus-kursus landskap. Program ini merupakan bengkel yang memfokuskan visualisasi 2 dan 3 dimesi yang mampu menzahirkan idea-idea rekabentuk landskap yang kreatif dan inovatif secara efektif. Malah, penceramah program ini merupakan seorang yang profesional serta terlatih dalam melaksanakan bengkel yang melibatkan pelajar Landskap dan banyak menganjurkan program, bengkel atau kursus. MINGGU AKTIVITI 7


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu (DGI) Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Disediakan oleh : Syarifah Anis Hamaiza Syed Osman Abadi Program Anugerah Juara Nyanyian ini diadakan pada 16 Januari 2023 yang diadakan di Dewan Gemilang Ilmu. Seramai 10 orang finalis yang Berjaya ke peringkat akhir dan dinilai oleh 3orang juri. Konsep Anugerah Juara Nyanyian KPM Beranang ini diambil daripada anugerah berprestij yang mempertaruhkan lagu ciptaan komposerkomposer dan penulis-penulis lirik di Malaysia, iaitu Anugerah Juara Lagu. Pada akhir program, para pemenang diberikan hadiah yang mengikut turutan yang diambil daripada format Anugerah Juara Lagu, iaitu Juara, Naib Juara, Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. MINGGU AKTIVITI 8


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Kamsis Anjuran : Unit Teknologi Hijau Disediakan oleh : Mimi Merani binti Milhani Unit Teknologi Hijau telah mengambil inisiatif dalam menyahut kelastrian alam sekitar dengan mengadakan "EARTH HOUR" selama 1 jam bermula pada pukul 9.00 pm hingga 10.00pm. Aktiviti ini melibatkan kolej kediaman Farabi, Aisyah dan Khadijah di mana Unit Teknologi Hijau telah meminta bantuan Juruteknik Kolej Encik Mohammad Azim bin Bonyamin untuk menutup suis utama kamsis selama aktiviti ini berlangsung. Encik Muhammad Syazwan Arami bin Rahim AJK Unit Teknologi Hijau telah melakukan pemantauan bagi menjayakan Program Earth Hour sesi 3 2022/2023 di Kolej Profesional MARA Beranang. MINGGU AKTIVITI 9


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Kamsis Anjuran : DBS Associates & Pelajar UiTM Disediakan oleh : Anis Batrisyia binti Abdul Aziz PROGRAM SULAM PKO : EXPRESS TO IMPRESS bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk menjalankan program khidmat masyarakat di sekolah pendidikan khas secara bersemuka . Program ini dijalankan bagi mendedahkan ilmu pengucapan awam Bahasa Inggeris yang dipelajari oleh pelajar UiTM iaitu kursus Public Speaking II (HPD221 ) dengan mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari kepada peserta sasaran program ini melalui aktiviti -aktiviti menarik yang memfokuskan kepada membina jati diri para peserta . Impak yang dapat disimpulkan dari program ini , para peserta dapat memperoleh ilmu tentang pengucapan awam serta dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi serta berucap di khalayak awam . Program Express to Impress ini diadakan pada minggu aktiviti , bertarikh 16 Januari 2023 , bertempat di Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB), Beranang Selangor . Program ini disertai oleh 54 pelajar Diploma in Business Studies, serta telah melibatkan 29 orang fasilitator yang terdiri daripada para pelajar UiTM kursus Public Speaking II (HPD221 ) dan dibimbingi oleh seorang guru penasihat , Puan Ruqayya Binti Khalid . MINGGU AKTIVITI 10


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Lecture Theater 2 (LT2) Anjuran : Perdiqma Disediakan oleh : Muhamad Amirul 'Afif bin Hashim Para pelajar berkumpul di LT2 10 minit sebelum tayangan. Pada Jam 2 petang Tayangan filem dimulakan. Filem tamat pada jam 4 petang dan program diteruskan dengan sesi Q&A. Pada Jam 4.30 petang pelajar bersurai. Antara objektif program ini adalah merapatkan ukhwah pelajar semester 3 dan memberi pengajaran kepada pelajar tentang erti kesabaran. MINGGU AKTIVITI 11


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Laman Usahawan Anjuran : DBS Associates Aktiviti Pasar Malam DBS Associate diadakan pada hari Isnin iaitu pada pukul 8 malam . Makanan dan minuman yang dijual di pasar malam DBS Associate antaranya termasuklah , chicken popcorn, sosej , keropok lekor , cocktail . Barisan Kepimpinan DBS memulakan persediaan sedikit awal bagi membuat persiapan menjual makanan dan minuman untuk aktiviti pasar malam . Semua pelajar di Kolej Profesional MARA Beranang memeriahkan pasar malam DBS Associate dengan membeli makanan dan minuman yang dijual oleh barisan kepimpinan DBS . Hal ini demikian kerana, pelajar - pelajar ingin menyaksikan persembahan Anugerah Juara Nyanyian yang berlangsung di Dewan Gemilang Ilmu sambil menjamu makanan atau minuman yang dijual di laman usahawan . Aktiviti pasar malam bagi DBS Associate berakhir pada pukul 11 malam . Disediakan oleh : Anis Batrisyia binti Abdul Aziz MINGGU AKTIVITI 12


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Laman Usahawan Anjuran : DLH Associates Program ini mendapat sambutan yang terbaik dari pelajar dan kakitangan KPM Beranang . Stok jualan untuk Pasar malam telah disediakan sehari sebelum hari kejadian untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti tidak ada kelengkapan dan sebagainya . Pasar malam berlansung pada pukul 8 :00 malam . Namun begitu kami telah membuat persiapan dengan merebus jagung yang dimulakan pada pukul 4 :00petang dan mendapat sambutan yang terbaik daripada staff KPMB yang membuat pesanan melalui aplikasi Whatsapp dan kami membuat penghantaran ke tempat yang sepatutnya . Seterusnya,menu Pasar malam yang berlansung pada pukul 8 :00malam ialah Mantou goreng, spaghetti, burger, jagung dan soda herbs . Gerai kami mendapat sambutan yang sangat meriah daripada warga KPMB, hanyan 30 minit jualan burger, spaghetti telah habis terjual dan kami menhabiskan semua jualan pada pukul 9 :40malam . Selepas itu , kami membersihkan tempat jualan dengan sebaiknya supaya dapat meninggalkan tempat tersebut dalam keadaan yang bersih . Disediakan oleh : Nurfatin Rasyidah binti Ahmad Munir MINGGU AKTIVITI 13


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Padang & Dewan MARA Japan Industrial Institute (MJII) Anjuran : Unit Kokurikulum Program Perkhemahan Perdana Kesatria ini disertai oleh semua pelajar semester 2 seramai 328 orang yang mengambil kokurikulum badan beruniform Kesatria . Aktiviti ini dilaksanakan bagi mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum . Di antara yang dipertandingkan ialah Pertandingan memasak dan pertandingan Kebudayaan . Disediakan oleh : Nurazalina Suriani binti Zulkifly MINGGU AKTIVITI 14


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu (DGI) Anjuran : Unit Latihan Industri Taklimat daripada Bahagian Penganjuran Pelajaran telah diadakan oleh En Farris Radzuan , Timbalan pengarah Bahagian Penganjuran Pelajarn (BPP) . Beliau menceritakan program - program di bawah pembiayaan BPP antaranya TESP, IPMA Excellent Student Program (IESP) serta World’s Top Universities (WTU) . Manakala taklimat daripada AUG Student Services menceritakan bagaiman permohonan untuk menyambung pelajaran ke Luar Negara Disediakan oleh : Wan Faridah binti Yusoff MINGGU AKTIVITI 15


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 16 Januari 2023 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu (DGI) Anjuran : Unit Kaunseling UNIKL TALK kali ini di wakili oleh wakil - wakil dari UNIKL Business School, MIAT dan MIIT . Antara objektif program ini adalah ; Pelajar -pelajar mendapat informasi berkaitan peluang -peluang pengajian yang ditawarkan oleh unikl . Pelajar -pelajar dapat membuat persediaan awal untuk membuat perancangan menyambung pengajian ke peringkat ijazah . Pelajar -pelajar dapat membuat pilihan dan perbandingan program -program yang ditawarkan oleh unikl untuk melanjutkan pengajian selepas peringkat diploma . Disediakan oleh : Nur Adzrina binti Ishak MINGGU AKTIVITI 16


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 17 Januari 2023 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu (DGI) Anjuran : Unit Teknologi Hijau & Rekacipta Bengkel inovasi barangan terpakai dianjurkan oleh Unit Teknologi Hijau dan Rekacipta dengan Kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp ) dan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) . Antara objektif bengkel ini adalah ; Menggalakkan pelajar sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi dalam menambahbaik sesuatu barangan sedia ada atau menghasilkan sesuatu yang baharu . Mempupuk sifat cintakan alam sekitar dalam diri pelajar supaya alam sekitar sedia ada dapat dinikmati dan ditambahbaik pada masa akan datang dengan mengamalkan konsep 3 R dalam hidup . Menaiktaraf sesuatu barangan terpakai supaya ianya boleh digunakan untuk menjana pendapatan dengan menjual barangan tersebut . Sesi dimulakan dengan ceramah ringkas daripada wakil -wakil SWCorp dan MRM dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pelajar . Pelajar yang menjawab soalan yang diberikan , mendapat cenderahati daripada pihak MRM . Selain daripada itu juga, Pihak SWCorp membawa barang pameran yang merupakan produk -produk inovasi daripada barangan terpakai . Disediakan oleh : Norzelawati binti Umar MINGGU AKTIVITI 17


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 17 Januari 2023 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu (DGI) Anjuran : Persatuan Siswa Niaga Program Coffee Talk On Business Semester 1 Sesi 3 2022 /2023 merupakan satu program yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Siswa Niaga untuk pelajar DBS, DCS dan DIA Semester 1 Sesi 3 2022 /2023 . Oleh itu , terdapat pelbagai aktiviti disediakan sepanjang program berlangsung . Antaranya , Sesi Berkenalan Bersama Penceramah Jemputan dan Sesi Soal Jawab kepada pelajar - pelajar Semester 1 Sesi 3 2022 /2023 . Disediakan oleh : Nor Farah Hani binti Yahaya MINGGU AKTIVITI 18


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 17 Januari 2023 Lokasi : Sekitar Blok M Anjuran : Unit Mandarin Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina di Malaysia. Ia disambut setiap kitaran 12 bulan mengikut kalendar tradisi masyarakat Cina. Tahun baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Perayaan ini pada kebiasaannya mengumpulkan ke semua ahli keluarga bersama-sama. Oleh itu, untuk tahun ini unit Mandarin KPM Beranang telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina untuk pelajar-pelajar yang mempelajari subjek Basic Mandarin, Mandarin Language 1 dan Mandarin Language 2 sebagai salah satu cara untuk mendekatkan lagi pelajar dengan budaya masyarakat Cina, sekaligus memupuk minat pelajar untuk mepelajari bahasa ini dengan lebih mendalam. Program ini akan melibatkan beberapa aktiviti yang diadakan untuk mendedahkan pelajar dengan tradisi dan budaya yang berkaitan dengan perayaan Tahun Baru Cina seperti pameran makanan semasa tahun baru cina, cara sambutan dan adat berkaitan Tahun Baru Cina dan aktiviti semasa Tahun Baru Cina. Terdapat juga jualan pelbagai makanan tradisi masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina Disediakan oleh : Maslina binti Mohamad Mustafa MINGGU AKTIVITI 19


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 18 Januari 2023 Lokasi : Sekitar KPMB Anjuran : Unit Kokurikulum & Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Eco Run adalah salah 1 program yang dianjurkan sewaktu minggu aktiviti, program ini diwajibkan kepada semua pelajar KPM Beranang untuk menjalankan gaya hidup sihat. Sambutan yang hangat dan menggalakkan ditunjukkan oleh seluruh warga KPM Beranang. Antara objektif program ini adalah; menjadikan pelajar KPM Beranang menjalankan gaya hidup sihat, menjadikan pelajar KPM Beranang sayang akan kolej, dan menyatukan seluruh warga KPM Beranang dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Disediakan oleh : Unit Kokurikulum MINGGU AKTIVITI 20


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 18 Januari 2023 Lokasi : Di hadapan Dewan Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Keusahawanan Disediakan oleh : MPP Keusahawanan Program yang dianjurkan mendapat sambutan yang terbaik daripada pihak pelajar serta staff Kolej Professional Mara Beranang dan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar , staf serta peniaga luar dalam menjalankan perniagaan yang ditawarkan . Selain itu , maklum balas daripada peniaga luar yang masuk ke KPMB juga menarik dan jualan yang dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak dan kami mengharapkan program seperti ini akan dilakukan lagi . MINGGU AKTIVITI 21


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 18 Januari 2023 Lokasi : Dewan Gemilang Ilmu (DGI) Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) Majlis perasmian penutupan minggu aktiviti ini diadakan pada 18 Januari 2023 (Rabu) di Dewan Gemilang Ilmu , KPM Beranang pada pukul 2 .00 petang sehingga 4 .30 petang dengan bertemakan Go Green . Majlis ini dihadiri oleh semua pelajar KPM Beranang , Para Pensyarah dan Staf Pentadbiran . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merasmikan penutupan minggu aktiviti serta penyampaian hadiah kepada para pemenang sepanjang minggu aktiviti ini dijalankan . Selain daripada itu , majlis ini dilengkapi lagi dengan persembahan daripada pemenang – pemenang Anugerah Juara Nyanyian KPMB yang diadakan pada malam16 Januari 2023 (isnin ) . Selain daripada menyampaikan hadiah dan persembahan , minggu aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar . Disediakan oleh : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) MINGGU AKTIVITI 22


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 18 Januari 2023 Lokasi : Hadapan Ladang Agro 2 Anjuran : DLH Associates Disediakan oleh : Muhammad Syameil Ezwan Al Jad bin Shahrul Azmie Aktiviti dijalankan selama 3 jam . Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan di mana satu kumpulan terdiri daripada 8 orang dan seorang juri . Setiap kumpulan perlu bermain 4 permainan secara berkumpulan untuk memenangi acara secara keseluruhan . Di sini kita boleh melihat dan menilai kerjasama antara para pelajar dan sifat kepimpinan mereka sewaktu acara dijalankan . MINGGU AKTIVITI 23


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 18 Januari 2023 Lokasi : Hadapan Ladang Agro 2 Anjuran : DLH Associates Sukaneka ini merupakan anjuran DBS Associates bertujuan untuk memupuk keakraban , semangat kerjasama dan interaksi yang sihat dikalangan pelajar - pelajar DBS setiap semester . Antara aktiviti -aktiviti yang akan dijalankan ialah boling padang , isi air dalam botol , tarik bola menggunakan gelung dan cari gula -gula dalam tepung . Disediakan oleh : Anis Batrisyia binti Abdul Aziz MINGGU AKTIVITI 24


SLIDESMANIA.COM Tarikh : 27 Januari 2023 Lokasi : Surau An-Nur Anjuran : Perdiqma Program dimulakan dengan kata- kata pendahuluan daripada Ketua Biro Makanan yang bertugas dalam melancarkan program Ijtima Jumaat. Pengacara program menerangkan tentang peraturan aktiviti dan pelajar diminta untuk membentuk bulatan. Pelajar dipilih menjawab soalan tentang Islam mengikut nombor yang dipilih. Pelajar yang berjaya menjawab soalan diberi hadiah saguhati. Program ditutup dengan kata- kata penghargaan daripada Ketua Biro Makanan dan bacaan tasbih Kifarah serta surah Al-Asr. Disediakan oleh : Nur Dhamirah Aisyah binti Arman Shah IJTIMA' JUMAAT 25


SLIDESMANIA.COM TERIMA KASIH Unit Komunikasi & Korporat (UKK) [email protected] Januari 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03 -87668935/36 No. Faks : 03 -87668940. Editor : Mohd Khidir bin Omar


Click to View FlipBook Version