JUN 2023 KPMB E-BULETIN
UNIT KOMUNIKASI & KPMB KORPORAT (UKK) 2023
SENARAI PROGRAM IJTIMA' JUMAAT PROGRAM MINI AGRI-EXPO DI FAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NATIONAL INTER-VARSITY ACCOUNTING QUIZ (N-IVAQ) MAJLIS PERSARAAN & PERPISAHAN PUAN NORIZAN BINTI JAMSUS, PUAN ROHAIDA BINTI HARUN & DR. ANIDA BINTI ISMAIL DAN PUAN ROZIE EZRINA BINTI SHUHIMI USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 LAWATAN PERUNDING DARI UPUM BAGI KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM PENGAJIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA PROGRAM “PLANT TREES PLANT HOPE” BENGKEL “INTERNATIONAL ENGLISH LANGUAGE TESTING SYSTEM (IELTS)” PROGRAM TAUTAN KASIH RUMAH BAKTI NUR AIN SEMINAR PENGGUNA BIJAK MEDIA SOSIAL HOMELESS CARE ICAEW MALAYSIA EXCELLENCE AWARD . PROGRAM HI-TEA DLH ASSOCIATE IJTIMA' JUMAAT (PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA) FAREWELL DINNER - DIPLOMA IN ACCOUNTING SEMESTER 6 "MINI KARNIVAL IPMA@ JELAJAH PENDIDIKAN LUAR BANDAR MARA NEGERI SEMBILAN“ TAZKIRAH RINGKAS SELEPAS MAGHRIB PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USRAH UMUM PELAJAR SEMESTER 1 BACAAN YASIN & PERKONGSIAN ILMU BERSAMA USTAZ WAN MUKHTAR MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KPM BERANANG BERHAD KURSUS PENYEMBELIHAN SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL LAWATAN ILMIAH KE KEBUN KOMUNITI PUTRAJAYA
01Maklumat Program Tarikh > 2 Jun 2023 Lokasi > Surau An-Nur, KPMB Anjuran > Perdiqma Dilaporkan oleh : Setiusaha PERDIQMA Program Ijtima' Jumaat dimulakan dengan bacaan Al-fatihah dan sedikit kata-kata aluan daripada pengerusi majlis. Tayangan video dakwah yang berunsur kelakar dan nasihat seperti "Bawa Sijil Kau Jumpa Malaikat" dan "Awal bulan vs hujung bulan" ditayangkan kepada semua pelajar yang hadir. Seterusnya, program diteruskan dengan permainan bola beracun dimana pelajar terakhir yang memegang bola perlu memberi pengajaran ke atas video-video yang telah ditayangkan. Akhir sekali, program tamat dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr serta ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir oleh pengerusi majlis. IJTIMA JUMAAT PERDIQMA
02 Maklumat Program Tarikh > 3 Jun 2023 Lokasi > Fakulti Pertanian, UPM Anjuran > Fakulti Pertanian, UPM Program bermula dengan kata-kata aluan dari Pengarah Program dan Perasmian Program iaitu Timbalan Dekan Fakulti Pertanian pada pukul 8.00 pagi. Selepas itu di teruskan dengan Bicara Santai : Urban Farming : Trend atau Keperluan? oleh dua ahli panel yang berpengethuan luas dalam bidang pertanian. Selepas bicara santai, pelajar dapat melihat pameran Inovasi Pertanian Bandar, Hidroponik, Akuaponik, Microgreen, Baja Serangga dan 'Booth' Jualan yang disediakan oleh pihak UPM. Dilaporkan oleh : Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan DLH ASSOCIATES PROGRAM MINI AGRI-EXPO DI FAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
03Maklumat Program Tarikh > 3 Jun 2023 Lokasi > Atas talian Anjuran > Multimedia Uni. Melaka. Dilaporkan oleh : Jabatan Perakaunan PERAKAUNAN Seramai 8 pelajar dari program Diploma in Accounting menyertai kuiz ini: Team 1: 1. Afiq Hisyam Lokman Zakey 2. Muhammad Hasbi Hamizan Shanusi 3. Muhammad Rafi’uddin Rozman 4. Amir Hadi Norazli Team 2 1. Aidil Zafri Tajudin 2. Amirul Asraff Roslan 3. Muhammad Fitri Fuad 4. Siti Nur Afiqah Ayuni Shaharin Tahniah atas penyertaan ini. NATIONAL INTERVARSITY ACCOUNTING QUIZ (N-IVAQ)
04 Maklumat Program Tarikh > 7 Jun 2023 Lokasi > Dewan Gemilang Ilmu Anjuran > Kelab Mesra Selamat bersara kepada Puan Norizan, Puan Rohaida dan Dr. Anida. Puan Rohaida dan Dr. Anida tidak dapat menghadiri majlis ini di saat-saat akhir disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Justeru itu, warga kolej ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih sepanjang perkhidmatan di dalam MARA khususnya di KPM Beranang. We hope all of you will enjoy every minute of this next phase and full of health and happiness. Happy retirement !!! Goodbye tension. hellooooo pension . Salam perpisahan juga buat Puan Rozie Ezrina. Semoga penghijrahan ini adalah suatu yang lebih baik buat puan. Terima kasih atas segala curahan usaha dan tenaga buat anak didik sepanjang berkhidmat di KPM Beranang. Segala kenangan akan disemat dalam ingatan buat rakan sejabatan serta semua warga kpmb. Wherever your path takes you, we wish you success in everything you do. Dilaporkan oleh : Kelab Warga Mesra KELAB WARGA MESRA MAJLIS PERSARAAN & PERPISAHAN PUAN NORIZAN BINTI JAMSUS, PUAN ROHAIDA BINTI HARUN & DR. ANIDA BINTI ISMAIL DAN PUAN ROZIE EZRINA BINTI SHUHIMI
05Maklumat Program Tarikh > 7 Jun 2023 Lokasi > Surau An-Nur, KPMB Anjuran > Perdiqma Majlis dijalankan oleh naqib dan naqibah mengikut kumpulan seusai solat Maghrib berjemaah. Naqib dan naqibah memberi penjelasan tentang tajuk usrah iaitu Islam sebagai Ad-Din. Pelajar diberi ruang masa untuk memberi pendapat mereka masingmasing tentang tajuk tersebut dan dibenarkan untuk melayari internet. Naqib dan naqibah masing-masing memberi pengajaran dan kesimpulan selepas tamat sesi latihan dalam berkumpulan. Naqib dan naqibah tangguh majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-asr. Pelajar boleh bersurai ke kamsis masing-masing atau solat berjemaah Isya' di surau. USRAH BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 PERDIQMA Dilaporkan oleh : Setiusaha PERDIQMA
06 Maklumat Program Tarikh > 8 Jun 2023 Lokasi > Pejabat Pentadbiran Anjuran > Unit Hal Ehwal Akademik Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membuat penambahbaikan program pengajian yang ditawarkan oleh BPT MARA. Selain dari itu, lawatan ini juga bertujuan untuk penambahbaikan ekosistem pengajian BPT MARA sedia ada dalam pembangunan program pengajian. Lawatan ini telah dihadiri oleh 4orang perunding dari Unit Perunding Universiti Malaya (UPUM) untuk membuat semakan dokumendokumen berkaitan MQA, data pelajar, data staff, dan fasiliti-fasiliti kolej. Terdapat sesi temubual dijalankan bersama beberapa orang wakil pensyarah, pelajar, alumni dan ibu bapa. Hasil kajian akan digunakan untuk membantu pihak BPT MARA dalam melakasanakan Roadmap Program Pengajian BPT MARA bagi tempoh 10 tahun yang komprehensif dan holistic. Dilaporkan oleh : Unit Hal Ehwal Akademik UNIT HEA LAWATAN PERUNDING DARI UPUM BAGI KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM PENGAJIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA
07Maklumat Program Tarikh > 10 Jun 2023 Lokasi > Pantai Kelanang. Anjuran > DLH Associates & Unit Teknologi Hijau Program "Plant Trees Plant Hope" ini telah diadakan pada 10 Jun 2023. Program ini adalah anjuran pelajar Kelab Landskap dan Hortikultur dengan Unit Teknologi Hijau yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Kelab Landskap dan Hortikultur untuk mempelajari dan mengaplikasikan kaedah pemilihan dan penanaman anak pokok karas. Pelajar berkumpul di hadapan dewan KPM Beranang dan seterusnya bergerak ke PD Forest pada jam 7.00 pagi dengan menaiki bas. Setibanya di PD Forest Pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, iaitu Encik Nuazri Bin Sidek serta Pengurus PD Forest iaitu Puan Nur Izianti Binti Ishak memberi sedikit penerangan kepada semua pelajar berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan di Sungai Menyala Port Dickson. Semua peserta yang terlibat di dalam program ini dikehendaki menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana lokasi penanaman terletak di dalam Kawasan hutan simpan Negeri Sembilan. Encik Nuazri Bin Sidek telah memberi taklimat cara-cara penanaman pokok karas/gaharu dan menerangkan akan kepentingan kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh Malaysia. Dilaporkan oleh : WAN INTAN SAADAH BINTI WAN ROSDI ASSOCIATES DLH PROGRAM "PLANT TREES PLANT HOPE
08 Maklumat Program Tarikh > 10 Jun 2023 Lokasi > Lecture Theatre 2 Anjuran > Unit Latihan Industri & Unit Kaunseling. Bengkel “International English Language Testing System (IELTS)” diadakan bagi calon-calon yang layak untuk mendapat tawaran IPMA EXCELLENCE STUDENTS PROGRAMME (IESP) dan mereka akan terlibat dengan pendedahan dan tips serta cara untuk menjawab soalan IELTS yang telah disediakan oleh pihak penceramah iaitu Dr Janice daripada British Council. Program ini juga kolaborasi bersama agensi iaitu AUG Student Services. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu dan memberi panduan kepada para calon IESP agar mereka dapat menjawab peperiksaan IELTS dengan cemerlang Dilaporkan oleh : Unit Latihan Industri UNIT BENGKEL “INTERNATIONAL ENGLISH LANGUAGE TESTING SYSTEM (IELTS)” LATIHAN INDUSTRI KAUNSELING
09Maklumat Program Tarikh > 10 Jun 2023 Lokasi > Rumah Bakti Nur Ain Bangi. Anjuran > Pelajar DIA Sem 5A Program Tautan Kasih Rumah Bakti Nur Ain disertai oleh 14 orang pelajar Diploma In Accounting 5A. Program ini bertujuan untuk mewujudkan rasa cinta dan sayang terhadap golongan kanak-kanak. Program ini juga dilaksanakan untuk memenuhi keperluan subjek Kemahiran Dan Tanggungjawab Sosial (MPU 2482) Para pelajar dapat mengenali keperluan pendidikan dan kehendak anak-anak yatim serta dapat belajar memahami perasaan mereka. PROGRAM TAUTAN KASIH RUMAH BAKTI NUR AIN Dilaporkan oleh : AYU KAMELIA BINTI JAMIN NORDIN PERAKAUNAN
10 Maklumat Program Tarikh > 10 Jun 2023 Lokasi > Surau Mukhlisin, TPS2. Anjuran > Perdiqma. Para peserta seminar tiba di surau pada jam 8 pagi dan mendaftar diri masing-masing di kaunter pendaftaran. Makanan untuk sarapan pagi disediakan oleh pihak surau dan diberi kepada semua peserta. Bagi sesi pertama seminar telah bermula pada jam 8.30 pagi setelah ucapan perasmian dilakukan. Selepas itu, semua peserta serta penceramah berehat sambil 'Tea Break'. Seminar diteruskan dengan sesi kedua pada jam 10.30 pagi. Akhir sekali, program seminar ini tamat dan para peserta diberi makanan tengahari serta pulang ke kolej. PERDIQMA Dilaporkan oleh : Setiausaha PERDIQMA SEMINAR PENGGUNA BIJAK MEDIA SOSIAL
11 Maklumat Program Tarikh > 15 Jun 2023 Lokasi > Pusat Gelandangan Medan Tunku, K.Lumpur. Anjuran > Pelajar DIA 5B PERAKAUNAN Program Khidmat Masyarakat diberi nama “Homeless Care” program ini telah dijalankan oleh pelajar Diploma in Accounting (DIA), Semester 5B iaitu seramai 22 orang pelajar bersama seorang penasihat iaitu Puan Nurazalina Suriani Binti Zulkifly. Selain itu, program ini telah dijalankan dengan jayanya berhasil dari kolabrasi bersama – sama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu “The Hope Branch”. Program “Homeless Care” ini telah dijalan di Kawasan Medan Tunku, Kuala Lumpur. Aktiviti yang telah dijalankan di sana ialah mengedarkan pek keperluan asas seperti gula, beras, berus gigi dan sebagainya kepada para gelangdangan di kawasan tersebut. Tujuan utama program khidmat masyarakat ini adalah ingin membantu dan meringankan beban kepada para gelandangan di Kawasan Medan Tuaku, Kuala Lumpur. Hasil daripada agihan tersebut sebanyak 200 pek habis diberikan kepada para gelandangan di Kawasan tersebut. Tidak lupa juga “The Hope Branch” juga telah menyediakan makanan tengahari kepada para gelandangan disana.Tugasan kami habis dilaksanakan pada pukul 2 petang. Dilaporkan oleh : SITI NUR AFIQAH AYUNI BINTI SHAHARIN HOMELESS CARE Akhir Sekali, Kami juga amat berbesar hati dapat berkolabrasi bersama – sama mereka kerana sedikit sebanyak dapat memupuk sikap prihatin kepada mereka yang kurang kemampuan. Di samping itu juga, hasil daripada Program Khidmat Masyarakat ini dapat membuka minda semua agar terus membantu masyarkat di luar sana dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.
12 Maklumat Program Tarikh > 16 Jun 2023 Lokasi > Hilton Hotel K.Lumpur Anjuran > Jabatan Perakaunan. PERAKAUNAN ICAEW Malaysia Celebrating Excellence Hilton Hotel Kuala Lumpur 16 June 2023 ICAEW Malaysia CFAB Awards 2022 - KPM Beranang Adam Daniel Haikal Bin Mohd Syahizul Nuhairy CFAB - cohort 2021/2022 Highest average marks for all 6 CFAB subjects Currently at Sunway TES to complete 4 more ICAEW professional papers. Congratulations!! Dilaporkan oleh : Jabatan Perakaunan. ICAEW MALAYSIA EXCELLENCE AWARD
13 Maklumat Program Tarikh > 16 Jun 2023 Lokasi > Surau An-Nur KPMB Anjuran > Perdiqma Majlis dikendalikan oleh Saudari Yeny dan bacaandoa dipimpin oleh Saudari Mimi. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Datin Matron Zainab Bt Abdullah berkaitan pengesanan awal kanser payudara. Beliau menerangkan dan menunjukkan kepada warga KPM Beranang mengenai tanda-tanda kanser payudara. Sebagai penutup majlis, pihak KPM Beranang yang diwakili oleh Ustazah Idayu memberi sijil penghargaan dan cenderahati kepada pihak Breast Cancer Welfare Association. Sebelum majlis bersurai, para pelajar dan pensyarah diberi peluang untuk memegang dan membuat ilustrasi pada "breast mock up" yang disediakan oleh pihak BCWA. PERDIQMA Dilaporkan oleh : SITI MARDIANA BINTI MARBAWI IJTIMA' JUMAAT (PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA)
14 Maklumat Program Tarikh > 17 Jun 2023 Lokasi > Pantai Kelanang. Anjuran > Pelajar DLH Sem 6. DLH MARI MEMULIHARA PANTAI Program ini didapat dilaksanakan dengan sempurna dan seperti yang dirancang. Kesemua pelajar menunjukkan minat dan memberi sepenuhnya tenaga dan usaha dalam menjayakan program ini. Antara objektif program ini adalah: Projek ini bertujuan untuk membantu pemuliharaan kawasan persisiran pantai Membantu komuniti setempat memelihara persekitaran yang bersih dan sihat Menyemai semangat kerjasama bergotong royang Dilaporkan oleh : AZATUL AZWA BINTI ABDUL RAHMAN
15 Maklumat Program Tarikh > 17 Jun 2023 Lokasi > Kota Seriemas Golf & Country Club Nilai Anjuran > Accounting Associate Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada semua pelajar bagi mengenal rakan untuk mengeratkan silaturrahim serta sebagai platform bagi mencungkil bakat dan meluaskan hubungan sosial antara mereka. Majlis Makan Malam ini juga dapat menjadikan semua pelajar gembira dan dapat mencipta sejarah bersama rakan-rakan sebelum menamatkan pengajian mereka. Pelbagai persembahan menarik diadakan sepanjang majlis berlangsung bagi memeriahkan aktiviti majlis. FAREWELL DINNER DIPLOMA IN ACCOUNTING Dilaporkan oleh : YASMIN SAFFIYAH BINTI MOHD ARSHAD PERAKAUNAN
16 Maklumat Program Tarikh > 20 Jun 2023 Lokasi > Surau An-Nur, KPMB. Anjuran > Perdiqma TAZKIRAH RINGKAS SELEPAS MAGHRIB Majlis tazkirah ringkas bermula selepas solat maghrib secara berjemaah di surau. Ustaz Wan Muzakir selaku penceramah tiba dan membuka majlis dengan salam dan doa. Tazkirah ringkas bertajuk Ancaman kepada Golongan yang Zalim" disampaikan oleh Ustaz Wan Muzakir. Tazkirah berlangsung selama 30 minit dan selepas itu, semua pelajar bersama-sama mengalunkan zikir dan selawat yang diketuai oleh penceramah sendiri. Majlis tamat dan semua bersiap-siap untuk menunaikan solat Isya' secara berjemaah di surau. Dilaporkan ZETTY IZATY oleh BINTI : SHARIF PERDIQMA
17 Maklumat Program Tarikh > 21 Jun 2023 Lokasi > Dewan Gemilang Ilmu Anjuran > Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK) Pilhanraya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 23/24 telah dijalankankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Kolej diketuai oleh diketuai oleh Siti Noraliza Binti Abdul Rachman atas nasihat Puan Norhazwani. Proses pilihanraya MPP KPMB telah bermula pada 29 Mei 2023 iaitu, hari SPRK kolej dilantik, dan tamat pada 21 Jun 2023 iaitu pada hari mengundi, selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Proses pilihanraya termasuklah Hari Penamaan Calon, sesi temuduga calon MPP, pembentangan Manifesto, Kempen Calon Pilihanraya, Hari Mengundi. Pelajar perlu mengundi secara umum, bermaksud undian pengundi adalah merentasi 4 kos. Seorang pengundi perlu memangkah 14 orang calon MPP yang dirasakan sesuai untuk menjadi pemimpin mereka. Daripada jumlah 915 undian, terdapat sebanyak 350 undi yang ditolak. Bilangan undi yang ditolak mengikut kos adalah seperti butiran di bawah: • DCS - 109 undi • DBS -106 undi • DIA- 114 undi • DLH -115 undi PILIHANRAYA KOLEJ Dilaporkan oleh : SITI NORALIZA BINTI ABDUL RACHMAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA KOLEJ
18 Maklumat Program Tarikh > 21 Jun 2023 Lokasi > Surau An-Nur, KPMB. Anjuran > Perdiqma USRAH UMUM PELAJAR SEMESTER 1 Program usrah kali ini dilaksanakan secara umum dimana semua pelajar semester satu berkumpul bersamasama tanpa mengikut kumpulan usrah masing-masing seperti sebelum ini. Usrah dimulakan dengan bacaan Alfatihah dan ucapan pendahuluan oleh Ketua Biro Usrah iaitu Muhamad Amirul Afif. Program diserahkan pula kepada Presiden PERDIQMA, Wan Ahmad Aqil untuk menyampaikan usrah yang berkaitan hari raya Aidiladha. Selepas itu, semua pelajar bermain satu aktiviti iaitu menjawab Quizizz dimana mereka perlu menjawab soalan-soalan berkenaan dengan tajuk usrah kali ini. Pemenang tempat pertama hingga ketiga diberi hadiah. Akhir sekali, program usrah tamat dan pelajar solat Isya' berjemaah di surau. Dilaporkan oleh : ZETTY IZATY BINTI SHARIF PERDIQMA
19 Maklumat Program Tarikh > 21 Jun 2023 Lokasi > Surau An-Nur, KPMB. Anjuran > Unit Kerohanian. Menunggu ketibaan semua pelajar dan warga kerja KPM Beranang serta Ustaz Wan Mukhtar. Majlis dimulakan oleh pengerusi majlis dan diteruskan dengan perkongsian ilmu oleh Ustaz Wan Mukhtar. Akhir sekali, majlis ditamatkan dan semua yang hadir boleh bersurai. Impak: Ilmu korban dapat diterapkan dalam diri seseorang apabila menghadapi situasi yang sebenar. Memberi kesedaran tentang amalan terbaik yang boleh dilakukan pada bulan yang mulia ini. Dapat menerapkan amalan terbaik yang boleh dilakukan sebagai seorang muslim untuk mengejar pahala di bulan Zulhijjah. BACAAN YASIN & PERKONGSIAN ILMU BERSAMA USTAZ WAN MUKHTAR Dilaporkan oleh : SITI MARDIANA BINTI MARBAWI UNIT KEROHANIAN
20 Maklumat Program Tarikh > 23 Jun 2023 Lokasi > Dewan Gemilang Ilmu. Anjuran > Unit Peperiksaan & Pensijilan MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA) Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej 2023 (MAKA) telah diadakan dengan jayanya pada 23 Jun 2023. Program ini dianjurkan oleh Unit Peperiksaan dan Persijilan Kolej Profesional MARA Beranang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Anugerah ini diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang pelajar serta untuk menyuntik semangat mereka untuk terus berjuang mecapai kecemerlangan dari semasa ke semasa. Semua ahli jawatankuasa UPP telah ditugaskan untuk mengetuai majlis anugerah ini yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Tuan Haji Abdul Manab bin Abdul Majid Seramai 566 orang penerima anugerah cemerlang yang melibatkan 5 anugerah iaitu: College Outstanding PerformanceAward (COPA) Summa Cum Laude Award The Most Outstanding Student Award (by Program) The Wow! Award Director’s Award of Excellence Dilaporkan oleh : MOHD HAZIZI BIN ABU BAKAR UNIT PEPERIKSAAN & PENSIJILAN
21 Maklumat Program Tarikh > 23 Jun 2023 Lokasi > Dewan Gemilang Ilmu. Anjuran > Koperasi KPMB BERHAD. Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi telah dirancang untuk melengkapkan syarat Koperasi KPMB disamping melaporkan Aktiviti dan Penyata Kewangan. Dengan kerjasama anggota koperasi, mesyuarat kali ini dapat dirancang dan direalisasikan pelaksanaan seperti yang ditetapkan secara bersemuka di Dewan dan dalam talian. Seramai 936 pelajar dan kakitangan telah menghadiri mesyuarat kali ini dan telah cukup kuota kehadiran iaitu 3/4 dari jumlah keseluruhan ahli koperasi. Semua pelajar yang menghjadiri secara bersemuka telah diberikan Cadbury sebagai doorgift dari koperasi. Kepada semua ahli yang hadir, tidak kira secara bersemuka atau dalam talian, akan diberikan voucer kehadiran berupa voucher pembelian barangan dari Easy Go. Pengerusi Koperasi turut mengucapkan tahniah kepada ALK di atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan selama ini dan pada masa akan datang serta menghadapi segala cabaran dengan hati yang terbuka. Majlis telah berjalan dengan lancar yang bermula dari pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG BERHAD KALI KE 11 Dilaporkan oleh : SYUHADA KHALIDI KOPERASI KPMB
22 Maklumat Program Tarikh > 24 Jun 2023 Lokasi > Surau Mukhlisin TPS2 Anjuran > Ajk Surau Mukhlisin. KURSUS PENYEMBELIHAN SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL Para pelajar yang menyertai program kursus penyembelihan mula bertolak ke Surau Mukhlisin pada jam 7.45 pagi bagi sesi pendaftran. Program bermula dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis dan doa. Program diteruskan dengan sesi teori sembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Fatah bin Yusof. Para peserta dijamukan dengan makanan sementara program berhenti berehat pada jam 10.30 pagi. Setelah itu, program diteruskan dengan sesi praktikal sembelihan pula, peserta perlu menyembelih sendiri ayam yang telah disediakan dan terdapat juga peserta yang menyembelih kambing. Akhir sekali, sesi penyerahan sijil serta saguhati diberi dan program tamat. Dilaporkan oleh : ZETTY IZATY BINTI SHARIF AJK SURAU MUKHLISIN TAMAN PELANGI SEMENYIH 2
23 Maklumat Program Tarikh > 26 Jun 2023 Lokasi > Putrajaya Anjuran > Penyelaras subjek HTR2553. Pelajar dan pengiring tiba di Kompleks pentadbiran Putrajaya pada jam 10 pagi. Satu sesi taklimat ringkas diberikan oleh Penolong pengarah Unit Kebun Bandar Putrajaya berkenaan projek-projek kebun bandar di bawah pemantauan perbadanan putrajaya. Menurut beliau, terdapat kira-kira 15 kebun bandar yang telah dibangunkan di atas tanah-tanah kosong yang terdapat dalam putrajaya. Antara lokasi yang telahdibangunkan kebun bandar adalah kawasan tanah kosong di antara bangunanbangunan kediaman, di bawah pencawang elektrik, dan sebagainya. Setiap kebun bandar ini mempunyai 10 orang ahli yang terdiri daripada peserta yang berkhidmat di putrajaya atau tinggal di putrajaya. Antara bantuan yang diberikan kepada peserta ialah bantuan dari segi kewangan untuk membeli kemudahan fasiliti seperti rumah lindungan, baja, perkakas berkebun dan sebagainya. Pelajar-pelajar melihat sendiri keadaan di dua tapak kebun bandar iaitu di kebun kemuniti (KK) 2 dan 4. Satu sesi perkongsian yang amat bermanfaat daripada ketua kebun tersebut kepada pelajar. Antaranya matlamat utama kebun bandar, bagaimana kebun bandar boleh menjana kewangan pada masa yang sama boleh menyumbang kepada bekalan makanan mentah yang lebih sihat. Antara tanaman yang ditanam di KK ialah terung, rock melon, limau kasturi, peria, betik dan sebagainya.hm LAWATAN ILMIAH KE KEBUN KOMUNITI PUTRAJAYA Dilaporkan oleh : PENYELARAS SUBJEK HTR2553 KURSUS HTR2553
UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT (UKK) [email protected] Jun 2023 Kolej Profesional MARA Beranang Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban 43700 Beranang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : 03-87668935/36 No. Faks : 03-87668940 Editor Shahrizal bin Hanapi Mohd Khidir bin Omar Imbas kod QR