The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidanazifa07, 2021-10-28 00:22:08

laporan kajian kes tingkatan 2

laporan kajian kes tingkatan 2

MRSM TUN DR ISMAIL, PONTIAN
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021

NAMA :NUR FARHANA BINTI ASRAN

KAD PENGENALAN :070621-01-1380

TINGKATAN :2

PENYATAAN MASALAH :

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil krja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan gambar rajah yang
dinyatakan sumbernya.

PERAKUAN GURU : PERAKUAN TPKA :

TANDATANGAN :…………………………………………. TANDATANGAN : …………………………………….
TARIKH : / / 2021 TARIKH : …………………………………….

TEMA 5.2: WARISAN KERAJAAN ALAM MELAYU

Adat pertabalan raja di negara kita adalah warisan daripada kerajaan
Alam Melayu yang wujud sebelum Kesultanan Melayu Melaka.
Wajarkah adat pertabalan raja-raja Melayu ini terus dipertahankan?

CADANGAN BENTUK PENULISAN KAJIAN KES

i. Penghargaan [5 markah]
ii. Objektif kajian [5 markah]
iii. Kaedah Kajian [5 markah]
iv. Sumber kajian [5 markah]

Tajuk Tugasan : ………………………………………………………… [2 markah]

Pengenalan

1. Jelaskan maksud adat istiadat Diraja.

2. Senaraikan adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini.

[5 markah]

Perkembangan idea

1. Huraikan faktor berlakunya pertabalan seseorang raja [10 markah]

2. Jelaskan kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan

[25 markah]

3. Kesan peristiwa pertabalan tersebut kepada diri, mayarakat dan negara.

[10 markah]

4. Sebab adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan. [10 markah]

5. Langkah dan cabaran untuk mempertahan institusi raja. [10 markah]

Kesimpulan

1. Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian.

2. Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian.

3. Harapan daripada peristiwa pertabalan untuk masa depan negara.

[ 5 markah]

Rujukan [3 markah]

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya lengkapkan laporan kajian kes bagi
subjek Sejarah tingkatan 2. Laporan kajian kes ini bertajuk Warisan Adat Pertabalan Kesultanan Kerajaan Alam Melayu, di
mana zaman tercoretnya kegemilangan dan kemasyhuran masyarakat Melayu dahulukala. Sebelum itu, sekalung
penghargaan dihulurkan kepada Puan Rashiah binti Mustapha, penyelaras subjek Sejarah bagi tingkatan 2. Tidak lupa juga,
guru mata pelajaran Sejarah, Encik Fauzi bin Mahmud yang banyak membimbing saya dalam proses menyiapkan tugasan
mengikut arahan dan had masa yang ditetapkan. Setinggi – tinggi penghargaan buat kedua ibu bapa saya yang selalu
membimbing, memberikan semangat dan motivasi untuk menyempurnakan kajian ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
seluruh ahli keluarga saya yang lain yang turut sama membantu . Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan – rakan yang
sudi menghulurkan bantuan apabila terdapat sebarang kesalahan dalam kajian yang dilakukan.

Saya berharap segala maklumat yang terdapat dalam folio ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Semoga kajian ini
menambah ilmu serta dapat membantu para pembaca. Akhir sekali, kita perlu berbangga dengan kegemilangan dan
kemasyhuran kerajaan .Kita haruslah mengambil iktibar terhadap sejarah yang berlaku dan mencontohi tokoh – tokoh
negarawan yang banyak berjasa terhadap institusi kerajaan.

ii. Objektif Kajian

Objektif kajian penting untuk mengenal pasti tujuan dan objektif kajian ini dilaksanakan. Objektif menjadi satu garis panduan
yang jelas terhadap perkara-perkara penting dalam sesuatu kajian. Berikut merupakan antara objektif kajian dilaksanakan:-

a) Membahaskan tentang warisan adat pertabalan raja – raja Melayu
b) Menjelaskan secara terperinci mengenai pengertian adat dan istiadat
c) Membincangkan secara jelas tentang tujuan adat istiadat dilaksanakan
d) Memberikan penekanan terhadap faktor pertabalan seorang raja
e) Melihat dari sudut perspektif akan kesan istiadat pertabalan terhadap semua pihak
f) Mempertahankan warisan dan peninggalan kerajaan Alam Melayu
g) Mencadangkan inisiatif untuk mempertahankan adat istiadat kerajaan Alam Melayu

iii. Kaedah Kajian

Dalam proses menyiapkan kajian bertajuk Warisan Adat Pertabalan Kesultanan Kerajaan Alam Melayu ini, saya telah merujuk
melalui pelbagai sumber. Antara sumber yang paling banyak digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk kajian ini adalah
melalui Internet. Terdapat banyak info – info penting yang boleh dijadikan bahan maklumat dan rujukan bagi menghasilkan
folio kajian yang menarik, lengkap dan sempurna.

Kaedah seterusnya adalah melalui orang sumber. Antara mereka yang menyumbangkan pendapat ialah Puan Zaleha binti
Md Saad, guru mata pelajaran Sejarah, Puan dan Encik Noor Azlan bin Om Sultan. Orang – orang sumber berikut telah
menyatakan pendapat mereka mengenai adat pertabalan raja – raja Melayu yang patut dipertahankan.

Saya juga mengumpulkan maklumat melalui keratan – keratan akhbar dan berita – berita yang terdapat di atas talian
untuk dijadikan bahan penulisan. Antaranya termasuklah, Berita Harian, Harian Metro dan Astro Awani.

iv. Laporan Kajian
Warisan Adat Pertabalan Kesultanan Kerajaan Alam Melayu

Adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu
masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Istiadat pula membawa maksud
upacara tertentu atau cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi adat kebiasaan, atau resam. Pengertian
istiadat ini mempunyai kaitan dengan adat. HarunDaud, 1989 berpendapat istiadat ini meliputi aturan negeri
dan peraturan dam sesuatu upacara. Jadi apabila kita menyebut adat istiadat, maka ia membawa maksud
aturan Dan perbuatan yang telah lazim dilakukan sejak sekian lama.Adat istiadat juga merupakan indentiti dan
keunikan warisan Kesultanan Melayu .Antara istiadat in termasuklah adat keputeraan,adat
perkahwinan,istiadat pertabalan,istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan istiadat pemakaman.

Adat Keputeraan

Adat ini melibatkan upacara:

- Melenggang perut ketika kandungan berusia tujuh bulan untuk membetulkan kedudukan bayi di dalam
perut ibu bagi memudahkan proses kelahiran.

- Bayi diperdegarkan Azan sebaik sahaja dilahirkan
- Bercukur,apabila putera atau puteri berusia tujuh hari.
- Berendoi,iaitu meletakkan bayi di dalam buaian dan diperdegarkan alunan marhaban.

Adat Perkahwinan

Majlis perkahwinan diraja melalui proses adat istiadat yang tersusun meliputi:

- Merisik
- Meminang
- Bertunang
- Berinai besar(malam sebelum majlis perkahwinan)
- Khatam al-Quran
- Pernikahan
- Persandingan dan bertepung tawar.
- Santap beradab
- Bersiaran dia atas panca persada.

Istiadat Pemakaman

Istiadat ini meliputi:

- Tempoh berkabung bergantung pada pihak istana.
- Pihak istiadat memberikan sedekah kepada rakyat dalam tempoh perkabungan.
- Usungan disedaikan untuk mengangkat jenazah ke tempat perkauman dikenali sebagai Seraja Diraja.
- Setelah jenazah dimakamkan,nobat tidak akan dimainkan untuk tempoh tertentu.

Adat istiadat yang diamalkan oleh Kesultanan Pahang,Perak,Terengganu dan Selangor merupakan warisan
yang disesuaikan daripada Kesultanan Melayu Melaka.Keuniakan adat ini menjadi lambang kedudukan yang
istimewa golongan diraja dan institusi Kesultanan Melayu.Adat istiadat ini juga merupakan warisan budaya
Melayu yang sangat bernilai dan wajar dipelihara.

Faktor berlakunya pertabalan seseorang raja

Sebuah negera perlu memiliki seorang pemimpin yang bertauliah,bijaksana dan mampu menyelesaikan masalah
negara.Pertabalan seorang raja dilakukan untuk memilih pemimpin yang layak untuk memimpin nnegaraRaja yang
memimpin di Malaysia dinamakan dinamakan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat beberpaa ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin negara iaitu hanya Raja-Raja sahaja yang boleh
dipilih dan hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.Pada kebiasaanya,Raja yang paling kanan dari segi lama tempoh
memerintah akan ddipilihAkan tetapi,peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih
menjadi Yang di-Pertuan Agong.Pusingan ini berakhir selepas Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX.Sslepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun
semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan Negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong
(Yang di-Pertuan Agong pertma hingga ke Sembilan).

Selain itu,terdpat juga ciri Raja yang tidak layak dipilih iaitu Raja yang masih belum dewasa,Raja itu telah memberitahu
Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat untuk dipilih atau majlis Raja-Raja mengambil
ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong
disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya,atau kerana apa-apa sebab lain.Ketetapan ini memerlukan undian sekutang-
kurangnya lima ahli Majlis.

Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta
menandakan pilihannya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang
di-Pertuan Agong. Calon mestilah mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan
menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja
itu gagal memperolehi undi majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja
yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan
Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang
jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengesahkan
keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan
mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-
Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi
selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara,
Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-
saksi.

Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menurut nasihat Jemaah Menteri. Namun
Baginda tidak boleh dipecat dari jawatan oleh Jemaah Menteri mahupun Parlimen. Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis
Raja-Raja sebagaimana telah ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini. Perlembagaan telah

memperuntukan bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di -Pertuan Agong dari jawatan tidak boleh
diluluskan melainkan apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja mengundi menyokongnya.

KRONOLOGI

Pada 29 Disember 2008, istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
pada 27 Disember 2008.

Pada 22 Februari 2009, istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti (Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera
Empat.

Pada 14 April 2009, Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti
Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Pada 22 Oktober 2009, alat-alat kebesaran dipasang di halaman Istana Besar Seri Menanti oleh Pegawai 99 yang diketuai
oleh Datuk Seri Amar Diraja. Antaranya ialah lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris
panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah. Alat-alat kebesaran ini akan
kekal terpasang di halaman Istana Besar Seri Menanti selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan alat-alat kebesaran
dilakukan pada 28 Oktober 2009.

Pada 25 Oktober 2009, istiadat bersiram di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri
Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada. Orang
Empat istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda
berdua sebanyak tujuh kali. Baginda berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan akan diarak kembali ke
Istana Besar Seri Menanti.

Pada 26 Oktober 2009, istiadat pertabalan di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan ke-11 merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun 2009.

Kesan peristiwa pertabalan

Pertabalan atau pengangkatan raja sebagai Yang di-Pertuan Agong merupakan suatu peristiwa penting bagi seluruh rakyat
Malaysia termasuk sang raja atau sultan yang diangkat itu sendiri. Kesan atau nilai yang terkandung pada peristiwa
pertabalan raja dapat dilihat dari segi diri raja sendiri, dari masyrakat maupun negara.

Antara kesan ialah pertabalan raja bagi diri sang raja sendiri adalah sebagai tanda pengukuhan dan peresmian dirinya
sebagai kepala negara. Peristiwa pertabalan yang melalui proses persetujuan atau kesepakatan dari raja-raja negara bagian
yang lain ini memberikan kesan pemberian kehormatan dan menimbulkan kebanggaan bagi sang raja hingga ditabalkan
sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Selain itu,masyarakat Malaysia sangat menjunjung tinggi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai kepala negara. Bagi
masyarakat Malaysia Yang di-Pertuan Agong merupakan sosok kepala negara yang memiliki tanggung jawab yang besar demi
kemajuan negara dankedaulatan rakyatnya. Bagi masyarakat Malaysia seorang raja merupakan pemerintah tertinggi di
negara di mana kedudukannya sangat dimuliakan dan diberikan penghargaan dan kedudukan yang tinggi oleh rakyat. Acara
pertabalan yang masih menjunjung tinggi dan melaksanakan tata cara dan adat istiadat yang ada merupakan suatu cara
untuk mengukuhkan kesetiaan masyarakat Malaysia terhadap sistem yang telah lama diamalkan, yaitu sistem Raja
Berpelembagaan, yaitu sistem yang menunjukkan bagaimana rakyat mengangkat tinggi kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai ketua negara. Yang di-Pertuan Agong juga harus dilihat sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap
perpaduan rakyat, bertanggung jawab terhadap kegemilangan negara dan kedaulatan rakyat.

Akhir sekali,peristiwa pertabalan merupakan suatu peristiwa yang sangat penting bagi negara karena merupakan titik
penting yang menentukan kelangsungan dan kejayaan Malaysia dalam lima tahun mendatang. Pertabalan raja merupakan
suatu awal dari harapan baru bagi negara untuk memperoleh kejayaan dan keberhasilan yang lebih baik dari pada tahun-
tahun sebelumnya. Pertabalan juga merupakan nilai yang sangat penting karena raja merupakan cerminan dari negara
Malaysia itu sendiri.

Faktor Adat Istiadat Diraja perlu dipertahankan

Faktor atau sebab adat serta istiadat diraja ini perlu dipertahankan ialah kerana adat Istiadat ini menunjukkan tradisi kita
sebagai sebuah negara dan cara kita mengangkat institusi diraja sebagai sesuatu yang sangat dekat di hati.Selain itu,adat
Istiadat ini juga mengangkat maruah negara khususnya bagaimana istiadat itu berlangsung dengan penuh tertib dan teratur
dan menunjukkan bahawa kita mempunyai istiadat tersendiri berbanding negara-negara lain sehinggakan beberapa perkara
kecil pun turut dipandang tinggi.Seterusnya,perasaan rakyat terhadap institusi diraja adalah lambang patriotisme kerana ia
merupakan sebahagian daripada ciri-ciri bangsa Malaysia, selain sistem pendidikan yang perlu terus memainkan
peranan.Akhir sekali,rakyat perlu sentiasa menanam perasaan sayang dan mengidolakan institusi diraja sebagai sebuah
institusi yang memelihara keharmonian dan kedaulatan negara serta perpaduan rakyat.

Langkah dan cabaran untuk mempertahan institusi raja

Sikap tekun memajukan diri, berkongsi kekayaan dan membuat penegasan dalam beberapa perkara adakalanya sangat
diperlukan. Walaupun kedudukan Institusi Raja dalam Perlembagaan dan sistem perundangan negara agak menyerlah, kita
tidak boleh mengharapkan apa yang terpahat dalam undang-undang itu tidak terhakis. Ini kerana apa yang disebut mengenai
Perlembagaan ialah, ia undang-undang organik yang boleh diubah serta bergantung dan berpunca kepada tataRajah politik.
Selain daripada itu, sistem monarki dan beperlembagaan tidak patut dijadikan alasan menyekat sumbangan Raja kepada
negara. Melonjakkan kredibiliti sebagai Raja; mendekatkan diri dengan masalah rakyat serta meningkat taraf hidup rakyat
adalah juga boleh ditakrifkan sebagai maksud tersirat dalam Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bukan hanya
merujuk kepada Raja yang bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri semata-mata hatta dalam hal yang begitu jelas
bermotifkan politik.

Raja-Raja Melayu juga telah menjadi benteng penghalang dari memudahkan imperialis British melakukan penjajahan mutlak.
Disamping berperanan menjadi benteng yang memelihara adat dan undang-undang Islam yang digunapakai ketika itu diubah
dan dibuang sepenuhnya oleh penjajah British. British sekadar berupaya memperkenalkan sistem Residen, satu bentuk
penjajahan tidak langsung atau pemerintahan de facto yang masih mengekalkan kedaulatan Raja Melayu. British terpaksa
mengadakan rundingan dengan setiap Sultan dan berjaya melakukan penjajahan secara mencantumkan perjanjian-
perjanjian yang diperoleh secara berasingan.

Berdiplomasi dengan pihak British sehingga Institusi Raja dapat dikekalkan dan agama Islam berjaya dipertahankan
walaupun beberapa negara beraja lain telah hilang sistem beraja bahkan agama yang berada di bawah naungan Raja juga
telah hilang dari ruang perundangan. Contohnya di India, bukan sahaja sistem beraja yang hilang tetapi agama yang begitu
berpengaruh juga telah dikeluarkan dari perundangan sehingga Perlembagaan India yang merdeka mengisytiharkan negara
tersebut sebagai sebuah negara sekular. Sedangkan agama Hindu begitu sebati dengan negara India sebelum penjajahan
Barat sehingga sekarang.

PENUTUP

Berdasarkan kajian yang saya telah lakukan, saya dapati betapa pentingnya adat istiadat dalam pemerintahan negara kita
kerana ia merupakan salah satu peningggalan nenek moyang kita yang amat beharga. Saya dapat meningkatkan daya ingatan
yang lebih baik dan menambah ilmu pengetahuan mengenai keagungan kesultanan kerajaan Melayu. Saya juga menjadi
seorang yang lebih menghargai sumbangan kerajaan alam Melayu dan sentiasa berbangga atas kemasyhuran dan keagungan
pemerintahan kerajaan Melayu. Saya berharap agar generasi akan datang lebih menghargai dan mengekalkan institusi raja
dan warisan kerajaan aam Melayu yang lain supaya “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Sesungguhnya, peninggalan
kerajaan Alam Melayu merupakan aset yang sewajarnya dipelihara, dijaga dan dipertahankan.

Sumber Rujukan
• https://www.istananegara.gov.my/sistem-raja-berpelembagaan/
• http://pelitakaryaagung.blogspot.com/2014/03/pengertian-adat-dan-istiadat.html?m=1
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pertabalan_Yang_di-Pertuan_Besar_Negeri_Sembilan
• https://brainly.co.id/tugas/22356456

Lampiran




Click to View FlipBook Version