MRSM TUN DR ISMAIL, PONTIAN
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021
NAMA : NUR AIDA NAZIFA BINTI NOOR AZLAN
KAD PENGENALAN : 070203010430
TINGKATAN : 2 SHEFFIELD
PENYATAAN MASALAH : Adat pertabalan raja di negara kita adalah warisan daripada kerajaan Alam Melayu yang
wujud sebelum Kesultanan Melayu Melaka. Wajarkah adat pertabalan raja-raja Melayu ini
terus dipertahankan?
DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN
PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan gambar rajah yang
dinyatakan sumbernya.
PERAKUAN GURU : PERAKUAN TPKA :
TANDATANGAN :…………………………………………. TANDATANGAN : …………………………………….
TARIKH : / / 2021 TARIKH : …………………………………….
TEMA 5.2: WARISAN KERAJAAN ALAM MELAYU
Adat pertabalan raja di negara kita adalah warisan daripada kerajaan
Alam Melayu yang wujud sebelum Kesultanan Melayu Melaka.
Wajarkah adat pertabalan raja-raja Melayu ini terus dipertahankan?
CADANGAN BENTUK PENULISAN KAJIAN KES
i. Penghargaan [5 markah]
ii. Objektif kajian [5 markah]
iii. Kaedah Kajian [5 markah]
iv. Sumber kajian [5 markah]
Tajuk Tugasan : WARISAN ADAT PERTABALAN KESULTANAN KERAJAAN ALAM MELAYU [2 markah]
Pengenalan
1. Jelaskan maksud adat istiadat Diraja.
2. Senaraikan adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini.
[5 markah]
Perkembangan idea
1. Huraikan faktor berlakunya pertabalan seseorang raja [10 markah]
2. Jelaskan kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan
[25 markah]
3. Kesan peristiwa pertabalan tersebut kepada diri, mayarakat dan negara.
[10 markah]
4. Sebab adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan. [10 markah]
5. Langkah dan cabaran untuk mempertahan institusi raja. [10 markah]
Kesimpulan
1. Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian.
2. Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian.
3. Harapan daripada peristiwa pertabalan untuk masa depan negara.
[ 5 markah]
Rujukan [3 markah]
i. Penghargaan
بِ ْس ِم َّلهل ِا ال هر ْح َم ِن ال هر ِحيم
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya lengkapkan
laporan kajian kes bagi subjek Sejarah tingkatan 2. Laporan kajian kes ini bertajuk Warisan Adat
Pertabalan Kesultanan Kerajaan Alam Melayu, di mana zaman tercoretnya kegemilangan dan
kemasyhuran masyarakat Melayu dahulukala. Sebelum itu, sekalung penghargaan dihulurkan
kepada Puan Rashiah binti Mustapha, penyelaras subjek Sejarah bagi tingkatan 2. Tidak lupa juga,
guru mata pelajaran Sejarah, Encik Mohd Fauzi bin Mahmud yang banyak membimbing saya dalam
proses menyiapkan tugasan mengikut arahan dan had masa yang ditetapkan. Setinggi – tinggi
penghargaan buat kedua ibu bapa saya yang selalu membimbing, memberikan semangat dan
motivasi untuk menyempurnakan kajian ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli
keluarga saya yang lain yang turut sama membantu memerah otak dan menyumbangkan ilham
sepanjang proses kajian. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih
kepada rakan – rakan yang sudi menghulurkan bantuan dan teguran apabila terdapat sebarang
kesalahan dalam kajian yang dilakukan. Buat semua pihak yang memberikan kerjasama, seperti
orang sumber dan para responden yang menjawab soal selidik, terima kasih tulus ikhlas saya
hamparkan atas kesudian meluangkan masa untuk membantu saya menyiapkan tugasan dengan
lancar.
Diharapkan segala maklumat yang terdapat dalam folio ini dapat menambahkan ilmu dan
membawa manfaat kepada pembaca. Semoga kajian ini sedikit – sebanyak dapat membantu para
pembaca. Akhir sekali, kita seharusnya berbangga dengan kegemilangan dan kemasyhuran kerajaan
Melayu yang pernah dijulang suatu ketika dahulu. Kita wajar mengambil iktibar terhadap sejarah
yang berlaku seterusnya meneladani tokoh – tokoh negarawan yang banyak berjasa terhadap
institusi kerajaan. Bak kata peribahasa Melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih.
ii. Objektif Kajian
Objektif kajian sememangnya penting untuk mengenal pasti tujuan dan objektif kajian ini
dilaksanakan. Hal ini kerana objektik menjadi satu garis panduan yang jelas terhadap perkara-
perkara penting yang akan dikupas dalam sesuatu kajian. Berikut merupakan antara objektif kajian
dilaksanakan:-
a) membahaskan tentang warisan adat pertabalan raja – raja Melayu
b) menjelaskan secara terperinci mengenai pengertian adat dan istiadat
c) membincangkan secara jelas tentang tujuan adat istiadat dilaksanakan
d) memberikan penekanan terhadap faktor pertabalan seorang raja
e) melihat dari sudut perspektif akan kesan istiadat pertabalan terhadap semua pihak
f) mempertahankan warisan dan peninggalan kerajaan Alam Melayu
g) mencadangkan inisiatif untuk mempertahankan adat istiadat kerajaan Alam Melayu
iii. Kaedah Kajian
Dalam proses menyiapkan kajian bertajuk Warisan Adat Pertabalan Kesultanan Kerajaan Alam
Melayu ini, saya telah merujuk melalui pelbagai sumber. Antara sumber yang paling banyak
digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk kajian ini adalah melalui Internet. Terdapat banyak
info – info penting yang boleh dijadikan bahan maklumat dan rujukan bagi menghasilkan folio
kajian yang menarik, lengkap dan sempurna.
Kaedah seterusnya adalah melalui orang sumber. Antara mereka yang menyumbangkan
pendapat ialah Puan Zaleha binti Md Saad, guru mata pelajaran Sejarah, Puan Nabisah dan Encik
Noor Azlan bin Om Sultan. Orang – orang sumber berikut telah menyatakan pendapat mereka
mengenai adat pertabalan raja – raja Melayu yang patut dipertahankan.
Saya juga mengumpulkan maklumat melalui keratan – keratan akhbar dan berita - berita yang
terdapat di atas talian untuk dijadikan bahan penulisan. Antaranya termasuklah, Berita Harian,
Harian Metro dan Astro Awani.
iv. Laporan Kajian
Warisan Adat Pertabalan Kesultanan Kerajaan Alam Melayu
1.0. Maksud Adat Istiadat Diraja
Konteks adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulukala dalam
sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat berasal
daripada perkataan Arab yang bererti kebiasaan. Tetapi dalam konteks masyarakat Melayu,
perkataan adat membawa erti yang lebih luas dan mendalam. Di samping itu, istilah istiadat pula
membawa maksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat
kebiasaan, atau resam. Pengertian istiadat mempunyai kaitan dengan adat. Jadi perkataan adat
istiadat, membawa dua pengertian iaitu berbagai-bagai adat dan upacara termasuk peraturan
pelaksanaannya.
Tambahan pula, konsep ini mempunyai tujuan tersendiri. Antaranya adalah untuk menjamin
keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan keselematan dalam masyarakat. Selain itu, mengawal
tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan juga termasuk dalam salah satu adat istiadat
yang masih diamalkan sehingga kini. Hal ini khususnya untuk menjamin kedudukan raja dan
pemerintah dan membentuk pemerintahan yang adil dan saksama. Jadi, sudah terang lagikan
bersuluh bahawa konteks adat dan istiadat pertabalan memainkan peranan penting dalam menjamin
kemakmuan negara.
2.0. Adat Istiadat Diraja yang Masih Diamalkan Hari ini
Antara adat istiadat diraja Melayu termasuklah Majlis Pemasyhuran, Istiadat Pertablan dan
Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran.
Seorang raja hendaklah memenuhi ciri – ciri yang telah ditetapkan untuk melayakkan diri
menjadi pemerintah. Ciri yang pertama sudah semestinya hanya raja – raja sahaja yang layak dipilih
dan hanya mereka juga yang boleh mengundi. Kebiasaannya, raja yang paling lama tempoh
pemerintahannya akan dipilih. Namun begitu, selepas semua raja dari setiap negeri telah dipilih
menjadi Yang di-Pertuan Agong, peraturan ini tidak lagi sah digunapakai. Pusingan ini berakhir
selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong IX. Kemudian, cara baru diperkenalkan dan satu senarai baru diwujudkan
dan disusun semula untuk digunakan paa masa kini. Senarai tersebut disusun berpandukan kepada
kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama
hingga yang ke sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang diperuntukkan
oleh perlembagaan mengakibatkan seseorang raja itu tidak layak untuk dipilih. Keadaan – keadaan
tersebut termasuklah apabila raja itu belum meningkat dewasa dan masih terlalu muda untuk
memegang tampuk pemerintahan. Seseorang raja juga tidak akan dipilih sekiranya baginda telah
memaklumkan pihak Penyimpan Mohor Besar Raja – Raja bahawa baginda tidak berhasrat untuk
dipilih. Sementara itu, jika Majlis Raja – Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit, bersepakat
dan bersependapat bahawa raja tersebut tidak sesuai untuk menjalankan fungsi dan tanggunggjawab
Yang di-Pertuan Agong akibat kelemahan akal atau keadaan fizikalnya mahupun kelemahan rohani
dan jasmaninya atau sebab – sebab lain, raja tersebut secara automatik tidak layak dipilih apabila
mendapa undian sekurang – kurangnya lima ahli majlis.
Dalam proses pemilihan, terdapat langkah – langkah yang perlu diikuti. Pertama – tama sekali
adalah permohonan perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan. Sekiranya ada kekosongan jawatan
Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah tidak
melewati empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan itu. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dipilih oleh Majlis Raja – Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual
Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan – peraturan Majlis Raja – Raja.
3.0. Faktor Pertabalan Seorang Raja
Menurut sumber yang boleh dipercayai, pemilihan Raja Malaysia dilaksanakan dengan memilih
salah seorang pemerintah daripada sembilan orang raja setelah lima tahun Yang di Pertuan Agong
berkuasa. Kesembilan - kesembilan raja akan bertemu secara formal dalam sebuah majelis yang
dinamakan Majelis Raja-Raja. Yang di Pertuan Agong dipilih berdasarkan tempohnya memerintah
bahagian negeri yang menjadi daerah kekuasaannya. Setelah tercapainya kesepakatan antara semua
raja, maka pelantikan terhadap Yang di Pertuan Agong yang baru dapat dilaksanakan. Apabila Yang
di Pertuan Agong mangkat setelah pelantikan, maka pemilihan raja yang baru akan dilakukan
dengan cara yang sama. Setelah masa kekuasaan Yang di Pertuan Agong selesai, maka pemilihan
akan dilakukan kembali dan pemerintah Malaysia yang sebelumnya tidak akan dipilih
kembali. Sistem ini terus berulang – ulang setiap kali tiba waktu pelantikan.
Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menurut
nasihat Jemaah Menteri. Namun Baginda tidak boleh dipecat dari jawatan oleh Jemaah Menteri
mahupun Parlimen. Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis Raja-Raja sebagaimana telah
ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini. Perlembagaan telah
memperuntukan bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di -Pertuan Agong dari
jawatan tidak boleh diluluskan melainkan apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-
Raja mengundi menyokongnya.
4.0. Kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan
Pada 29 Disember 2008, berlangsung istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan ke-10 Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008.
Pada 22 Februari 2009 pula, berlakunya istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri
Menanti (Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera Empat. Seterusnya, pada 14 April 2009, istiadat
pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti
Almarhum Tengku Besar Mahmud dijalankan. Pada 22 Oktober 2009, alat-alat kebesaran
dipasang di halaman Istana Besar Seri Menanti oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri
Amar Diraja. Antaranya ialah lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris, lapan bilah pedang
dan lapan tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah. Alat-alat kebesaran ini akan kekal
terpasang di halaman Istana Besar Seri Menanti selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan
alat-alat kebesaran dilakukan pada 28 Oktober 2009. Pada 25 Oktober 2009, diadakan istiadat
bersiram di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri
Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke
Panca Persada. Orang Empat istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan
menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh kali. Baginda
berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan akan diarak ke Istana Besar Seri
Menanti. Pada 26 Oktober 2009, istiadat pertabalan di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 merupakan salah satu daripada
tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun 2009.
5.0. Kesan Peristiwa pertabalan kepada Diri, Masyarakata dan Negara
Istiadat pertabalan melambangkan identiti kerajaan Melayu. Istiadat yang berlangsung dengan
penuh tataterib lagi teratur mengangkat maruah negara sebagaimana menunjukkan identiti
masyarakat Melayu yang penuh tatasusila dan sopan santun. Hal ini juga menunjukkan bahawa
kita mempunyai istiadat tersendiri berbanding negara – negara lain sehinggakan beberapa perkara
kecil turut dipandang tinggi. Dengan segala adat istiadat ini, kita dapat menanamkan perasaan jati
diri dalam generasi muda khususnya sekaligusmengelakkan isu – isu yang timbul di media sosial.
Kegigihan raja membuktikan kelayakan pelantikannya sebagai ketua negara. Acara menambal ini,
yang melalui proses persetujuan raja-raja dari negeri-negeri lain, melambangkan penghormatan
dan mewujudkan kebanggaan bagi raja sehingga dinobatkan sebagai Yang di-Pertuan Agong
Malaysia.
Masyarakat Malaysia sangat menghormati kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
negara. Bagi rakyat Malaysia, Yang di-Pertuan Agong adalah tokoh ketua negara yang
mempunyai tanggungjawab besar untuk kemajuan negara dan kedaulatan rakyatnya. Bagi rakyat
Malaysia, raja adalah pemerintah tertinggi di negara di mana kedudukannya sangat dihormati dan
diberi penghormatan dan kedudukan tinggi oleh rakyat. Upacara pertabalan yang masih
menjunjung tinggi dan menjalankan prosedur dan adat istiadat yang ada adalah cara untuk
memperkukuhkan kesetiaan rakyat Malaysia terhadap sistem yang telah lama diamalkan, iaitu
sistem Institutional Raja, yang merupakan sistem yang menunjukkan bagaimana rakyat
menjunjung tinggi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Acara titik
perubahan adalah peristiwa yang sangat penting bagi negara kerana ia merupakan titik penting
yang menentukan kelangsungan dan kegemilangan Malaysia dalam lima tahun akan
datang. Kematian raja adalah permulaan harapan baru bagi negara untuk memperoleh kejayaan
yang lebih besar daripada tahun-tahun sebelumnya. Pertabalan juga merupakan nilai yang sangat
penting kerana raja adalah cerminan negara yang akan dipandang dan dinilai oleh masyarakat
luar. Seperti kata peribahasa, rakyat umpama akar, raja ibarat pohon yang berdiri megah dan
mencerminkan rakyat – rakyatnya.
6.0.Sebab Adat Pertabalan Diraja perlu Dipertahankan
Percubaan membanteras institusi raja telah bermula sejak awal dahulu, pada zaman kekuasaan
Inggerisdi mana mereka telah melakukan perubahan besar terhadap pentadbiran negeri dan
mempengaruhi peranan raja – raja. Tujuan utama mereka adalah tidak lain tidak bukan untuk
memudahkan urusan penjajahan Tanah Melayu. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk
memartabatkan dan mempertahankan adat pertabalan diraja.
Antara sebab adat pertabalan perlu dipertahankan adalah kerana menunjukkan tradisi kita
sebagai sebuah negara dan mengangkat insitusi diraja sebagai perkara yang bermakna bagi kita,
rakyat Malaysia. Selain itu, hal ini juga mengangkat darjat dan maruah negara melalui proses
istiaat berlangsung dengan penuh tatatertib dan teratur. Ini mempamerkan perasaan rakyat
terhadap institusi diraja yang merupakan lambang patriotisme iaitu sebahagian ciri – ciri bangsa
Malaysia. Rakyat hendaklah sentiasa menanamkan perasaan sayang dan mengidolakan institusi
diraja sebagai sebuah institusi yang memelihara keharmonian dan kedaulatan negara serta
perpaduan rakyat. Maka, jelaslah bahawa adat istiadat diraja wajar diangkat dan dijulang
sementelah ianya merupakan identiti sesebuah institusi kerajaan.
7.0. Langkah dan Cabaran untuk Mempertahankan Institusi Diraja
Kedudukan institusi diraja masih kukuh sehingga ke hari ini. Namun begitu, cabaran terhadap
institusi diraja pada hari ni sangat berbeza berbanding zaman jajahan Inggeris dahulu. Pihak yang
membangkang mempertikaikan peranan dan kedaulatan raja – raja dalam masyarakat. Mereka
lantang bersuara menyatakan bahawa institusi diraja tidak lagi relevan. Masalah ini telah
membangkitkan perlbagai persoalan dan tanda tanya serta mengelirukan rakyat mengenai hak raja
dalam kerajaan. Pihak pembangkang lancang mengatakan institusi diraja sudah lapuk dan kuno,
bertentangan dengan kemajuan era globalisasi yang telah dicapai negara. Di samping itu, majoriti
pembangkang yang terdiri daripada bangsa Cina dan India menentang keras institusi diraja yang
menurut mereka memberikan keistimewaan kepada masyarakat Melayu. Mereka berpendapat
bahawa mereka tidak mendapat ha yang sama rata berbanding masyarakat Melayu sedangkan
Malaysia ialah negara demokrasi di mana semua kaum bersatu padu tidak kira bangsa mahupun
agama.
Tidak dinafikan lagi bahawa kedudukan institusi raja dalam perlembagaan dan sistem
perundangan negara agak menyerlah, tetapi kita tidak boleh mengharapkan undang – undang yang
terpahat tidak akan terhakis. Ini kerana apa yang disebut mengenai Perlembagaan ialah semua
undang-undang organik boleh diubah serta bergantung kepada tatarajah politik. Selain daripada
itu, sistem monarki dan beperlembagaan tidak patut dijadikan alasan menyekat sumbangan Raja
kepada negara. Melonjakkan kredibiliti sebagai raja, mendekatkan diri dengan masalah rakyat
serta meningkat taraf hidup rakyat juga boleh ditakrifkan sebagai maksud tersirat dalam Raja
Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bukan hanya merujuk kepada raja yang bertindak
mengikut nasihat Jemaah Menteri semata-mata hatta dalam hal yang begitu jelas turut
bermotifkan politik.
Raja-Raja Melayu telah menjadi benteng penghalang dari memudahkan imperialis British
yang tamak ingin melakukan penjajahan mutlak. Mereka berperanan menjadi benteng yang
memelihara adat dan undang-undang Islam yang digunapakai ketika itu diubah dan dibuang
sepenuhnya oleh penjajah British. British sekadar berupaya memperkenalkan sistem Residen, satu
bentuk penjajahan tidak langsung atau pemerintahan de facto yang masih mengekalkan
kedaulatan Raja Melayu. British terpaksa mengadakan rundingan dengan setiap Sultan dan
berjaya melakukan penjajahan secara mencantumkan perjanjian-perjanjian yang diperoleh secara
berasingan.
Teknik diplomasi dengan pihak British sehingga institusi raja dapat dikekalkan dan agama
Islam berjaya dipertahankan walaupun beberapa negara beraja lain telah hilang sistem beraja
bahkan agama yang berada di bawah naungan Raja juga telah hilang dari ruang perundangan.
Contohnya di India, bukan sahaja sistem beraja yang hilang tetapi agama yang begitu
berpengaruh juga telah dikeluarkan dari perundangan sehingga Perlembagaan India yang merdeka
mengisytiharkan negara tersebut sebagai sebuah negara sekular. Sedangkan agama Hindu begitu
sebati dengan negara India sebelum penjajahan Barat sehingga sekarang.
8.0. Penutup
Berdasarkan kajian yang saya telah lakukan, saya dapati betapa penting dan bermakna adat
istiadat dalam pemerintahan negara kita kerana ia merupakan salah satu peningggalan nenek
moyang kita yang amat beharga. Saya juga baru mengetahui akan makna adat istiadat yang
sebenar di mana sebelum ini hanya saya sebut tanpa mengetahui makna sebenarnya. Sepanjang
proses kajian, saya sedaya upaya mencari maklumat yang sahih. Seterusnya, saya terjemahkan
dalam bentuk penulisan dan cuba menghasilkan karya penulisan yang padat, tepat, menarik,
mudah difahami dan semestinya bermanfaat.
Saya dapati banyak kebaikan yang saya perolehi dengan menyiapkan tugasan ini. Selain
dapat meningkatkan dan mengasah daya ingatan menjadi lebih baik, saya juga berpeluang
menambah ilmu pengetahuan mengenai keagungan kesultanan kerajaan Melayu. Saya menjadi
seorang yang lebih menghargai sumbangan kerajaan alam Melayu dan sentiasa berbangga atas
kemasyhuran dan keagungan pemerintahan kerajaan Melayu. Di samping itu, apabila saya kaji
dengan lebih mendalam, saya sedar akan keindahan institusi diraja serta adat istiadat yang
diamalkan dan sekaligus semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam diri saya lebih
mendalam.
Adat istiadat diraja ini menjadi keistimewaan dan keunikan tanah air kita yang aslinya
memang kaya dengan adat budi dan istiadat – istiadat yang wajar dikekalkan serta dipelajari. Saya
berharap agar generasi akan datang lebih menghargai dan berusaha mengekalkan institusi raja
dan warisan kerajaan alam Melayu yang lain supaya “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.
Sesungguhnya, peninggalan kerajaan Alam Melayu merupakan aset yang sewajarnya dipelihara,
dijaga dan dipertahankan agar sentiasa menjadi pedoman dan sumber pembelajaran di samping
memberikan peringatan terhadap sumbangan tokoh – tokoh negarawan kerajaan Melayu
dahulukala.
v. Sumber Rujukan
Sumber Internet
http://pelitakaryaagung.blogspot.com/2014/03/pengertian-adat-dan-istiadat.html
https://www.academia.edu/6390803/Adat_Melayu_Yang_Pupus_dan_Masih_Diamalkan_
Hari_Ini_Di_Malaysia
https://brainly.co.id/tugas/18062551
https://www.istananegara.gov.my/sistem-raja-berpelembagaan/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertabalan_Yang_di-Pertuan_Besar_Negeri_Sembilan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586738/istiadat-pertabalan-
lambang-maruah-negara
https://brainly.co.id/tugas/22356456
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586738/istiadat-pertabalan-
lambang-maruah-negara
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/istiadat-pertabalan-lambang-maruah-negara-
213013
https://www.mais.gov.my/kepentingan-mendaulatkan-institusi-beraja/
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=adat+istiadat&d=243192&
https://www.researchgate.net/publication/337863034_SHAER_YANG_DI-
PERTUAN_MERAFAK_ADAT_ISTIADAT_DIRAJA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/590611/istiadat-pertabalan-yang-di-
pertuan-agong-ke-16-bermula
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/raja-kuasa-pengimbang/
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agongkita-atur-cara-istiadat-pertabalan-yang-
dipertuan-agong-xvi-213069
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/04/274146/istiadat-pertabalan-
agong-julang-sistem-raja-berpelembagaan
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/6-alat-lambang-kedaulatan-rajaraja-melayu-
195322
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586738/istiadat-pertabalan-
lambang-maruah-negara
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/590573/upacara-hormat-diraja-
dahului-atur-cara-istiadat-pertabalan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/04/275193/istiadat-pertabalan-yang-di-
pertuan-agong-ke-15
Orang Sumber
Noor Azlan bin Om Sultan, 54 tahun, Jalan Tembusu 14, Taman Rinting.
Zaleha binti Md Saad, 51 tahun, Jalan Tembusu 14, Taman Rinting.
Nabisah Abu Bakar, 46 tahun, Jalan Tembusu 15, Taman Rinting.
vi. Lampiran