The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MOHAMAD DANIEL BIN DASUKI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daniel dasuki, 2024-03-08 03:43:46

BUKU LOG PENGAKAP

MOHAMAD DANIEL BIN DASUKI

BUKU LOG PENGAKAP NAMA MOHAMAD DANIEL BIN DASUKI ANGKA GILIRAN 2021082340438 AMBILAN PISMP JUN 2022 KURSUS MPU3413a KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM NAMA PENSYARAH MOHAMAD SHUKRI BIN MAT YAACOB


ISI KANDUNGAN 1.PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN -Maklumat Pengenalan Unit definisi matlamat falsafah objektif visi misi -Bendera Malaysia -Bendera Pengakap -Lambang Pengakap Sedunia -Lambang Pengakap Malaysia 2.SEJARAH KEPENGAKAPAN -Pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia -Sejarah Penubuhan Persatuan Pengakap - Malaysia -Tujuan Penubuhan Pengakap 3.PERLEMBAGAAN -Undang-undang Pengakap -Istiadat Rasmi -Cogan Kata / Moto -Ikrar / Persetiaan -Lagu Unit


ISI KANDUNGAN 4.STRUKTUR DAN ORGANISASI -Struktur Dan Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia -Struktur Dan Organisasi Pengakap Kanak-kanak -Struktur Dan Organisasi Pengakap IPG Kampus Kota Bharu 5.PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN -Pengurusan Keahlian 6.PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA -Pakaian Seragam Kanak-kanak -Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap -Tanda Pangkat -Lencana Kemahiran 7.Laporan Aktiviti Mingguan -Laporan Perjumpaan Aktiviti


PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN


Definisi IPergerakan pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang diasaskan oleh Baden Powell.. Maklumat Pengenalan Unit Misi menyumbang kearah pendidikan golongan remaja, melalui sistem nilai yang berasas kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dalam membantu pembinaan sebuah dunia yang lebih baik di mana umat mendapat kepuasan diri sebagai individu dan memainkan peranan membina dalam masyarakat. Visi Menjelang tahun 2025 Persekutuan Pengakap Malaysia akan dilihat sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun warganegara yang berguna


Menggalakkan lebih ramai golongan muda remajamenyertai pengakap; Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja; Untuk melatih, Jurulatih yang berkeupayaan danberkualiti di semua peringkat; Menerapkan nilai-nilai murni di dalam programkepengakapan berpandukan prinsip dan undangundang pengakap. Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurusdengan berkesan Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip, Persetiaan dan UndangUndang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Falsafah Maklumat Pengenalan Unit Objektif Matlamat melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan danmenarik berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. Menyediakan pelan pelaksanaan yang berbeza dengan yang lain. Pelan perlu bersifat holistik dengan mengambil kira semua aspek. Penyesuaian sistem latihan mengikut peringkat umur dan kematangan ahli melalui unit-unit tertentu.


Lambang Pengakap Sedunia Lambang Pengakap Malaysia Bendera Pengakao Bendera Malaysia


SEJARAH KEPENGAKAPAN


Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya. Pengasas Pengakap Dunia Baden-Powell Biodata SEJARAH KEPENGAKAPAN


Semasa kecil, Lord Baden gemar akan kegiatan dan kehidupan di luar Beliau bersama abang-abangnya melakukan aktiviti lasak seperti berjalan kaki, gemar berkhemah dan belayar Tahun 1870, Lord Baden melanjutkan pelajaran di Charter House, London, England. Beliau terkenal dalam bidang sukan bola sepak, lakonan, lukisan dan muzik. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan tentera. Pasukan beliau dihantar ke Afrika untuk menentang kaum Zulu. Beliau ditugaskan mempertahankan bandarMafeking.a Beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberi maklumat semasa pihak musuh mengepung bandar Mafeking. Kecekapan kanak-kanak ini menjalankan tugas mencetus idea bagi beliau untuk menubuhkanPergerakan Pengakap. Beliau mula merangka rancangan Latihan untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap Beliau telah menulis buku "Aids to Scouting yang merupakan rancangan Latihan untuk belia lelaki. Beliau mengadakan tapak perkhemahan pengakap pertama di dunia di London Pengakap dari seluruh dunia menghadiri jamboria pengakap pertama di dunia London Pengasas Pengakap Dunia Baden-Powell Sejarah


Sejarah Penubuhan Persatuan Pengakap Malaysia 1910 Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.c. Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak Kanak (cubs) di Singapura pada 2 Julai 1910 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England Pasukan ini mempunyai 30 orang ahli 1912 Penubuhan Persatuan Pengakap di Pahang 1913 Penubuhan Persatuan Pengakap di Sabah 1915 Penubuhan Persatuan Pengakap di PulauPinang dan Sarawak 1920 Penubuhan Persatuan Pengakap di Perak 1922 Penubuhan Persatuan Pengakap di Kedahadan Perlis 1925 Penubuhan Persatuan Pengakap di Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka 1928 Penubuhan Persatuan Pengakap di Kelantandan Johor Persekutuan Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi anggota penuh Persatuan Budak-budak PengakapSedunia 1967 Jambori Pengakap Malaysia yang pertamadiadakan di Pulau Pinang


Sejarah Penubuhan Persatuan Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana ke semua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo. 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana ke semua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu.


Melatih dan menggalakkan perkembangan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian yang konstruktif dalam Pembangunan Masyarakat serta menjadi seorang yang bertanggung jawab. Tujuan Penubuhan Pengakap


PERLEMBAGAAN


Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) 1. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) 2. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) 3. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) 4. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) 5. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) 6. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpinpemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) 8. 9.Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan) 10. UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan: 1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat Istiadat Laung Agung ISTIADAT RASMI


Istiadat mengibar bendera merupakan sambungan daripada istiadat Laung Agung. 1. Akela menyebut “BENDERA” dan petugas PKK yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendera dalam keadaan berkawad. 2. Kemudian petugas ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera. 3. Semua ahli PKK yang lain mengikut tabik pada bendera. Kemudian petugas ini bergerak ke kedudukan asalnya. 4. Akela menyebut “NEGARAKU”, semua PKK mengadap bendera dan menyanyikan lagu Negaraku. 5. Akela menyebut “DOA”, petugas PKK bersebelahan petugas pengibar bendera keluar dua langkah dan menyebut “UP” syarat untuk menadah tangan. 6. PKK lain turut menadah tangan dan seterusnya petugas PKK membacakan doa. 7. Selesai bacaan doa, petugas PKK menyebut “UP” syarat menjatuhkan tangan dan berundur masuk dua langkah semula pada kedudukan asal. 8. Petugas PKK yang ketiga keluar dua langkah dan menuju ke hadapan Akela lalu memberi tanda hormat. 9. Akela memberi tanda hormat dan menjatuhkan tangan diikuti petugas PKK menjatuhkan tangan. 10. Petugas akan membuat laporan kepada Akela. Selesai membuat laporan petugas akan berundur satu langkah ke belakang dan memberi tanda hormat diikuti Akela membalas tanda hormat. 11. Petugas berpusing ke kanan dan masuk barisan dalam keadaan berkawad. 12. Akela menyebut “SENANG DIRI” dan semua PKK dalam keadaan senang diri. 13. Akela memberi taklimat dan kata-kata perangsang kepada PKK. 14. Setelah selesai, Akela menyebut “KELUAR BARIS”, semua PKK keluar baris dengan tiga langkah Istiadat Mengibar Bendera


Bagi setiap hari, sama ada semasa perkhemahan atau sebelum sesuatu perjumpaan tamat, bendera yang dikibarkan perlu diturunkan. Langkah-langkah menurunkan bendera. 1. Semua PKK berada di hadapan bendera. 2. Akela menyebut “SEDIA” tanda semua PKK dalam keadaan sedia. 3. Akela menyebut “BENDERA” , dua petugas PKK keluar dua langkah lalu menghadap bendera sambil memberi hormat pada bendera. (kedudukan selari dengan tiang bendera petugas pertama dihadapan dan petugas kedua berada di belakang petugas pertama). 4. Semua PKK turut memberi tanda hormat kepada bendera. 5. Petugas pertama membuka tali bendera pada tiang dan menurunkan bendera perlahan-lahan. 6. Petugas kedua menyambut hujung bendera. (peringatan: jangan biarkan bendera mencecah tanah) 7. Kedua-dua petugas melipatkan bendera. 8. Kedua-dua petugas masuk semula ke tempat asal dalam keadaan berkawad. 9. Akela menyebut “KELUAR BARIS” semua PKK keluar baris dengan tiga langkah Istiadat Menurunkan Bendera


Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik Pengakap Muda – Selalu Sedia Pengakap Remaja – Pandangan Luas Pengakap Kelana – Berkhidmat Pengakap Budika – Berkhidmat. COGAN KATA


Ikrar/ Persetiaan Pengakap


Lirik Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia LAGU UNIT


Antara Lagu Pengakap Sayonara Di sini kita berkumpul Di sini senang Ingat ingat itu remember Kami pilih pengakap saja Ke unggun api Pengakap gembira Tepi gunung We are boy scout Tepuk-tepuk terima kasih Suka hati Siapa suruh masuk pengakap Shahibul hikayat Selamat jumpa Pindahkan tempat Pengakap berkhemah Pengakap gembira Lagu Perkemahahan & Pengakap


STRUKTUR DAN ORGANISASI


Struktur Dan Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia


Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA KETUA SETIAUSAHA KERJA SETIAUSAHA LATIHAN NEGARA SETIAUSAHA KEWANGAN


Pentadbiran Majlis Pengakap Negeri YANG DI PERTUA PESURUHJAYA NEGERI PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT KETUA PROGRAM LAIN LEMBAGA PERTARAFAN PENGAKAP RAJA PESURUHJAYA DAERAH PERSAUDARAAN BP


Pentadbiran Majlis Pengakap Daerah PENGERUSI KEHORMAT PESURUHJAYA DAERAH (DC) PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (ADC) SETIAUSAHA LATIHAN NEGARA BENDAHARI KEHORMAT PEMIMPIN PENGAKAP


Pentadbiran Unit Pengakap UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK UNIT PENGAKAP MUDA UNIT PENGAKAP REMAJA UNIT PENGAKAP KELANA UNIT PENGAKAP BUDIKA UNIT PENGAKAP ADIK BONGSU (GOLONGAN ISTEMEWA


Struktur Dan Organisasi Pengakap Kanak-kanak


Struktur Dan Organisasi Pengakap IPG Kampus Kota Bharu


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


1.Menubuh Kumpulan 2.Bilangan Anggota 3.Pendaftaran 4.Yuran Pendaftaran 5.Tauliah Pemimpin 6.Kegiatan 7.Pentadbiran 8.Jawatankuasa Kumpulan Satu kumpulan bagi sebuah sekolah Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpualn tersebut Pentadbiran Kumpulan Penubuhan Kumpulan Sekurang-kurangnya 18 orangSeramai-ramainya 48 orang .Dengan dua pemimpin Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan Pengurusan Keahlian Bilangan Anggota 9. Tugas Majlis Pemimpin 10 Butiran Peribadi Anggota 11. Rekod-rekod 12. Bilik Perjumpaan


Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin / PenolongBorang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM Kumpulan / Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulananggota yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendaftaran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Anggota Pengakap :RM 5.00 (setahun) Pemimpin / Penolong Pemimpin :RM 10.00 (setahun) Kumpulan / Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap Try to meet up when both of you feel comfortable Pendaftaran Yuran Pendaftaran Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: 1. Tauliah Sementara 2. Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulusKursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpun yang telah lulus KursusKepimpinan Manikayu Peringkat Tiga Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain Pengurusan Keahlian


Carta organisasi Buku rujukan Peralatan latihan Meja dan kerusi untuk mesyuarat Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada SKIM LATIHAN PPM Program Latihan PKK (sekolah rendah) Program Latihan PM (pelajar tingkatan 1-3) Program Latihan PR (pelajar tingkatan 4-5) Program Latihan PK (pelajar tingkatan 6 dan remaja) Bilik Perjumpaan Kegiatan Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa kumpulan Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol (Pelajar Pengakap Pengurusan Keahlian Dilaksanakan oleh kuasa penganjur dan pemimpin Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur?pemimpin bagi pihak pelajar Anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran Pihak sekolah perlu memiliki satu fail pengakap Pentadbiran Kumpulan


Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin . Memeriksa stok alatan kumpulan Membuat persediaan mengajar (Program Mingguan). Mengeluarkan surat kebenaran Ibu bapa / Penjaga Nama dan No. kad pengenalan anggota Nombor Pendaftaran. Nama ibu bapa / penjaga Alamat dan No. telefon ibu bapa / penjaga Tarikh Lahir Bangsa dan Agama Kesihatan dan Alergi Pemakanan. Kecenderungan / Minat Try to meet up when both of you feel comfortable Tugas Majlis Pemimpin Butiran Peribadi Anggota Pengakap Rekod Kehadiran Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana) Rekod Perancangan Semester dan Mingguan Rekod Kewangan Fail Surat-menyurat Fail Minit Mesyuarat Laporan Aktiviti Pengurusan Keahlian Rekod-Rekod


PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA


Pakaian Seragam Kanak-kanak


PakaPieanngSuer ruasgaanmKKeaahnlaiak-nkanak


PakaPieanngSuer ruasgaanmKKeaahnlaiak-nkanak


Pakaian Seragam Kanak-kanak


Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap


Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap


Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap


Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap


Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap


Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap


Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap


Lencana Kemahiran


Lencana Kemahiran


Lencana Kemahiran


Click to View FlipBook Version