BUKU AKTIVITI SENI VISUAL BAGI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS TOPIK: WARNA DAN CAT DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK NUR ANIS SYAFIQAH BINTI SHUKRI D20201093565 FATINI NAZIHAH BINTI AB MALIK D20202096381 NUR FARHANA BINTI YUSOFF D20202096382 NUR SYAHMI BINTI ARIFIN D20202096388 2023
PENGAKUAN Buku aktiviti seni visual ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pentaksiran berterusan bagi hasil pembelajaran kursus Pendidikan Seni, Muzik dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas (KBP 3033). Kandungan buku asli ini secara keseluruhan adalah hasil nukilan asli yang disokong oleh sumber rujukan sahih. Rujukan–rujukan tersebut diperoleh melalui hasil penyelidikan dan proses analisis yang kritikal oleh pengarang.
PENGANTAR Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, bersyukur ke atas hidrat illahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan 3 individu bagi subjek Pendidikan Seni, Muzik dan Kraf Tangan dalam Pendidikan Khas (KBP3033) dengan jayanya. Selain itu, sekalung penghargaan untuk guru subjek saya iaitu Dr. Grace Annammal A/P Gnana Piragasam kerana memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Pembelajaran seni dalam kalangan murid khususnya murid berkeperluan khas merupakan antara aktiviti yang membolehkan mereka mengkespresikan idea secara bebas dan kreatif. Hal ini kerana, seni dapat merangsang deria dan minda murid disamping dapat membantu murid meningkatkan pemahaman dan menjadikan lagi suatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Buku aktiviti seni visual ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada kepada guruguru, bakal guru mahupun ibu bapa di rumah mengenai cara untuk membimbing dan melakukan aktiviti seni ini bersama murid berkeperluan khas. Demikian juga, saya menyedari bahawa buku aktiviti seni visual ini sememangnya dapat memberikan manfaat kepada murid dengan adanya aktiviti-aktiviti yang mampu mengukuhkan lagi tahap ingatan murid dalam mengenal jenis warna. Oleh itu, pengarang berharap Buku aktiviti Seni Visual dalam Pendidikan Khas ini dapat dijadikan ilham sekaligus dapat menarik minat semua pihak untuk memupukkan lagi dunia seni ini terutamanya dalam golongan murid berkeperluan khas.
KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT AKTIVITI 1: FILL ME WITH COLOR • Pentaksiran (Borang Senarai Semak Pemerhatian) 1-8 AKTIVITI 2: MEWARNA BUNGA • Pentaksiran (Borang Senarai Semak Pemerhatian) 9-14 AKTIVITI 3: CATAN PEMANDANGAN SEMULA JADI • Pentaksiran (Borang Senarai Semak Pemerhatian) 14-24 AKTIVITI 3: DRAWING SCENERY WITH CRAYON • Pentaksiran (Borang Senarai Semak Pemerhatian) 25-35 RUJUKAN 36
1 AKTIVITI 1 Nama: Nur Anis Syafiqah Binti Shukri No. Matrik: D20201093565 Elemen Seni Visual: Elemen Warna Asas Nama Aktiviti: Fill me with color Bahan-bahan dan peralatan untuk aktiviti Gambar 1. Color Buncho 2. Berus 3. Air
2 4. Palette Warna 5. Tuala Kecil 6. Kertas Kajang
3 7. Kertas Katrij / Kertas Lukisan 8. Kertas Pasir Langkah -langkah pelaksanaan aktiviti Gambar 1. Penyediaan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti mewarna warna air menggunakan warna asas. 2. Meletakkan 3 warna asas warna air iaitu merah, kuning dan biru ke dalam palette warna.
4 3. Mewarnakan warna asas pada kertas kajang mengikut bulatan yang telah dilakar menggunakan warna air dengan kemas. 4. Mewarnakan warna asas pada kertas katrij atau kertas lukisan mengikut bulatan yang telah dilakar menggunakan warna air dengan kemas.
5 5. Mewarnakan warna asas di atas kertas pasir mengikut bulatan yang telah dilakar menggunakan warna air dengan kemas. 6. Menghantar hasil aktiviti kepada guru bagi tujuan semakan dan pentaksiran. 7. Hasil aktiviti dibukukan sebagai panduan pembelajaran.
6 PENGGUNAAN BAHAN ATAU AKTIVITI. Penerangan Gambar Adaptasi pertama yang boleh digunakan dalam aktiviti mewarna warna asas ini sekiranya tiada berus adalah murid boleh mewarna dengan menggunakan kapas. Ini kerana kapas mempunyai cara pegangan yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan hujung jari. Penggunaan kapas ini sedikit sebanyak dapat membantu murid yang tidak mahir untuk memegang berus dengan betul ketika mewarna menggunakan cat air. Melalui penggunaan kapas, murid perlu mencelupkan kapas ke dalam warna air dan tekankan warna tersebut pada kertas sehingga memenuhi ruang bulatan dengan kemas. Adaptasi kedua yang boleh digunakan dalam aktiviti mewarna warna asas ini sekiranya tiada berus, adalah dengan menggunakan berus gigi. Ini kerana berus gigi mempunyai cara pegangan yang lebih mudah jika dibandingkan dengan berus. Penggunaan berus gigi ini dapat membantu murid untuk melengkapkan aktiviti sekiranya murid tidak mahir untuk memegang berus dengan betul ketika mewarna menggunakan cat air. Melalui penggunaan berus gigi, murid perlu mencelupkan berus gigi ke dalam warna air dan gosokkan warna tersebut pada kertas sehingga memenuhi ruang bulatan dengan kemas. Murid perlu membasahkan hujung berus gigi dengan air supaya warna dapat diratakan pada seluruh pemukaan kertas
7 PENTAKSIRAN AKTIVITI 1 Elemen Seni Visual: Elemen Warna Asas Nama aktiviti: Fill me with Color Langkah Telah menguasai (/) Sedang menguasai (/) Tidak menguasa (catatan) 1. Penyediaan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti mewarna warna air menggunakan warna asas. 2. Meletakkan 3 warna asas warna air iaitu merah, kuning dan biru ke dalam palette warna. 3. Mewarnakan warna asas pada kertas kajang mengikut bulatan yang telah dilakar menggunakan warna air dengan kemas. 4. Mewarnakan warna asas pada kertas katrij atau kertas lukisan mengikut bulatan yang telah dilakar menggunakan warna air dengan kemas.
8 5. Mewarnakan warna asas di atas kertas pasir mengikut bulatan yang telah dilakar menggunakan warna air dengan kemas. 6. Menghantar hasil aktiviti kepada guru bagi tujuan semakan dan pentaksiran. 7. Hasil aktiviti dibukukan sebagai panduan pembelajaran. LINK TUTORIAL: https://youtube.com/watch?v=qNb6iVxv_r8&feature=shared
9 AKTIVITI 2 Nama: Fatini Nazihah binti Ab Malik No. Matrik: D20202096381 Elemen Seni Visual: Elemen warna panas Nama Aktiviti: Mewarna Bunga Bahan-bahan dan peralatan untuk aktiviti Gambar 1. Kertas lukisan yang mempunyai lukisan bunga 2. Berus cat 3. Warna
10 4. Air 5. Palette Langkah -langkah pelaksanaan aktiviti Gambar 1) Penyediaan bahan dan peralatan bagi mewarnakan gambar bunga menggunakan warna panas. 2) Meletakkan warna kuning ke dalam palette dan mewarnakan satu per satu kelopak bunga yang berada di bahagian hadapan menggunakan berus cat bersaiz sederhana.
11 3) Meletakkan warna kuning ochre ke dalam bekas dan ukir garisan pada setiap kelopak hadapan dengan berhati-hati. 4) Mencampurkan warna kuning dan warna merah ke dalam bekas untuk menjadikan warna oren lalu mewarnakan bulatan di bahagian tengah bunga. 5) Mewarna kelopak bunga yang berada di bahagian belakang dengan menggunakan warna oren.
12 6) Hasil aktiviti mewarna bunga yang telah disiapkan. ADAPTASI DALAM PENGGUNAAN BAHAN ATAU AKTIVITI. Penerangan Gambar Kelopak bunga yang banyak dan bertindih akan menyukarkan pelajar untuk mewarna. Oleh itu, adaptasi yang pertama ialah guru meminta pelajar mewarna kelopak yang sedikit sahaja dan menggunakan satu warna iaitu warna kuning supaya memberi keselesaan kepada pelajar untuk mewarna setiap kelopak bunga tersebut. Adaptasi yang kedua ialah jika pelajar ingin mewarna dua warna, pelajar dibolehkan memasukkan warna oren ke dalam kelopak bunga yang telah diwarnakan oleh warna kuning. Di sini bermaksud, pelajar mewarnakan terlebih dahulu warna kuning pada setiap kelopak bunga dan diikuti menambah sedikit warna oren pada setiap kelopak bunga tersebut. Warna oren tersebut tidak diwarnakan sehingga habis dan cukup sedikit sahaja untuk menampakkan warna oren itu.
13 PENTAKSIRAN AKTIVITI 2 Elemen Seni Visual: Elemen warna panas Nama aktiviti: Mewarna bunga Langkah Telah menguasai (/) Sedang menguasai (/) Tidak menguasai (catatan) 1. Penyediaan bahan dan peralatan bagi mewarnakan gambar bunga menggunakan warna panas. 2. Meletakkan warna kuning ke dalam palette dan mewarnakan satu per satu kelopak bunga yang berada di hadapan menggunakan berus cat bersaiz sederhana. 3. Meletakkan warna kuning ke dalam palette dan mewarnakan satu per satu kelopak bunga yang berada di hadapan menggunakan berus cat bersaiz sederhana. 4. Mencampurkan warna kuning dan warna merah ke dalam bekas untuk menjadikan warna oren lalu mewarnakan bulatan di bahagian tengah bunga. 5. Mewarna kelopak bunga yang berada di bahagian belakang dengan menggunakan warna oren. 6. Hasil aktiviti warna bunga yang telah disiapkan.
14 LINK TUTORIAL: https://drive.google.com/file/d/18j6qtB1B3HZHf3AK404OUHAS83g0vKUd/view?usp=drivesd k
15 AKTIVITI 3 Nama: Nur Farhana binti Yusoff No. Matrik: D20202096382 Elemen Seni Visual: Warna sejuk Nama Aktiviti: Catan pemandangan alam semula jadi Bahan-bahan dan peralatan untuk aktiviti Gambar 1. Kertas lukisan 2. Cat air
16 3. Palette 4. Berus lukisan 5. Bekas dan air
17 Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti Gambar 1. Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan 2. Meletakkan warna cat air di dalam palette dengan isipadu yang minimum 3. Menyapukan cat air berwarna biru ultramaine atau biru gelap pada lapisan pertama dengan menggunakan berus lukisan 4. Membasahkan berus lukisan dengan sedikit air dan meratakan pada warna tadi untuk menghasilkan ton warna yang berbeza
18 5. Mencampurkan warna putih dan biru gelap. Kemudian, sapukan warna tersebut pada lapisan kedua
19 6. Meletakkan dan meratakan warna putih bagi menghasilkan warna biru yang lebih cerah 7. Melakar bentuk bukit menggunakan warna hijau gelap.
20 8. Ratakan warna menggunakan berus yang telah dibasahkan sehingga rata 9. Menggunakan warna hijau yang lebih cerah bagi menghasilkan lapisan berwarna hijau yang ketiga 10. Mencampurkan warna hijau pekat dan warna putih untuk menghasilkan ton warna hijau yang berbeza
21 11. Dari warna yang telah dihasilkan, lukis bentuk rumput dengan menggunakan berus yang lebih halus 12. Melukis bentuk awan dengan menggunakan cat air berwarna putih
22 13. Setelah selesai, biarkan hasil catan kering selama beberapa minit 14. Hasil aktiviti catan ADAPTASI DALAM PENGGUNAAN BAHAN ATAU AKTIVITI. Penerangan Gambar Adaptasi yang pertama dalam penggunaan bahan ialah dengan menggunakan garpu plastik. Sekiranya terdapat murid yang mengalami kesukaran untuk melukis rumput menggunakan berus lukisan yang halus mereka boleh menggunakan garpu plastik sebagai pengganti kepada berus lukisan. Hal ini kerana, garpu plastik mempunyai 4 baris yang boleh
23 membantu murid untuk membentuk garisan seperti rumput. Adaptasi dalam penggunaan bahan yang kedua ialah dengan menggunakan putik kapas. Sekiranya terdapat pelajar yang tidak mahir menggunakan berus mereka dapat menggunakan putik kapas untuk membentuk sesuatu gambaran seperti awan atau bentuk yang lain. PENTAKSIRAN AKTIVITI 3 Elemen Seni Visual: Elemen warna sejuk Nama aktiviti: Catan pemandangan alam semula jadi Langkah Telah menguasai (/) Sedang menguasai (/) Tidak menguasa (catatan) 1. Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan 2. Meletakkan warna cat air di dalam palette dengan isipadu yang minimum 3. Menyapukan cat air berwarna biru ultramaine atau biru gelap pada lapisan pertama 4. Membasahkan berus lukisan dengan sedikit air dan meratakan warna 5. Mencampurkan warna putih dan biru gelap
24 6. Meletakkan dan meratakan warna putih bagi menghasilkan warna biru yang lebih cerah 7. Melakar bentuk bukit menggunakan warna hijau gelap 8. Meratakan warna menggunakan berus yang telah dibasahkan sehingga rata 9. Menggunakan warna hijau yang lebih cerah bagi menghasilkan lapisan warna hijau yang ketiga 10. Mencampurkan warna hijau pekat dan warna putih 11. Melukis bentuk rumput dengan menggunakan berus yang lebih halus 12. Melukis bentuk awan 13. Membiarkan hasil catan kering selama beberapa minit 14. Hasil aktiviti catan LINK TUTORIAL: https://youtu.be/xivLJzJnji0?feature=shared
25 AKTIVITI 4 Nama: Nur Syahmi Binti Arifin No. Matrik: D20202096388 Elemen Seni Visual: Crayon Nama Aktiviti: Drawing Scenery with crayon Bahan-bahan dan peralatan untuk aktiviti Gambar 1. Kertas Lukisan 2. Crayon
26 3. Pensel Langkah -langkah pelaksanaan aktiviti Gambar 1. Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan. 2. Melakar lukisan pemandangan pemandangan sawah padi menggunakan pensel. 3. Warnakan bahagian sawah dengan crayon berwarna kuning.
27 4. Warnakan dan lukis rumput di bahagian tepi jalan dengan menggunakan crayon berwarna hijau muda.
28 5. Lapiskan warna rumput dengan menggunakan crayon berwarna hijau gelap. 6. Warnakan lukisan jalan dengan menggunakan crayon berwarna kuning.
29 7. Warnakan rumput bahagian bawah dengan menggunakan crayon berwarna hijau muda. 8. Lapiskan dengan crayon berwarna hijau gelap ke atas rumput secara perlahan. 9. Gunakan crayon berwarna biru tua untuk mewarna langit.
30 10. Teruskan mewarna dengan menggunakan crayon berwarna biru muda kemudian lapiskan keatas warna biru tua. 11. Lukiskan pondok kecil menggunakan crayon berwarna coklat. Kemudian lapiskan dengan crayon berwarna merah.
31 12. Lukiskan sebatang pokok dengan menggunakan crayon berwarna coklat, pink dan merah.
32 13. Kemaskan lukisan dengan cantik. 14. Hasil aktiviti drawing scenery with crayon.
33 ADAPTASI DALAM PENGGUNAAN BAHAN ATAU AKTIVITI. Penerangan Gambar Adaptasi yang pertama dalam penggunaan bahan ialah dengan menggunakan pensel warna. Sekiranya terdapat murid yang mengalami kesukaran untuk memegang crayon, pelajar boleh menggantikan dengan pensel warna. Hal ini kerana pensel warna mempunyai ukuran yang lebih Panjang mudah untuk murid mewarna dengan baik. Adaptasi kedua adalah menggunakan Teknik gosokan. Teknik ini menggunakan tisu atau kertas dan gosokkan pada lukisan yang telah diwarnakan. Teknik ini akan menghasilkan lukisan yang lebih kemas. PENTAKSIRAN AKTIVITI 4
34 Elemen Seni Visual: Crayon Nama aktiviti: Drawing Scenery with crayon Langkah Telah menguasai (/) Sedang menguasai (/) Tidak menguasa (catatan) 1. Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan. 2. Melakar lukisan pemandangan pemandangan sawah padi menggunakan pensel. 3. Warnakan bahagian sawah dengan crayon berwarna kuning. 4. Warnakan dan lukis rumput di bahagian tepi jalan dengan menggunakan crayon berwarna hijau muda. 5. Lapiskan warna rumput dengan menggunakan crayon berwarna hijau gelap. 6. Warnakan lukisan jalan dengan menggunakan crayon berwarna kuning. 7. Warnakan rumput bahagian bawah dengan menggunakan crayon berwarna hijau muda. 8. Lapiskan dengan crayon berwarna hijau gelap ke atas rumput secara perlahan. 9. Gunakan crayon berwarna biru tua untuk mewarna langit. 10. Lapiskan menggunakan crayon berwarna biru muda di bawah warna biru tua.
35 Kemudian teruskan mewarna sehingga ke bawah. 11. Lukiskan pondok kecil menggunakan crayon berwarna coklat. Kemudian lapiskan dengan crayon berwarna merah. 12. Lukiskan sebatang pokok dengan menggunakan crayon berwarna coklat, pink dan merah. 13. Kemaskan lukisan dengan cantik. 14. Mengasilkan aktiviti drawing scenery with crayon. LINK TUTORIAL: https://youtu.be/ziN6UTr147A?si=Xzh6FVQC8Rc-ng6e RUJUKAN
36 Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Teks Pendidikan Seni Visual KSSMPK Tingkatan 1. Penerbit Aras Mega M Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual KSSMPK Tingkatan 1. Mahsan, I. P. (2021). Ekspresi Seni Dan Komunikasi Visual Murid Berkeperluan Khas Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Awal Kanakkanak Kebangsaan Vol.10 (1), 2021 (41-54). https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.1.4.2021 Mohd Rafi, N., & Halim, H. (2022). Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual.Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan,11(1), 24-39. https://doi.org/10.37134/jpak.vol11.1.3.2022