The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL SYASYA NABILAH BINTI HASNIZAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 857-3-syasya, 2022-03-24 01:13:12

KESUSASTERAAN MELAYU

NURUL SYASYA NABILAH BINTI HASNIZAM

Keywords: education

TUGASAN 1: PENGHA
SILAN PRODUK (30%)

KESUSASTERAAN
MELAYU

NAMA PENSYARAH: PN. NORMI BINTI MOHD DALI

NURUL SYASYA NABILA
H BINTI HASNIZAM (F2K)

Takrif Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu merujuk Perkembangan masyarakat yang
kepada hasil karya pesat hari ini telah

dan ciptaan seni yang terdapat mengubah dan menjarakkan
dalam kalangan hubungan sastera
dengan kehidupan
masyarakat Melayu

Perubahan ini telah menyebabkan Sastera yang dahulunya menjadi
sastera menjadi hak milik bersama

satu bidang kegiatan yang khusus kini telah berubah menjadi
dan tersendiri kegiatan yang berkaitan

pernyataan diri dan hak cipta

Takrif Kesusasteraan Melayu

Konteks Pendidikan

Kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu
yang mempunyai unsur keindahan dan keikhlasan
Terdapat pelbagai bentuk kesusasteraan Melayu seperti novel, cerpen,
sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional
Kesusasteraan merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang
disampaikan dengan kata-kata yang indah, menyampaikan mesej dengan
menggambarkan sesuatu keadaan yang berkaitan dengan diri sendiri atau
masyarakat

JENIS DAN BENTUK
KESUSASTERAAN

MELAYU

Jenis dan bentuk mempunyai pelbagai ragam kerana
memiliki unsur-unsur khusus yang membentuk pola
secara berbeza untuk tujuan tertentu
Jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu:
a) Prosa tradisional
b) Prosa moden
c) Puisi tradisional
d) Puisi moden

Prosa tradisional

Prosa tradisional Prosa Prosa tradisional Genre puisi
masih menjadi tradisional merupakan hasil tradisional:
sumber berbeza karya seni yang a) Sastera rakyat
pengetahuan, dengan disampaikan (lisan)
amalan, sastera lama melalui bahasa b) Sastera istana
pengajaran, kerana sastera Tujuan: (tulisan)
sempadan tingkah lama bersifat menyatukan
laku/sumber/ sementara falsafah
pengenalan pencipta dan
masyarakat Melayu penerimanya
kepada
masyarakat luar

Sastera rakyat (lisan) Sastera istana (tulisan)

Ciri-ciri: Kategori sastera rakyat Kategori sastera istana
Disebar dan diwariskan a) Naratif (tulisan)
secara lisan
Bersifat tradisional dan mitos sastera hikayat
lama legenda sastera epik
Wujud dalam variasi cerita rakyat sastera agama
yang berbeza b) Bukan naratif sastera panji
Bersifat anonimi puisi rakyat sastera undang-undang
Menjadi hak milik
masyarakat yang
menghasilkannya

Prosa Hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi
Moden digolongkan dalam sastera moden

Fungsi: memudahkan kita untuk memahami bentuk dan
unsur perbezaan dalam sastera Melayu

Contoh prosa moden:
Cerpen
Novel
Drama

Puisi Tradisional

Genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia
Banyak bangsa menggunakan puisi tradisional untuk menghasilkan bahan sastera
Genre dalam puisi tradisional:

Pantun Syair

Gurindam Seloka

Puisi Moden

Sajak merupakan satu-satunya Sajak terbentuk daripada kata-
genre puisi dalam puisi moden kata yang terbaik dalam susunan
terbaik
Sajak ialah pengucapan
perasaan yang mengandungi Mempunyai nama penulis sebagai
fikiran dan tanggapan pengakuan hak walaupun
menggunakan nama samaran

Sajak tidak terikat pada Merupakan hal karya kreatif yang
peraturan seperti pemilihan kata, mempunyai bentuk yang bebas dan
pembentukan rangkap tersendiri

CIRI-CIRI
KESUSASTERAAN

MELAYU

a) Keindahan c) Pengalaman seni

Melalui gaya dan lenggok bahasa yang Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat
digunakan dalam karya sastera memahami dan merasai fikiran dan
Hasil karya dikatakan indah jika memenuhi 4 perasaan pengkarya
syarat iaitu keutuhan, keselarasan, Nilai karya sastera terletak pada perkara
keseimbangan dan fokus kepada sesuatu yang disampaikan, cara dan bentuk
unsur penyampaian

b) Mencerminkan pengalaman d) Karya seni

Pengalaman di sini merujuk kepada tindak Terdapat tiga pekara yang mermbezakan
balas yang utuh dari jiwa manusia yang karya sastera dengan karya bukan sastera
digambarkan secara realiti iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya
Dalam karya sastera, pengalaman bahasa yang khusus
diungkapkan melalui bahasa

Fungsi Kesusasteraan Melayu

Hiburan Dakwah

Keperluan untuk menghiburkan karya Medium untuk menyampaikan ajaran
sastera yang membawa keseronokan yang agama
indah

Pendidikan Kritikan Sosial

Sastera untuk meberi pengajaran, nasihat Sastera merupakan rakaman kehidupan
dan pesanan kepada masyarakat

MANIFESTASI AKAL
BUDI

SYAIR
PANTUN
GURINDAM
SELOKA

Pengenalan Manifestasi Akal Budi

Akal budi menggambarkan perlakuan, pemikiran dan sikap seorang manusia
Lazimnya, sikap dan perlakuan seseorang digambarkan melalui hasil seni karya
tulisan iaitu menghasilkan karya sastera
Budi bermaksud perasaan, kesedaran serta keyakinan dan sokongan
Melalui pertuturan, gaya hidup, dan lain-lain budi dapat dilihat
Empat aspek yang dilihat melalui manifestasi akal budi:

Pertuturan Perlakuan

Pemikiran Gaya hidup

a) Akal budi dalam pantun

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;

Puas sudah menanam ubi,
Emas juga dipandang orang.

Sepertimana yang kita ketahui, masyarakat Melayu amat menekankan sikap
berbudi bahasa dalam perlakuan serta pertuturan. Bagi masyarakat Melayu, budi
bahasa mempunyai kedudukan yang tinggi bagi menentukan kedudukan dan
kebaikan seseorang. Budi bahasa tidak boleh dijual beli dan melambangkan
peribadi seseorang sama ada baik atau sebaliknya. Seseorang individu yang
berbudi bahasa pasti dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.

Pembayang yang digunakan ialah buah nanas dan ubi. Nanas berbau harum
dan berwarna kuning apabila sudah masak. Nanas dibandingkan dengan emas
kerana dapat menarik minat masyarakat untuk memilikinya tetapi hal ini berbeza
bagi ubi. Ubi dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menunjukkan
kehebatan diri. Akal budi dalam pantun ini memberikan pengajaran kepada
masyarakat agar tidak mengejar sesuatu yang hanya nampak istimewa pada
luaran sahaja malah menjadi sesorang yang merendah diri.

b) Akal budi dalam syair

(syair bidasari)

Dengankan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Sifat rendah diri pada penyair jelas dapat dilihat dalam rangkap pertama.
Penyair membahasakan dirinya sebagai 'fakir' yang membawa maksud miskin. Fakir
membawa maksud individu yang kurang berkemampuan dari segi keperluan
hariannya seperti membeli makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Jelaslah, fakir
merupakan tanda sikap rendah diri seperti yang telah ditunjukkan oleh Jamilah Hj
Ahmad pada syair tersebut (Azman Rahmat, 2022).

Sikap masyarakat Melayu yang sering merendah diri sudah diketahui ramai.
Sikap ini menunjukkan bahawa seseorang itu sangat beradab semasa berinteraksi
dengan orang lain. Akal budi seperti ini memberi peringatan kepada individu agar
tidak bersikap riak dengan kelebihan yang ada dalam diri kerana nikmat itu boleh
ditarik pada bila-bila masa sahaja. Sikap merendah diri yang telah diterapkan oleh
masyarakat Melayu perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian bagi menjaga hati
dan mengekalkan hubungan baik.

c) Akal budi dalam seloka
(seloka Pandai Pak Pandir)




Anak dipijak dagang dijinjing, Buntut kena cangkuk onak,
Kucing dibunuh tikus dibela, Gunting makan di hujung,
Harta habis badan tergadai, Pak Pandir juga menanggung,
Mendengar gelagak dagang, Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan:
Tak sedar bertelanjang, Orang berbunga, dia berbunga
Mendengar guruh dilangit, Orang berbuah, dia haram,
Air di tempayan dicurahkan, Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.
Mulut kena suap pisang,

Seloka Pandai Pak Pandir dijadikan sebagai hiburan dan jenaka walaupun
diselitkan juga unsur sindiran. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat
Melayu yang mempunyai sifat-sifat yang negatif. Pak Pandir juga dikatakan sebagai
seorang yang bernasib malang.

Berdasarkan seloka ini, akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang
terdapat dalam seloka ini ialah sindiran kepada individu yang mementingkan orang
lain berbanding keluarga. Contohnya, Pak Pandir sanggup mengabaikan dan
menyakiti anaknya seperti yang telah dinyatakan dalam frasa 'anak dipijak'. Frasa
'dagang dijinjing' pula menceritakan tentang Pak Pandir memberi layanan baik
kepada orang luar yang tidak mempunyai kaitan dengan keluarganya. Sikap negatif
ini perlu dibuang kerana mendatangkan keburukan kepada keluarga terdekat dan
diri sendiri.

Tambahan pula, Pak Pandir merupakan seorang yang kurang bijak dalam
menguruskan hartanya seperti yang telah diperkatakan dalam baris 'hartanya habis
tergadai'. Kemungkinan besar, Pak Pandir suka berjudi atau bertaruh yang akan
mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada diri dan
keluarganya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat segelintir masyarakat yang
bersikap seperti Pak Pandir dan telah menyebabkan keluarga sendiri menderita.

Pengarang turut mengkritik sikap masyarakat Melayu yang tidak memberi
manfaat kepada orang lain seperti "Gelagak rambut jantan" yang tidak
mengeluarkan buah walaupun berbunga. Jelaslah, seloka ini menyindir sikap
sebahagian masyarakat Melayu yang bersikap negatif seperti Pak Pandir.

d) Akal budi dalam gurindam

(gurindam dua belas)

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.

Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

d) Akal budi dalam gurindam

(gurindam dua belas)

Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.

Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.

Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

Fasal satu
(Raja Ali Haji)

Akal budi pada fasal satu ini telah dijelaskan oleh pengarang kepada
pembaca bahawa hidup akan menjadi sia-sia apabila tidak mengenal agama iaitu
Tuhan. Seseorang yang mengenali ajaran tasawuf akan menghadapi kehidupan
yang lebih tenang. Seseorang itu juga perlu melaksanakan perintah Allah SWT dan
menjauhi larangan-Nya supaya dapat memasuki syurga-Nya. Akan tetapi, masih
ramai yang terpedaya dengan nikmat dunia.

Falsafah yang terdapat dalam gurindam ini turut membincangkan pelbagai
persoalan kehidupan manusia, sama ada kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Antaranya ialah, perkara yang berkaitan aqidah dan tasawuf, syariat rukun Islam
dan kepentingan menjaga akhlak. Jelaslah, pengarang dapat mewujudkan
kesedaran dalam jiwa masyarakat serta memainkan peranan penting dalam
membentuk nilai keperibadian insan yang berlandaskan syariat Islam.

Rujukan

Abdullah. A., Abdul Mutalib, M., Jamaldin, S., Lambri, A., & Zakaria, N. (2017). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu
dalam Pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(2), 89-97.

Azman, R., N. Z., Shamsudin, A. B., Abdul, R. H. & Hasnah, A. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan
Melayu. Selangor Pustaka Al-Ehsan.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Kesusasteraan. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my/cari1
keyword=kesusasteraan.

Farish, A. (2020). Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Syair. Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/478146854/MANIFESTASI-AKAL-BUDI-
MASYARAKAT-MELAYU-DALAM-KARYA-SYAIR.

Raqiel, A. (2012) . Jenis Dan Bentuk Kesusasteraan Melayu. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/80873309/Jenis-Dan-Bentuk-Kesusasteraan-Melayu.

Siti, H. A. A. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sekian, terima
kasih.


Click to View FlipBook Version