The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDIT NURUL ADILAH BINTI HUSNI (1) - Copy

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meriatirazak, 2021-07-05 12:03:52

EDIT NURUL ADILAH BINTI HUSNI (1) - Copy

EDIT NURUL ADILAH BINTI HUSNI (1) - Copy

INSTITUT LATIHAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

( KEJURURAWATAN )
KUBANG KERIAN

GCSP 2033
HEALTH SOCIOLOGY AND PSYCHOLOGY

TAJUK : STRES

NAME :
MATRIC NO :
SUBMITTED DATE :
NAME OF TUTOR :

1

ISI KANDUNGAN Muka surat
1
Bil Perkara 2
1. Isi Kandungan 3
2. Penghargaan 4-6
3. 7.1.1 Pengenalan
4. 7.1.2 Latar Belakang 7-8

a) Teori dan konsep 9
10
b) Psikologikal isu

5. 7.1.3 Perbincangan
a) Analisis

b) Hasil analisis

6. 7.1.4 Kesimpulan
7. 7.1.5 Rujukan
8. Lampiran

2

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
kerana telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan ini saya tujukan
khas buat tenaga-tenaga pengajar yang telah bersungguh-sungguh membantu dan
membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan
Rozanita Binti Yusoff selaku tenaga pengajar yang mengajar saya kod subjek GCSP
2033 Health Sociology and Psychology. Beliau telah banyak meluangkan masa dalam
memberi tunjuk ajar serta membimbing kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

3

7.1.1 PENGENALAN
Stres atau tekanan ialah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami
ketidakstabilan emosi sama ada dari segi fizikal mahupun mental dan ianya berkaitan
dengan cara hidup kita. Stres atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem
yang terlibat dalam badan yang melampaui keupayaan. Stres akan menjejaskan
keberkesanan organisasi kerana orang yang mengalami stres tidak akan dapat
menumpukan sepenuhnya perhatian mereka terhadap pekerjaan.
Stres atau tekanan mempunyai istilah dan pentafsiran yang berbeza. Dari segi
bahasa, tekanan atau stres berasal daripada perkataan Latin iaitu “stringere” yang
menggambarkan kesusahan atau penderitaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua,
tekanan ditakrifkan sebagai keadaan menanggung bebanan yang sukar untuk
ditanggung. Menurut A Dictionary of Human Behavior menyatakan bahawa, tekanan
adalah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan dalam suatu masa yang
boleh menyukarkan keupayaan seseorang individu untuk mengendalikan sesuatu
situasi.

Jurnal ini menerangkan tentang punca atau faktor berlakunya tekanan atau stres di
tempat kerja, kesannya dan cara untuk mengurangi stres yang berlaku di tempat kerja
dalam kalangan anggota polis di sebuah ibu pejabat kontinjen polis di Semenanjung
Malaysia. Ia bertujuan untuk mengkaji tiga objektif utama iaitu pertama untuk
mengukur perhubungan di antara kekaburan peranan dengan kesihantan pekerja.
Kedua untuk mengukur perhubungan di antara konflik peranan dengan kesihatan
pekerja dan yang ketiga untuk mengukur perhubungan di antara beban peranan
dengan kesihatan pekerja. Hal ini kerana untuk melahirkan pekerja yang mampu untuk
menangani dan menguruskan stres yang dihadapi supaya tidak membawa keburukan
kepada kesihatan mental dan fizikal sekaligus dapat melahirkan pekerja yang sihat
dan berkualiti.

4

7.1.2 LATAR BELAKANG
a. Teori dan Konsep
Menurut Selye, tekanan atau stres merupakan suatu tanggapan tubuh badan yang
bersifat nonspesifik terhadap aksi tuntutan atau bebanan ke atasnya. Jenis tekanan
terbahagi kepada dua iaitu eustress dan distress. Eustress disifatkan sebagai suatu
tekanan yang membangun iaitu ia bertindak balas terhadap tekanan perasaan yang
bersifat sihat dan positif. Manakala, distress pula disifatkan sebagai tekanan negatif
yang wujud apabila individu tidak dapat menampung permintaan luaran yang
membawa kepada peningkatan tekanan fisiologi dan psikologi.
Menurut He & Zhao & Archbold distress dalam konteks pekerjaan merupakan tekanan
yang tidak dapat dikendalikan oleh tubuh badan pekerja. Contohnya, hidup yang tidak
menyenangkan atau penyakit yang tidak dapat mengawal kebimbangan individu dan
bersifat pasif.
Menurut Abu Al Rub, Ismail, dan Wickramasinghe tekanan atau stres di tempat kerja
sering dikaitkan dengan tekanan kerja yang merupakan produk kognitif bagi
mentafsirkan sesuatu keadaan.

5

b. Isu Psikologikal
Tekanan atau stres di tempat kerja merupakan suatu isu yang sangat umum dan
sering berlaku di dalam sesebuah organisasi sama ada organisasi kerajaan mahupun
swasta. Anatara punca berlakunya tekanan atau stres yang sering di alami oleh
anggota-anggota polis di Malaysia adalah kekaburan peranan, konflik peranan dan
bebanan peranan.
Kekaburan peranan ditakrifkan sebagai keadaan di mana pekerja tidak dapat
menentukan tuntutan peranan kerja. Faktor-faktor yang melibatkan tututan peranan
kerja adalah seperti pekerja tidak mengetahui maklumat yang jelas terhadap objektif
pekerjaanya, skop kerja, harapan penyelia dan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan di dalam organisasi.
Selain itu, konflik peranan didefinisikan sebagai keadaan di mana pekerja tidak dapat
memenuhi permintaan kerja, melakukan sesuatu yang pekerja tidak mahu
melakukannya atau melakukan perkara-perkara yang tidak dianggap sebahagian
daripada tugasan sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai jenis konflik
pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana tugasan yang diberikan oleh pihak
atasan terlalulah banyak sehingga tidak dapat dikawal olehnya sekaligus
menyebabkan tekanan kepada para anggota polis.
Selain itu, bebanan peranan yang sering dialami oleh para anggota polis adalah
tugasan yang diberikan terlalu banyak sesuatu masa tertentu. Bebanan peranan juga
merangkumi eleman yang meliputi jumlah jam bekerja, tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan begitu berat, pekerjaan rutin dan bukan rutin yang melampaui
keupayaan dan kemampuan pekerja dalam suatu masa tertentu.
Oleh itu, jikalau tekanan atau stres itu tidak dirawat ia mungkin akan membawa
kepada kesan yang negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental pekerja.

6

7.1.3 PERBINCANGAN
a. Analisis
Kajian ini mendapati bahawa seramai 150 orang anggota polis telah diberi borang soal
selidik di ibu pejabat polis kontinjen di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 94.7% atau 142 borang soal selidik telah dijawab. Kebanyakkan
responden terdiri daripada lelaki iaitu sebanyak (59.2%), berumur daripada 21 tahun
hingga 30 tahun (38.0%), taraf perkahwinan adalah berkahwin sebanyak (70.4%).
Selain itu, taraf pendidikan SPM sebanyak (64.1%). Posisi pekerjaan adalah pekerja
am (53.5%), pengalaman bekerja melebihi 15 tahun sebanyak (37.3%) dan jam
bekerja harian adalah (41.5%).

7

b. Hasil Analisis

Hasil daripada analisis mendapati bahawa kekaburan peranan, konflik peranan dan
beban peranan bertindak sebagai pembolehubah peramal kepada kesihatan pekerja.
Hal ini dikatakan demikian kerana, keupayaan anggota polis menguruskan tekanan
yang dihadapi seperti kekaburan peranan, konflik peranan dan bebanan peranan
secara teratur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab harian dapat membantu
meningkatkan tahap kesihatan mereka di dalam organisasi. Ini kerana, jikalau mereka
dapat menguruskan tekanan dengan baik tekanan yang dihadapi akan mendatangkan
kebaikkan kepada diri mereka sendiri.

Selain itu, mempunyai matlamat, objektif, skop dan tanggungjawab yang jelas di
dalam organisasi, masalah kekaburan peranan, konflik peranan dan bebanan peranan
akan dapat diatasi dengan mudah dan ia akan dapat meningkatkan kualiti dan mutu
kerja anggota polis kerana mereka masing-masing sudah mengetahui apakah
tugasan yang harus dilakukan.

Seterusnya, dari aspek pemantapan kualiti kerja dan kesihatan anggota polis,
beberapa langkah telah diambil untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi
tersebut. Antaranya, untuk menangani stres atau tekanan dalam kalangan anggota
polis, pihak-pihak pengurusan sumber manusia haruslah memainkan peranan yang
penting dalam menjaga kesihatan para pekerja. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan
adalah dengan melakukan senaman secara berkala di ibu pejabat polis. Hal ini akan
dapat membantu anggota-anggota polis dalam menangani stres yang dihadapi
sekaligus dapat meningkatkan kualiti kesihatan mereka.

Di samping itu, mengadakan bengkel-bengkel atau kursus perlu diadakan bagi
meningkatkan kecekapan dan kesepadanan tugas dengan kepakaran adalah penting
bagi menjamin kepuasan dan mengurangkan tekanan atau stres yang dihadapi.
Apabila anggota-anggota polis ini terdedah dengan keadaan seperti ini ia akan dapat
menunjukkan semangat dan keyakinan di dalam diri mereka untuk memberi
perkhidmatan yang lebih baik dan lebih berkualiti kepada masyarakat.

8

Akhir sekali, mengadakan program khidmat kaunseling bagi membantu pekerja dalam
menangani dan menguruskan tekanan kerja atau stres pada peringkat awal sebelum
ia menjadi lebih serius dan dapat mendatangkan kesan yang buruk terhadap
kesihatan mereka. Ini akan dapat membantu para pekerja dalam menguruskan
tekanan atau stres kerja yang dihadapi secara teratur dan sistematik supaya masalah
yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

9

7.1.5 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap orang harus mempunyai stres atau tekanan. Stres mempunyai
kebaikkannya dan keburukkannya. Jika seseorang itu tidak memiliki stres di dalam
hidupnya maka seseorang itu tidak normal. Kita harus mempunyai stres atau tekanan
di dalam hidup kita untuk mendorong kita berusaha dengan gigih bagi mengecapi apa
yang diinginkan di dalam hidup.
Selain itu, jika seseorang itu memiliki stres atau tekanan yang melampau, ia akan
membawa keburukkan kepada dirinya malah akan membawa kepada masalah
kesihatan mental dan fizikal. Oleh itu, bijak menangani dan menguruskan stres juga
merupakan salah satu faktor yang dapat mengurangkan stres daripada berlaku dalam
kehidupan seharian kita. Ayuhlah, kita semua mengamalkan kehidupan yang lebih
positif supaya dapat mengurangkan berlakunya stres yang berlebihan.

10

7.1.5 RUJUKAN
Abdul Ghani, K. (2013, September 29). Teori-teori stres. Retrieved from,
https://www.slideshare.net/nisaabdulghani1/teoriteori-stres @ (09 Februari 2020)
David A Statt. (1981). A Dictionary of Human Behaviour. London ; San Francisco:
Harper & Row Publisher. Retrieved from, https://www.worldcat.org/title/dictionary-of-
human-behaviour/oclc/10482967 @ (23 Februari 2020)
Ismaal, Dr. I. H. (2017). Stress Dan Kesihatan. Retrieved from,
https://kl.utm.my/pendaftar/files/2017/10/Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-
Ismaal.pdf @ (9 Februari 2020)
Kementerian Kesihatan Malaysia (2015), Retrieved from, http://www.moh.gov.my @
(10 Februari 2020)
Mohamad, N.I, Ismail, A, Mohamad Rozi, M.S.A, Ahmad, S (2015) Tekanan kerja
dan perkaitannya dengan kesihatan pekerja : Kajian empirical sebuah kontinjen polis
di Semenanjung Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 11 issues 10 (63-
75). Retrieved from, http://journalarticle.ukm.my/9534/1/6x.geografia-si-sept15-
NUR_IZZATY-edam1.pdf @ (20 Februari 2020)

11

12


Click to View FlipBook Version