The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2020 BUKU ATURCARA KEJOHANAN OLAHRAGA SMK SANDAKAN II

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by swsabrina2548, 2020-01-20 07:50:42

2020 BUKU ATURCARA KEJOHANAN OLAHRAGA SMK SANDAKAN II

2020 BUKU ATURCARA KEJOHANAN OLAHRAGA SMK SANDAKAN II

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN II
PETI SURAT 2769, 90731 SANDAKAN, SABAH



KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

MAJLIS SUKAN SMK SANDAKAN II
KALI KE – 18 TAHUN 2020
20 HINGGA 21 JANUARI
KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN

Dirasmikan oleh,

ENCIK MOHD. AMIN BIN NGAHADI

Yang Dipertua PIBG SMK Sandakan II

MUKA SURAT
2
ISI KANDUNGAN
3
Ikrar sempena Kejohanan Olahraga Tahunan 4
SMK Sandakan II 5
6-7
Sejambak kata daripada Puan Pengetua 8
9
Sejenak madah daripada Perasmi 10 – 13
14 – 15
Aturcara Majlis Penutupan – 21 Januari 2020 16 – 17
18
Jadual Acara – 20 Januari 2020

Jadual Acara – 21 Januari 2020

Senarai Rumah Sukan Guru-Guru dan AKP

Jawatankuasa Pengelola

Pegawai Teknikal

Kenangan Kejohanan Olahraga Ke-17 2019

Penghargaan

IKRAR SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA

SMK SANDAKAN II








KAMI BERIKRAR




BAHAWA KAMI AKAN


MENGAMBIL BAHAGIAN




DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN



SANDAKAN II




KALI KELAPAN BELAS PADA TAHUN 2020 INI




DENGAN TAAT SETIA,



MENGHORMATI UNDANG-UNDANG



DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH



MENGAMBIL BAHAGIAN DENGAN



PENUH SEMANGAT KESUKANAN






DEMI KEHORMATAN DAN KEJAYAAN SUKAN.






2

SEJAMBAK KATA DARIPADA PUAN PENGETUA

Puan Jabidah Binti Lenggang

Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan II

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan selamat datang dan terima
kasih kepada Encik Mohd. Amin Bin Ngahadi kerana sudi meluangkan masa untuk
hadir dan merasmikan kejohanan olahraga SMK Sandakan II kali ke-18 ini. Selamat
datang juga kepada semua tetamu yang hadir menyaksikan kejohanan sukan tahunan
sekolah pada hari ini. Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus-lumus
menjayakan kejohanan sukan yang berlangsung selama 2 hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kejohanan sukan ini tidak hanya untuk
menentukan pemenang bagi sesuatu acara namun perkara yang lebih penting adalah
melalui kejohanan seperti ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada
pelajar dan atlet yang terlibat bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha,
ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang
mudah dicapai melainkan perlu melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan
sukan ini juga adalah landasan ke arah memupuk semangat perpaduan, menjalin sifat
hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi.


Kepada ibu bapa dan penjaga yang budiman, saya mengharapkan tuan-tuan
dan puan-puan sekalian akan terus memberikan sokongan kepada anak-anak untuk
bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum sama ada dalam bidang sukan, permainan,
kelab dan persatuan serta unit beruniform kerana potensi dan penglibatan mereka
dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam
bidang kurikulum.


Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua peserta yang mengambil
bahagian dalam kejohanan sukan sekolah pada kali ini. Menang atau kalah adalah
adat dalam pertandingan namun yang pasti anda adalah wira bagi rumah sukan
anda dan yang penting adalah semangat kesukanan yang anda semua tunjukkan bagi
menjayakan kejohanan olahraga sekolah pada tahun ini.


Sekian, terima kasih.


‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’

3

SEJENAK MADAH DARIPADA PERASMI

Encik Mohd. Amin Bin Ngahadi
Yang Dipertua PIBG SMK Sandakan II



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Puji-pujian ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama
dalam Kejohanan Olahraga SMK Sandakan II, bagi tahun 2020. Terlebih dahulu saya
ingin mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur
kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk mencoretkan secangkir bicara
sempena kejohanan olahraga ini.


Sememangnya aktiviti sukan sangat penting kepada rakyat dan negara

khususnya generasi muda yang bakal memimpin negara kelak. Selain dapat
menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan juga dapat
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat kita Malaysia yang berbilang
kaum. Amalan bersukan mestilah dipupuk di peringkat sekolah lagi dan sudah
tentulah pihak sekolah menjadi teraju utama untuk memupuk minat bersukan dalam
kalangan pelajar.

Sukan juga merupakan satu industri. Dunia hari ini telah menjadikan bidang
sukan sebagai bidang kerjaya yang amat menarik. Contohnya, pendapatan pemain
bola sepak terkenal sudah mencecah jutaan ringgit. Begitu juga dengan sukan-sukan
yang mempunyai peminat yang ramai seperti badminton, olahraga dan sukan tempur
yang memberi ganjaran wang yang amat banyak kepada pemenang.


Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua
warga SMK Sandakan II terutama guru-guru yang bertungkus-lumus untuk
menjayakan kejohanan olahraga tahunan kali ke-18 sekolah ini. Kepada semua
pelajar, kalah atau menang adalah adat dalam sesuatu pertandingan. Tahniah kepada
yang menang, manakala kepada yang tewas teruskan usaha untuk meraih
kemenangan pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.



‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’




4

ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN


Kejohanan Olahraga Majlis Sukan SMK Sandakan II kali Ke-18 Tahun 2020



Tarikh : 21 Januari 2020
Hari : Selasa
Masa : 9:45 pagi hingga 11:30 pagi

9.45 pagi : Pelajar & staf SMK Sandakan II mengambil tempat.
9.50 pagi : Ketibaan Pengetua SMK Sandakan II dan YDP Pengerusi PIBG
serta tetamu yang lain.
9.55 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
10.00 pagi : Bacaan Doa (Ustaz Mohd. Irawan Othman)
10.05 pagi : 4 X 100 meter LA
10.10 pagi : Lintas Hormat 4 Rumah Sukan
10.25 pagi : Ucapan Alu-aluan daripada Pengetua SMK Sandakan II
10.35 pagi : Ucapan Perasmian Penangguhan daripada
YDP PIBG En. Mohd. Amin Bin Ngahadi.
10.45 pagi : Cabutan Bertuah (10 cabutan)
10.55 pagi : Penyampaian Hadiah
1). Olahragawati Perempuan 15 tahun
2). Olahragawan Lelaki 15 tahun
3). Olahragawati Perempuan 18 tahun
4). Olahragawan Lelaki 18 tahun
5). Olahragawati Keseluruhan
6). Olahragawan Keseluruhan
7). Perbarisan (tempat ke-4, tempat ke-3, Naib Johan, Johan)
8). Tempat Ke-3 Keseluruhan
9). Naib Johan Keseluruhan
10). Johan Keseluruhan
11.15 pagi : Penyampaian Cendera Kenangan kepada Perasmi oleh Pengetua
11.25 pagi : Nyanyian Lagu SMK Sandakan II
11.30 pagi : Perasmi dan tetamu jemputan bersurai.
Para pelajar, guru dan staf SMK Sandakan II bergotong-royong
membersihkan kawasan stadium.
12.00 tgh : Bersurai





5

JADUAL ACARA

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan SMK Sandakan II kali Ke-18 Tahun 2020



TARIKH : 20 JANUARI 2020, ISNIN

TEMPAT : STADIUM KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN



NO MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT
ACARA

PAGI

1 7.30 pagi 1500 Meter PB Akhir

2 7.45 pagi 1500 Meter LB Akhir

3 8.00 pagi 1500 Meter PA Akhir

4 8.15 pagi 1500 Meter LA Akhir

5 8.30 pagi 100 Meter PB Akhir 1

6 8.00 pagi Lontar Peluru LB Akhir

7 8.00 pagi Lempar Cakera LA Akhir

8 8.00 pagi Merejam Lembing PA Akhir

9 8.00 pagi Lompat Tinggi PB Akhir

10 8.00 pagi Lompat Jauh PA Akhir

11 8.35pagi 100 Meter PB Akhir 2

12 8.40pagi 100 Meter LB Akhir 1

13 9.45pagi 100 Meter LB Akhir 2

14 9.50pagi 100 Meter PA Akhir 1

15 9.55pagi 100 Meter PA Akhir 2

16 10.00pagi 100 Meter LA Akhir 1

17 10.05 pagi 100 Meter LA Akhir 2

10.10 pagi Penyampaian Hadiah Acara 1-17

18 10.20pagi 400 Meter PB Akhir 1

19 10.00 pagi Lontar Peluru LA Akhir

20 10.00 pagi Lempar Cakera PB Akhir

21 10.00 pagi Merejam Lembing LB Akhir

22 10.00 pagi Lompat Tinggi PA Akhir

23 10.00 pagi Lompat Jauh PB Akhir

24 10.25 pagi 400 Meter PB Akhir 2

25 10.30 pagi 400 Meter LB Akhir 1

26 10.35 pagi 400 Meter LB Akhir 2

6

400 Meter PA Akhir 1
400 Meter PA Akhir 2
27 10.40 pagi

28 10.45 pagi

29 10.50 pagi 400 Meter LA Akhir 1
30 10.55 pagi 400 Meter LA Akhir 2

11.00 pagi Penyampaian Hadiah Acara 18 - 30

REHAT

PETANG

31 2.00 petang 200 Meter PB Akhir 1
PB Akhir
32 2.30 petang Lontar Peluru PA Akhir
LA Akhir
33 2.30 petang Lempar Cakera LB Akhir
LA Akhir
34 2.30 petang Merejam Lembing PB Akhir 2
LB Akhir 1
35 2.30 petang Lompat Tinggi LB Akhir 2
PA Akhir 1
36 2.30 petang Lompat Jauh PA Akhir 2
LA Akhir 1
37 2.05 petang 200 Meter LA Akhir 2
PB Akhir
38 2.10petang 200 Meter LB Akhir
PA Akhir
39 2.15 petang 200 Meter LA Akhir

40 2.20petang 200 Meter

41 2.25 petang 200 Meter

42 2.30 petang 200 Meter

43 2.35 petang 200 Meter

44 2.45 petang 4 X 400 Meter

45 2.55 petang 4 X 400 Meter

46 3.05 petang 4 X 400 Meter

47 3.15 petang 4 X 400 Meter

3.25 ptg Penyampaian Hadiah Acara 31 - 47

3.40 ptg RAPTAI MAJLIS PENANGGUHAN KEJOHANAN
OLAHRAGA SMK SANDAKAN II KE-18 TAHUN 2020

4.30 ptg Gotong Royong Membersihkan Kawasan Stadium

5.00 ptg Tamat Hari Pertama Kejohanan / Bersurai

7

JADUAL ACARA

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan SMK Sandakan II kali Ke-18 Tahun 2020


TARIKH : 21 JANUARI 2020, SELASA

TEMPAT : STADIUM KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN


NO. MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT

ACARA

48 7.30 pagi 800 Meter PB Akhir

49 7.40 pagi 800 Meter LB Akhir

50 7.50 pagi 800 Meter PA Akhir

51 8.00 pagi 800 Meter LA Akhir

52 8.10 pagi 4 X 50 Meter PPKI Akhir

53 8.15 pagi 4 X 100 Meter PB Akhir

54 8.20 pagi 4 X 100 Meter LB Akhir

55 7.30 pagi LontarPeluru PA Akhir

56 7.30 pagi LemparCakera LB Akhir

57 7.30 pagi MerejamLembing PB Akhir

58 7.30 pagi LompatTinggi LA Akhir

59 7.30 pagi LompatJauh LB Akhir

60 8.25 pagi 4 X 100 Meter PA Akhir

61 8.30 pagi 4 X 100 Meter Jemputan Akhir

62 08.35 pagi 8 X 50 meter Staff Akhir

8.40 – 9.00 pagi Penyampaian Hadiah Acara 48 – 62

9.00 – 9.30 pagi REHAT

9.30 – 9.45 pagi Persiapan Majlis Perasmian Penangguhan

9.45 – 10.00 pagi UPACARA PERASMIAN PENANGGUHAN

63 10.05 pagi 4 X 100 Meter LA Akhir

10.10 – 10.20 pagi Perbarisan Lintas Hormat Kejohanan Olahraga

10.20 – 11.30 pagi MAJLIS PENANGGUHAN BERSAMBUNG SEMULA

11.30 pagi Gotong Royong Membersihkan Kawasan Stadium

12.00 tengahari Tamat Hari Kedua Kejohanan Olahraga / Bersurai


8

RUMAH SUKAN GURU-GURU DAN AKP

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan SMK Sandakan II kali Ke-18 Tahun 2020


BIL RUMAH DECATHLON RUMAH HEPTATHLON RUMAH PENTATHLON RUMAH TRIATHLON
( MERAH ) ( HIJAU ) ( KUNING ) ( BIRU )

1 Salmah Jumali (K) Mohd. Zul Abas (K) Nurul Khamisah Nur Hanifa Mohd Hatta
Maidin (K) (K)

2 Safril Sappe (PK) Sinar Syamsuri (PK) Sharizan Al Rahim (PK) Kashmer Samih (K)

3 Jeeslyn Vlaria Ilod Norozidah Jikri (PK) Caroline Utong (PK) Farahana Sani (PK)

4 Hisna Sudirman Arfinah Abdul Rasak Lee Shuk Yen Mazlinna Umar

5 Nur Athirah Elias I.sakka Lasupu Norsia Siluah Zuriawati Ambri

6 Maslilaidah Madin Ku Mui Hung Norihsan Ismail Cornellia Geoffrey

7 Kong Ing Ing Siti Waznah Naan Davy Selingin Syahzarina Ali Hassan

8 Shanttey Pundus Kamariah Che Ngah Yap Nyuk Hee Nani Naim

9 Sabrina Sally Wong Siti Dahliah Patta Niaty Murni Jeannete Claus

10 Lai Yee Lui Noriza Rahim Sunaidah Abdullah Rachael Henry Yapolai

11 Samsuriati Samsir Haslinah Amirbak Nur Farah Ain Alam Juraidah Abdul Yussof

12 Harmawati Mayate Nura Iberahim Zumiza Hamzah Norhazlina Hamzah

13 Nazahiyah Amir Rusni Abd Kadir Abdul Said Kamarudin Ghani Kahar
Hamezah

14 Zaleha Lanondo Rahmat Hidayat Zulfatmi Wong Yun Hong @ Lucy Ahmad Amirullah Mohd
Wong Yunan

15 Lokman Hakim Mohd Azlan Asmad Latif Sheena Sarmie Isah Mohd Zaim Zainal
Hakim Mukthar

16 Abdullah Osman Arsyad Mumin Patrus Miting Hadi Salman Abdul Sait

17 Mohd Irawan Othman Siti Kamalia Hakim Surinah Jumdail Abdul Said Amit
18 Rosman Edih Mohd Mansur Othman Tengku Anuarul Amin Siti Nuraini Ribut
19 Julpa Ottoh
Helmi Rashid Tuan Mat Marrisa Ismail
Julizan Jiwa Armarun

20 Aizat Azmi Azhar Ho Li Sin Roslan Mohd Noh Anis Nazihah Jamil

21 Jakarullah Jamil Lam Tee Yaw

9

JAWATANKUASA PENGELOLA

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan SMK Sandakan II kali Ke-18 Tahun 2020



JAWATANKUASA INDUK



PENGERUSI : PUAN JABIDAH BINTI LENGGANG

NAIB PENGERUSI : PUAN TANG SYU SYN

TIMB. PENGERUSI 1 : PUAN MAZNAH ABDUL YUSSOF

TIMB. PENGERUSI 2 : ENCIK ANAS BIN SULAIMAN

SETIAUSAHA : ENCIK ADZMEN BIN KADER

NAIB SETIAUSAHA : PUAN JULIZAN JIWA ARMARUN

BENDAHARI : PUAN ZURAINI BINTI SIMAN





JAWATANKUASA KERJA



PENGERUSI : ENCIK ANAS BIN SULAIMAN

SETIAUSAHA SUKAN : ENCIK ADZMEN KADER

SETIAUSAHA KOKURIKULUM : PUAN JULIZAN JIWA ARMARUN

PENYELARAS UNIT UNIFORM : ENCIK TENGKU ANUARUL AMIN

PENYELARAS KELAB & : ENCIK LAM TEE YAW

PERSATUAN

PENYELARAS 1M1S : ENCIK JAKARULLAH JAMIL

AJK : KETUA – KETUA RUMAH SUKAN

PERINCIAN TUGAS

JAWATANKUASA KERJA

Teknik dan peralatan: § Penyediaan trek larian serta kawasan lontaran

1) Pn Nura Iberahim (K) dan lompatan

2) En. Mohd Za’im Zainal § Penyedian semua jenis borang pertandingan
3) En. Jakarullah Jamil borang keputusan rasmi
(6 orang pelajar tingkatan 6)
§ Penyediaan senarai pegawai kejohanan

§ Memastikan semua alat pertandingan adalah

sesuai dan mencukupi

§ Segala tugas di atas dilakukan dengan bantuan

SU sukan sekolah

Pengurusan Pertandingan : § Mengedarkan borang pendaftaran peserta

1) Pn. Julizan Jiwa Armarum (K) kepada guru rumah sukan

2) Pn. Aizat Azmi Azhar § Menetapkan tarikh terakhir untuk menyerahkan
borang pendaftaran

§ Mengisi borang-borang untuk acara balapan &
padang.

10

Hadiah dan cenderamata & § Menyediakan senarai nama peserta untuk
cabutan bertuah: setiap acara (untuk kegunaan juruhebah,
1) Pn. Anis Nazihah Jamil (K) pegawai balapan, pelepas dan pencatat
2) Pn. Rusni Abd Kadir keputusan )
( 4 orang pelajar tingkatan 6 )
§ Menentukan kedudukan lorong bagi peserta-
peserta yang sudah layak ke separuh akhir dan
Makanan dan Minuman akhir selepas saringan dan suku akhir.
pegawai kejohanan :
1) Pn. Rachel Henry Yapolai (K) § Menyediakan beberapa jenis contoh hadiah
2) Pn. Nurul Aini Binti Kausar serta cenderamata bersama harga setiap
( 4 orang pelajar tingkatan 6 ) satu.AJK induk akan membuat keputusan
muktamad terhadap yang mana akan dipilih.

Jemputan dan sambutan : § Membuat pesanan hadiah dan cenderamata
1) Pn. Kamariah Che Ngah (K) dan memastikan ianya ada sebelum tarikh
2) En. Lokman Hakim kejohanan
3) Semua AJK PIBG
( 2 pelajar tingkatan 6) § Menyediakan meja dan menyusun hadiah pada
hari kejohanan.

§ Memastikan proses pemyampaian hadiah dapat
dilakukan dengan lancer.

§ Bekerjasama dengan SU sukan serta juruhebah
semasa penyampaian hadiah.

§ Meyediakan beberapa pilihan menu makanan
dan minuman serta kosnya untuk keputusan
muktamad oleh jawatankuasa induk.

§ Menentukan pembekal makanan dan minuman.

§ Menyediakan makanan untuk tetamu khas
berdasarkan kos dan bilangan tetamu tersebut.

§ Menentukan tempat makan untuk tetamu
utama dan pegawai kejohanan.

§ Menghias tempat-tempat makan.



§ Menyediakan senarai nama para jemputan

§ Menyediakan kad jemputan dan menghantar
kad tersebut kepada tetamu yang akan
dijemput samaada tetamu khas,ibubapa dan
penderma-penderma

§ Menyediakan senarai nama tetamu yang akan
hadir berdasarkan maklum balas yang telah
diperolehi melalui surat jemputan.

§ Menyambut tetamu yang hadir semasa
kejohanan sukan.



11

§ Memastikan kamera /perakam yang akan
Fotografi : digunakan semasa kejohanan dalam keadaan
1) En. Rahmat Hidayat (K) baik.
2) Pn Siti Dahliah Patta
(2 org pelajar tingkatan 6) § Pastikan ada kamera simpanan jika berlaku
kerosakan kamera.

Siar raya & Juruhebah : § Mengambil dan merakam gambar sepanjang
1) En. Roslan Mohd Noh kejohanan.
2) En. Ahmad Amirullah
(2 org pelajar tingkatan 6) § Pastikan gambar-gambar dipamerkan untuk
tatapan ramai.

§ Menyediakan segala keperluan siar raya

§ Mengurus dan memastikan PA sistem sedia
P.A sistem : untuk digunakan
1) En. Patrus Miting (K)
2) Abdul Said Kamaruddin § Bekerjasama dengan SU Sukan dan
( 2 orang pelajar tingkatan 6 ) jawatankuasa hadiah semasa pengumunan
Buku Program : dilakukan.
1) Pn. Sabrina Sally Wong
( 2 orang pelajar tingkatan 6 ) § Mengumunkan keputusan kejohanan dari masa
ke semasa.

Upacara pembukaan dan § Berhubung dengan pihak kompleks sukan untuk
Penangguhan penyediaan P.A sistem.
1) En. Lam Tee Yaw (K)
2) Ustazah Nazahiyah Amir § Memastikan segala peralatan yang digunakan
Hamezah dalam keadaan baik.
( 6 orang pelajar tingkatan 6 )
§ Bekerjasama dengan pengetua, SU Sukan dan
jawatankuasa lain sebelum menyediakan buku
program.

§ Pastikan semua maklumat kejohanan
terkandung di dalam buku program.

§ Pastikan aturcara penting seperti aturcara majlis
dimasukkan ke dalam buku program.

§ Mengagihkan buku program kepada semua
hadirin.



§ Menentukan perjalanan upacara pembukaan
dan penutup dengan mengadakan perbincangan
dengan pengetua dan SU sukan.

§ Menentukan lagu-lagu yang akan dimainkan
semasa upacara pembukaan dan penutupan.

§ Mengadakan raptai sebelum upacara
penutupan kejohanan.

§ Menghias kawasan yang akan digunakan untuk
majlis penutupan.



12

Perubatan dan pertolongan § Pastikan semua peralatan kecemasan dan ubat-
cemas : ubatan mencukupi dan berada dalam keadaan
1) Pn Maslilaidah Madin (K) yang baik dan selamat untuk digunakan.

2) Pn Ku Mui Hung § Pastikan bilangan pegawai kecemasan adalah
3) Pn Norsia Siluah mencukupi sepanjang kejohanan.

( 8 orang pelajar PBSM ) § Memberitahu pihak-pihak yang berkaitan
mengenai aktiviti yang akan berlangsung
(hospital dan klinik yang berhampiran )

§ Membuat laporan setiap insiden yang berlaku
sepanjang aktiviti kejohanan kepada pihak
pentadbir atau penganjur kejohanan.

§

Kebersihan : § Pastikan kawasan-kawasan yang akan
1) Pn. Nur Athirah Elias (K) digunakan semasa kejohanan dalam keadaan
2) Pn. Zumiza Hamzah bersih sebelun,semasa dan selepas aktiviti.
3) Pn Norozidah Jikri
4) Pn Farahana Sani § Menyediakan tong sampah dan plastik sampah
( 4 orang pelajar tingkatan 6) yang mencukupi sepanjang jangka masa
kejohanan.

§ Sentiasa memberi peringatan kepada semua
pelajar dan hadirin supaya sentiasa menjaga
kebersihan.

§ Bekerjasama dengan bahagian pembersihan

kompleks sukan supaya kawasan kejohanan
sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan.

§

Kawalan pelajar dan § Memastikan pelajar-pelajar tidak berada di

keselamatan : kawasan yang dilarang sepanjang aktiviti

1) Ust Mohd Irawan Othman (K) kejohanan berlangsung.

2) Pn Siti Waznah Naan § Memastikan semua pelajar berada di tempat

( 4 orang pelajar Ting.6 ) yang dikhaskan dan di bawah kawalan
pengawas atau guru rumah sukan masing-
masing.

§ Menggunakan tenaga pengawas sekolah

mengikut keperluan.

§ Memastikan khidmat sentiasa bersedia untuk
menghantar kes-kes serius ke hospital sekiranya
perlu.

§ Bekerjasama dengan jawatankuasa pertolongan
dan kecemasan.

Banner : § Menempah banner untuk kejohanan

- TIADA -

13

PEGAWAI TEKNIKAL

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan SMK Sandakan II kali Ke-18 Tahun 2020



Juri rayuan : Pengurus Kejohanan :

Puan Jabidah Binti Lenggang Encik Adzmen Kader

Encik Anas Sulaiman Penolong Pengurus Kejohanan :

Puan Tang Syu Syn Encik Ajis Jaafar Matahar

Puan Maznah Abdul Yussof

Puan Wirdawati Hj Sonteng

Encik Mohd Zihar Fairdaus Kasimin



Referi Balapan : Hakim Lompat Jauh :

Encik Azlan Asmad Latif 1. Cik Juraidah (K)

( 2 orang pelajar Ting.6 ) 2. Pn. Noriza Rahim

( 2 pelajar tingkatan 6 )

Referi Padang & Lompatan:

Pn. Sunaidah Abdullah

(2 orang pelajar Tingkatan 6)

Hakim Balapan : Hakim Lompat Tinggi :

1. En. Davy Seligin (K) 1. Pn. Niaty Murni (K)

2. En Abdullah Osman 2. Pn Syahzarina Ali Asan

( 8 pelajar tingkatan 6 ) ( 2 pelajar tingkatan 6 )



Hakim lontar peluru : Hakim Lempar Cakera :

1. Pn. I. Sakka Lasuppu (K) 1. Pn Jeanette Claus (K)

2. Pn. Norhazlina Hamzah 2. Cik Helmi Rasid

( 2 pelajar tingkatan 6 ) ( 2 pelajar tingkatan 6 )



Penjaga Masa : Hakim Merejam Lembing :

1. Pn. Shanttey Pundus (K) 1. En. Arsyad Mumin (K)

2. Pn. Lai Yee Lui 2. Pn. Kong Ing Ing

3. Pn. Lucy Wong ( 2 orang pelajar Tingkatan 6 )

4. Pn. Sheena Sarmie Isah

5. Pn. Samsuriati Samsir

( 2 pelajar tingkatan 6 )



Penangkap Pemenang :

1. Encik Ghani Kahar (K)

2. Pn. Zuriawati Ambri

3. Pn. Ho Li Sin

4. Cik Jeeslyn Vlaria Ilod

( 4 pelajar tingkatan 6 )

14

Pencatat keputusan / audit : Pelepas dan pelepas panggil balik :

1. Pn. Mazlina Umar (K) 1. En. Ajis Jaafar Matahar
2. Ustazah Arfinah Abd Rasak 2. En. Rosman Edih
3. Pn Hisna Sudirman ( 2 pelajar tingkatan 6 )
4. Cik Nur Farah Ain
( 2 pelajar tingkatan 6 )



Penyelia peserta : Juruhebah :
1. Pn Yap Yuk Hee (K) 1. En. Roslan Mohd Noh (K)
2. Cik Zaleha Lanando 2. En. Ahmad Amirullah

3. Cik Marrisa Ismail ( 2 pelajar tingkatan 6 )
( 6 pelajar tingkatan 6 )


Penolong Pelepas : Pencatat pusingan dan penghantar
1. Pn Cornellia Geofrrey (K) keputusan :

2. Cik Caroline Utong 1. Tengku Anuarul Amin (K)

2. Pn Lee Syuk Yen

( 4 pelajar tingkatan 6 )

Sukan tara : Merentas Desa :
Pn. Julizan Jiwa Armarun (K) En. Jakarulllah Jamil
En. Lam Tee Yaw
En. Tengku Anuarul



Hakim pertandingan perbarisan :

1. Puan Jabidah Binti Lenggang

2. Encik Anas Sulaiman

3. Puan Tang Shu Syn

4. Puan Maznah Abdul Yussof




















15

KENANGAN KEJOHANAN OLAHRAGA

MAJLIS SUKAN SMK SANDAKAN II KALI KE -17 TAHUN 2019

16

17

PENGHARGAAN

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan SMK Sandakan II kali Ke-18 Tahun 2020




JUTAAN TERIMA KASIH
kepada

PIBG SMK SANDAKAN II
SEMUA WARGA SMK SANDAKAN II
PIHAK-PIHAK LAIN YANG TERLIBAT

SECARA LANGSUNG
ATAU TIDAK LANGSUNG

DALAM MENJAYAKAN
KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN

SMK SANDAKAN II
KALI KE-18 TAHUN 2020

SUKAN UNTUK SEMUA

18

19


Click to View FlipBook Version