The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dakstarz, 2022-03-17 10:26:36

Buku Plan Strategik MPS 2021-2025

Buku Plan Strategik MPS 2021-2025

STPREALTAENGIK

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
2021-2025

“M AMPAN, P ROGRESIF, S EJAHTER A”

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG © 2022

DITERBITKAN OLEH JABATAN KORPORAT

Penerbit tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran hak cipta dan
masalah daripada penerbitan ini. Penerbitan ini boleh diterbitkan semula keseluruhan dan
sebahagiannya bagi tujuan pendidikan atau tujuan-tujuan yang tidak memberi keuntungan
tanpa persetujuan daripada pemilik hak cipta, dengan syarat penghargaan diberi kepada
sumber berkenaan dan senaskah terbitan yang menggunakan terbitan ini sebagai sumber
dikemukakan ke Majlis Perbandaran Selayang. Terbitan ini tidak boleh diterbitkan untuk
tujuan atau untuk apa-apa tujuan perniagaan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis daripada Majlis Perbandaran Selayang. Sebarang maklum balas atau cadangan
boleh dihantar kepada :

JABATAN KORPORAT
Majlis Perbandaran Selayang,
Menara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Tel : +603-6126 5800
Fax : +603-6138 8933
Bebas Tol : 1800-222-677

www.mps.gov.my

Isi Kandungan

PERUTUSAN YDP

04 Kata-kata Aluan oleh YDP MPS
06 Ringkasan Eksekutif

VISI, MISI DAN MOTTO

07 Visi, Misi dan Motto

LATAR BELAKANG

09 Mengenai Selayang
10 Peta Pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang
12 Pengenalan dan Latar Belakang Agensi
12 Carta Organisasi
14 Fungsi dan Tanggungjawab Jabatan
21 Fungsi dan Peranan
22 Punca Kuasa
23 Undang-undang Kecil
24 Pihak Berkepentingan

ANALISA PERSEKITARAN

25 Analisa Persekitaran

STRATEGI / PELAN TINDAKAN DAN IMPAK

27 Measuring the SDGs Cities Performance in Malaysia
28 Kerangka Strategi MPS 2021 – 2025
29 Perincian Teras
30 Teras i
31 Teras ii
32 Teras iii
33 Teras v
34 Teras vi

PENUTUP

35 Penutup

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

PERUTUSAN

YANG DI-PERTUA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selayang Perbandaran Madani – Progresif – Sejahtera.
Majlis Perbandaran Selayang telah menyambut Ulang Tahun yang ke 25 pada tahun
2021. Ini merupakan satu titik bersejarah dalam membina Masyarakat Madani,
Perbandaran Progresif serta Selayang Sejahtera. Tema Madani – Progresif – Sejahtera
selari dengan halatuju MPS sebagai Perbandaran yang mampan serta berdaya huni.
Antara aspirasi pemegang taruh, MPS akan dipacu dan dibangunkan secara teratur
serta sistematik. Ini selari dengan inisiatif berteraskan Matlamat Pembangunan
Mampan (Sustainable Development Goals). Sasaran Negeri Selangor Pintar 2025
juga dijadikan sandaran dalam membentuk dokumen ini.
Kejayaan dalam melaksanakan Pelan Strategik MPS 2016 – 2020 merupakan pemangkin
untuk MPS mengorak langkah lebih proaktif. Perancangan penyediaan prasarana yang
tersusun serta mampu memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada penduduk
Selayang serta kejiranannya merupakan inisiatif kritikal. Perancangan berbentuk
TOD (Transport Oriented Development) juga meningkatkan keupayaan MPS sebagai
perbandaran pengantara yang cekap.
Konsep Eko Pelancongan dan Hijau serta mampan juga menjadi teras dalam
perancangan MPS. Penggunaan teknologi terkini dan mesra pengguna akan diteruskan
selari dengan Halatuju Pendigitalan Negeri Selangor. Ini seterusnya menyokong hasrat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menyediakan prasana
ketiga iaitu kemudahan internet.

4

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

PERTUSAN YANG DI-PERTUA

Aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar 2025 juga
dijadikan asas dalam perancangan bagi memastikan kejayaan diperingkat Negeri.
Adaptasi serta pemerkasaan ke arah pendigitalan Sektor Awam akan memacu
Selayang ke arah perbandaran yang berdaya saing dalam mendepani ekonomi digital.
Pemilihan motto Madani – Progresif – Sejahtera juga selari dengan perancangan
strategik ke arah penyediaan masyarakat yang turut sama menyumbang dalam
pembangunan holistik Selayang.
Konsep pengukuran S.C.O.R.E. (Social, Commercial, Operational, Reputational dan
Environment) akan dijadikan asas pelaporan indeks utama dalam mengukur kejayaan
Pelan Strategik ini. Impak dan keberkesanan dari Pelan Strategik akan dibentangkan
secara berkala untuk maklumbalas pemegang taruh, termasuk penduduk Selayang.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar semua yang terlibat dapat memberikan
kerjasama dan sokongan padu dalam memastikan MPS berjaya menzahirkan aspirasi
sebagai “Masyarakat Madani – Perbandaran Progresif – Selayang Sejahtera”. Saya
yakin bahawa usaha ini akan memastikan Selayang akan terus maju dan berjaya, in
sya Allah.
Wasallam

5

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

Kata-Kata Aluan

EKSEKUTIF MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MDHS) dan
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).
Oleh itu, pelbagai cabaran dan persaingan dalam menyediakan perkhidmatan
perbandaran yang terbaik kepada warga Selayang. MPS juga bersedia menghadapi
persekitaran yang sentiasa berubah dan mencabar serta tuntutan daripada
‘stakeholder’ dan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Justeru itu,
pengurusan strategik akan dapat membantu MPS merancang secara proaktif program
dan aktivitinya dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.
Bagi merialisasikan visi dan misi yang telah digariskan, terdapat lima teras strategik
yang dikenalpasti ianya merangkumi bidang tadbir urus, kecekapan perkhidmatan,
pengurusan kewangan, pengurusan perbandaran dan teknologi ICT.
Kajian impak yang berterusan perlu dilaksanakan untuk memastikan Pelan Strategik
2021 – 2025 berada di landasan yang tepat supaya teras yang digariskan dapat
memberikan impak yang positif sekaligus memantapkan perkhidmatan dan
meningkatkan sistem penyampaian kepada warga Selayang.

6

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

VISI, MISI, MOTTO & OBJEKTIF

Misi Visi

Pemerkasaan Masyarakat, Perbandaran Mesra Masyarakat,
Pembangunan Mampan, Progresif dan Sejahtera
Perbandaran Sejahtera

Motto

“MAMPAN, PROGRESIF, SEJAHTERA”

MADANI PROGRESIF SEJAHTERA
Masyarakat Madani Perbandaran Progresif Selayang Sejahtera

Objektif

Objektif MPS merujuk kepada berikut :
• Memberi dan meningkatkan perkhidmatan
perbandaran;
• Menyedia dan menyelenggara kemudahan
infrastruktur;
• Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui
kawasan pembangunan yang teratur serta terancang;
• Menyedia dan menyelenggara kemudahan taman dan
rekreasi;
• Mewujudkan suasana kecantikan kawasan selaras
dengan objektif untuk menjadikan kawasan Majlis
sebagai “Kawasan Taman Dalam Bandar”;
• Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping
mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab
dan berdisiplin; dan
• Memainkan peranan di dalam usaha Kerajaan Negeri
untuk menarik aspek perindustrian, perancangan
perumahan kos rendah dan program-program
menggiatkan pelancongan.

7

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Areas (KRA))
Dalam memastikan pelaksanaan PS MPS 2021 – 2025 yang berjaya, tiga (3)
bidang keberhasilan utama telah dikenalpasti iaitu:

1. Memperkasakan Masyarakat Madani
2. Membangunkan Perbandaran Progresif
3. Menjadikan Selayang Perbandaran Sejahtera

Memperkasakan Masyarakat Madani
Definasi Madani menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat ialah maju dari segi
pemikiran, kerohanian dan kebendaan, usaha utk membentuk masyarakat dengan
menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; kurikulum itu juga terarah kepada
pembinaan masyarakat. Ini merupakan pembentukan masyarakat yang seimbang
dalam sesebuah pembangunan negara. Pemilihan ini selari dengan keperluan MPS
untuk memastikan warga penduduknya diperkasakan serta dibentuk melalui nilai-
nilai murni yang boleh diterima oleh pelbagai agama, bangsa dan umur. Penekanan
kepada pembangunan sistem kekeluargaan juga amat sinonim dengan halatuju
MPS sebagai Perbandaran Sejahtera. Dalam konteks MPS, ini akan diterapkan
melalui inisiatif dan program libat urus yang menekankan penyertaan masyarakat
secara aktif. Pemberdayaan masyarakat akan memberikan penduduk Selayang
ruang dan peluang untuk bersama-sama menyumbang buah fikiran dan tenaga
ke arah pencapaian KRA yang lebih cemerlang.

Membangunkan Perbandaran Progresif
Definasi progresif pula merujuk kepada menuju ke arah pembaikan atau kemajuan,
dasar yang bertahap-tahap, berperingkat-peringkat; pelaksanaannya dalam
bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara berterusan. Ini perlu
ditekankan dalam menuju ke arah penarafan sebagai Bandaraya seterusnya dalam
Negeri Selangor. Ia juga merangkumi pengukuhan tatacara kerja Warga MPS dan
pemerkasaan garispanduan selari dengan konsep progresif. Dalam konteks MPS,
progresif ini juga akan diselarikan dengan Matlamat Pembangunan Mampan
(SDG) yang telah diputuskan diperingkat Negeri Selangor. Ianya juga didokong oleh
pelbagai inisiatif dan program bersilang Jabatan dan Agensi termasuk diperingkat
Persekutuan.

Selayang Perbandaran Sejahtera
Keberhasilan ini akan menjadikan Selayang sebagai tumpuan dalam menyediakan
prasarana serta perkhidmatan yang mesra pengguna. Ini termasuk perancangan
pembangunan fizikal yang merangkumi pelbagai peringkat umur serta berlainan
keupayaan. Sejahtera juga membawa konsep bandar dalam taman yang
menekankan ciri-ciri tenaga diperbaharui (renewable energy) serta perbandaran
selamat. Ini boleh dicapai melalui inisiatif dan program yang berbentuk penglibatan
pelbagai peringkat serta penekanan kepada teknologi terkini dalam membina
jaringan perhubungan komunikasi. Ia juga akan disokong oleh pendigitalan proses
kerja dalaman iaitu menyediakan sistem yang bersepadu dan mampu membantu
Pengurusan MPS membuat keputusan yang cekap berdasarkan data raya (big
data).

8

Mengenai PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Latar Belakang

Selayang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terletak di daerah Gombak yang merupakan pintu
masuk ke Negeri Selangor di sebelah timur laut. Ia terletak bersempadan dengan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor
(MPKS) di sebelah barat, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di sebelah utara dan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sebelah barat daya. Keseluruhan kawasan
pentadbiran MPS ialah 545.6 kilometer persegi yang meliputi tiga mukim iaitu Mukim
Rawang (263 kilometer persegi), Mukim Batu (154 kilometer persegi) dan Mukim
Setapak (128 kilometer persegi).

Penduduknya berjumlah 770,630 orang Sebanyak 33 peratus kawasan MPS
dengan Mukim Batu mencatatkan merupakan kawasan hutan simpan dan
peratusan tertinggi sebanyak 60.9 rekreasi dan di sini terletaknya Institut
peratus (385,288 orang), Mukim Rawang Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
29.5 peratus (299,095 orang), dan Empangan Batu dan taman-taman
sebahagian Mukim Setapak sebanyak rekreasi rimba, kawasan tadahan hujan
9.6 peratus (86,247 orang). Aktiviti dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
ekonomi di kawasan MPS adalah sektor Kawasan pentadbiran MPS mempunyai
perindustrian, perusahaan dan pertanian. tarikan yang tersendiri dengan adanya
destinasi pelancongan alam semula jadi
60.9% 29.5% yang menarik seperti Gua Batu Caves,
Kolam Air Panas Selayang, Hutan Lipur
9.6% Kanching, Taman Rimba Komanwel, Hutan
Lipur Ulu Yam dan Tasik Biru Kundang.
Mukim Batu Mukim Rawang Mukim Setapak

Terdapat 8 buah bandar utama dalam pentadbiran MPS iaitu Bandar Baru Selayang,
Bandar Baru Rawang, Batu Arang, Taman Seri Gombak, Bandar Tasik Puteri, Bandar
Baru Kundang, Batu Caves dan Bandar Country Homes. Pertumbuhan bandar-

bandar baru ini dilihat sebagai satu perkembangan yang positif kepada MPS. Usaha

pembangunan akan terus dilaksanakan oleh MPS tanpa menjejaskan kualiti alam

sekitar. 8 buah Bandar Utama MPS

Bandar Baru Selayang Bandar Baru Rawang Batu Arang Taman Seri Gombak

Bandar Tasik Puteri Bandar Baru Kundang Batu Caves Bandar Country Homes

9

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

Kawasan Pentadbiran

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

MAJLIS DMAAEJRLIA(SMHDDHAHUESRL) AU(MHSDHEHULSAL) UNGSEOLRANGOR

Taman Buah-buaThamananSBeluaanhg-obruahan Selangor
Bandar CountBryanHdoamr Ceosuntry Homes

Bandar RaBwaanndgar Rawang

Pekan Warisan BPaetkuaAnrWanagrisan Batu Arang Rawang Rawang

Bandar Tasik PuBtaenridar Tasik Puteri Bawang LaBgaownagnMg Laasgong Mas

Kuang Kuang

Sungai BuSluonhgai Buloh

Bandar ElminBaaKnudaarnEglmina Kuang

SELANGOR

SELANGOR

MAJLIS DAERAH MAJLIS BANDARAYA
MAJLIS DAKEURAALHA SELANGOR MAJLIS BANDSAHRAAHYAALAM
KUALA SELANGO(RMDKS)
SHAH ALAM(MBSA)
(MDKS) (MBSA)

10

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Latar Belakang

BMBEMAENAJNTLJTOLIOSNISNGPGPE(EMR(MRBPBPABABNENENDNDTATAOORRNNAAGGNN))

Sri GSorimGboamkbak

TempleTrePmaprlekr Park BBaannddaarrBBaaruruUUninveivresirtsi iti
BandarBbanadruarSbealrauyaSneglayang
GoGmobmabkak

BatuBCatauvCesaves

MMAAJJLALIASMISMPP(PAPME(AMNERPNGRABPGJAABJ)NJAAJ)DYNAAADYRAAARNAN

DEWAN BANDARAYA 554K4M5P5ER..S55EG99I
DEWAKNUBAALNADLAURMAPYUAR KMKEPLEURASEAGN I
KKEALWUASAN
KUALA L(DUBMKPLU)R KAWMAPSSAN
(DBKL) MPS

11

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

Pengenalan Dan Latar Belakang Agensi

Majlis Daerah Gombak (MDG) telah disusun semula mengikut Akta 171 (Akta Kerajaan
Tempatan 1976). Penyusunan semula di bawah Akta 171 adalah bertujuan mencapai
objektif-objektif berikut:-

• Melicinkan jentera pentadbiran Majlis supaya bertambah cekap dan berkesan.
• Mengeratkan perpaduan rakyat di dalam kawasan pentadbiran.
• Memesatkan lagi projek-projek pembangunan sosioekonomi di kawasan Majlis.
• Membolehkan Majlis berdikari dengan berautonomikan kewangan.
• Mengekalkan amalan demokrasi dengan memberi peluang kepada penduduk

tempatan yang layak menjadi Ahli Majlis.

Majlis Daerah Gombak (MDG) seterusnya RMAWUKAIMNG
telah dinaiktaraf ke MPS pada 1hb Januari
1997. Penyusunan semula ini meliputi p2e6r3skemgi
seluruh kawasan daerah Gombak seluas
546 km persegi terbahagi kepada tiga p1e5r5skemgi p12er8skemgi
mukim:
MUKIM SMETUAKPIMAK
• Mukim Rawang - Keluasan 263 km BATU
persegi

• Mukim Batu - Keluasan 155 km persegi
• Mukim Setapak - Keluasan 128 km

persegi

12

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Latar Belakang

Mengikut data Perangkaan Bancian Penduduk Tahun 2010, jumlah penduduk dalam
pentadbiran MPS adalah seramai 682,389 orang yang merupakan pelanggan kepada
MPS. MPS mengamalkan pentadbiran 3 peringkat iaitu:-

• Majlis - Pengubal Dasar
• Jawatankuasa - Penasihat
• Pengurusan - Pelaksana

MPS ditadbir oleh satu badan pengurusan yang diketuai oleh Yang Dipertua dan
24 orang Ahli Majlis. Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh kerajaan Negeri dari kalangan
masyarakat (ahli politik, NGO dan golongan profesional) bagi tempoh 3 tahun.
Pengurusan dan pentadbiran MPS seterusnya dibahagi kepada 18 Jabatan, 1 Bahagian
serta 1 Unit. MPS telah menubuhkan jawatankuasa utama sebagai penasihat iaitu:

• Jawatankuasa Kewangan
• Jawatankuasa Kawalan Perniagaan & Kesihatan
• Jawatankuasa Infrastruktur
• Jawatankuasa Pengindahan Bandar
• Jawatankuasa Perkhidmatan & Teknologi Maklumat

5 Jawatankuasa Utama

RM Jawatankuasa Kawalan Jawatankuasa
Perniagaan & Kesihatan Infrastruktur
Jawatankuasa
Kewangan

Jawatankuasa Jawatankuasa Perkhidmatan
Pengindahan Bandar & Teknologi Maklumat

MPS juga membentuk jawatankuasa tambahan untuk membantu dalam pengoperasian
seperti berikut:-

• Pihak Berkuasa Melantik
• Jawatankuasa Bantahan Cukai Taksiran
• Jawatankuasa Pengurusan Aset
• Jawatankuasa Temuduga Gerai
• Jawatankuasa Inova

13

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

14
CARTA ORGANISASI

AHLI MAJLIS YANG DIPERTUA

TIMBALAN YANG DIPERTUA
JABATAN PERUNDANGAN
JABATAN AUDIT DALAM
JABATAN KONTRAK &
UKUR BAHAN
JABATAN PUSAT SETEMPAT
(OSC)
JABATAN PESURUHJAYA
BANGGUNAN (COB)
BAHAGIAN URUSETIA
UNIT INTEGRITI

JABATAN KHIDMAT JABATAN JABATAN KORPORAT JABATAN PENILAIAN & JABATAN JABATAN JABATAN PELESENAN
PENGURUSAN PERBENDAHARAAN PENGURUSAN HARTA PERANCANGAN KEJURUTERAAN

BANDAR

JABATAN BANGUNAN JABATAN PENGURUSAN JABATAN JABATAN JABATAN LANDSKAP JABATAN TEKNOLOGI
SISA PEPEJAL & PEMBANGUNAN PENGUATKUASA & MAKLUMAT
MASYARAKAT
KEBERSIHAN AWAM KESELAMATAN

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Latar Belakang

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

• Menguruskan hal ehwal sumber
manusia seperti urusan pelantikan,
kenaikan gaji, pengurusan cuti
dan pencen, pinjaman perumahan
dan tatatertib kakitangan Majlis
Perbandaran Selayang.

• Menguruskan dan menyelia latihan
kakitangan seperti kursus, bengkel,
seminar, mesyuarat luar serta
peperiksaan untuk kakitangan.

• Menguruskan pembekalan aset dan stok bekalan pejabat termasuk perolehan
dan pembayaran bagi perkhidmatan dan pembekalan.

• Menguruskan perlindungan insurans tanggungan awam, bangunan dan aset
serta urusan panel perubatan kakitangan, pegawai dan ahli majlis.

JABATAN PERBENDAHARAAN

• Mewujudkan sistem perakaunan MPS dengan berasaskan kepada prinsip-prinsip
perakaunan, arahan perbendaharaan dan peraturan kerja.

• Mengurus hasil dan mengawal perbelanjaan MPS.
• Mengawal dan menguruskan bantuan-bantuan kewangan daripada kerajaan

negeri dan kerajaan pusat.
• Mengemukakan laporan kewangan mesyuarat majlis dan menyediakan penyata

kewangan untuk dikemukakan ke Jabatan Audit Negeri.
• Menyediakan bajet tahunan dan mengendalikan akaun pindahan peruntukan

dan peruntukan tambahan.
• Menguruskan pengeluaran pesanan tempatan (LO) Bagi Kerja, Bekalan dan

Perkhidmatan.
• Memproses bayaran bagi pesanan tempatan (LO), tanpa pesanan tempatan

(TLO), kontrak kerja dan lain-lain tuntutan.
• Mengurus dan bertanggungjawab bagi pengurusan aset alih dan stor.
• Bertanggungjawab menguruskan kutipan cukai taksiran.
• Bertanggungjawab menguruskan kutipan hasil letak kereta.
• Bertanggungjawab ke atas kutipan dan penyimpanan hasil.
• Menerima bayaran cukai tanah Pejabat Tanah dan Daerah dan cukai taksiran

Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

15

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN

JABATAN KORPORAT
• Membentuk dan meningkatkan imej

korporat majlis.
• Membuat kenyataan akhbar

mengenai hal-hal berkaitan MPS
kepada media masa.
• Menerima dan menyelaras aduan
awam untuk tindakan.
• Mengendalikan segala urusan untuk
acara-acara rasmi MPS.
• M e n e r b i t k a n b a h a n - b a h a n
penerbitan.
• Mengurus dan menjadi urusetia
program inovasi dan penyertaan
anugerah.

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
• Menjalankan dan menyediakan laporan penilaian ke atas pegangan berkadar

dalam kawasan MPS berdasarkan Akta 171 bagi maksud cukai taksiran.
• Memproses tuntutan caruman bantuan kadar bagi pegangan-pegangan kerajaan

persekutuan dan kerajaan negeri.
• Memproses permohonan tuntutan elaun kekosongan bagi pegangan berkadar

yang tidak dapat didiami atau bagi bangunan kosong.
• Mengendalikan carian rasmi mengenai butir-butir pegangan.
• Bertanggungjawab mengemaskini maklumat pegangan.
• Menyediakan laporan penilaian bagi harta-harta Majlis Perbandaran Selayang

untuk tujuan sewaan, insuran dan gadaian.
• Menguruskan sewaan premis milik MPS.
• Bertanggungjawab menguruskan kemudahan-kemudahan awam seperti

stadium, kompleks sukan dan dewan-dewan.
• Menyediakan peralatan untuk majlis-majlis rasmi MPS.
• Bertanggungjawab mengurus, memantau projek-projek pembangunan dan

penswastaan bagi menjana pendapatan MPS.
• Menguruskan proses perolehan kerja/perkhidmatan teknikal dan bukan teknikal.

16

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Latar Belakang

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN

JABATAN PERANCANG BANDAR
• Membantu dalam memastikan setiap

permohonan kebenaran merancang
mematuhi Akta 172.
• Memproses nama taman, bangunan,
jalan dan alamat.
• Membuat lawatan tapak bagi ulasan
teknikal jabatan berkaitan.
• Menjalankan penguatkuasaan merujuk
kepada Akta 172.
• Membuat bancian ke atas kilang haram
dan membuat penguatkuasa jika tidak
mematuhi peraturan.
• Menyelaraskan dan memantau penyediaan dan pelaksanaan rancangan pemajuan.
• Bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengemaskini GIS.
• Menguruskan dan memproses permit struktur billboard.
• Menyelaraskan program pembangunan projek kemampanan bandar iaitu bandar
selamat, Local Agenda 21 (LA 21) dan murni net.
• Memberi ulasan berkaitan dengan hal-hal tanah.

JABATAN KEJURUTERAAN
• Memproses permohonan pembangunan bagi tujuan kerja tanah, jalan dan

perparitan serta lampu jalan selaras dengan perancangan MPS.
• Membuat pemantauan dan pemeriksaan terhadap kepada syarat pembangunan

dan Sokongan Sijil
• Kelayakan Menduduki (SKM)/Borang G17 (CCC).
• Membuat pemeriksaan kawasan-kawasan pembangunan untuk serahan

infrastruktur bagi tujuan penyelenggaraan.
• Membuat inventori dan memantau cerun-cerun di dalam rezab MPS.
• Bertanggungjawab untuk menyediakan, menyelenggara dan memastikan

infrastruktur di dalam kawasan MPS.
• Memproses permohonan permit-permit utiliti, penutupan jalan dan longkang rezab

jalan MPS.
• Menguruskan pembelian serta penyelenggaraan kenderaan penumpang dan bukan

penumpang MPS.
• Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan MPS dibuat secara berkala

dan tidak berkala.
JABATAN BANGUNAN

• Menyemak dan memproses semua jenis permohonan pelan bangunan melalui
Jabatan Pusat Setempat yang dikemukakan oleh orang utama yang mengemukakan
(PSP) dalam kawasan MPS untuk keputusan.

• Membuat pemeriksaan dan menyediakan laporan bagi bangunan-bangunan yang
telah siap yang mematuhi garis panduan bagi tujuan pengeluaran sijil kelayakan
menduduki.

• Memproses permit bangunan sementara melalui Jabatan Pusat Setempat.
• Merekod penerimaan Borang F (CCC) perakuan siap dan pematuhan daripada

17

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN

JABATAN PELESENAN
• Menguruskan permohonan lesen

premis/penjaja permit sementara dan
lesen anjing.
• Mengurus pembaharuan lesen.
• Penguatkuasaan undang-undang kecil
berkaitan pelesenan.
• Kerja-kerja kawalan dan pemantauan
premis makanan.

JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KESIHATAN
• Mengurus dan mengawal selia kerja-kerja perkhidmatan bandar seperti pemungutan

dan pelupusan sisa pepejal, sampah pukal, pembersihan longkang, penyapuan jalan
dan pemotongan rumput.
• Memproses dan memberi ulasan pelan bangunan bagi rumah dan kebuk sampah,
surat sokongan dan sijil layak menduduki.
• Melaksanakan tugas-tugas kawalan serta pencegahan vektor dan lain-lain penyakit
berjangkit yang berkaitan.
• Menyelaras aktiviti kawalan alam sekitar dalam bentuk penguatkuasaan dan
kempen-kempen kesedaran awam.

JABATAN LANDSKAP
• Memproses permohonan kelulusan pelan landskap, permohonan sokongan CF, CCC

dan pengambil alihan kawasan landskap.
• Mengawal pembangunan landskap yang dilaksanakan oleh pemaju selaras dengan

dasar dan garis panduan Jabatan Landskap Negara, garis panduan landskap MPS
dan lain-lain yang berkaitan.
• Mengawal dan mengurus selia kerja-kerja penyelenggaraan landskap menepati
piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan oleh MPS.
• Memastikan projek-projek pembangunan landskap yang dibangunkan menepati
garis panduan piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan oleh MPS.
• Mengurus dan menyelesaikan aduan-aduan awam.
• Menguatkuasakan undang-undang berkaitan kesalahan-kesalahan yang melibatkan
Akta 172, undang-undang kecil taman dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
• Mengurus tadbir produk dan kawasan-kawasan pelancongan dalam pentadbiran
Majlis Perbandaran Selayang.

18

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Latar Belakang

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN

JABATAN PENGUATKUASA DAN JABATAN KONTRAK DAN UKUR
KESELAMATAN BAHAN

• Menjalankan tindakan penguatkuasaan • Menguruskan proses tender dan
dengan mengguna pakai undang- sebutharga bagi perolehan kerja,
undang kecil, akta dan enakmen yang bekalan dan perkhidmatan termasuk
telah diwartakan. membuat kajian harga pasaran.

• Menyelesaikan aduan-aduan awam • Menguruskan penyediaan dokumen
yang berkaitan dengan kadar segera. kontrak bagi perolehan kerja, bekalan
dan perkhidmatan.
• Menjaga keselamatan harta benda
MPS. • U r u s e t i a ke p a d a M e s y u a r a t
Jawatankuasa Lembaga Tender,
• Memastikan orang awam yang Jawatankuasa Sebutharga dan
berurusan dengan MPS mengikut Jawatankuasa Penilaian Perunding.
peraturan yang telah ditetapkan.
JABATAN AUDIT DALAM
• Membantu agensi-agensi penyelamat • Memeriksa dan mengkaji kelancaran
untuk tugas-tugas ad-hoc yang
berhubung kait dengan kecemasan serta kesesuaian perjalanan sistem
seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran kawalan dalaman MPS yang telah
dan lain-lain. sedia ada. Seterusnya mengemukakan
JABATAN PEMBANGUNAN cadangan pembetulan bagi
MASYARAKAT memperbaiki sebarang kepincangan
yang dikenalpasti.
• M e r a n c a n g , m e n g u r u s d a n • M e l a k s a n a ka n t u g a s a n a u d i t
melaksanakan takwim tahunan pengurusan dengan menyemak
program belia, sukan dan masyarakat. dan meneliti perjalanan dan operasi
pengurusan setiap jabatan untuk
• M e r a n c a n g , m e n g u r u s d a n memastikan pergerakannya adalah
melaksanakan pelbagai aktiviti selaras dengan peruntukan undang-
dan program pembangunan belia, undang, peraturan, polisi dan dasar-
masyarakat, sukan dan kebudayaan. dasar yang telah ditetapkan.
• Menjalankan audit prestasi ke atas
• M e n y e l a r a s , m e m b a n t u d a n projek-projek majlis yang telah
mengkoordinasi program sukan dan dijalankan dengan meneliti samada
kebudayaan, belia dan kemasyarakatan ianya mengikut prosedur yang telah
yang melibatkan MPS di peringkat ditetapkan.
daerah, negeri dan kebangsaan. • Menjalankan tugasan audit kewangan
JABATAN PERUNDANGAN ke atas setiap hal ehwal pengurusan
kewangan MPS untuk memastikan
• Memberi nasihat dan pandangan beberapa prinsip audit kewangan
mengenai perkara yang berkaitan dipatuhi.
dengan perundangan MPS. • Menjalankan audit pematuhan/khas
dengan mengesan perbuatan salah
• Menggubal dan meminda undang- laku, penyalahgunaan kuasa dan
undang kecil MPS dari semasa ke penyelewengan.
semasa. • Menjalankan siasatan ke atas aduan
dan kes-kes yang melibatkan tatatertib.
• Merangka kertas-kertas pertuduhan,
sama ada aduan bagi kesalahan-
kesalahan yang dilakukan oleh orang
awam dan menjalankan pendakwaan
di mahkamah iaitu sebutan dan
perbicaraan.

• Mengambil tindakan ke atas guaman
sivil.

19

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN

JABATAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

• Mengurus dan mengawal selia penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB)
dan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi pengurusan dan penyenggaraan harta
bersama skim pemajuan berstrata.

• Menguatkuasakan peruntukan undang-undang Akta 663 dan Bahagian VI dan VII
dalam Akta 318 dan Akta 757.

• Melapor status Badan Pengurusan dan skim pemajuan ke Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT)/ Kerajaan Negeri dan agensi yang berkaitan.

JABATAN PUSAT SETEMPAT (OSC)
• Menerima, menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan

permohonan-permohonan lain yang diterima melalui OSC.
• Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat MPS dalam tempoh 2

kali sebulan.
• Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat MPS bagi

permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon.

BAHAGIAN URUSETIA
• Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan setelah diperakukan untuk

tindakan.
• Menguruskan semua mesyuarat jawatankuasa MPS dan lain-lain mesyuarat yang

diarahkan.
• Mengurus hal ehwal ahli majlis termasuk aktiviti dan pembayaran peruntukan

jawatankuasa penduduk setiap zon.

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
• Merancang dan mengurus aktiviti perkomputeran MPS seperti Keselamatan ICT,

Jaringan Rangkaian dan Pembekalan Peralatan Komputer MPS.
• Merancang, merekabentuk dan membangunkan Sistem Aplikasi untuk menyokong

operasi MPS.
• Mengurus dan mentadbir dan pengoperasian pusat data.

UNIT INTEGRITI
• Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai

salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan organisasi.
• Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran

tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang
sewajarnya diambil.
• Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
• Melaksanakan fungsi Urusetia Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Integriti dan
Tadbir Urus (JITU) MPS.

20

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Latar Belakang

FUNGSI DAN PERANAN

Berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Akta 171, Akta 172 dan Akta 133 fungsi
MPS dikelaskan kepada enam kategori berikut:-

1. URUS TADBIR PERBANDARAN g. M e ng awal dan M e nguat kuas a
a. Sebagai Pengurus Tempatan Kelulusan Permohonan Lampu Awam
b. Pengurusan Krisis
c. Pengurusan Sistem Penyampaian h. Mengawal dan Menguatkuasa Permit
Bangunan Sementara
2. KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
a. Pelupusan Sisa Pepejal. i. Kawalan Pembangunan Kawasan
b. Pengindahan Kawasan. Sensitif Alam Sekitar dan Tanah Tinggi
c. Penyediaan & Penyelenggaraan
5. KEMUDAHAN AWAM &
Kawasan Rekreasi INFRASTRUKTUR
d. Penyediaan & Penyelenggaraan Sistem a. Menyediakan dan Menyelenggara

Peparitan Kemudahan Awam
e. Penyediaaan & Penyelenggaraan b. Menyediakan dan Menyelenggara

Kawasan Lapang/Hijau Jalan-Jalan Infra dan Utiliti
f. Pembersihan Kawasan dan Jalan- Perbandaran
c. Menguruskan Tempat Letak Kereta
Jalan Utama
6. SOSIAL
3. KESIHATAN AWAM a. Program-Program Kemasyarakatan
a. Kawalan Vektor dan Rodensia
b. Kawalan Kebersihan Premis Makanan (Kebudayaan, Sosial, Agama, Belia &
c. Kawalan Kebersihan Ladang Ternakan Sukan)
d. Kawalan Sanitasi Tandas Awam & b. Program Bandar Mampan
c. Program Bandar Selamat
Pasar d. Program Local Agenda 21
e. P r o g r a m - p r o g r a m Ke s e d a r a n e. Bantuan Bencana Alam

Kesihatan & Alam Sekitar

4. PEMBANGUNAN
a. Rancangan Tempatan MPS 2030
b. Mengawal dan Menguatkuasakan

Pembangunan Melalui Rancangan
Stuktur, Rancangan Tempatan dan
Rancangan Kawasan Khas
c. M e ng awal dan M e nguat kuas a
Kelulusan Pelan Pembangunan
d. M e ng awal dan M e nguat kuas a
Kelulusan Pelan Kerja Tanah
e. M e ng awal dan M e nguat kuas a
Kelulusan Pelan Jalan dan Parit
f. M e ng awal dan M e nguat kuas a
Kelulusan Pelan Lanskap

21

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

PUNCA KUASA

MPS menjalankan tugas berlandaskan kepada peruntukan undang-undang seperti
yang disenaraikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa
Tempatan:

AKTA PERATURAN
1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 1. P e r a t u r a n - P e r a t u r a n P e r l u

171) (Pembersihan Setinggan-setinggan)
2. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 1969
2. Peraturan-Peraturan Hiburan
(Akta 133) dan Tempatan-Tempatan Hiburan
3. Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Selangor) 1996
3. Peraturan-Peraturan Hiburan dan
1976 (Akta 172) Tempat-Tempat Hiburan (Permainan
4. Akta Makanan 1983 (Akta 281) Snuker dan Video) (Kawalan dan
5. Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta Penyeliaan) (Selangor) 1996
4. Peraturan-peraturan Pengurusan
757) Strata (Penyenggaraan &
6. Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) Pengurusan) 2015
7. Akta Keterangan 1952 (Akta 56) 5. Peraturan-peraturan Pengurusan
8. Ak ta Pemusnahan Serangga Strata (Tribunal Pengurusan Strata)
2015
Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) 6. Peraturan Berkaitan
9. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa
PERINTAH
Awam 1948 (Akta 198) 1. Perintah Pengangkutan Jalan
10. Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
11. Akta Pencegahan & Pengawalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta)
(Majlis Perbandaran Selayang) 2007
Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) 2. Perintah Tetap (Mesyuarat) (Majlis
12. Akta Keselamatan & Kesihatan Perbandaran Selayang) 2007
3. Perintah Berkaitan
Pekerjaan dan Peraturan-peraturan
(Akta 514) KAEDAH
13. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 1. Kaedah-Kaedah Pekerja (Kelakuan
127)
14. Akta Berkaitan Dan Tatatertib) (Majlis Daerah
Gombak) 1995
KANUN 2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan
1. Kanun Tanah Negara (Akta 556) 1999
2. Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) 3. K a e d a h - K a e d a h P e r i n t a h
3. Kanun Berkaitan Pemeliharaan Pokok 2001
4. Ka e d a h- Ka e d a h P e n g a wa l a n
ENAKMEN Perancangan (Am) (Selangor) 2001
1. Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 5. Kaedah Caj Pemajuan Tahun 2010
6. Kaedah Berkaitan
Selangor 1971
2. Enakmen Hiburan Dan Tempat-

Tempat Hiburan (Selangor 1995)
3. Enakmen Berkaitan

22

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Latar Belakang

UNDANG-UNDANG KECIL

1. Undang-Undang Kecil Bangunan (Majlis Perbandaran Selayang) 2007
Seragam 1984 15. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihan

2. Undang-Undang Kecil Peruntukan Raya (Majlis Perbandaran Selayang)
Mengenai Lesen Bersesama (Majlis 2007
Daerah Gombak) 1992 16. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah
(Majlis Perbandaran Selayang) 2007
3. Undang-Undang Kecil Kerja Di Jalan 17. Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis
1996 Perbandaran Selayang) 2007
18. Undang-Undang Kecil Pelesenan
4. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing
Kesalahan-Kesalahan) (Majlis (Majlis Perbandaran Selayang) 2007
Perbandaran Selayang) Kerajaan 19. Undang-Undang Kecil Pusat Siber
Tempatan 2005 dan Kafe Siber (Majlis Perbandaran
Selayang) 2007
5. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun 20. Undang-Undang Kecil Pusat
Kesalahan-Kesalahan) (Majlis Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan
Perbandaran Selayang) Jalan, Parit (Majlis Perbandaran Selayang) 2013
dan Bangunan 2005 21. Undang-Undang Kecil Krematorium
(Majlis Perbandaran Selayang) 2007
6. Undang-Undang Kecil Taman (Majlis 22. Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis
Perbandaran Selayang) 2005 Perbandaran Selayang) 2007
23. Undang-Undang Kecil Pelesenan
7. Undang-Undang Kecil Vandalisme Establishment (Majlis Perbandaran
(Majlis Perbandaran Selayang) 2005 Selayang)
24. Undang-Undang Kecil Kolam
8. Undang-Undang Kecil Pelesenan Renang (Majlis Perbandaran
Tempat Letak Kereta Persendirian Selayang) 2013
(Majlis Perbandaran Selayang) 2005 25. Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis
Perbandaran Selayang) 2013
9. Undang-Undang Kecil Tandas Awam 26. Undang-Undang Kecil Pusat Sukan
(Majlis Perbandaran Selayang) 2005 Persendirian (Majlis Perbandaran
Selayang) 2013
10. Undang-Undang Ke cil Tanah 27. Undang-Undang Kecil Peruntukan
Perkuburan Islam (Majlis Perbandaran Mengenai Lesen Bersesama (Majlis
Selayang) 2017 Daerah Gombak) 1992
28. Undang-Undang Kecil Penternakan
11. Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Burung Walit dan Perusahaan Sarang
Perbandaran Selayang) 2007 Burung Walit (Majlis Perbandaran
Selayang) 2013
12. Undang-Undang Kecil Pengendali
Makanan (Majlis Perbandaran
Selayang) 2007

13. Undang-Undang Kecil Pemungutan
, Pembuangan dan Pelupusan
Sampah-Sarap (Majlis Perbandaran
Selayang) 2007

14. Undang-Undang Kecil Pelesenan
Tred, Peniagaan dan Perindustrian

23

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

PIHAK BERKEPENTINGAN

KERAJAAN SELANGOR
MALAYSIA
NEGERI
SELANGOR

PENDUDUK PERSATUAN
PENDUDUK

KRT

JKKK

PENGUSAHA ECO PERSATUAN
PELANCONGAN PERNIAGAAN

PERKILANGAN

24

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Analisa Persekitaran

ANALISA PERSEKITARAN

Dalam menganalisa persekitaran, kerangka McKinsey 7’s telah
digunakan untuk memberikan perspektif yang menyeluruh dalam
kajian persekitaran.

Perspektif Rumusan Analisa
Strategy • Mempunyai halatuju dan strategi yang jelas dalam
(Strategi)
Perancangan Strategi secara memastikan sistem penyampaian yang lengkap
bersepadu oleh Organisasi kepada pelanggan
dalam mendepani cabaran dan • Pelan Strategik 2015 – 2020 yang merangkumi
meneroka peluang baharu keseluruhan aspirasi pemegang taruh dan
berpandangan jauh
• Peluang memperkasakan perkhidmatan dan
dinaikkan taraf ke Bandaraya dalam tempoh
jangka panjang

Structure • Struktur organisasi yang memudahkan sistem
(Struktur) penyampaian serta berfokuskan kepuasan
Penyusunan organisasi pelanggan dan teras perkhidmatan utama
berdasarkan strategi yang telah
dibangunkan samada jangka • Struktur masa akan datang yang lebih tangkas
pendek atau jangka Panjang (agile) diperlukan bagi mempercepatkan proses
membuat keputusan

• Penyusunan semula fungsi juga boleh
dipertimbangkan dalam memastikan sistem
penyampaian secara bersepadu

System • Sistem penyampaian yang disokong oleh proses
(Sistem) kerja yang jelas
Proses kerja dan aktiviti
yang dilaksanakan termasuk • Pemerkasaan pendigital perlu diteruskan dalam
penggunaan teknologi maklumat memastikan sistem penyampaian yang lebih
dan pendigitalan efektif dan berkesan

• Penerapan teknologi sebagai sistem teras juga
banyak membantu dalam mengenalpasti isu dan
cabaran dalam memberikan penyelesaian secara
holistik

25

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

Perspektif Rumusan Analisa

Staff • Bilangan anggota yang terhad dengan

(Warga Kerja) penambahan fungsi perlu disemak semula

Jumlah warga kerja dan • Pembahagian anggota dalam bidang yang

keupayaan dalam melaksanakan berpaksikan pelanggan juga perlu diberi

pengharapan pelanggan penekanan

• Penerokaan penggunaan teknologi dalam

memastikan penyampaian yang lebih cekap dan

menyeluruh

Style • Barisan kepimpinan yang mantap serta kerjasama

(Gaya Kepimpinan) yang utuh dapat dilihat dalam pelaksanaan Pelan

Gaya barisan kepimpinan dalam Strategik 2015 – 2020

memacu organisasi ke arah • Pembangunan barisan pelapis amat penting

kecemerlangan kerana ini akan meneruskan kesinambungan

kepimpinan yang efektif

• Pembentukan semangat berpasukan yang tinggi

secara sistematik

Skill • Kemahiran warga kerja MPS perlu diperkemaskan

(Kemahiran) selari dengan keperluan dan cabaran masa akan

Kemahiran dan pengetahuan datang

warga kerja dalam memastikan • Kebolehan pelbagai bidang (multiskill) juga

penyampaian perkhidmatan perlu diperhebatkan dalam mendokong dasar

yang cemerlang penempatan bersilang (cross functional)

• Peningkatan produktiviti serta mengoptimumkan

sumber modal insan sedia ada

Shared Values • Nilai bersama sedia ada boleh diperkukuhkan

(Nilai Bersama) dengan program penerapan nilai yang berterusan

Nilai yang dikongsi bersama • Juga boleh dipacu bersama Nilai Bersama

dalam memastikan sistem diperingkat Negeri Selangor (EHSAN)

penyampaian yang tuntas • Penekanan kepada nilai universal yang boleh

dijadikan contoh oleh agensi lain

26

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Strategi / Plan Tindakan dan Impak

Measuring the SDGs Cities Performance in Malaysia

5 GENDER 1 NO
EQUALITY POVERTY

8 DECENT WORK AND 2 ZERO
ECONOMIC GROWTH HUNGER

9 INDUSTRY, INNOVATION ty seitirevsices Ensure i 3 GOOD HEALTH
AND INFRASTRUCTURE AND WELL-BEING
Peace de 4 QUALITY
10 REDUCED Foster peaceful, EDUCATION
INEQUALITIES just and inclusive 6 CLEAN WATER
AND SANITATION
16 PEACE, JUSTICE societies 7 AFFORDABLE AND
AND STRONG tdiospqaurali ncluvseilovpemgernotwfotrhaallndPeople CLEAN ENERGY
INSTITUTIONS Pr
End poverty and
17 PARTNERSHIPS
FOR THE GOALS hunger in all

aadcdcreessss forms and ensure
dignity and

equality

Enchance Prosperity Sustainable Planet
Protect our
to Ensure Development
Prosperous and planetʼs natural
fulfilling lives in Goals resources and
harmony with
climate for future
nature
generations

Partnership

Implement the

agenda through

omote a solid global scuhsatnagineability
to partnership
15 LIFE 11 SUSTAINABLE CITIES
ON LAND emnitviigraotnemcleimntaatel AND COMMUNITIES

LIFE RESPONSIBLE
CONSUMPTION
3 14 13 12BELOW WATER AND PRODUCTION
CLIMATE
ACTION

3 KEY OUTCOMES
for Malaysia SDG Cities

Outcome 1
Ensure Inclusive Growth and Development for All

SDG 1, SDG 2, SDG 3, SDG 4, SDG 6, SDG 7

Outcome 2
Enhance access to quality services to address disparities

SDG 5, SDG 8, SDG 9, SDG 10, SDG 16, SDG 17

Outcome 3
Promote Environmental Sustainability to Mitigate

Climate Change
SDG 11, SDG 12, SDG 13, SDG 14, SDG 15

27

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

Kerangka Strategi MPS 2021 – 2025

PPEEMRKEHRKIDAMSAATAANN

KEUDTAUNHPAENRTUANDDBAINRGUARNUS PEKNEGWUAKNUGHAANN

PENDIGITALAN

PMEOMDAANLTIANPSAANN

BANDAR MAMPAN KEARAH

BANDAR
HIJAU

KRT

JKKK

ECO PELANCONGAN BANDAR
PINTAR

SCORE

28

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Strategi / Plan Tindakan dan Impak

PERINCIAN TERAS

5 TERAS STRATEGI

1 Memperkasakan pengurusan kewangan 3
bagi memantapkan penggunaan sumber 5
hasil untuk meningkatkan kecekapan
penawaran perkhidmatan.

2 Meningkatkan kecekapan perkhidmatan
perbandaran untuk kesejahteraan
komuniti.

3 Memantapkan perancangan 5
pembangunan untuk mewujudkan 4
persekitaran perbandaran yang mampan
dan berdaya maju.

4 Memperkukuhkan jalinan kolaborasi
dengan rakan strategik untuk
meningkatkan kecekapan penyampaian
perkhidmatan.

5 Memantapkan tadbir urus untuk 3
meningkatkan kecemerlangan organisasi

29

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

TERAS 1

Memperkasakan pengurusan kewangan bagi memantapkan penggunaan sumber
hasil untuk meningkatkan kecekapan penawaran perkhidmatan.

NO STRATEGI PROGRAM JABATAN
1.1 Mempertingkatkan Sistem Memastikan Semua Pegangan Dinilai
Bagi Tujuan Perlaksanaan Cukai
Pengurusan dan Penguatkuasaan Taksiran (Baharu dan Sedia Ada).
Cukai Taksiran Mengutip Cukai Taksiran
Mengurangkan Tunggakan Hasil Cukai
Taksiran

1.2 Mempertingkatkan Sumber Bukan Memastikan Semua Pegangan

Cukai Perniagaan dan Industri Dilesenkan

Berdasarkan Kepada Peruntukan

Undang-Undang

Menguatkuasakan Terma-terma

Perjanjian Sewaan

Meningkatkan Usaha Mengutip Caj

Pemajuan

1.3 Penambahbaikan Pengurusan Merancang Pengurusan Kewangan dan
Kewangan Dan Belanjawan Belanjawan Mengikut Teras
Memantau Prestasi Belanjawan
Mengikut Suku Tahun Berdasarkan
Teras
Melaksanakan Langkah Penjimatan
Perbelanjaan Mengikut Keutamaan

30

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Strategi / Plan Tindakan dan Impak

TERAS 2

Meningkatkan kecekapan perkhidmatan perbandaran untuk kesejahteraan
komuniti.

NO STRATEGI PROGRAM JABATAN
2.1 Memantapkan Perkhidmatan Memberikan perkhidmatan secara
bersepadu
Perbandaran Memperkukuh Sistem Pemantauan
Kawal Selia
2.2 Mempertingkatkan Kawalan Membangunkan Pengkalan Data
Kebersihan Restoran Dan Gerai- Berkaitan Inventori Kawasan
Gerai Majlis Perkhidmatan MPS
Membangunkan Program Bersepadu
2.3 Meningkatkan Program Kesedaran untuk Meningkatkan Kebersihan
Awam Restoran dan Gerai-gerai Majlis
Pemantauan dan Penguatkuasaan
2.4 Mempertingkatkan Keberkesanan Premis Makanan Secara Berkala
Penguatkuasaan Meningkatkan Program Pendidikan dan
Kempen Kebersihan/Alam Sekitar
2.5 Memperkasakan Jenama MPS Meningkatkan Program Libat Urus
sebagai PBT yang disegani bersama Pemegang Taruh dipelbagai
peringkat
Program Kawalan Vektor
Penguatkuasaan Pelesenan Anjing
Peliharaan
Kawalan Rodensi
Kawalan Pencemaran Air Sisa di
Longkang Melalui Pemasangan
Perangkap Minyak di Premis Makanan
Membina Imej Mesra Pelanggan serta
Tegas
Mempertingkatkan Peralatan dan
Kelengkapan untuk memudahkan
tugasan penguatkuasaan

31

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

TERAS 3

Memantapkan perancangan pembangunan untuk mewujudkan persekitaran
perbandaran yang mampan dan berdaya maju.

NO STRATEGI PROGRAM JABATAN
3.1 Menyediakan Pelan Perancangan Melaksanakan Rancangan Tempatan
Majlis Perbandaran Selayang
Pembangunan Yang Menyeluruh (Penggantian) 2030
Memastikan Pengawalan
3.2 Mewujudkan Kejiranan Hijau Pembangunan Dilaksanakan Secara
Selaras Dengan Pembangunan Menyeluruh.
Mampan Merangka pembangunan kawasan
lapang secara teratur
3.3 Membangunkan Konsep Bandar Membangunkan Pelan Tindakan
Pintar Bandar Hijau berteraskan
Pembangunan Mampan
3.4 Mewujudkan Pembangunan EKO- Merangka Konsep Bandar Pintar
Pelancongan sesuai dengan keupayaan semasa
MPS
3.5 Mempertingkatkan Kualiti Membangunkan Skim Galakan
Pembangunan Landskap kepada Pemaju dalam Menyokong
Konsep Bandar Pintar
Mendapatkan Penarafan Green
Building Index (GBI) Bangunan MPS
Merancang insentif bagi
Pembangunan Eko Pelancongan
Merangka Pelan Pembangunan
Semula Tanah Milik Majlis
Melaksanakan Pelan Induk Landskap
(Jangkaan 2018-2023).
Menyediakan Skim Galakan untuk
Pemaju dalam menyokong aspirasi
Pembangunan Landskap

32

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

Strategi / Plan Tindakan dan Impak

TERAS 4

Memperkukuhkan jalinan kolaborasi dengan rakan strategik untuk meningkatkan
kecekapan penyampaian perkhidmatan.

NO STRATEGI PROGRAM JABATAN
4.1 Meningkatkan Peranan Ahli Majlis
Membangunkan Pelan Pelaksanaan
Dalam Menghubungkan MPS Program Kemasyarakatan Bagi 24 Zon
Dengan Masyarakat JKP
Menyelaras Program Kemasyarakatan
4.2 Mempertingkatkan Hubungan MPS bag 24 Zon JKP
Dengan Rakan Strategik Meningkatkan Kerjasama Antara MPS,
NGO, Swasta dan Agensi Kerajaan
4.3 Memantapkan Hubungan Strategik Merancang Program Libat Urus
Dengan Pihak Berkuasa Tempatan Bersama Komuniti Perniaga dan
(PBT) Bersempadan Industri
Menyelaras Program Bersama Dengan
4.4 Memantapkan Hubungan Dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang
Penglibatan Badan-Badan Bersempadan Dengan MPS yang
Profesional, Rakan Perniagaan Diuruskan Oleh MPS
(Business Partner) Dan Membentuk JK Bertindak bagi isu-isu
Tanggungjawab Sosial Korporat yang kritikal
(CSR). Melaksanakan Program Turun Padang
ke Kawasan Bermasalah
Menjalin Kerjasama Dengan Badan
Berkepentingan Untuk Tanggungjawab
Sosial Korporat (CSR).
Meningkatkan Penglibatan Badan
Profesional Dalam Membuat
Keputusan Bagi Isu Berbangkit
Mewujudkan Jaringan Kolaborasi
yang kukuh diperingkat Negeri dan
Persekutuan dalam melaksanakan
Dasar-dasar utama

33

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

TERAS 5

Memantapkan tadbir urus untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi.

NO STRATEGI PROGRAM JABATAN
5.1 Memantapkan Pengurusan Sumber Menyusun semula fungsi dan carta
organisasi ke arah MPS yang lebih
Manusia proaktif dan maju
Membangunkan Pelan Penggantian
5.2 Memantapkan Pengurusan Kewangan bagi Jawatan Kritikal
Membangunkan Pelan Anti Rasuah
5.3 Memperkasakan Proses Kerja untuk Warga MPS dan Pemegang
Bersepadu Taruh
Merangka Pelan Latihan berteraskan
Kompetensi Masa Akan Datang
Memperkasa Program Libat Urus
bersama Jabatan / Kesatuan
Mewujudkan Garis Panduan dan
Piawaian-Piawaian Umum dari yang
Hasil Diterima dan Wang Dibelanjakan
Secara Bertanggungjawab
Melaksanakan Latihan bagi
Pengukuhan Tadbir Urus Kewangan
Membangunkan Pelan
Penambahbaikan Proses Kerja Secara
Bersepadu
Memperkasakan Proses Kerja melalui
Audit Dalam

34

PELAN STRATEGIK MPS 2021-2025

PENUTUP

Hasrat menjadikan Selayang sebagai “Perbandaran Mesra Masyarakat, Progresif dan
Sejahtera” pada tahun 2025 merupakan inspirasi bersama. Oleh yang demikian, Pelan
Strategik ini merupakan panduan utama Majlis Perbandaran Selayang. Kelima-lima
teras diharap akan mencapai Bidang Keberhasilan Utama seperti yang dihasratkan
oleh Pemegang Taruh.
Pemerkasaan sistem penyampaian awam yang cekap lagi berintegriti diperlukan
bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi
pembangunan negara. Pelaksanaan transformasi menyeluruh dan pendigitalan
Sektor Awam selari dengan keperluan semasa. Ia juga bagi memenuhi tuntutan dan
ekspektasi semua yang mendiami Selayang.
Justeru, tiga (3) Bidang Keberhasilan Utama, lima (5) teras strategik, 21 strategi
serta 58 tindakan/program dalam Pelan Strategik MPS 2021 – 2025 perlu dijayakan.
Tumpuan akan diberikan kepada usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan,
penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program yang dirancang dapat
dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta pencapaiannya dapat diukur
berdasarkan indikator yang ditetapkan.
Pelan strategik ini juga akan dijadikan sebagai rujukan kepada pihak pengurusan
untuk memacu hala tuju organisasi serta meningkatkan keupayaan dalaman bagi
mencapai visi dan misi. Sejajar dengan itu, tadbir urus yang lebih efisien akan diteruskan
selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan dengan diiringi Visi Kerajaan Negeri Selangor iaitu Selangor
Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
Sekian, terima kasih.

35

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Menara MPS Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.
Talian Am : 03-6126 5800 • Talian Bebas Tol : 1800 222 677
Faks : 03-6138 8933 • E-mel : [email protected]


Click to View FlipBook Version