BAHAGIAN A (20 markah)
Jawab soalan-soalan di bawah dengan memilih jawapan yang sesuai.
1. Saleh belajar mengaji ___________ khatam dengan Pak Lebai Mat.
A. masih C. hingga
B. tengah D. sampai
2. Ibu bapa ________________ menjadi pendorong kepada kejayaan anak-anak mereka.
A. bukanlah C. haruslah
B. mestilah D. biarlah
3. Datuk ___________ sewaktu nenek memasak sambal tumis di dapur.
A. terbersin C. tersenyum
B. terbatuk D. termuntah
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda
dengan A, B atau C.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam
ayat berkenaan.
4. Sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Zakuan telah menghadiahi seutas rantai berlian untuk
A BC
isterinya. Tiada kesalahan.
D
5. Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini telah menjadikan bidang Pendidikan lebih menarik, terutama
AB
apabila komputer digunakan secara meluas. Tiada kesalahan.
CD
6. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang semalam. Tiada kesalahan.
A B CD
1
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
7. Suaranya ____________________. Kanak-kanak amat takut apabila mendengar dia menjerit sehingga
menggeletar seluruh badan mereka.
A. seperti halilintar membelah bumi
B. merdu umpama buluh perindu
C. seperti anjing menyalak bukit
D. seperti kerbau dicucuk hidung
8. Pekerja restoran itu bekerja sangat pantas ________________kerana pelanggan terlalu ramai terutamanya pada
bulan puasa.
A. seperti lipas kudung
B. seperti tanduk diberkas
C. seperti murai tercabut ekor
D. seperti pahat dengan penukul.
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin
juga tidak. Tandakan sama ada A,B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
9. Perkara-perkara lain yang mana kurang penting tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.
A. Lain perkara yang mana tidak penting
B. Perkara-perkara lain yang agak kurang penting
C. Perkara-perkara lain yang kurang penting
D. Perkara-perkara lain yang mana kurang penting
10. Tuk Mail sangat cekap sungguh ketam padi dengan menggunakan alat tradisional itu.
A. teramat cekap sangat mengetam
B. sangat cekap mengetam
C. sangat cekap ketam
D. sangat cekap sungguh ketam
2
11. Aizat telah pulang ke tanah air sejak dari seminggu yang lalu.
A. daripada seminggu yang lalu
B. sejak seminggu yang lalu
C. pada seminggu yang lalu
D. sejak dari seminggu yang lalu
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan yang dicetak tebal.
12. Kejayaan sebuah keluarga bergantung pada persefahaman ahli keluarga dan kasih sayang yang sejati.
A. Persefahaman dan kasih sayang yang sejati antara ahli keluarga merupakan faktor penting dalam menentukan
kejayaan sesebuah keluarga.
B. Kasih sayang dan persefahaman antara ahli keluarga merupakan tunggak utama dalam menentukan kejayaan
sebuah keluarga.
C. Persefahaman dan kasih sayang memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah keluarga.
D. Hanya persefahaman dan kasih sayang sahaja yang akan menentukan kejayaan dalam sesebuah keluarga.
13. Setelah taufan tsunami melanda, semua keluarga yang terlibat berbelanja ala kadar sahaja pada Hari Raya
Aidilfitri tahun ini.
A. Semua keluarga yang menjadi mangsa taufan berbelanja ala kadar sahaja.
B. Taufan tsunami telah menyebabkan mangsanya tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gembira.
C. Mangsa taufan tsunami berhari raya dengan ala kadar sahaja pada tahun ini.
D. Berbelanja ala kadar sahaja semua mangsa taufan tsunami pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Pilih ayat-ayat yang betul.
14. I. Saya pelajari seni silat gayung daripada datuk saya
II. Ubi yang direbus oleh ibu itu masih belum empuk lagi
III. Kedua orang itu pelancong dari Jerman
IV. Guru bertugas menasihati para murid agar memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah
A. I dan II sahaja B. I,IIdan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
3
15. I. Adli pergi berkursus ke Cameron Highlands selama seminggu
II. Nenek membeli pisang goreng di kedai Pak Sidek
III. Semalam saya merebus air panas untuk emak mandi
IV Ayah memasak ketupat itu selama satu jam
A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV
16. I Juadah berbuka puasa itu dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.
II Sambutan Hari Deepavali disambut meriah oleh penganut agama Hindu
III Tiap hari datuk akan bersenam sebelum sarapan pagi
IV Hakim itu menjatuhkan Harun hukuman penjara seumur hidup
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
“Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?”
Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-lama. Ingin meneka apa-
apa yang tersirat di sebalik perkataan “besar” itu.
“Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak mampu membeli dengan
wang, cikgu. Gaji bapa kecil sahaja. Emak taka da gaji tetap.”Lurus luahan rasa Azizah. Cikgu Zaleha memaut
bahu kanan Azizah.
“Profesor Azizah, cikgu yakin kamu boleh beri hadiah yang besar maknanya kerana kamu memang layak,
rajin dan kuat berusaha. Hanya orang yang bersikap seperti Profesor Azizahlah yang akan memberikan kepuasan
kepada cikgu. Tolong, ya?” Dengan bersungguh-sungguh Cikgu Zaleha meletakkan Borang Pertandingan Kraf
Tangan Peringkat Daerah di tangan kanan Azizah. Ceraian B khusus untuk Azizah, iaitu menghasilkan dua puluh
karya anyaman dengan menggunakan bahan semula jadi. Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang
diiktiraf sebagai murid yang serba boleh, Cuma sifat rendah diri dalam diri Azizah itu terlalu tebal.
“Cikgu berbangga kalua Azizah menang tapi kalua Azizah Tarik diri…bermakna Azizah kalah. Yang paling
penting, kita sertai peraduan ini kerana peraduan ini menguji daya usaha dan kreativiti kita.”
(Dipetik daripada cerpen Hadiah oleh Tie Camar,
Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
17. Berdasarkan petikan cerpen, menunjukkan Azizah hidup susah, kecuali
A. bapa Azizah bergaji kecil
B. emak Azizah tidak mempunyai gaji tetap.
C. Azizah tiada wang untuk membeli hadiah buat guru kesayangannya.
D. keluarga Azizah terpaksa makan sekali sehari sahaja.
4
18. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut
A. Guru Azizah memintanya membelikan hadiah yang mahal.
B. Cikgu Zaleha memanggil Azizah dengan panggilan Profesor Azizah.
C. Cikgu Zaleha meminta Azizah untuk menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah.
D. Cikgu Zaleha yakin dengan kerajinan dan kuat usaha Azizah.
19. Nyatakan perwatakan Azizah yang terdapat dalam petikan di atas.
A. Merendah diri
B. Malas berusaha
C. Mudah putus asa
D. Tidak berani mencuba sesuatu yang baru.
20. Berikut merupakan sebab kita tidak boleh berputus asa, kecuali
A. Menjadikan kita malas berusaha
B. Tidak akan menjadikan diri kita lebih baik
C. Kejayaan yang lebih baik tidak akan tercapai dalam kehidupan
D. Akan dipandang hina oleh masyarakat.
Ruangan jawapan objektif. (20 MARKAH)
1. =A= =B= =C= =D= 11. =A= =B= =C= =D=
2. =A= =B= =C= =D= 12. =A= =B= =C= =D=
3. =A= =B= =C= =D= 13. =A= =B= =C= =D=
4. =A= =B= =C= =D= 14. =A= =B= =C= =D=
5. =A= =B= =C= =D= 15. =A= =B= =C= =D=
6. =A= =B= =C= =D= 16. =A= =B= =C= =D=
7. =A= =B= =C= =D= 17. =A= =B= =C= =D=
8. =A= =B= =C= =D= 18. =A= =B= =C= =D=
9. =A= =B= =C= =D= 19. =A= =B= =C= =D=
10. =A= =B= =C= =D= 20. =A= =B= =C= =D=
5
BAHAGIAN B (25 markah)
Soalan 1 (6 markah)
Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan ejaan tersebut dan tulis jawapan yang
betul pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
a) Pusat kecantikan itu telah menghadiahkan sekeping baucer kepada pelanggan setianya.
_________________________________________________________________________________
b) Sindeket penjualan tiket haram kepada orang awam semakin berleluasa.
__________________________________________________________________________________
c) Amalan menziarahi jiran tetangga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara jiran.
_________________________________________________________________________________
Soalan 2.
Baca pantun di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
Emas, perak, tembaga, suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
6
(i) Apakah maksud rangkap ketiga dan rangkap kelima “Pantun Dua Kerat (Nasihat)”? (3 markah)
_______________________________________________________________________________________________

(ii) Berdasarkan “Pantun Dua Kerat (Nasihat)” berikut, berikan dua unsur bunyi berserta dengan contoh yang sesuai.
_______________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________
(2 markah)
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang murid untuk menjadi murid
cemerlang?
_______________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________
(4 markah)
Soalan 3 (10 markah)
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1;
(i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti karya Rejab F.I
Watak sampingan turut membantu perkembangan cerita.
Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan watak sampingan dan berikan tiga perwatakannya.

7
BAHAGIAN C (15 markah)
Bahagian ini mempunyai dua pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Pilih sama ada soalan 1
atau soalan 2
Soalan 1
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
________________________________________________________________________________________

8
Soalan 2
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara
mengurus bil-bil bulanan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Dalam kesibukan menjalani urusan seharian, kita dibebani dengan bermacam-macam jenis bil yang sampai
pada setiap bulan. Lebih memeningkan kepala jika kita terlupa akan tempat-tempat bil itu disimpan.
Kita seharusnya menyediakan keperluan asas untuk menyimpan bil-bil tersebut. Hal ini penting kerana
keperluan asas seperti fail, sampul surat, dan setem membantu kita mengurus dokumen secara sistematik.
Untuk menyimpan bil-bil penting, eloklah kita menggunakan fail. Gunakan fail yang berasingan untuk
menyimpan bil-bil agar semua dokumen itu tidak bercampur aduk. Sebaik-baiknya, labelkan fail-fail tersebut.
Teknologi terkini membolehkan pembayaran bil-bil dibuat secara dalam talian. Kemudahan teknologi
ini mempercepat urusan kita. Melalui kemudahan ini, kita tidak perlu beratur panjang di kaunter pembayaran,
sebaliknya dapat membayar bil dari rumah sahaja. Hal ini tentunya akan membantu kita mengurus dokumen
penting dengan lebih cekap serta menjimatkan masa. Walaupun begitu, kita perlu mencetak semua resit
pembayaran bil yang dibuat secara dalam talian. Hal ini penting supaya kita dapat membuat rujukan dan
semakan.
Seterusnya, fail yang kita sediakan perlu kita simpan di tempat yang selamat bagi memudahkan kita
mengurus dokumen pada bulan seterusnya. Kita boleh menyimpan fail-fail tersebut di dalam kabinet yang
disediakan. Perkara yang paling utama, apabila kita menerima bil, baca dan simpanlah di tempat yang betul.
Tindakan ini perlu kita lakukan supaya kita tidak terlepas pandang dan terlupa akan Tarikh bayaran akhir bagi
bil-bil tersebut.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Jangan Biarkan Bil-bil Membebani Anda”,
Oleh Nik Nazirah Nik Daud, Wanita)

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
____________________ ____________________ ____________________ 9
(PN. SYARIZAH IZIANE HARON) (PN. SAADAH BT IBRAHIM) (PN. WOON PECK WAH)