The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOR AIN AMIRA BT MOHD ASRI (D20191087552)
PENTAKSIRAN AKHIR (KAL3053)
KUMPULAN D
PENSYARAH: PUAN JAMILAH BT MOHD BASIR.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norainamira23, 2022-02-19 12:13:32

Buku Cerita Kanak-Kanak : ANNA DAN KUCINGNYA (PENTAKSIRAN AKHIR - KAL3053)

NOR AIN AMIRA BT MOHD ASRI (D20191087552)
PENTAKSIRAN AKHIR (KAL3053)
KUMPULAN D
PENSYARAH: PUAN JAMILAH BT MOHD BASIR.

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PELAJAR
BERKENAAN DENGAN PENTAKSIRAN AKHIR

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa skrip
jawapan/tugasan/projek yang dihantar adalah daripada hasil kerja
saya sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur plagiarisme
daripada pelajar lain. Universiti boleh mengambil tindakan keatas
saya sekiranya saya berbuat demikian.

TANDATANGAN : Amira

TARIKH : 20 FEBUARI 2022

NAMA : NOR AIN AMIRA BINTI MOHD ASRI

NO. KAD PENGENALAN : 991123-06-5956

NO. PENDAFTARAN : D20191087552

FAKULTI : BAHASA DAN KOMUNIKASI

PROGRAM : AT01 – ISMP KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN

SULIT / CONFIDENTIAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR
FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 1 SESI 2021/2022
SEMESTER 1 SESSION 2021/2022

KOD / CODE : KAL 3053 KURSUS :
COURSE : CHILDREN SPIRITUAL AND

MORAL DEVELOPMENT

ARAHAN / INSTRUCTIONS

1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.
Please read the assessment instructions carefully.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut kepada
pentaksiran akhir yang telah ditetapkan.
Students are required to prepare the answer scripts/assignments/projects based on the
predetermined the final assessment.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.
Students are required to submit their answer scripts/assignments/projects to the lecturers
within the specified time.

PROGRAM / PROGRAMME: NOR AIN AMIRA BINTI MOHD ASRI
TAHUN / YEAR: 2021/2022 KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP: D

NO. PENDAFTARAN / REGISTRATION D2019 1 0 8 7 5 5 2
NO: NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO: 9 91 1 2 3 0 6 5 9 5 6

PENSYARAH / LECTURER: DR. JAMILAH BINTI MOHD BASIR

SULIT / CONFIDENTIAL

PENTAKSIRAN AKHIR
KAL 3053 : PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

KANAK-KANAK

“PENDIDIKAN MORAL : KASIH SAYANG”

NAMA NOR AIN AMIRA BINTI MOHD ASRI
NO MATRIK
PROGRAM D20191087552

AT01 - IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN

KUMPULAN KULIAH D
NAMA PENSYARAH DR. JAMILAH BINTI MOHD BASIR

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN TOPIK 1

2. PENGHASILAN BUKU CERITA 2-13
- Anna dan Kucingnya

3. MORAL CERITA 14

4. SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 15
(KBAT)
- Mengaplikasi
- Menganalisis
- Menilai

5. AKTIVITI KRAF 16

6. RUJUKAN 17

PENGENALAN TOPIK

Merujuk kepada kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) terdapat
enam tunjang yang diasaskan salah satunya kerohanian sikap dan nilai. Elemen ini merupakan
elemen yang membawa kepada perkembangan moral pelajar pra sekolah. Berpandungan
kepada KSPK iaitu pada pendidikan moral, salah satu nilai moral yang dipilih ialah kasih
sayang. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2010), kasih sayang membawa
maksud cinta kasih. Kasih sayang juga membawa maksud kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalam serta berkekakaln yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Perasaan kasih sayang tidak hanya kepada manusia juga tetapi ianya boleh dilahirkan
perasaan cinta manusia kepada alam sekitar mahupun haiwan. Perkataan kasih sayang bukan
hanya sekadar luahan kata cinta dan perhatian, tetapi ianya juga dapat dilihat daripada persepsi
tingkah laku. Dari aspek moral, kasih sayang adalah suatu perasaan yang lahir dari hati ikhlas
dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau orang lain. Ini bermaksud perasaan sayang datangnya
daripada jiwa dalam diri kerana manusia diberikan sifat yang penyayang dan daripada sifat
inilah yang akan menentukan kebaikan terhadap sesuatu perkara. Sifat seperti ini haruslah
ditanam dalam diri dan harus diajar dari kecil kerana kanak-kanak akan sentiasa membawa
perwatakan ini di mana-mana sahaja dan sentiasa menyayangi apa yang berharga kepada
sekeliling mereka tidak kira manusia atau haiwan atau alam semula jadi.

Dalam tugasan ini akan menceritakan perkara yang berkaitan dengan moral yang telah
dipilih berpandukan KSPK iaitu moral kasih sayang. Cerita yang telah direka ini dilakukan
dengan mengikut tahap perkembangan umur pelajar iaitu pelajar tadika atau pra sekolah. Cerita
ini ingin menceritakan tentang kasih sayang antara manusia dengan manusia dan kasih sayang
antara manusia dengan haiwan. Tujuan cerita ini dilakukan adalah untuk memberikan imput
kepada kanak-kanak atau pelajar betapa pentingnya sifat kasih sayang ini disemai dalam
kehidupan, Malahan juga dalam cerita ini akan mengajar kanak-kanak untuk sentiasa berbuat
baik kepada haiwan dan sentiasa wujudkan sikap berperikemanusiaan dalam diri dengan
menghargai nyawa haiwan dan tidak menganiayainya. Oleh itu diharapkan buku cerita yang
dihasilkan ini bukan hanya menarik perhatian kanak-kanak untuk membawa tetapi diharapkan
agar contoh teladan yang diselitkan dalam cerita ini akan membawa manfaat kepada kanak-
kanak agar menjadikan kehidupan mereka lebih sejahtera.

1

BUKU CERITA KANAK-KANAK

Anna
dan
K
ucingnya

Pada suatu petang, Anna dan ibunya pergi ke taman
permainan. Di taman, ada ramai kawan-kawan dan
Anna berasa sangat seronok dapat bermain bersama
rakannya. Ibu Anna melihat Anna dari jauh. Anna
sangat seronok bermain jongkang-jongkit bersama
rakannya yang bernama Alia.




1

Selepas bermain papan jongkit, Anna dan Alia pergi ke
pondok mainan. Tiba-tiba mereka ternampak ada dua
budak lelaki seperti sedang melakukan sesuatu dan tiba-
tiba kedengan seperti bunyi kucing. Anna dan Alia pun
pergi mendekatinya. Rupa-rupanya budak lelaki tadi telah
memukul kucing dan mengurung kucing di dalam kotak
itu. Anna pun terus memarahi mereka. Akhirnya budak
lelaki itu pun terus melarikan diri.

2

Anna membuka kotak itu dan melepaskan ikatan tali
pada kotak itu. Mereka terkejut melihat kucing itu.
Kucing itu kelihatan seperti tidak bermaya. Anna pun
membelai kucing itu. Kemudian Alia menyuruh Anna
membela kucing itu kerana kasihan. Anna pun setuju
dengan kata Alia. Akan tetapi Anna perlu meminta
izin dahulu daripada ibunya. Lalu Anna pun pergi
kepada ibunya dan menceritakan mengenai kucing
itu.

Namun ibunya tidak mengizinkan Anna mengambil
kucing itu. Anna berasa sangat sedih dan menoleh ke
arah kotak di mana kucing itu berada. Anna pun terus
mengajak ibunya pulang ke rumah kerana kecewa
tidak dapat membela kucing itu.

3

)

Keesokan harinya, Anna masih lagi sedih kerana tidak
dapat membela kucing itu. Kemudian pada waktu
petang, Anna bercadang untuk pergi ke taman
permainan lagi untuk melihat kucing itu. Anna pergi
berseorangan ke taman itu memandang rumahnya
berhadapan dengan taman.

4

Anna pun mencari dengan kucing. Muka Anna
kelihatan begitu gembira. Anna mengambil
keputusan untuk membawa anak-anak kucing itu
tinggal dirumahnya. Semasa dirumah Anna senyap-
senyap membawa masuk kucing itu ke dalam stor
rumahnya tanpa pengetahuan ibunya. Keesokan
harinya dia bangun pada jam 8 pagi dan terus meluru
ke stor dimana dia meletakkan kucing itu. Anna duduk
di dalam stor ini dengan lama sekali sehingga dia
tidak perasan yang ibunya sedang mencarinya.

5

Ibu Anna begitu cemas apabila Anna hilang dari
rumah. Ibunya terus mencarinya diluar rumah, di
taman tetapi tidak ditemui. Kemudian ibunya pun
pulang semula ke rumah kerana berfikir Anna
mungkin ada dirumah semula. Kemudian ibunya
mendapati selipar Anna ada di belakang rumah.
Ibunya pun masuk dan terdengar ada bunyi dari
pintu bilik stor. Ibunya membuka pintu tersebut
dan mendapati Anna ada dalam bilik tersebut.
Ibunya pergi ke Anna dan memeluknya kerana
menyangka Anna hilang dari rumah.

ANNAAAAA

6

Ibu Anna bertanya kepada Anna kemana dia
pergi. Puas ibunya mencari disekitar rumah, di
taman, dibilik namun Anna tiada. Ibu memanggil
nama Anna tapi Anna langsung tidak menjawab.
Anna hanya memberitahu yang dia hanya duduk
di dalam stor sahaja. Anna juga tidak sedar yang
ibunya sedang memanggilnya. Kemudian Anna
menunjukkan kucing yang disoroknya. Ibunya
melihat kucing itu dan Anna menyangka ibunya
akan memarahinya.

7

Ibu Anna pergi ke arah kucing itu dan membelainya.
Kemudian ibunya berkata bahawa ibunya
membenarkan Anna untuk membela kucing itu di
dalam rumah dan memastikan Anna menjaga
kucing itu dengan baik. Kemudian Puan Liza
meminta Anna bersiap untuk membawa kucing itu
ke klinik haiwan untuk merawat luka kucing itu dan
pergi membeli makanan kucing.

8

Anna berasa sangat gembira apabila ibunya
membenarkannya membela kucing-kucing itu. Anna
pun mengikuti ibunya ke klinik haiwan. Kemudian doktor
telah merawatnya kucing-kucing itu. Selepas itu, Puan
Liza membawa Anna ke kedai kucing untuk membeli
barang kucing. Anna berasa sangat teruja. Setelah
selesai membeli mereka pun pulang ke rumah dan
kemudian Anna pun mula menghiaskan tempat untuk
kucing-kucing itu.

9

Kini Anna tidak lagi keseorang di rumah. Anna sudah
ada kucing-kucingnya. Kucingnya adalah rakannya
dirumah. Anna sangat sayang akan kucingnya
sehingga tidur pun bersama kucing. Apabila kucingnya
demam Anna akan berasa sedih dan meminta ibunya
menghantar ke klinik. Anna sangat gembira bermain
dengan kucingnya. Kucingnya sudah diberi nama iaitu
tompok, putih dan debab. Anna berjanji akan
menyanyangi kucingnya sama seperti dia menyayangi
ibunya.

10

TAMAT

MORAL CERITA

Terdapat pelbagai moral yang boleh dilihat pada cerita Anna dan Kucingnya. Namun moral
yang paling jelas dilihat ialah moral kasih sayang. Sebagai seorang manusia, kita perlulah
saling sayang menyayangi tidak kira antara manusia atau haiwan. Kasih sayang ini dapat
dilihat pada watak ibu Anna yang sangat sayang akan anaknya dimana dia begitu cemas apabila
anaknya tiada dirumah. Selain itu juga ibunya iaitu Puan Liza sangat menyayangi Anna dengan
memberi kebenaran kepada Anna untuk menjaga kucing demi kebahagian Anna dan juga
ibunya sanggup membawa kucing tersebut ke klinik untuk merawatnya. Kasih sayang antara
ibu dan anak ini sangat jelas ditunjukkan. Kasih sayang yang kedua dapat dilihat pada watak
Anna yang sangat sayang akan kucingnya. Anna sanggup membawa anak kucing itu untuk
dijaga di dalam rumah, memberi makanan dan merawatnya. Anna juga pernah memarahi dua
orang budak lelaki yang cuba menganiayai kucing itu.

Moral yang kedua ialah janganlah menganiayai haiwan kerana perbuatan ini
sangat berdosa. Haiwan juga makhluk Allah dan kita sebagai manusia perlulah menghargai
dan melindungi haiwan. Kita tidak boleh melakukan perkara yang boleh mendatangkan
kecederaan kepada haiwan. Kita haruslah mewujudkan sikap berperikemanusiaan kerana
kucing juga perlulah dilindungi daripada sesuatu perkara yang memudaratkannya. Contohnya
pada watak dua orang budak lelaki yang menganiayai kucing dengan mengurung dan mengikat
kucing di dalam kotak sehingga kucing itu tidak berdaya lagi. Perbuatan seperti ini haruslah
tidak patut dicontohi.

Moral yang ketiga ialah meminta izin dahulu sebelum membuat sesuatu perkara.
Sebagai seorang anak, apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara kita perlulah meminta izin
atau kebenaran daripada ibu bapa. Contohnya kita dapat lihat pada watak Anna dimana dia
meminta izin kepada ibunya untuk membela kucing namun ibunya tidak membenarkannya.
Mendapat keizinana daripada orang tua akan menjadi hidup kita lebih diberkati.

Oleh itu, pelbagai moral yang diperolehi daripada buku cerita Anna dan Kucingnya.
Moral-moral di dalam buku ini haruslah dicontohi kepada semua orang. Perkara yang baik
haruslah diikuti manakala perkara yang membawa kemudaratan perlulah dijauhi. Diharapkan
daripada cerita ini akan menjadikan seseorang itu akan lebih menjadi seorang insan yang baik.

14

SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Cipta tiga (3) soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berdasarkan cerita.
1) MENGAPLIKASI

Bagaimanakah keadaan ketiga-tiga kucing itu sekiranya Anna tidak menghalang budak
lelaki itu?
2) MENGANALISIS
Apakah nama ketiga-tiga kucing yang diberikan oleh Anna?
3) MENILAI
Apakah yang awak dapat daripada cerita Anna dan Kucingnya?

15

AKTIVITI KRAF
Nama aktiviti : Topeng Kucing
Langkah-langkah:

1) Sediakan bahan bahan seperti
▪ pinggan polisterin
▪ straw atau lidi
▪ gunting
▪ cat
▪ berus warna
▪ pen marker pelbagai warna
▪ gam

2) Ambil pinggan polisterin dan kemudian potong separuh atau potong dua.
3) Ambil satu bahagian yang telah dipotong tadi dan tebukkan dua lubang untuk dijadikan

mata kucing.
4) Kemudian gunakan bahagian potongan lebihan yang satu tadi dengan melukis bentuk

telinga dan hidung kucing kemudian potong dan tampalkan untuk menampakkan ianya
akan menjadi bentuk muka kucing.
5) Jika ingin meletakkan misai dan mulut lukiskan sekiranya perlu.
6) Sementara menunggu tampalan itu kering, sediakan bekas cat warna, cat dan berus cat.
7) Kemudian warna mengikut kreativiti sendiri. Contohnya pada bahagian telinga dan
hidung berwarna coklat gelap, misau berwarna putih dan muka berwana oren.
8) Untuk menampakkan bentuk pada telinga, hidung, misai, mulut gunakan pen marker
hitam atau yang bersesuaian.
9) Akhir sekali, ambil straw atau lidi dan gamkan. Kemudian lekatkan pada belakang
bahagian topeng tadi. Lekatkan pada belah tepi kiri atau kanan supaya boleh dipegang.

Contoh lakaran
16

RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur Munirah Teoh Abdullah, Tee, C.C & Abdul Pabil Adam (2016). Pendidikan Moral

Tingkatan 1. (Siti Masni Kospin, (Ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). KURIKULUM

STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

17


Click to View FlipBook Version