INSTITUT PERGURUAN Kesusasteraan
KAMPUS SULTAN ABDUL Melayu dan
Kebudayaan
HALIM Melayu
(BMMB1104)
Dr. Arfah binti Ahmad
Nama: Nik Nur Aisha Amalin binti Amral Bahrim
Kelas: F2C
Takrif
kesusasteraan
Melayu
Istilah kesusasteraan berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud
kumpulan buku-buku yang mempunyai bahasa yang indah dan isi yang baik.
‘su’ – indah, elok, cantik
‘sas’ – ajarkan, berikan panduan atau arahkan
‘tera’ – media, karya, bahan atau pemikiran pengarang
‘susastera’ – karya bahasa sama ada lisan mahupun tulisan yang mempunyai
ciri-ciri istimewa dan bernilai seni dalam proses penciptaannya.
Jenis kesusasteraan Melayu
NARATIF BUKAN NARATIF
-Mengandungi perkembangan plot -Tidak mengandungi plot
-Mengandungi unsur watak, masa dan -Mengandungi lebih banyak ekspresi
tempat peristiwa berlaku
-Hiburan yang biasa terdapat dalam pengarang
kehidupan manusia -Lebih banyak dilahirkan dalam
-Dijumpai dalam bentuk cerpen, komik,
filem dan banyak lagi dalam kehidupan bentuk puisi
masyarakat sekarang
prosa prosa moden
Bentuk tradisional
kesusasteraan
puisi
Melayu tradisional puisi moden
1. Prosa tradisional
Menerima pengaruh Hindu dan Buddha pada mulanya. Namun, kurang
menyumbang ke arah perkembangan prosa tradisional kerana bahasa yang
digunakan dalam cerita sukar difahami iaitu bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno.
Mengalami perkembangan positif setelah kedatangan islam.
Muncul tulisan jawi dan agama islam mula bertapak.
Istana berperanan sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu klasik
yang utama.
Merupakan hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa.
Bertujuan untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu
Terbahagi kepada dua jenis, iaitu sastera rakyat iaitu secara lisan dan sastera
istana secara tulisan.
sastera rakyat MITOS
LAGENDA
Diwarisi secara lisan. CERITA
Bersifat tradisional dan lama. RAKYAT
Wujud dalam variasi yang berbeza.
Bersifat anonimi (menggunakan nama samaran
ataupun tidak memiliki nama pencipta).
Hak milik masyarakat yang menghasilkannya.
Bentuk berpola dengan plot yang hampir sama.
Berfungsi memberi pengajaran.
Penulisan bersifat sederhana, spontan dan ada
ketikanya agak kasar.
Terbahagi kepada dua kategori iaitu naratif dan
bukan naratif.
mitos
Dianggap betul-betul terjadi dan berlaku pada zaman lampau.
Peristiwa yang aneh tetapi penting.
Dianggap keramat dan suci oleh masyarakat yang mempercayainya.
Tokoh merupakan makhlus halus, dewa atau separuh dewa.
mitos asal-usul mitos institusi sosial mitos politik
Mengisahkan asal-usul
Berlaku pada masa lampau. sesebuah institusi sosial Cerita yang berkaitan
Dianggap keramat. dalam masyarakat dengan dengan struktur
Mempengaruhi kehidupan Melayu. pemerintahan dan
masyarakat Malayu terutama Contoh: mitos kerajaan.
cara pemikiran. kedatangan islam, Contoh: Cerita keturunan
Bersifat mistik dan institusi adat dan raja-raja Melayu dan mitos
bersangkut paut dengan institusi bomoh. penubuhan kerajaan
sesuatu rahsia. seperti Pasai, Melaka dan
Mengandungi unsur magis. Samudera.
Legenda
Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci.
Komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan.
Latar masa tidak semestinya masa lampau tetapi masih berkait dengan masa silam.
Tokoh merupakan manusia yang mempunyai sifat luar biasa.
Legenda keagamaan Legenda alam ghaib
Cerita mengenai orang alim Dianggap benar-benar berlaku.
dan penyebar agama. Berfungsi untuk meneguhkan kebenaran berkaitan
Tokoh memang wujud dan dengan sesuatu kepercayaan.
menjadi bualan masyarakat. Berkaitan dengan pengalaman peribadi seseorang.
Contoh: Hbib Noh dan Tok Mempunyai unsur tradisional seperti. Contohnya,
Kenali memasuki alam ghaib.
Legenda perseorangan Legenda tempat
Berkait dengan tokoh-tokoh Berkait dengan asal usul sesuatu tempat di mana
tertentu dan peristiwa nama tempat itu berkaitan dengan nama tokoh
tersebut betul-betul berlaku. ataupun binatang.
Dibuktikan dengan latar Berunsur historiografi
tempat dan masa. Contoh: Nama tempat Pekan Langgar di Kedah yang
Contoh: Hang Tuah, Pawang bersempena dengan perlanggaran Siam ke atas Kedah.
Langkat dan Si Tanggang.
Cerita rakyat
Berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar berlaku.
Merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral atau sindiran.
Cerita binatang Cerita jenaka
Menimbulkan rasa geli hati dan gembira terhadap orang yang
Watak utama mendengarkannya.
merupakan haiwan Ada unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam
yang mempunyai kehidupan manusia.
gambaran sikap dan Unsur kelucuan ditimbulkan melalui jalinan cerita yang disampaikan
tingkah laku seperti dan dialog yang diujarkan.
manusia. Contoh: Pak Pandir dan Pak Belalang.
Cerita penglipur lara Cerita teladan
Dituturkan oleh para penglipur lara.
Dituturkan secara lisan dari zaman ke zaman lain dengan tokoh Ada unsur didaktif.
tambah. Sarat dengan unsur
Merupakan milik masyarakat. moral dan pendidikan.
Berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan citra sistem Watak merupakan
masyarakat Melayu tradisional. manusia biasa yang
Mengandungi amanat dan panduan iaitu buat baik dibalas baik, mengalami suka duka
kebenaran akan menang dan kebatilan akan kalah. pada permulaan cerita
Plot cerita bersifat kronologi iaitu ada pengenalan, perkembangan dan memperoleh
dan pengakhiran. kegembiraan pada
Watak utama merupakan manusia biasa dan ada juga watak dewa pengakhiran cerita.
dewi. Contoh: Bawang Putih
Mengandungi unsur magis dan kesaktian. Bawang Merah.
Latar tempat biasanya di istana, dunia kayangan ataupun alam
ghaib.
Contoh: Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.
sastera hikayat sastera istana sastera panji
Terbahagi kepada tiga jenis sastera agama Isi kandungan kisah
berdasarkan unsur yang pengembaraan,
terkandung di dalamnya iaitu Fokus kepada cerita-cerita yang percintaan dan
unsur Hindu, Islam dan menggambarkan kehebatan Nabi peperangan.
Hindu-Islam. Muhammad menghadapi pelbagai Watak utama dikenali
Contoh: Hikayat Gul cabaran dan tentangan dalam sebagai Panji.
Bakawali, Hikayat Seri Rama menyebarkan agama islam. Contoh: Hikayat
dan Hikayat Raja Pasai. Contoh: Hikayat Bulan Terbelah Cendawan Putih.
sastera undang-undang sastera epik
Sebagai bahan kajian berkaitan sistem Juga dikenali dengan sastera pahlawan.
pemerintahan, pentadbiran dan susun lapis Bersifat sejagat.
masyarakat lama. Mementingkan ciri kepahlawanan dan
Terbahagi kepada dua: Adat Temenggung keperwiraan yang unggul.
dan Adat Perpatih Gambaran tokoh yang berlebihan dan
Contoh: Hukum Kanun Melaka dan Undang- sempurna disebabkan tokoh disanjung oleh
undang Pahang masyarakat.
Dikategorikan kepada dua: epik kebangsaan
(Hikayat Hang Tuah) dan epik berunsur islam
(Hikayat Amir Hamzah)
2.Prosa moden Novel
Cerpen Bahasa Itali iaitu, novella yang
bermaksud sayu benda kecil yang
Gabungan perkataan "cerita" dan "pendek". baharu.
Alat bagi menggambarkan perasaan, sikap, Prosa rekaan yang panjang.
pandangan dan fikiran pengarang. Kandungan sebahagian daripada
Memberi gambaran tentang suatu zaman sama sebuah kehidupan.
ada berkenaan masalah politik, sosial atau Mengisahkan kejadian yang tertumpu
ekonomi. pada kehidupan manusia di suatu
Berkisarkan sesuatu peristiwa yang menjadi tempat dan pada masa tertentu.
fokus utama. Mengandungi tiga faktor utama yang
Mengandungi hanya satu tema dan beberapa saling berkait iaitu, pengalaman peribadi,
persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan realiti rencam hidup dan imaginasi.
mendalam kepada pembaca.
Hanya beberapa watak sahaja mempunyai Drama
perkembangan perwatakan manakala watak-
watak lain bertujuan untuk mengukuhkan Penulis menyampaikan pemikiran melalui
kewibawaan watak utama. lakonan serta dialog.
Hanya terdapat satu plot sahaja. Dibangunkan oleh unsur intristik iaitu satu
kesatuan yang menghasilkan karya
secara keseluruhan.
Memerlukan skrip drama menjadi
panduan kepada pengarah dan pentas
bagi tujuan pementasan.
Pengarah memainkan peranan
menyelaras pementasan drama.
Unsur-unsur penting yang harus
dititikberatkan bagi memastikan
pementasan sempurna ialah cahaya,
bunyi, pakaian, tata rias dan penonton.
3. Puisi tradisional
1 Pantun 2 Syair
3 Gurindam 4 Seloka
pantun
Kaedah rangkapan tertua milik JENIS BENTUK
2 kerat
masyarakat Melayu Menghibur 4 kerat
merupakan pengukapan yang Nasihat 6 kerat
Mengandungi unsur pembayang Menduga akal 8 kerat
maksud dan maksud. Meluahkan perasaan 10 kerat
Jenis pantun dibahagikan Menyampaikan hasrat seni 12 kerat
bergantung pada fungsi dan Menyedapkan cakap Pantun berkait
kandungan pantun. Menyampaikan hasrat tersembunyi
Bentuk berdasarkan bilangan Agama
baris dalam rangkap. Budi
Jenaka
Percintaan
Perpisahan
Gurindam
Bentuk terikat iaitu terdiri daripada dua baris
serangkap yang mengandungi tiga hingga enam
patah perkataan dengan rima akhir "a'', "a".
8 hingga 12 suku kata dalam sebaris.
Memerlukan beberapa rangkap untuk
melengkapkan idea.
Bahasa yang bernas dan serius.
Mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran dan
pernyataan perasaan cinta.
Syair
Puisi berlagu
Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris
serangkap dengan rima akhir 'a', 'a', 'a', 'a'.
Empat hingga lima patah perkataan setiap baris.
8 hingga 12 suku kata setiap baris.
Terdapat satu hentian di setiap baris.
Setiap rangap memerlukan beberapa rangkap yang berturutan
untuk menghasilkan idea yang lengkap.
Merupakan suatu pernyataan yang berlarutan.
Setiap untai syair mempunyai awalan dan ahiran.
Berbentuk cerita dan bukan cerita.
Seloka
Bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama
Lebih kepada pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan
sindiran.
Kandungan yang penuh dengan sindiran berguna sebagai
pengajaran kepada pendengar dan pembaca.
Sebahagian besar ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris
serangkap.
Ada juga dalam bentuk bebas iaitu setiap baris menjadi isi puisi
tersebut.
4. Puisi moden
Sajak
Satu-satunya genre puisi dalam puisi moden.
Lebih bebas
Terikat paa sesuatu pola khusus walaupun ada ketikanya
memerikan ciri matra, rima dan rentak.
Pengucapan perasaan yang mengandungi fikiran dan
tanggapan.
Suara hati atau luahan perasaan penyair.
Lahir dari jiwa dan perasaan.
Sajak yang baik bukan mainan kata-kata semata-mata.
Ciri-ciri kesusasteraan Melayu
Keindahan
Hasil karya dikatakan indah jika memenuhi 4 syarat iaitu
keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur
Mencerminkan pengalaman
Pengalaman di sini merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa
manusia yang digambarkan secara realiti. Dalam karya sastera,
pengalaman diungkapkan melalui bahasa.
Pengalaman seni
Nilai karya sastera terletak pada perkara yang disampaikan, cara dan bentuk
penyampaiannya. Hasil karya sastera dapat memberikan pengalaman dan nilai-
nilai seni kepada pembaca.
Fungsi kesusasteraan Melayu
ALAT PENDIDIKAN INSTRUMEN ALAT KAWALAN
PERPADUAN SOSIAL DALAM
KEHIDUPAN
DAKWAH MEDIUM PROTES HARIAN
DAN KRITIK
SOSIAL HIBURAN
Manifestasi akal budi
dalam puisi tradisional
Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang
manusia yang menyokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta
keindahan.
Dapat dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan,
perlakuan dan gaya hidup.
Akal budi Cedok air dengan baldi ,
dalam Cedok nasi dengan senduk ,
pantun
Baik dibawa resmi padi ,
Semakin berisi semakin tunduk
Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek pemilihan pembayang yang
saling berkaitat iaitu air dengan baldi dan nasi dengan senduk. Dalam pantun ini,
baldi memudahkan pekerjaan masyarakat. Setelah penat bekerja, masyarakat akan
menikmati nasi untuk mengisi perut yang berkeroncong. Jadi, senduk digunakan
untuk mencedok nasi ke dalam pinggan sebelum makan. Dalam pantun ini perkara
yang ditekankan adalah perkaitan mengenai apabila kita memiliki kelebihan , kita
sepatutnya lebih merendah diri iaitu bersikap seperti resmi padi.
Pantun ini menyeru masyarakat supayamemandang mulia dan tinggi terhadap
seseorang yang memiliki sesuatu kelebihan namun tidak bersikap mendabik dada .
Hal ini kerana ,nilai budi yang ada tertanam dalam dirinya menjadikan dirinya sama
dengan resmi padi iatu semakin mempunyai isi, semakin bersikap rendah diri dan
rendah hati.
Akal budi
dalam
syair
Hai sekalian kita yang kurang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang
Pada rangkap pertama syair ini penyair menyeru kepada semua dan beliau mengetahui
kita sebagai hamba Allah SWT sentiasa tidak sempurna dan serba kekurangan.Nafsu
adalah musuh utama umah Islam kerana ia akan merosakkan akidah umah Islam.
Amati-amati membuang diri
menjadi dagang segenap diri
baik-baik engkau fikiri
supaya dapat emas sendiri
Wahai dagang yang hina
Ketahui hidup dalam dunia
Sebagai jati tiada berbunga
Bagi burung tiada berguna
(Rangkap 2 & 3)
Pada rangkap kedua penyair meminta kita mengenali diri sendiri dengan sebaik-baiknya. Kita
sebaiknya berdagang dan jangan membuang masa dengan menggangur. Hal ini kerana, apabila kita
bekerja kita akan mendapat upah dan dengan upah tersebut kita dapat memenuhi keperluan dan
kehendak kita.
Pada rangkap ketiga pula, penyair ada mengatakan bahawa terdapat segelintir manusia yang
menganggap pekerjaan berdagang itu hina dan memandang rendah terhadap pedagang. Namun,
kita patut menyedari bahawa di dalam dunia ini orang akan menganggap pedagang tidak ada
keaslian diri yakni semangat yang tinggi untuk bekerja pekerjaan lain yang lebih dipandang tinggi
oleh masyarakat.
Wahai sekalian kita yang kurang
Nafsumu itu lawan berperang
Jauhkan tamak baiklah kurang
Jaga dirimu jatuh ke jurang
Amat-amati membuang diri
Menjadi dagang di segenap negeri
Baik-baik engkau fikiri
Supaya selamat hari-hari.
(Rangkap 4 & 5)
Pada rangkap keempat, penyair menyeru sekali lagi kepada pembaca yang serba kekurangan ini
untuk bangun melawan nafsu diri yang durjana dan seringkali menjatuhkan diri sendiri.
Kita juga haruslah menjauhi sifat tamak kerana sifat inilah yang akan membawa kita ke lembah
kemungkaran yang bakal menrugikan diri kita sendiri.
Pada rangkap kelima pula, penyair menasihati pedagang yang berdagang di seluruh negeri di dunia
ini hendaklah pandai membawa diri di negeri orang supaya diri mereka selamat daripada sebarang
musibah yang tidak baik.
Akal budi
dalam
seloka
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Akal budi yang terdapat dalam seloka ini menceritakan nasib malang seseorang yang disebabkan oleh
sikap buruk dirinya sendiri yang wajar dijadikan pengajaran oleh semua individu.
Dalam cerpen ini, sikap buruk pak kaduk ialah dia gemar bersabung ayam. Pak Kaduk bernasib malang
apabila ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai kerana ditipu. Malang juga nasibnya apabila dia
kebuluran apabila pulang ke rumah kerana nasinya telah dibuang.
Sikap seperti Pak Kaduk tidak wajar kita ikuti kerana sifatnya yang bodoh menyebabkan nasibnya
bertambah malang apabila dia mengalami kesusahan untuk mengayuh perahu. Jadi pengarang
menasihati kita supaya mempunyai ilmu yang cukup agar tidak mengahadapi masalah dalam
menjalani kehidupan seharian.
Pengarang turut menasihati kita supaya bertindak secara bijak agar tidak menyusahkan diri sendiri
atau mendapat penyesalan di kemudian hari.
Akal budi
dalam
gurindam
(Gurindam
12)
Dari aspek pemikiran
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji. (Fasal 2)
Antara pemikiran yang terkandung dalam gurindam ini termasuklah mengenai akidah dan tasawuf,
syariat rukun Islam, kepentingan akhlak, serta konsep pemerintahan.
Pengarang memasukkan empat aspek ajaran agamanya itu syari’at, tarikat, hakikat, dan makrifat ke
dalam Gurindam dua belas sebgai pemikirannya.
Pengarang bijak mengetengahkan pemikirannya tentang Islam dengan menghubungkaitkan nilai
Islam dalam setiap aspek kehidupan.
Contohnya dalam fasal 2 ini pengarang banyak menjelaskan mengenai agama.
Dari aspek pertuturan
Apabila dengki sudah bertanah,
Datangla daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
Di situlah banyak orang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung. (Fasal 4)
Dalam fasal 4 ini, pengarang menjelaskan p
entingnya menjaga hati seperti zalim, dengki,
marah, bakhil, dan lain sebagainya agar terhindar dari sifat-sifat tercela.
Apabila sifat dengki sudah menguasai diri, seseorang itu akan melakukan perkara-
perkara yang tidak baik.
Pengarang juga menasihatkan apabila hendak memuji atau mengatakan sesuatu kepada
seseorang haruslah berfikir terlebih dahulu supaya tidak tergelincir atau berlakunnya
pergaduhan atau persengketaan dalam masyarakat.
Dari aspek perlakuan
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita
Apabila terpeliharanya kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripada faedah
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
daripada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah segala fiil yang tiada senonoh
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat. (Fasal 3)
Pengarang mengingatkan betapa pentingnya menjaga anggota tubuh dari perbuatan-perbuatan yang
tidak baik.
Kita harus menjaga mata supaya tidak timbul keinginan yang menyimpang.
Telinga harus dijauhkan dari segala bentuk hasutan dan mendengar perkara yang tidak baik.
Orang yang menjaga percakapan akan mendapat manfaat.
Tangan juga harus dijaga dari mengambil milik orang lain.
Nafsu pula harus dijaga supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak patut.
Hidup harus dijalani dengan penuh semangat dan jangan merugikan diri dengan melakukan hal-hal yang
membazir dan melakukan maksiat.
Dari aspek gaya hidup
Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilang nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka yaitulah orang yang ma’rifat. ( Fasal 1)
Pengarang ada menjelaskan bahawa jika hidup kita tidak mengenali agama yakni tuhan,
maka hidup kita hanya sia-sia tanpa sebarang tujuan.
Dalam rangkap 1 ini, pengarang memberi nasihat tentang agama kepada masyarakat
Melayu pada waktu itu untuk mengenali tuhan yang satu iaitu Allah. Bukan itu sahaja,
seseorang manusia itu juga harus mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
RUJUKAN
Abdul Halim Ali. (2018). Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan dan
kritikan . Penerbitan Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Dr. Azman Rahmat, Dr. Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar,
Abdul Rani Hassan & Dr. Hasnah Awang. (2022). Pengenalan
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan
Rahimah A. Hamid & A. S. Hardy Shafii. (2017). Akal budi Melayu dalam
bahasa dan sastera moden . Universiti Sains Malaysia.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan
Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa. Jurnal
komunikasi, (31) 2, 183-194
Terima kasih