1
KANDUNGAN
Pendahuluan
Integriti Mantap
Peranan Pengetua Sebagai Pimpinan
Dalam Pentadbiran Berintegriti
Kesalahan Tatatertib/Kesalahan
Jenayah
Amalan Biasa Tetapi Menjadi
Kesalahan
Rumusan 2
PENDAHULUAN
Integriti sangat luas maksudnya merangkumi
keutuhan moral, amanah dan mematuhi peraturan
serta undang-undang
Pengetua-Pengetua sebagai pemegang amanah dalam
pentadbiran & kewangan di sekolah-sekolah
sepatutnya menjadi contoh dan ikutan yang terbaik,
pemudah cara dan bukannya mengeluarkan perintah
atau arahan semata-mata.
Dalam melaksanakan tanggungjawab, seseorang
terdedah untuk melakukan kesilapan dan salah laku
serta juga kesalahan jenayah. 3
Integriti Mantap
Berintegriti ialah keutuhan dari segi yang baik, kejujuran
atau ketelusan, mempunyai jati diri, keikhlasan, amanah,
benar, berpegang kepada prinsip, boleh dipercayai dan
tidak mudah dipengaruhi. Sikap ini harus menjadi
pegangan dan amalan dalam setiap urusan contohnya
semasa melaksanakan kontrak, pastikan tiada ‘duit kopi’,
tiada berpakat-pakat mendapatkan komisyen mahupun
mendapatkan sumbangan yang berbentuk “ada udang di
sebalik batu”.
Kemantapan Integriti Tuan/Puan menjadi tunjang
kejayaan guru-guru, pelajar dan organisasi secara
keseluruhannya malahan tidak keterlaluan untuk
merumuskan imej Pengetua sebagai cermin sesebuah
sekolah. 4
- sambung -
Sepanjang 6 tahun memegang jawatan mantan Pengarah
Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, saya
dapati di mana ada peluang dan ruang yang tidak
diperketatkan prosedur dan kawalan, maka di situ akan
terdedah kepada penyelewengan.
Elemen dalaman atau kekuatan keimanan seseorang sangat
penting dalam mengujudkan kekuatan menolak sebarang
tawaran rasuah atau melakukan penyelewengan.
Terdapat beberapa kes pengetua atau guru besar turut
ditangkap dan dituduh atas pecah amanah dan
penyelewengan.
Kebanyakan kesalahan adalah menawarkan kontrak
kepada keluarga atau pihak yang dia mempunyai
kepentingan – kesalahan di bawah seksyen 23 ASPRM.
5
Peranan Pengetua Sebagai Kepimpinan Dalam
Pentadbiran Berintegriti
Pengetua sebagai “Ke Tua” dalam organisasi sekolah seharusnya
menjadi contoh dan teladan.
Pengetua-Pengetua Cemerlang seharusnya bukan sahaja
cemerlang dalam mentadbir tetapi juga turut mengajar/masuk
kelas dan jadikan kelas yang diajar melahirkan pelajar yang
cemerlang. Kajian mendapati 70% pentadbir sekolah tidak dapat
memenuhi tuntutan Kementerian Pelajaran Malaysia agar
mereka mengajar sekurang-kurangnya enam waktu seminggu
dan gagal menyediakan Persediaan Mengajar.
Bukan hanya bertindak sebagai pengarah sahaja tetapi turun
padang bagi memahami masalah dan bersama mencari jalan
penyelesaian terbaik.
Mengawal kewangan/peruntukan bagi perbelanjaan berhemah
tanpa ada unsur-unsur rasuah.
6
- Sambung -
Konsep “Good Governance” yang diterima pakai di peringkat
antarabangsa dan kebangsaan adalah terlalu luas merangkumi
rule of law, tranparensi, responsive, ekuiti, kerkesanan dan
kecekapan serta akauntabiliti. Polisi-polisi yang diperkenalkan
iaitu No Gift Policy, Anti Corruption Policy dan Polisi
Pengistiharan Harta adalah keperluan bagi meningkatkan
integriti dalam sesuatu organisasi.
Setiap pelanggaran kepada polisi atau peraturan mesti diambil
tindakan atau hukuman, baru sesuatu polis itu dihormati.
Penguatkuasaan sesuatu polisi mesti disusuli dengan tindakan
proaktif agar polisi-polisi tidak tinggal sebagai slogan semata-
mata.
Menggunakan pertimbangan sewajarnya termasuk
psikologi/berperikemanusiaan dalam membuat keputusan atau
arahan. 7
- sambung -
- Kesalahan rasuah berlaku bukan sahaja dengan meminta
atau menerima suapan atau hadiah. “No Gift Polisi” bukan
semata-mata tidak meminta atau menerima sahaja.
Malahan setuju terima adalah satu kesalahan (contohnya
kenyit mata, ngangguk kepala malahan dalam sesetengah
keadaan diam sahaja tanda setuju). Di bawah Akta SPRM,
seseorang bukan sahaja wajar menolak tawaran hadiah
tetapi juga memberikan amaran kepada orang yang cuba
hendak menyogok kerana kegagalan melaporkan tawaran
rasuah juga satu kesalahan.
- S. 25 ASPRM adalah kesalahan jika gagal melaporkan
cubaan atau kelakuan rasuah dan tindakan hendaklah
seawal yang mungkin melaporkan permintaan atau
perolehan, atau percubaan untuk memperoleh suapan
tersebut. 8
Kesalahan Tatatertib/Kesalahan Jenayah
Kesalahan tatatertib diambil tindakan di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993. Namun ada kesalahan tatatertib yang
turut menjadi kesalahan jenayah yang dituduh di
Mahkamah di bawah beberapa akta.
Jika diambil tindakan tatatertib hukumannya
termasuk dibuang kerja/turun pangkat/tahan atau
potong gaji/amaran ataupun dipindahkan.
Sebaliknya jika dituduh di Mahkamah, boleh
dipenjarakan/denda serta disusuli dengan tindakan
tatatertib dibuang kerja dan tidak mendapat pencen.
Selain itu, pendedahan melalui media merupakan satu
“punishment” kepada diri/keluarga dan organisasi.
9
- sambung-
Begitu juga bagi perkara melibatkan “Integriti” yang
biasanya akan diambil tindakan tatatertib sahaja namun
tahap tindakan yang tidak berintegriti yang lebih serius
menjurus diambil tindakan jenayah.
Merujuk kepada taksiran dan luasnya maksud integriti
maka tidak boleh dianggap perkara yang tidak
berintegriti sebagai perkara ringan.
Institut Integriti ditubuhkan kerana isu integriti menjadi
isu nasional.
Pegawai-pegawai Integriti ditempatkan di kementerian
dan jabatan bagi memantau dan menyediakan SOP
berkaitan integriti sesebuah kementerian/jabatan. Ianya
bagi menutup ruang dan peluang berlakunya kesalahan
rasuah dan penyelewengan. 10
Amalan Biasa Tetapi Menjadi Kesalahan
Pentadbir Sekolah sering terikut-ikut apa orang lain buat
tanpa menimbangkan ianya dibenarkan atau tidak.
Amalan mengikut kelaziman atau adat ini boleh
mendedahkan diri dari diambil tindakan pendakwaan.
“Tidak Tahu Tentang Undang-Undang Bukan Pembelaan”
(Ignorance Of Law Is Not Excuse).
Kadang-kadang dalam tindakan untuk “mempercepatkan
kerja” menyebabkan Pengetua memberikan sesuatu
kontrak kepada pihak yang beliau telah “terbiasa”.
Mungkin yang telah “terbiasa” itu cekap kerjanya tetapi
orang itu saudara-maranya.
Lebih parah jika tindakan mewujudkan satu syarikat yang
berkepentingan melibatkan isteri/suaminya atau keluarga
terdekat untuk mendapatkan ‘kerja’ tersebut. 11
- sambung -
Jawapan di parlimen 2 minggu lepas – bagi tahun 2018,
seramai 418 orang penjawat awam ditangkap yang mana
140 orang dituduh di Mahkamah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mendedahkan 3 kesalahan rasuah yang sering dilaporkan
melibatkan warga pendidik khususnya pengetua dan guru
besar sekolah.
Aduan melibatkan penerimaan rasuah daripada pembekal
atau kontraktor, salah guna kedudukan dengan
memberikan kontrak kepada ahli keluarga terdekat dan
membuat tuntutan palsu bagi kerja pembekalan yang
tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Diharaplkan tuan/puan dapat menjalankan tugas dengan
penuh integriti, akauntabiliti, telus dan bebas dari
penyalahgunaan kuasa dan jenayah rasuah. 12
Statistik Kesalahan Rasuah Penjawat Awam
(*Sumber Bahagian Rekod SPRM)
2013 2014 2015 2016 2017 2018
Tangkap 176 225 398 467 409 418
Tuduh 140 149 91 115 179 135
Sabit 70 162 162 82 59 95
13
Statistik Kesalahan Rasuah Pengetua/Guru Besar
(* sumber Bahagian Rekod SPRM)
2013 2014 2015 2016 2017 2018
Maklumat 37 97 70 74 121 146
Tangkap 3 5 4 2 2 13
Tuduh 3 4 1 3 1 9
Sabit 06203 1
14
- sambung -
S. 23.(1) ASPRM - Mana-mana pegawai badan awam yang
menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa
suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau
sekutunya, melakukan suatu kesalahan.
(2)Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai badan
awam hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan,
telah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk
apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya
atau sekutunya, apabila dia membuat apa-apa keputusan,
atau mengambil apa-apa tindakan, berhubungan dengan
apa-apa perkara yang mengenainya pegawai itu, atau
mana-mana saudara atau sekutunya, mempunyai
kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak
langsung. 15
Contoh-Contoh Kes Melibatkan Pengetua
JOHOR BAHRU 15 Okt. – Seorang pengetua sekolah agama
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan 14
pertuduhan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan
suapan berjumlah RM1,120,462.40 bagi syarikat milik
isterinya, bermula 2011.
Tertuduh, Bachok@Abdul Samad Abdul Latip, 65, yang
merupakan Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) An-
Nur didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di
Jalan Jaafar, Benut, Pontian dalam tempoh setahun antara
Julai 2011 hingga Julai 2012. Dia didakwa mengarahkan
kakitangan dan guru sekolah tersebut untuk mengeluarkan
14 baucar dan 14 cek dalam tempoh tersebut dan
ditandatangani tertuduh bagi membuat bayaran kerja
membekal makanan di asrama sekolah itu kepada Zainab
Enterprise yang merupakan syarikat milik isterinya 16
Pengetua dipenjara tiga bulan, denda RM40,500
SHAH ALAM: “Mungkin tindakan puan bertujuan untuk
membantu sekolah tetapi matlamat tidak menghalalkan
cara… saya harap hukuman ini menjadi kifarah kepada
puan,” kata Hakim Mahkamah Sesyen Rozilah Salleh
kepada seorang pengetua yang didapati bersalah
menyalahgunakan kuasa.
- Tertuduh Norliza Mat Radzi, 49, dijatuhi hukuman penjara
3 bulan dan denda RM40,500 bagi tiga pertuduhan
menyalahgunakan kuasa berhubung pembekalan barangan
untuk aktiviti sekolah bernilai RM6,591.65 menerusi syarikat
miliknya.
- Hakim Rozilah turut memerintahkan tertuduh menjalani
hukuman penjara 10 bulan lagi sekiranya gagal membayar
denda. 17
- sambung -
Terdahulu, ketika merayu untuk hukuman ringan Norliza berkata dia telah
berusaha bersungguh-sungguh dan seikhlas hati untuk cuba memajukan
sekolahnya yang telah berusia dan memerlukan perubahan serta
penyelenggaraan.
“Saya tiada niat untuk gunakan sekolah untuk kepentingan diri dan apa
yang saya lakukan adalah untuk kemajuan anak murid dan sekolah. Saya
yakin Allah lebih tahu apa niat saya dan saya percaya Allah tahu apa yang
terbaik.
Walaupun di dunia saya dihukum dan tidak dapat buktikan saya tidak ambil
wang itu, tapi saya yakin anak-anak murid, guru semua doakan
kesejahteraan saya atas segala usaha yang saya lakukan untuk sekolah,”
katanya sebak.
Hakim Rozilah kemudian berkata sebagai seorang pengetua, tertuduh
seharusnya memberi teladan kepada anak bangsa untuk mengikut
peraturan dengan tidak memilih syarikat yang dia mempunyai kepentingan.
“Saya adili kes ini berdasarkan keterangan dan dokumen yang dikemukakan
di depan saya. Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada
orang lain yang ingin menjadi ‘Robin Hood’ tetapi cara tidak kena,”
tegasnya. — Bernama 18
Bekas Pengetua Cemerlang Tak Mengaku Salah Guna Kuasa
BEKAS Pengetua Cemerlang SMK Abaka di Tawau, Zahba
Selamat, 64, yang didakwa mengikut Seksyen 23 (1),
ASPRM 2009 mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen di Tawau, terhadap tiga pertuduhan salah guna
kuasa membabitkan pembekalan peralatan pejabat dan
alatan untuk keceriaan sekolah bernilai RM12,556.90.
Tertuduh didakwa menggunakan jawatannya untuk
mendapatkan suapan dengan memilih syarikat Warisan
Ledang Enterprise milik anaknya, untuk membekalkan
alatan untuk keceriaan sekolah dan juga membekalkan
alatan pejabat di SMK Abaka melalui lima pesanan
sekolah bertarikh 27 Februari 2012.
19
Rasuah: Guru besar dipenjara lapan bulan
SHAH ALAM: Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara
lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas
didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menerima RM4,400
daripada seorang pengusaha kantin, tiga tahun lepas. Suapan
itu bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan
kontrak kantin di SJKT Rawang.
Hakim Asmadi menjatuhkan hukuman penjara empat bulan
selepas tertuduh didapati bersalah menerima cek bernilai
RM1,500 di kantin sekolah itu, antara 11 pagi dan 2 petang, pada
30 Jan 2014.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat bulan
ke atas Subramaniam selepas dia didapati bersalah menerima
wang tunai RM2,900 di bilik makan guru kantin sekolah itu,
pada 3.15 petang, 8 Okt 2014 mengikut Seksyen 165 Kanun
Keseksaan 20
- sambung -
Terdahulu, Peguam Athimulan memohon mahkamah
menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah
berkhidmat dalam profesion perguruan kira-kira 30 tahun.
"Wang itu adalah untuk kegunaan meningkatkan tahap
pendidikan murid-murid di sekolah. Pohon satu hukuman
yang sewajarnya memandangkan anak guam saya juga tidak
mempunyai rekod kesalahan lampau dan mempunyai tiga
anak yang masih belajar," katanya.
Pegawai Pendakwa dari SPRM, Mahamad Sukri Abu Seman,
yang mengedalikan pendakwaan, bagaimanapun memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh
jelas telah menyalah guna jawatan dan kedudukannya dalam
kes itu. Katanya, hukuman yang dijatuhkan perlu
memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain
yang bercadang untuk melakukan perbuatan sama.
21
Pengetua Dituduh Di Mahkamah
ALOR SETAR 2 Okt. - Bekas pengetua Maktab Mahmud
Pendang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini
hari ini atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa melibatkan
projek membaik pulih dan pendawaian elektrik bernilai
RM23,763 di sekolah agama terbabit, tiga tahun lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan
kedudukan sebagai Pengetua Maktab Mahmud Pendang bagi
menyokong borang permohonan pembelian dan pembaikan
bagi kerja-kerja pendawaian elektrik di asrama sekolah bernilai
RM1,240 oleh Perniagaan MZ Nadi Cahaya Enterprise milik
adiknya, Mohd. Zuhdi Ramli, 30.
Rafida didakwa melakukan perbuatan itu di sekolah terbabit
yang terletak di Kampung Penyarum, Pendang dekat sini pada
13 Januari 2015. 22
- sambung -
Dalam pertuduhan kedua, Rafida dituduh melakukan kesalahan
sama dengan menyokong borang permohonan tersebut bagi
membaik pulih pendawaian elektrik di asrama pelajar lelaki
sekolah bernilai RM365 oleh syarikat serupa di lokasi sama pada
22 Mac 2015. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh
didakwa melakukan perbuatan berkenaan bagi kerja-kerja
membaik pulih pendawaian asrama bernilai RM3,075 dan
membekal dan memasang kipis siling serta pendawaian bernilai
RM4,400 oleh Perniagaan Alir Kuasa Enterprise yang digunakan
Mohd. Zuhdi pada 6 April 2016.
Rafida turut berhadapan dengan tiga lagi pertuduhan
membabitkan kerja-kerja pendawaian elektrik di asrama lelaki
dan perempuan bernilai RM6,074, pendawaian elektrik di blok
akademik bernilai RM3,365 dan membaik pulih serta
pendawaian baharu untuk bengkel, blok akademik dan kantin
bernilai RM5,244 oleh Perniagaan Alir Kuasa Enterprise pada 9
23
- (kecenderungan salahguna kuasa dan rasuah)
Kata-kata Lord Acton – “kuasa menyebabkan
kecenderungan rasuah”. Rasuah bukan kenal orang atau
organisasi, rasuah hanya kenal orang berkuasa.
Urusan kewangan PIBG jika tidak diperkemaskan akan
terdedah kepada penyelewengan. Ada pengetua yang
menggunakan PIBG bukan semata-mata untuk
kepentingan sekolah tetapi untuk dirinya (contohnya,
minta PIBG “sponsor” perbelanjaan ke luar negara).
Ada juga AJK PIBG yang kebetulan seorang kontraktor
menggunakan Pengetua untuk dapatkan kerja-kerja di
sekolah. Kena hati-hati dan jangan ambil mudah dalam
pengurusan kewangan. (Nanti dah bersarapun kena jawab
pertuduhan di Mahkamah).
24
- sambung -
Urusan tender kantin sekolah juga jika tidak
diperketatkan tatacaranya akan mendedahkan
tuan/puan kepada allegasi atau tomahan rasuah.
Malahan pembekalan alat sukan atau perabot
mahupun yang kerap tukar baju juga diharapkan tidak
memohon “favour” percuma satu untuk Pengetua!!!
Jumlah atau nilaian yang terlibat bukanlah kayu ukur
kesalahan. Malahan pertuduhan di Mahkamah boleh
dibuat atas nilai suapan RM10.00.
Sedikit kesilapan akan memusnahkan masa depan
penjawat awam termasuk pengetua atau pentadbir
sekolah.
25
- sambung -
Oleh kerana taksiran integriti itu luas, kesalahan lain yang
tidak bermoral termasuk menjatuhkan maruah, rogol, khalwat
dan kesalahan bawah Akta Multimedia turut melibatkan
penjawat awam dan tidak terkecuali pengetua atau guru besar.
Bagi kes-kes tersebut, selain dituduh di mahkamah, tindakan
jabatan perlu juga diambil.
Ada setengah jabatan mendiamkan diri atau mengambil
tindakan dalaman sahaja secara sembunyi bagi mengelak
nama baik tercemar. Ianya tidak membendung kesalahan ini
sebaliknya tiada keadilan atau perlindungan kepada mangsa
jika kesalahan disembunyikan.
Malahan ada juga pengiktirafan seperti APC atau kenaikan
pangkat ke GKMP dan lain-lain diberikan kepada guru atau
kakitangan yang kurang berintegriti tapi lebih kepada
golongan yang suka menonjol atau “mengampu”. 26
- sambung -
Pemantauan pengetua-pengetua terhadap pentadbir lain
di sekolah perlu ada agar menjadi teladan dan ikutan.
Ramai yang merasakan mereka menjadi golongan “elite”
sehinggakan pentadbir sendiri kurang berintegriti.
Mereka memantau kerja orang lain tetapi kerja sendiri
tidak beres termasuk tidak masuk kelas mengajarpun.
Pentadbir memilih sabjek ringan atau yang tiada
peperiksaan seperti pendidikan jasmani atau pendidikan
moral dan banyak urusan diserahkan kepada guru atau
pegawai bawahan.
Keadaan ini berbeza dengan sesetengah jabatan yang
mana bagi kerja-kerja yang lebih berat atau serius
dikendalikan oleh pegawai yang lebih kanan dan lebih
berintegriti. 27
Rumusan
Walaupun bagi sesuatu kasalahan jenayah ianya
bergantung kepada “niat” dan “kelakuan salah”. Namun
dalam mentafsirkan niat ini pihak pendakwaan dan
Mahkamah akan meneliti fakta keseluruhannya.
Jumlah tangkapan adalah lebih besar dari yang dituduh
dan banyak kes-kes hanya diambil tindakan tatatertib
atas pertimbangan dan budibicara Timbalan Pendakwa
Raya.
Sama-sama berhati-hati dalam setiap perbuatan dan
kata-kata sepanjang masa.
Semua orang ada tanggungjawab dan masalah masing-
masing. Lakukan yang terbaik.
“Selamat Maju dan Jaya” 28
29