SEJARAH
TAHUN 6
PERMAINAN TRADISIONAL
MASYARAKAT KITA
PENGENALAN
• Merupakan satu khazanah warisan negara dan bangsa yang di
warisi sejak zaman nenek moyang kita yang tidak ternilai
harganya
• Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya didapati
mempunyai pelbagai permainan tradisional yang sudah menjadi
kebiasaan untuk mengisi masa lapang dan hiburan tersendiri.
Jenis-jenis Permainan Tradisional
Masyarakat Malaysia
Permainan Permainan Permainan
Anjung Halaman Lasak
-Memerlukan
-Dimainkan di kawasan yang luas -Memerlukan
anjung atau di -Pergerakan lincah kasawan lapang
dalam rumah dan aktif yang luas
-Pergerakan yang -Pergerakan yang
terbatas lincah,aktif dan
lasak
PERMAINAN ANJUNG
Congkak
Di Asia Tenggara, Congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan
pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "Congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa
Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan
India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Di Kepulauan Caribbean Congkak
dikenali sebagai Warri atau Awari. Di Indonesia, Congkak dikenali dengan nama Congklak,
manakala di Filipina, Sungka.
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah Congkak menggunakan biji getah atau guli.
Permainan ini dimainkan secara berpasangan dan membentuk interaksi yang baik
Congkak
(video)
Batu Seremban
Dikenali juga dengan nama selambut
Dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan
Terdiri daripada batu atau objek kecil yang lain berbentuk bulat
Permainan ini dapat mengeratkan persahabatan
Batu Seremban
(video)
Weiqi
• Permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang
• Hanya menggunakan buji-biji berwarna hitam dan putih sebagai
penanda
• Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang
lebih besar daripada lawan
• Permainan ini kaya dengan strategi apabila pemain berganti-ganti
meletakkan biji hitam dan putih diatas persilangan grid garis
Weiqi
(video)
Dam Haji
Permainan ini dimainkan oleh dua orang
Dam haji memerlukan buah dam dan papan permainan yang berbentuk
segi empat sama
Setiap buah dam boleh bergerak secara sendeng ke petak warna yang
sama,sama ada ke kiri atau ke kanan.
Buah dam yang berjaya sampai di hujung papan lawan dikatakan ‘naik
haji’dan boleh bergerak bebas
Permainan ini masih kekal sehingga kini dan berjaya memupuk
kemesraan
Dam Haji
(video)
Tayam atau Paramapadham
Permainan ini Lazimnya Pemain akan
sama seperti dimainkan oleh bergerak
mengikut
dam ular dua hingga
empat orang angka buah
dadu yang
dilemparkan
Tayam atau Paramapadham
(video)
Xiangqi
Permainan ini dimainkan Dikenali sebagai catur cina Mengajar kita bertindak
oleh dua orang bijak kerana pelbagai
strategi perlu
digunakan.Strategi ini
dapat meningkatkan daya
pemikiran pemain.
Xiangqi
(video)
PERMAINAN HALAMAN
Tating Lawi
Permainan ini turut Tating diperbuat daripada Kemenangan dikira
dikenali sebagai chap tiga atau empat helai bulu berdasarkan tatingan
teh,sepak bulu ayam atau
ayam yang diikat pada terbanyak
jambak lawi kepingan getah atau kertas
tebal
Tating Lawi
(video)
Ketingting atau Tingting
Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak
Gelanggang permainan dibuat dengan cara melukis petak-
petak yang bersambung diatas permukaan tanah
Setiap pemain mestilah memiliki penanda masing-masing
Ketingting atau Tingting
(video)
Gasing
• Dimainkan dalam dua cara iaitu gasing uri atau gasing pangkah.
• Gasing Uri dimainkan untuk melihat dan menguji ketahanan gasing.
• Gasing Uri berpusing lama manakala Gasing Pangkah pula dimainkan secara individu atau berkumpulan
dengan memangkah gasing lawan supaya pihak lawan pecah atau berhenti berpusing.
❖ Yang pertama kita perlu melilit tali samaada dilengan atau di jari kelingking.
❖ Yang kedua kite mestilah melilit gasing .Gasing boleh dililit dengan dua cara iaitu dililit pada bahagian
lengan dan kemudian dililit pada gasing ataupun melilit pokok dan kemudian dililit pada gasing
❖ Dan akhir sekali kita hendaklah memusing gasing. Gasing perlu sentiasa berada dalam keadaan
mengiring. Pemain akan menumpukan perhatian pada sasaran di hadapan dan badan dibongkokkan
kira-kira 45 darjah. Gasing akan ditegakkan. Pemain akan berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan
yang memegang gasing menghala ke atas. Tangan pemain berada kira-kira 30 darjah dari paras lengan.
Gasing perlu bermain di lantai yang rata atau berpasir.
Gasing
(video)
Kabaddi atau Sadugudu
Kabaddi ialah permainan laman bagi kaum India.
Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pihak lawan.Penyerang tersebut
perlu menahan nafas dan melaungkan perkataan ‘Kabaddi’.Penyerang juga perlu
menyentuh salah seorang pemain pihak lawan. Pemain yang berjaya disentuh akan
tersingkir.
Mereka yang benar – benar lasak dan cergas serta mempunyai kekuatan fizikal sahaja
mampu bermain ‘Kabaddi.
Kabaddi atau Sadugudu
(video)
Permainan Tibau
Pemainan Tibau dimainkan Ketika Pestal Kaul (perayaan selepas musim menuai) yang
diraikan oleh etnik Melanau,Sarawak.
Tibau dibina daripada beberapa batang buluh atau pokok nibung atau kayu keras. Tibau
berbentuk rak atau pemidang bertingkat-tingkat dan berbentuk piramid. Kebiasaanya,
ketinggian tibau ini antara 8 – 10 meter dan dibina dalam keadaan yang condongdi atas tanah
yang rata.
Terdapat juntaian tali daripada rotan dan akan diayun seperti sebuah buaian. Kedua – dua
bahagian ini perlulah dibina dengan kukuh demi keselamatan pemain.
Pemain akan melompat secara bergilir – gilir keatas tibau sehingge tibau tidak boleh berayun lagi.
Permainan Tibau
(video)
Sepak Manggis
Sepak manggis terkenal dalam kalangan etnik Bajau di Kota
Belud, Sabah dan diadakan ketika majlis keramaian.
Pemain berdiri di dalam bulatan menghadap satu sama lain dan cuba menjatuhkan
satu kotak yang dihias dengan kertas berwarna – warni.
Kotak ini digantung pada tiang buluh setinggi 10 meter.Pemenang dihadiahi wang,
barangan atau makanan yang terkandung di dalam kotak tersebut.
Selain memeriahkan majlis,permainan ini mampu mengeratkan persahabatan.
Sepak Manggis
(video)
PERMAINAN LASAK
Wau
Pada kebiasaannya, Apabila angin bertiup, Wau dimainkan di Reka bentuk wau
wau akan dimainkan tali akan ditarik Kelantan,Terengganu, selalunya bermotifkan
oleh dua orang, iaitu
melawan arus angin Kedah, Perlis dan awan larat dengan
seorang akan dengan cara Johor sebagai satu pelbagai warna yang
memegang wau dan
seorang lagi disebut menghulur dan rekreasi. menarik.
menarik talinya
juruanjung yang
memegang tali. sehingga wau
tersebut terbang
tinggi di udara.
Wau
(video)
Tarik Upih
Tarik upih dimainkan dengan menggunakan upih pinang tua.
Daunnya akan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.
Permainan ini dimainkan secara berpasangan.Salah seorang akan menjadi tukang tarik dan seorang lagi
duduk diatas upih.
Tarik Upih
(video)
Mandi Sungai
Aktiviti mandi sungai memerlukan
kemahiran berenang dan menyelam
Kanak – kanak akan bermain kejar – mengejar di dalam air
Kanak – kanak akan memanjat pokok besar
tepi sungai untuk terjun ke dalam sungai
Mandi Sungai
KESIMPULAN
➢ Permainan tradisional dapat mengukuhkan
perpaduan,menggalakkan kerjasama, mempamerkan
kreativiti dan meningkatkan kesabaran.
➢ Permainan ini juga, menggalakkan kita berfikir,berani
kehadapan dan bergaul sesama rakan dan masyarakat.
SEKIAN, TERIMA KASIH