The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dharsinipiriya289, 2022-09-06 12:07:54

FOLIO PANDU PUTERI (PIRIYA DHARSINI)

FOLIO PANDU PUTERI (PIRIYA DHARSINI)

ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS

Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di tengahtengah
kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan,
kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk
masuk satu persatu.

Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan….

Respon: Kumpulan kesidang masuk seperti Arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan
kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk seteah enam kumpulan mengambil
tempat) Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang
tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula
ke kanan dan menyanyikan lagu PP Tunas.

Masuk secara rekaan Tema kenderaan Tema haiwan

Skip ke kiri skip ke kanan kumpulan berenam

Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk
satu lingkungan besar

Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ‘humming’ lagu
kumpulan “na na na na……”, ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil di sekeliling penant,
pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan.

51

Setelah selesai, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar
didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi
“humming lagu kumpulan.

Setelai selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli pegang
tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu
Pandu Puteri Tunas.
Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan
tangan dan berdiri tegak.
Pemimpin: akan sebut perkataan “T.O.S” tiga kali.
Ahli : Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali
Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti
menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan
lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam ladam kuda.
Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu
• Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan

masuk ke tengah penant dan duduk bertinggung.
• Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan

menyanyikan lagu baharu sambil skip ke kiri dan kanan. Ahli baharu akan skip ke kumpulan
berenam mereka.
• Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas.

52

Penutupan Perjumpaan Mingguan
Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu.
Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua
ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak
dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing-
masing. Pemimpin boleh memberi arahan ‘keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam
kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan.

Istiadat Pow Wow
Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat
keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin.

Cara melaksanakan
• Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon
dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali.
• Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut.
• Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan
pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari).
• Semasa ahli inginn memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat seperti
genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak mengelilingi
belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Wow semua ahli boleh berdiri dan
bersurai.

53

LEMBARAN KERJA
TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS
(ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS)

Sila suaikan gambar Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas yang telah diberikan dengan
jawapan yang telah disediakan.

Skip ke
kanan

Tema
kenderaan

Masuk
secara
rekaan

Skip ke kiri

Kumpulan
berenam

Tema
Haiwan

54

ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi
V untuk Pandu Puteri Renjer

• Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Remaja

Arahan:

Kapten mengambil tempat ke kiri tiang bendera jaraknya bergantung kepada
bilangan ahli yang ada.

1. Kapten: Pasukan! (Ahli Pasukan menghadap kapten dalam keadan
berSEDIA)

Pasukan Panji-panji, masuk baris! (Pasukan Panji-panji berdiri 4
langkah sebaris di hadapadan kapten dalam keadaan bersedia. Kapten
kemudian bergerak ke tiang bendera dan memuding ke belakang semula
untuk menghadap pasukan)
2. Kapten: Pasukan masuk baris! (Terus berada dalam keadaan senang
diri)

Pasukan, sedia!

3. Kapten: Pasukan, hentak kaki, hentak! (Hanya untuk Pasukan yang
belum mahir berkawad)

4. Kapten: Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Ahli Pandu Puteri maju
ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Ladam Kuda
terbentuk dengan baik)

5. Kapten: Pasukan berhenti!
6. Kapten: Ke dalam, pusing!
7. Kapten: Pasukan Panji-panji, jalankan tugas. (Pembawa Panji-panji

yang ditengah memberi arahan kepada pengiring panji-panji di kiri dan
kanan secara perlahan untuk didengari oleh Pasukan Panji-panji sahaja)

Pembawa Panji-panji: Pasukan panji-panji, cepat jalan. (Mereka bertiga
berjalan terus ke tiang bendera)

55

Berhenti!

Ketua Panji-panji mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengibarkan
bendera, ahli memberi Isyarat kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan.

Perhatian: Pasukan Panji-panji tidak memberi isyarat dan tidak
menyanyi.

8. Selepas nyanyian lagu Dunia, tali bendera dililitkan oleh ketua pasukan
panji-panji. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu langkah ke
belakang dan memberi arahan.

Kapten: Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat!

Ketua PP memberi arahan. Ketua PP:Pasukan Panji-panji belakang
pusing!
Cepat jalan! (pasukan panji-panji balik ke tempat asal masing-masing)
Ketua PP: Berhenti! Ke belakang pusing

Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang
ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata
hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh
memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.

Kapten akan memberikan arahan yang selanjutnya.

Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri akan
mengambil langkah ke hadapan semula dengan kaki kiri, rapatkan kaki,
pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda.) * Sekiranya hendak
bersurai.

56

• Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Renjer
Kapten berdiri dengan bendera di sebalah kanannya. Jaraknya bergantung
kepada bilangan ahli Pandu Puteri.

Arahan:
1. Pasukan, sedia!
2. Penanda, masuk baris! (Penanda berdiri 4 langkah di hadapan Kapten,

selari dengan tiang bendera)
3. Pasukan, masuk baris! (Dua Renjer Puteri pertama yang masuk baris

mengambil tempar, seorang di depan penanda dan seorang lagi
dibelakangnya. Renjer Puteri yang lain berbaris bahu ke bahu di sebelah
kiri dan terus berdiri SENANG DIRI). *Kedua-dua Renjer Puteri di depan
dan dibelakang Penanda, juga berada dalam keadaan SENANG DIRI.

57

Arahan:
1. Pasukan, sedia!
2. Pasukan, bilang! (Hanya barisan depan mula dengan 0,1,2,3 dan

seterusnya. Semasa membilang, Renjer Puteri paling kepala ke kiri sambal
menyebut nombornya kecuali yang terakhir. Barisan belakang
menggunakan nombor yang sama seperti ahli di barisan hadaoan. Kapten
bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kiri tiang bendera.

Arahan: Penanda ke kanan, barisan belakang ke belakang, pusing!

58

Arahan: Pasukan ke bentuk V, gerak. (Semua ahli Renjer Outeri bergerak
mengikut hitungan langkah)
Arahan: Unit ke dalam,pusing

Arahan: Pasukan panji-panji jalangkan tugas. (Pasukan panji-panji terdiri
daripada penanda dan dua ahli Renjer uteri di sebelah kiri dan kanannya akan
menjalankan tugas sebagai pasukan panji-panji untuk mengibarkan bendera.

59

Pembawa panji-panji (Penanda) memberi arahan: Pasukan panji-panji,
cepat jalan! (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera). Berhenti!

Penanda bergerak ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Apabila bendera
berkibar semua ahli memberi isyarat Kepanduan dan Lagu Dunia dinyayikan
kecuali Pasukan Panji-Panji. Penanda yang telah mengibarkan bendera berdiri
tegak memegang tali bendera. Selepas nyayian, dia melilitkan tali bendera. Ia
mengambil satu langkah ke belakang, beri Arahan :
Pasukan Panji-Panji hormat bendera, hormat
Ke belakang pusing
Cepat jalan
Berhenti (apabila telah tiba di kedudukan ahli)
Ke belakang, pusing
Pemeriksaan boleh dijalankan.
PASUKAN, BERSURAI (semua ahli Renjer Puteri ambil satu langkah ke
hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri Isyarat Kepanduan,
pusing ke kanan dan terus beredar dari situ).

60

LEMBARAN KERJA ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI
RENJER/REMAJA

NAMA :
KELAS:
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Ladam Kuda Lagu Dunia belakang Formasi V 4 1 hadapan
atau seorang doa istiadat
dan hikmat dua orang

1. ______________ digunakan untuk Pandu Puteri manakala ________________ untuk
Pandu Puteri Renjer.

2. Ketua Panji-panji mengambil __________ langkah ke ____________ untuk
mengibarkan bendera, ahli memberi Isyarat Kepanduan dan _______________
dinyanyikan.

3. Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil _____________ ahli untuk
membaca ____________ dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata
_____________.

4. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu langkah ke ________________ dan
memberi arahan.

5. Penanda berdiri __________ langkah di hadapan Kapten, selari dengan tiang
bendera.

6. Pasukan panji-panji terdiri daripada penanda ___________ dua ahli Renjer Puteri di
sebelah kiri dan kanannya.

61

ISTIADAT BENDERA

Naik/Turun Bendera

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya,
Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan
seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan
taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut)

Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri,
rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda).

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang pembaca doa
1 orang penyampai kata-kata hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu
Puteri Ranjer

Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau majlis )

Kapten akan memberikan arahan seperti berikut:

Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !

62

Ke kanan / ke kiri pusing !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !
Cara melipat Bendera

63

Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan
Pelbagai bentuk tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut kesesuaian.

Penjagaan bendera

● Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang
atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

● Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang
tertentu.

● Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu.
● Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak

sepatutnya dikibarkan.
● Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak untuk

dibersarakan dengan penuh hormat.

Pelupusan Bendera

Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana dianggap
sebagai bendera yang uzur. Pengibarannya menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
Bendera yang sedemikian tidak boleh dibuang di dalam tong sampah sebaliknya perlu
dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti dibakar secara tertutup dan bukan dilakukan di tempat-
tempat awam.

64

LEMBARAN KERJA: ISTIADAT BENDERA
Nama: ____________________________
Kelas:_____________________________
Rajah di bawah menunjukkan cara melipat bendera pandu puteri. Label setiap rajah dengan turutan
melipat bendera dengan betul.

1

65

IKATAN DAN SIMPULAN
Jenis – jenis simpulan:
1. Simpulan Manuk

• Ikatan simpul manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula
mengikat ada kayu atau sebagainya.

• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.

Teknik simpul manuk:
I. Mulakan simpul pada kayu.
II. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

III. Tarik hujung tali

2. Simpul Buku sila
• Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kaun oembalut luka atau kain anduh,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan untuk mematikan
sebarang ikatan.
• Ikatan ini direka agar kedua – dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.

66

Teknik Simpul Buku Sila:
I. Letakkan hujung A di atas hujung B.
II. Masukkan hujung A dibawah B.

III. Kemudian lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

3. Simpul Tindih Kasih.
• Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut
atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut.
• Jenis ikatan ini digunakan dalam kerja – kerja menyelamat seperti menyelamatkan
mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Teknik Simpul Tindih Kasih:
• Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
• Kemudian masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
• Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan
tersebut.

67

4. Simpul Bunga Geti.
• Ikatan bunga geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar
saiznya. Sebagai contohnya, menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
• Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.

Teknik Simpul Bunga Geti:
• Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk
simpul.
• Kemudian tarik kedua – dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

68

5. Simpul Balak
• Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban
seperti tongkol kayu dan sebagainya.
Teknik Simpul Balak
I. Menggunakan tali mengelilingi kayu.
II. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

6. Simpul Belit.
• Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke pacang
kerana cara begini mudah dibuka atau tidak mudah tanggal ikatannya.
Teknik Simpul Belit:

69

Jenis – jenis ikatan:
1. Ikatan Seraya:

• Digunakan untuk mengikat kayu, atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara,
tiang bendera dan lain – lain.

2. Ikatan Serong
• Untuk merapatkan dan mengikut dua batang kayu bersilang.

3. Ikatan Lilit Kacang.
• Digunakan untuk mengikat batang – batang kayu atau bukuh bagi membuat lantai
untuk sesuatu projek.
• Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga.
70

71

LEMBARAN KERJA IKATAN DAN SIMPULAN

Padankan ikatan dan simpulan berikut berdasarkan gambar yang disediakan.

Ikatan dan Simpulan Gambar

1. Simpul Manuk

2. Simpul Buku Sila

3. Ikatan Seraya
4. ikatan Serong

72

TAJUK: PERKHEMAHAN
1.0 KONSEP

Aktiviti bagi memenuhi
masa lapang dan untuk

merehatkan fikiran

Aktiviti yang boleh PERKHEMAHAN Penghidupan
dilakukan seperti diluar sama ada di
mendaki gunung,
hutan, pantai
berbasikal, bukit, gunung dan
berkayak,
bersampan dan sebagainya.
berakit di sungai

Berkait rapat dengan ikhtiar
hidup secara individu atau

berkumpulan.

2.0 OBJEKTIF

73

3.0 JENIS KHEMAH
1. Ridge Tent
2. Dome Tent

3. Frame Tent

74

4. Bell Tent

5. A-Frame
6. Hoop
7. Khemah Awan
8. Wedge

75

9. Pyramid

4.0 PEMILIHAN KHEMAH

a. Tahan lasak.
- Tidak mudah koyak.

b. Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang.

c. Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga.

d. Kalis air
- Terlindung daripada air hujan.

e. Ukuran
- Mengikut bilangan orang.

5.0 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN

a. Tapak atau tanah rata.
b. Berhampiran punca air.
c. Tapak lebih tinggi daripada punca air atau tidak terlalu hamper dengan punca air.
d. Mudah mendapat bahan bakar.
e. Keselamatan kawasan.
f. Sesuai dengan bilangan peserta.
g. Tapak perkhemahan sesuai, mudah untuk mendapatkan bantuan jika perlu.
h. Jauh daripada dahan mati.
i. Terlindung daripada angin.
j. Pandangan persekitaran menarik.
k. Mendapat sumber cahaya matahari.
l. Mempunyai hubungan dengan trek atau denai untuk bergerak bagi tujuan

kecemasan.
76

6.0 KEMUDAHAN KECEMASAN
a. Khemah yang sesuai.
b. Beg galas.
c. Dapur.
d. Pelita.
e. Bahan penyala api
f. Kotak pertolongan cemas.
g. Lain-lain.

7.0 GAJET PERKHEMAHAN

77

78

LEMBARAN KERJA PERKHEMAHAN
1. Sila tandakan (/) jawapan yang betul dalam pemilihan kawasan perkhemahan.

Tapak rata Jauh daripada Mudah
punca air mendapat
bahan bakar

Dikelilingi Mendapat Pandangan
dahan-dahan sumber cahaya persekitaran

mati matahari menarik

2. Selain itu, tapak perkhemahan juga perlulah sesuai.
Apakah sebab bagi pernyataan ini?

________________________________________________________

79

GEJET

1.Gejet Dapur

=-
Rajah 1.0 Gejet Meja Makan

Rajah 2.0 Gajet Dapur Pelbagai

80

2.Gejet Pertolongan Cemas

Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan:
1. plaster - berbagai saiz dan bentuk
2. dressing sterill - berbagai saiz
3. kapas
4. kasa sterill serta swab kasa
5.dressing khas untuk kes terbakar

6. bandage 3 segi
7. bandage crepe penggulung
8. pita lekat
9. pad mata
10. termometer
11. gunting hujung tumpul
12. penyepit
13. pin penyelamat
14. kertas tisu
15. losyen antiseptik
16. losyen kalamin
17. beberapa jenis bat seperti panadol, pil-pil rawatan
18. lampu suluh
19. pensil dan kertas

81

3.Gejet Perkhemahan
82

LEMBARAN KERJA GAJET
1. Namakan jenis gajet di bawah.

2. Apakah fungsi gajet di bawah?

3. Berikan tiga jenis gajet selain di atas.
4. Senaraikan lima gajet alatan dalam peti pertolongan cemas.

83

KRAF GAJET
Bahan yang diperlukan semasa Membina Gajet

- Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gajet ini terdiri daripada bahanbahan semula
jadi yang boleh didapati di dalam hutan.

- Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dan sebagainya.
- Kita juga memerlukan alatan yang sesuai untuk memotong, membelah dan meraut bahan-

bahan di atas.
- Antaranya ialah parang, gergaji dan pengali.
- Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut.
- Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk mencantumkan bahan-bahan semula jadi

tersebut menjadi gajet.
Bahan-bahan Semula Jadi

Buluh

Bemban

84

Rotan
Bertam

Nibong

85

Enau
Alatan untuk Memotong, Membelah dan Meraut

Parang

Pisau
Gergaji

86

Bahan Pengikat

Tali Rotan
Jenis Ikatan yang Digunakan pada Gajet

Simpulan buku sila
- Untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk
mematikan ikatan barang-barang.

87

Simpul manuk
- Digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
- Untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.

Ikatan seraya
- Untuk mengaitkan kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, menara, gajet, tiang
bendera dan lain-lain.

Ikatan serong
- Untuk mengikat dua tiang atau palang yang bersilang dan juga berguna untuk membuat
jambatan, menara dan lain-lain.

88

Lilik balak
- Merupakan ikatan sementara untuk mengikat tali ke batang kayu atau papan dan juga boleh
digunakan untuk mengikat kayu bulat atau papan.

Ikatan bunga keti
- Digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama saiznya.

89

LEMBARAN KERJA KRAF GAJET

Jawab soalan-soalan berikut (Kraf Gajet):

1. Di manakah bahan yang diperlukan untuk membina gajet dapat diperolehi?
2. Nyatakan 3 bahan yang digunakan untuk membina gajet.
-
-
-

3. Nyatakan 3 alatan untuk memotong, membelah dan meraut.
-
-
-

4. Nyatakan 3 jenis ikatan yang digunakan pada gajet.
-
-
-

90

PERMAINAN PANDU PUTERI

Permainan Luas

Cara Pelaksanaan

● Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental
● Aktiviti permainan berstesen (station game)
● Mengandungi jalan cerita yang menarik
● Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan

Kebaikan

● Mempelajari ilmu yang baharu
● Meningkatkan ilmu pengetahuan Pandu Puteri
● Mengeratkan hubungan antara satu sama lain

Permainan Kim

Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’ Hara.
Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah
memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih
pancaindera yang terdapat pada tubuh badan manusia. Permainan Kim ini melatih seseorang
menggunakan semua pancaindera sepeti mata dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa
dan deria bau.

Cara-cara permainan

1) Stesen satu: Deria mata dan ingatan
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, botol minyak dan
sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat barang-barang
tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat barangbarang tersebut. Setelah cukup
masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semua barang-barang
yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingat barang-barang dikira sebagai pemenang.

91

2) Stesen dua: Deria sentuh
Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga sepuluh barang.
Contohnya jam, lilin, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk
memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang
yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan barang dengan tepat dikira pemenang.

3) Stesen tiga: Deria rasa
Beberapa larutan disediakan seperti air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo.
Pemain dikehendaki menutup
mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasainya. Pemain yang paling
banyak menyenaraikan larutan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

4) Stesen 4: Deria bau
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih,
daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam
bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, mereka perlu
menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain yang dapat menyenaraikan dengan banyak
serta tepat dikira sebagai pemenang.

5) Stesen 5: Deria mata dan ingatan
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap kumpulan
diberi masa satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun tersebut. Kemudian, kumpulan
diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan
dalam tempoh satu minit tadi. Kumpulan yang berjaya membawa daun-daun yang tepat dikira
sebagai pemenang.

92

LEMBARAN KERJA PERMAINAN

GARISKAN

ASAL USUL . . DERIA BAU

STESEN SATU . . DERIA RASA

STESEN DUA . . DERIA MATA&INGATAN

STESEN TIGA . . DERIA SENTUH

STESEN EMPAT . . KIMBALL O’HARA

STESEN LIMA .

93

NYANYIAN PANDU PUTERI

1. LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

2. LAGU TAPS SIANG
Kami puji
Nikmat diberi
Matahari, bintang-bintang, langit biru
Mana pergi, Hidup kami
Tuhan saksi

Thanks and prise
For the day
Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky
As we go
This we know
God is nigh

94

3. LAGU TAPS MALAM
Malam datang
Siang hilang
Dari laut, dari gunung dari langit
Semua selamat
Sihat rehat
Berkat tuhan

Day is done
Gone the sun
From the sea
From the hills
From the sky
All is well
Safely rest
God is nigh

95

LEMBARAN KERJA NYANYIAN

Nama:
Kelas:
LENGKAPKAN LAGU DUNIA PANDU PUTERI DI BAWAH

LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke _________

Bendera berkibar
Tidak __________ di dunia

Harapan abadi
Bersatu untuk ___________

Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada
Akan _______ lagu ini (2x)

96

KAWAD/ISTIADAT

KAWAD ISTIADAT LADAM KUDA
Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui
Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan
terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan
arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang
membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.
Arahan semasa kawad kaki bagi ahli pandu puteri yang tidak melebihi 20 orang:

1. Membentuk ladam kuda (cara
pertama) Pasukan! Pasukan panji-panji,
masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki......... Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, sepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji, jalankan tugas :
Pasukan panji-panji, masuk baris
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhenti
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan ! berhenti !
Ke belakang / dalam pusing !
2. Membentuk ladam kuda (cara kedua) Pasukan
!
Ketua, masuk baris !
Pasukan, masuk baris !

97

Pasukan, sedia !
Pasukan hentak kaki......... Hentak !
Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan !
Pasukan, berhenti !
Ke dalam, pusing !
Pasukan panji-panji,keluar baris :
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !
Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan. Pasukan panji-
panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke kanan / ke kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris!

3. Arahan untuk istiadat mengambil kedatangan.
Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Ketua, bilang !
Ketua, ke kiri pusing !
Ketua bilang (mula dengan 0)
Dua langkah ke hadapan, gerak !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !
Ke kanan, lurus !
Pandang, depan !
Ketua, ambil kedatangan !
Kumpulan bunga ............... Senang diri !

98

Pasukan sedia !
Pasukan ke kanan, pusing !
Ketua, lapor !
Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan !

4. Pelantikan pandu puteri (setelah ahli membentuk ladam kuda) Pasukan
panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, cepat jalan !Berhenti !
Ke kiri / ke kanan pusing !
Pasukan panji-panji, ke belakang, pusing !
Cepat jalan ! (apabila pasukan panji-panji berselang, kapten memberi arahan : pasukan,hormat
bendera, hormat ! ) Berhenti !
Ke dalam, pusing !
Ketua kumpulan .......(nama kumpulan) bawa ahli baru ke hadapan untuk dilantik !Ahli baru, masuk
baris !
Ahli baru, cepat jalan !.......berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Ahli baru, ke kanan pusing !
Hormat bendera, hormat !
Ke kiri pusing ! .......hormat bendera, hormat !
Ke belakang pusing .....hormat pasukan, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan .......... Berhenti !.....ke kanan / ke kiri pusing !
Masuk baris !
Ke dalam / belakang, pusing

5. Setelah selesai istiadat pelantikan:
Pasukan panji-panji, jalankan tugas !
Pasukan panji-panji, cepat jalan !
Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !

99

Cepat jalan !
Berhenti !
Pasukan ! .... Keluar baris !

6. Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau
majlis )
Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !
Pembetukan Ladam Kuda
Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:

100


Click to View FlipBook Version