The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meandeross85, 2021-07-25 11:45:14

BAB 7 (7.1 Pembentukan imej oleh kanta)

BAB 7 (7.1 Pembentukan imej oleh kanta)

BAB 7: CAHAYA DAN OPTIK

 Apakah bentuk kanta cembung
dan kanta cekung?

 Bagaimanakah teleskop berfungsi?
 Selain teleskop, apakah peralatan

optik yang menggunakan kanta?

7.1 PEMBENTUKAN IMEJ OLEH KANTA

• KANTA CEMBUNG DAN KANTA CEKUNG
Kanta optik diperbuat daripada bahan lut sinar seperti
kaca atau plastik jelas.
Lazimnya, satu atau kedua-dua permukaan mempunyai
suatu lengkungan sfera.

Kanta Cembung

a. Dianggap sebagai gabungan sebilangan
prisma dengan ketebalan yang berlainan.

b. Apabila sinar-sinar cahaya selari melalui
kanta cembung, siinar-sinar cahaya tersebut
dibiaskan dan menumpu kepada suatu titik
fokus, F.

c. Oleh sebab itu, kanta cembung dikenali
sebagai kanta penumpu.



Kanta Cekung

a. Dianggap sebagai gabungan sebilangan
prisma yang mempunyai ketebalan yang
berlainan.

b. Apabila sinar-sinar cahaya melalui kanta
cekung, sinar-sinar cahaya tersebut dibiaskan
dan seolah-olah mencapah dari titik fokus, F.

c. Oleh sebab itu, kanta cekung dikenali sebagai
kanta pencapah.



Titik Fokus, F

• Adalah suatu titik umum pada paksi utama
dengan semua sinar cahaya yang rapat dan
selari dengan paksi tertumpu kepadanya
selepas melalui suatu kanta cembung atau
seolah-olah mencapah darinya selepas melalui
suatu kanta cekung.

Panjang Fokus, f Kanta Cembung

• Ialah jarak di antara pusat optik, O dan titik
fokus, F.

• Bergantung kepada ketebalan sesuatu kanta.
• Kanta cembung yang tebal mempunyai

panjang fokus yang pendek.
• Kanta cembung yang niis mempunyai panjang

fokus yang panjang.
• Panjang fokus dapat ditentukan melalui

aktiviti di dalam makmal.



Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta cembung dan kanta
cekung

• Ciri-ciri imej boleh ditentukan dengan melukis suatu gambar
rajah sinar.

• Gambar rajah sinar = gambar rajah yang menunjukkan
lintasan sinar cahaya apabila melalui suatu kanta.

Apabila melukis gambar rajah sinar, peraturan yang berikut perlu
dipatuhi

Langkah-langkah melukis gambar rajah sinar:

a. Kanta cembung

b. Kanta cekung

Gambar rajah sinar bagi pembentukan imej oleh kanta cembung dan kanta
cekung pada jarak objek yang berbeza.

Tip SPM

• Semasa melukis gambar rajah sinar, perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian ialah
seperti berikut:

Semua sinar daripada objek mesti dilukis dengan
garis penuh dan mempunyai arah.

Sinar yang bukan daripada objek ( sinar maya )
harus dilukis dengan garis putus-putus.

Imej nyata dilukis dengan garis penuh dan imej
maya dilukis dengan garis putus-putus.

Cuba ini!!!!


Click to View FlipBook Version