Ahlul Halli Wal Aqdi & Amalan syura dalam pentadbiran pada zaman Rasulullah SAW dan para khulafa aR- rasyidin Disediakan oleh: Siti Nurbalqis Binti Mohd Lutfi MPU3092 PISMP JUN 2021 TESL 2 Dr. Raihan Binti Mohd Arifin
Isi Kandungan Kesimpulan Lelaki Berilmu Syaukah Ahlul Halli Wal Aqdi Amalan syura dalam pentadbiran pada zaman Rasulullah SAW dan para khulafa al- rasyidin Syarat menjadi Ahlul Halli Wal Aqdi 01 02 04 03
Peranan utama badan legislatif ini bertepatan dengan pedoman Muhammad Abduh, pemikir reformasi Islam tentang “membezakan antara hak ketaatan yang wajar diberikan masyarakat kepada pemerintah, dan hak keadilan yang wajar diberikan pemerintah kepada masyarakat” (atTauhidi, 2016). Muhammad Abduh merujuk Ahlul Halli Wal Aqdi sebagai orang - orang muslim mutawatir yang menjadi rujukan umat Islam oleh hal yang demikian mereka terdiri daripada umara’ iaitu pemerintah dan pemimpin dari pelbagai bidang (Bay, 2011). Penasihat politik, Syeikh Al- Mawardi (Budi, 2018) menyifatkan Ahlul Halli Wal Aqdi juga adalah ahl al-ikhtiyar iaitu golongan yang berhak memilih ahl al-imamat (golongan yang berhak dipilih) untuk menjadi khalifah (Bay, 2011). Note : Ahlul Halli Wal Aqdi Ahlul Halli Wal Aqdi adalah badan legislatif yang berfungsi melantik, memecat khalifah dan menggubal undang - undang negara seperti yang terkandung dalam politik Islam. Kewujudan Ahlul Halli Wal Aqdi bermula sejak zaman Rasulullah SAW dan Khulafa Ar Rasyidin dalam menentukan khalifah yang layak untuk mentadbir Islam di samping tugasan sampingan yang dilaksanakan demi kemaslahatan bumi Islam dan penduduknya. Pandangan ulama’ Muhammad Abduh dan Syeikh Al- Mawardi secara umumnya mendefinisikan Ahlul Halli Wal Aqdi sebagai pemimpin yang berpandangan luas yang diberikan hak memilih khalifah di samping menjadikan rujukan umat Islam kerana keperibadian umara’ mereka. Kedudukan negara dalam pentadbiran dan kemaslahatan penduduk adalah bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh para Ahlul Halli Wal Aqdi yang dipersetujui dalam majlis syura dan musyawarah yang dijalankan.
SYARAT AHLUL HALLI WAL AQDI Para Ahlul Halli Wal Aqdi dilantik dari kalangan lelaki yang mematuhi syarat komplimentari seperti berani, kuat, berpengetahuan dan berakal seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah (Sayuti Pulungan, 1994). Meskipun syarat komplimentari ini tidak menyatakan dengan jelas bahawa hanya lelaki dapat memenuhi syarat - syarat tersebut namun para ulama berpendapat bahawa lelaki adalah syarat umum dan wajib dipatuhi dalam melantik seseorang al- ikhtiyar. Pandangan ini bertepatan dengan syariah Islam dalam surah An - Nisa ayat 34 yang bermaksud bahawa kaum lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab melindungi kaum wanita oleh kerana keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada lelaki (Surah An-Nisa - 34 - Quran.com, 2023). Syarat pemilihan lelaki sebagai al - ikhtiyar juga berlandaskan hadis riwayat Bukhari yang bermaksud “Tidak akan beruntung suatu kaum yang mengangkat orang wanita sebagai pemimpin mereka” LELAKI Pensyariatan Al- Quran dan Hadis adalah rujukan utama umat Islam dalam menentukan sesuatu perkara selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, sumber- sumber primer dan pandangan ulama Islam yang menyatakan syarat lelaki sebagai pemimpin sewajarnya dipatuhi dan dilaksanakan dalam pemilihan Ahlul Halli Wal Aqdi sebagai badan yang berhak memilih khalifah umat. Perkara ini dapat dilihat apabila Ibnu Katsir menyuarakan pendapat tentang syarat kenabian, kedudukan raja yang agung serta hakim yang dikhusukan kepada lelaki disamping pandangan Ibnu Abbas bahawa lelaki adalah amir yang harus ditaati oleh wanita (Sultan Syarif Kasim State Islamic University, 2005).
Dalam konteks syarat pemilihan Ahlul Halli Wal Aqdi, Abu Hassan Ali ibn Muhammad ibn Habib al- Mawardi (Mohd Fadli , 2020) atau Al - Mawardi dan Ibnu Khaldun mempunyai pandangan berbeza tentang syarat kedudukan ilmu dalam aspek kepimpinan. Al Mawardi meletakkan berilmu sebagai syarat kedua manakala Ibnu Khaldun meletakkan berilmu sebagai syarat pertama (Mohd Fadli , 2020). Hal ini adalah kerana Al- Mawardi memandang aspek keilmuan bangsa Saljuk yang dialaminya sebagai tunjang utama pentadbiran Abbasiyah yang ulung manakala Ibnu Khaldun menyedari bahawa pemimpin yang tidak berilmu pada zamannya menyebabkan kezaliman berlaku secara berleluasa (Mohd Fadli , 2020) . SYARAT AHLUL HALLI WAL AQDI "Allah SWT meninggikan darjat orang - orang yang beriman di samping Imam Syafie RA yang berkata bahawa “menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat” (Umar, 2016) . BERILMU Surah Al - Mujadalah ayat 11 Pengajaran yang diambil daripada kisah hidup menjadikan mereka berpegang teguh kepada aspek berilmu dalam pentadbiran di samping syariat Islam yang menuntut fardu ain ini dilaksanakan dalam kehidupan. Oleh yang demikian, peristiwa - peristiwa ini membawa kepada pensyariatan betapa pentingnya sifat berilmu yang menentukan kegemilangan dan kemusnahan sesebuah pentadbiran. Oleh itu, kedua- dua ilmuan Islam berpendapat syarat pelantikan Ahlul Halli Wal Aqdi menitikberatkan seseorang yang berilmu, berpandangan luas dalam pelbagai bidang. Kuasa sebagai Al- Ikhtiyar dilengkapi dengan ilmu yang mapan dalam pelbagai bidang Islam khususnya dalam aspek pentadbiran dan kenegaraan menjadikan ahli yang dilantik lebih dipercayai serta bertaqwa dan adil dalam memilih pemimpin yang ulung. Melalui ilmu yang luas mereka berupaya memilih serta memastikan negara ditadbir berlandaskan undang- undang yang adil dan saksama serta berupaya membentuk pimpinan yang jitu dan kerajaan yang ulung.
Menurut Hadi (2013), Ridha menegaskan pandangan bahawa ciri sebagai sarat al- ummah iaitu individu yang berpengaruh besar dalam masyarakat perlu dititikberatkan. Mereka adalah ilmuan yang handal dalam pelbagai bidang seperti hukum, sosial, politik, pemikiran yang berupaya menetapkan khalifah secara sah. Individu yang menepati syarat syaukah ini menunjukkan bahawa mereka peka terhadap kemaslahatan dan keperluan masyarakat hal ini kerana mereka dianggap golongan elit dan disanjung oleh masyarakat. Sifat hormat yang ditunjukkan membuatkan masyarakat lebih mempercayai kepimpinan mereka dalam melantik khalifah serta menggubal undang - undang negara yang berupaya memberikan manfaat kepada rakyat (Hadi, 2013). Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi atau dikenali sebagai Imam Al- Ghazali menggariskan syarat syaukah sebagai salah satu syarat - syarat pelantikan ahlul halli wal aqdi (Sayuti Pulungan, 1994). Syaukah menurut Imam Al - Ghazali adalah individu yang dipandang tinggi dan dihormati rakyat seperti yang termaktub dalam buku Rasyid Ridha bertajuk “al- Khilafah”tentang pensyaratan Ahlul Halli Wal Aqdi. SYARAT AHLUL HALLI WAL AQDI SYAUKAH
Amalan syura dalam pentadbiran pada zaman Rasulullah SAW dan para khulafa aRrasyidin
Menurut Abdul Hamid Ismail (1980), “Syura juga menzahirkan kebersamaan, kebebasan berpandangan atau kritikan dan kepekaan seseorang individu terhadap sesuatu perkara, ini menunjukkan satu jalan kepada kesatuan ummah bagi menyelesaikan permasalahan bersama” (Razak & Idris, 2021). Amalan syura mula dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa Ar- Rasyidin dalam membuat keputusan berkaitan pandangan dan perkara yang tidak termaktub secara jelas dalam Al- Quran dan As- Sunnah oleh itu ia memerlukan musyawarah bersama dalam kalangan cendekiawan yang berilmu (Sistem Syura: Hukum Dan Kaedah Pelaksanaannya (Siri 2) – Majlis Ulama ISMA, 2017). Amalan Syura
Kaedah persetujuan terhadap cadangan seseorang yang diterima sebulat suara oleh para sahabat Peristiwa Salman Al- Farisi yang menyuarakan pendapat untuk menggali parit yang luas sebagai benteng di luar Madinah semasa peperangan Khandaq. Amalan Syura Zaman Rasulullah SAW Kaedah Rasulullah SAW meminta pandangan para sahabat berkaitan sesuatu perkara Selain itu, Syura dilaksanakan apabila Rasulullah SAW meminta pandangan para sahabat berkaitan sesuatu perkara contohnya mengenai tempat peperangan Uhud yang wajar dilaksanakan di luar Madinah sebagai strategi peperangan (Sistem Syura: Hukum Dan Kaedah Pelaksanaannya (Siri 2) – Majlis Ulama ISMA, 2017) Hal ini berlaku pada 13 Syawal tahun 3 Hijrah di mana musyawarah berlangsung tentang strategi yang perlu dijalankan untuk menghalang keinginan kaum Quraisy menguasai Madinah dan membahayakan penduduk Madinah. Hasil musyawarah membawa kepada kemenangan kepada kaum muslimin apabila pasukan Quraisy menyerah kalah (Serafica Gischa, 2020). Kedua - dua peristiwa ini menunjukkan keabsahan Majlis Syura sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai perkara.
Menjadikan Majlis Syura lebih proaktif dan dipercayai melalui sikap jujur beliau yang melantik sepupunya, Said bin Zaid dan anaknya, Abdullah bin Umar sebagai pemerhati dan tidak tergolong dalam calon khalifah. Hal ini bertujuan untuk menghindari budaya kronisme dalam pentadbiran. Unsur monarki yang ditegah oleh Umar menguatkan kepercayaan rakyat terhadap tampuk Sistem Syura sebagai pembuat keputusan pemilihan khalifah. Amalan syura diaplikasikan pada zaman Umar Al- Khattab dalam memilih pengganti beliau. Abdul Rahman bin Auf yang bertanggungjawab dalam hal ini menitikberatkan pendapat ketua - ketua kabilah dan seterusnya menjalankan sesi langsung bersama Saidina Uthman dan Saidina Ali tentang pemerintahan yang bakal mereka jalankan seandainya menjadi khalifah seterusnya. Jawapan jitu Saidina Uthman membuatkan Abdul Rahman bin Auf memilih beliau sebagai khalifah hasil musyawarah bersama ketua- ketua kabilah dan calon- calon khalifah (PERLANTIKAN SAYYIDINA UTHMAN, 2009). Abu Bakar As- Siddiq Musyawarah bersama Saidina Umar al- Khattab dan Zaid bin Tsabit dalam mengumpulkan ayat - ayat al- quran membentuk sebuah buku demi kemaslahatan umat. Hasilnya, satu mushaf diwujudkan dan masih kekal relevan sehingga kini menjadi rujukan umat manusia (Adaweeyah, 2017). Amalan Syura Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Umar Al- Khattab
Uthman Bin Affan Hanya dapat dilihat semasa pelantikannya namun semasa pemerintahan pelbagai isu timbul berikutan keputusan melantik beliau sebagai khalifah yang tidak dipersetujui oleh penyokong Saidina Ali sehingga menyebabkan beliau terbunuh. Amalan Syura Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Khulafa Ar- Rasyidin terakhir iaitu zaman pemerintahan Ali Bin Abu Talib. Sistem syura masih dihormati dan menjadi rujukan utama dalam membuat keputusan meskipun negara sedang bergolak. Hal ini dapat dilihat melalui musyawarah antara Ali bin Abu Talib dan para penyokongnya tentang Majlis Tahkim sebagai penyelesaian konflik Perang Siffin yang sedang berlangsung (Rashman, 2009).
Ahlul Halli Wal Aqdi memainkan peranan utama semasa zaman kegemilangan Islam dalam menggubal undang - undang dan memilih khalifah yang layak memerintah negara Islam. Pensyaratan sebagai badan legislatif ini dijalankan secara terperinci, adil dan tulus melalui pelbagai sebab yang bertujuan menjaga kehormatan agama Islam. KESIMPULAN
Rujukan