PENGENALAN Penulisan ini akan membawa pembaca kepada pengalaman peserta yang telah mengikuti sepuluh aktiviti NPQEL. Saya akan membawa para pembaca kepada pengalaman lima aktiviti daripada sepuluh aktiviti yang telah saya ikuti. Sebagai dapatan aktiviti, saya akan mengaitkan kompetensi dengan dapatan yang diperolehi setelah melaksanakan lima aktiviti berkenaan. Seterusnya saya akan membuat refleksi kendiri setelah memilih lima aktiviti dengan merancang apa yang sepatutnya dibuat untuk pembangunan organisasi. Segala penulisan ini akan dirumuskan oleh penulis dengan rumusan yang paling menarik. Ada sebanyak sepuluh aktiviti yang telah dilaksanakan dalam kursus NPQEL ini. Saya akan menulis lima aktiviti tentang aktiviti NPQEL iaitu : eNPQEL, pembentangan eksekutif, jalinan pintar korporat, perantisan 2 dan lawatan penandaarasan ke institusi swasta. Saya sedar bahawa dalam struktur kepimpinan sekolah, pemimpin pertengahan sekolah merupakan kelompok pemimpin yang melaksanakan peranan antara pengurusan kanan dengan guru besar bagi menjamin pembelajaran berkesan (Gurr & Drysdale, 2013). Penulis sebagai pemimpin pertengahan perlu menghadiri Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) supaya terbinanya kompetensi dalam diri saya. Saya yakin dengan menghadiri kursus NPQEL ini, saya dibimbing supaya mempunyai kompetensi tertentu seperti berfikir secara strategik dan proaktif dalam melaksanakan tindakan. Di sinilah saya ditaksir dan dibangunkan. Saya sangat berasa bangga kerana dapat mengikuti kursus ini justeru Program NPQEL merupakan satu-satunya program di peringkat kebangsaan bagi melahirkan pemimpin pelapis yang cekap dan kompeten. Mulai 1 Julai 2014, KPM telah meluluskan bahawa hanya mereka yang mempunyai sijil
NPQEL sahaja yang yang boleh dilantik menjadi Pengetua / Guru besar. (Surat Siaran KPPM, 7 November 2014). Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan di IAB sebenarnya menjurus kepada kompetensi para peserta. Peserta akan menggunakan segala pengalaman itu untuk mentadbir sekolah kelak. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jadual di IAB sangat padat. Namun peserta dengan bantuan penyelia mampu mengikuti setiap program dengan jayanya. 2.0 PENGALAMAN LEPAS Penulis telah berkhidmat selama 24 tahun. Mula menghadiri posting pertama pada awal Disember 2014. Ini membawa gambaran bahawa suku abad dalam bidang pendidikan menjadikan penulis faham bahawa kepimpinan sangat penting dalam sesuatu organisasi. Ini jelas sebagaimana yang disebut oleh junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.” - Riwayat Bukhari Saya mula menjawat jawatan sebagai pentadbir sejak tahun 1998 apabila sekolah kecil tempat saya berkhidmat, yang terletak di pedalaman melantik penulis sebagai guru kanan kokurikulum. Jawatan ini hanya lantikan sekolah tetapi tanggungjawabnya sama besar dengan sekolah besar untuk melihat kemenjadian anak murid. Mulai tahun itu, penulis mula mendapat bimbingan untuk menjadi pentadbir daripada setiap guru besar. Saya selalu berbincang dengan guru besar untuk menjadikan murid-murid sekolah saya sebagai insan yang mencapai keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Apabila dihitung, saya telah berkhidmat di bawah 12 orang guru besar. Guru besar yang ke 11 dan 12 adalah perempuan sedangkan bakinya lelaki. Walaupun tiada bukti jelas bahawa guru besar perempuan itu lebih baik daripada guru besar lelaki, ataupun sebaliknyan namun guru besar perempuan lebih cerewet daripada guru besar lelaki. Ini suatu cabaran untuk memajukan diri. Pengalaman di bawah 12 orang guru besar sangat bermakna buat diri ini. Saya dapat membandingkan gaya kepimpinan 12 orang guru besar. Ada yang autokratik, demokrarik dan ada yang laissez faire. Kepimpinan yang pelbagai ini menjadikan penulis mendapat banyak pengalaman. Pengalaman ini sangat bermakna dan memberi erti kepada saya. Kekuatan dan kelemahan kepimpinan guru-besar yang terdahulu menjadikan saya sedar akan kemahiran dan kebolehan kepimpinan memang perlu dikuasai oleh seseorang pemimpin. Setelah 16 tahun menjawat guru kanan lantikan sekolah, akhirnya bermula pada Disember 2015, penulis telah dilantik menjadi Penolong Kanan Kokurikulum, lantikan Jabatan Pendidikan Perak. Dua tahun kemudian menjawat jawatan penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan setelah dua tahun sebagai PK HEM, kini menjadi Penolong Kana Pentadbiran. Guru besar sekolah saya inginkan setiap gurunya menimba ilmu pengetahuan. Peluang untuk menimba ilmu kepimpinan ini ditawarkan kepada penulis dan setelah berfikir selama dua hari, penulis mengisi borang NPQEL tersebut. Penulis mula sedar bahawa pengalaman sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang guru besar. Di inilah bermulanya saya menjadi peserta NPQEL ambilan 1/2019.
3.0 DAPATAN AKTIVITI Dalam tajuk ini, saya akan menjelaskan lima aktiviti yang dipilih berdasarkan parioriti manfaat kepada saya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di Institut Aminuddin Baki Induk di Bandar Enstek banyak memberi ilmu khususnya ilmu kepimpinan kepada saya. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan memberi pengalaman berharga buat saya. Keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan oleh peserta NPQEL adalah aktiviti intervensi bagi meningkatkan kompetensi bakal pemimpin dalam menerajui organisasi.. Penulisan ini hanyalah berkisar kepada lima aktiviti yang dipilih iaitu , perantisan 1, perantisan 2, jalinan pintar korporat dan lawatan penandaarasan ke institusi swasta. Semua aktiviti ini memberi banyak pengalaman serta ilmu kepimpinan kepada saya untuk menjadi pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan dapat mengurus organisasi dengan cemerlang pada masa akan datang. 3.1 e-NPQEL Sebagai peserta NPQEL , penulis perlu menyelesaiakan e-NPQEL dalam tempoh sebulan. Alhamdulilah, penulis sangat bersyukur kerana diterima masuk menjalani kursus NPQEL. Rupa-rupanya saya perlu menjalani pembelajaran dalam talian. Maklumlah dunia moden. Kepada mereka yang tidak mahir dengan eNPQEL ini akan ketinggalan jauh ke belakang. Semua soalan dalam e-NPQEL mestilah dijawab dan keputusannya mestilah seratus peratus. Lama juga saya hendak menghabiskan semua ujian itu. Banyak rupanya. Yang menariknya saya wajib lulus seratus peratus untuk setiap ujian yang diambil. Jika dikirakan mengantuk memanglah mengantuk tetapi ujian ini mesti dilaksanakan. Berbekalkan semangat, akhirnya saya lulus semua ujian yang diberikan.
Di samping dapat menggunakan masa dengan fleksibel, saya mendapat ilmu dengan lebih tersusun kerana jika saya masih tidak boleh menguasai setiap pelajaran, saya perlu mengulanginya sehingga benar-benar dapat menguasainya. Penulis sangat setuju dengan penggunaan e-NPQEL kerana guru-guru boleh menggunakan ICT secara dalam talian dan atas talian. Di sinilah para peserta didedahkan dengan pembelajaran moden yang mana dengan kemahiran itu, para peserta akan yakin (Giancola, 2001) dengan penggunaan ICT. “Tit”. telefonku berbunyi. Ada nota dalam aplikasi WhatsApp. Siapa pula buat group baharu ini. “Alamak penyelia e-NPQel.” “Mohon tuan-puan menyiapkan e-NPQel”. Ayat yang menakutkan. Saya belum mampu menyelesaikan e-NPQEL. Saya belum faham!! Kebetulan internet pula lambat. Saya berperang dengan perasaan sama ada boleh lulus ataupun tidak. Bimbang pun ada takut pun ada. Akhirnya setelah selesai penyelia bertindak proaktif dengan memaklumkan secara online . “Dah siap tuan. Sijil akan saya e-mel kepada tuan”. Nasib baik penulis boleh menyelesaikan sebelum tarikh tamat. Lega rasanya! Halangan yang saya hadapi ialah tentang capaian internet yang agak lambat. Saya terpaksa menghabiskan banyak masa untuk akses kepada capaian internet. Saya mula memikirkan bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah tersebut. Setelah bertanya dan mencari akhirnya saya berjaya ,mencari solusinya dengan menggunakan internet booster. Saya yakin dan percaya bahawa setiap masalah ada cara untuk melepasinya, hanya kita yang tidak tahu jika kita tidak berusaha untuk mencarinya. Berakhirnya E-NPQEL sangat menggembirakan hati saya. Sijil saya cetak dan saya menunggu panggilan untuk memasuki IAB Enstek. Saya yakin
bahawa saya teleh menyelesaikannya dengan baik dan sudah mendapat sedikit ilmu untuk berjuang di IAB Enstek. 3.2 Pembentangan Eksekutif Pada hari Isnin, 11 Mac merupakan saat yang sangat saya tunggu-tunggu. Pada hari itu, ada pembentangan Eksekutif. Pembentangan Eksekutif ini menghendaki setiap peserta menjelaskan pelan strategik mereka melalui stimulus yang diberikan kepada mereka. Hati saya sudah berdebar-debar. Saya bimbang akan hilang punca dan terhenti sewaktu bercakap. Sebaik sahaja saya dapat tugasan ini , mula menerpa kepada penyelia. Alhamdulillah, lega rasanya. Penyelia sangat mesra. Kali pertama saya bertemu dengannya, beliau sangat soft spoken dan saya merasakan seperti beliau seorang guru dan seorang rakan yang mana beliau memulakan pertemuan kami dengan soalan latar belakang keluarga dan suasana pembelajan di IAB. Kami berbincang dalam suasana yang sangat selsa di biliknya. Apabila saya masuk ke kelas, pembelajran sudah bermula. Saya terpaksa mencuri-curi masa untuk bertemu penyelia kerana jadual kami di IAB adalah sanagat padat. Namun pensyarah memahami kerana apa yang paling penting bagi seorang perserta kursus ini ialah kebolehan mengatur masa dengan baik. Pembentangan ini memerlukan peserta melakukan perbincangan dalam kumpulan dengan bimbingan pegawai rujuk terhadap bahan stimulus serta arahan tugasan yang diberikan dan membentangkan hasil perbincangan secara individu. Peserta diberikan masa tujuh (7) minit bagi setiap Pembentangan Eksekutif dengan mempamerkan kompetensi yang telah ditetapkan untuk ditaksir. Aktiviti ini merupakan pentaksiran kompetensi berasaskan aktiviti bersemuka untuk membolehkan peserta mengkaji dan menganalisis tugasan yang diberikan.
Objektif pembentangan ini ialah untuk melatih peserta agar menjadi seorang pemimpin yang berkebolehan dan berupaya menerajui perancangan dan pelaksanaan pelan strategik, berfikiran analitikal dengan memahami bahawa organisasi boleh berubah, pendedahan kepada langkah-langkah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan data dengan menggunakan tools yang betul dan teknik serta membina pelan perancangan dan pelaksanaan, mempamerkan kompetensi membangun dan memperkasa keupayaan kerja buat subordinat dan belajar membina dan memanfaatkan hubungan baik dengan pemegang taruh untuk membantu sekolah kearah organisasi pendidikan cemerlang. Saya telah belajar bagaimana untuk menggunakan alat dan teknik serta cara-cara membina pelan perancangan dan pelan pelaksanaan apabila terdapat isu yang dikenal pasti di sekolah. Dapatan daripada setiap pembentangan membantu saya mendapat pengetahuan bagaimana untuk merangka tindakan sekolah secara individu dan konsesus untuk mencapai hasrat KPM dengan menganalisis data atau maklumat. Saya dilatih supaya tahu bagaimana untuk mengenal pasti isu yang menghalang kecemerlangan proses pembelajaran dengan mencadangkan langkah intervensi, belajar bagaimana membangun potensi guru dalam menggalakkan proses pengajaran dan membina perancangan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. 3.3 Sekolah Perantisan 1 Aktiviti Perantisan 1 membolehkan saya mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-on. Saya diajar bagaimana untuk menghubungkaitkan antara amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah. Saya berada di sekolah Perantisan 1 yang dipilih untuk membuat pemerhatian kepimpinan dan pengurusan guru besar selama tiga (3) hari dan dua (2) hari berikutnya membuat pelaporan di sekolah asal. Melalui aktiviti ini,
refleksi kepimpinan guru besar , pengurusan dan penambahbaikan dapat diperoleh. Dapatan daripada sekolah asal saya ialah pemimpin mengamalkan perkara berikut. a. Gaya Kepimpinan Instruksional Guru Besar banyak memberi inspirasi dan memberi motivasi kepada ahli pasukan. Guru Besar memberi penghargaan kepada setiap kejayaan guru. Selain itu, subordinat juga mengetahui matlamat yang jelas yang hendak dicapai oleh sekolah dan mampu menyelesaikan konflik. Setiap kakitangan faham akan matlamat sekolah dan membolehkan guru besar menggerakkan semua kakitangan untuk bekerja. Guru besar menggunakan moto “Tanggungjawab dilaksana, sumbangan diberi, pengorbanan dilakukan” Guru besar mampu mempengaruhi kakitangan sekolah dengan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan kitangan sekolah .Semua sedar bahawa kejayaan sekolah ialah kejayaan bersama. Contohnya guru-guru membuat kelas tambahan tanpa mengharapkan ganjaran tetapi mereka bekerja untuk kejayaan sekolah. b. Membangunkan Organisasi Menyokong Amalan Pendidikan. Guru besar membina budaya kolaboratif dan mengagihkan kepimpinan. PGB sebagai model kerjasama dan memupuk sikap saling menghormati. Amalan ini dapat dibuktikan melalui amalam PLC di sekolah ini. Pelaksanaan PLC melalui kerjasama dalam pengajaran dalam bilik darjah adalah realisasi kolaboratif dalam kalangan guru. Guru berbincang selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru Besar mencerap pelaksanaan PLC melalui borang pemantauan dan instrumen SKPMG2 standard 4.
Guru Besar juga memberikan kepercayaan kepada para Penolong Kanan. Mereka diberikan agihan kuasa melaksanakan pencerapan dalam bilik darjah. Hasil pencerapan itu akan dibawa ke dalam mesyuarat pentadbir untuk melihat keberkesanan pengajarn dan pembelajaran. c. Gaya Kepimpinan Demokratik Guru Besar menggalakkan kreativiti dan melibatkan kakitangan dalam membuta keputusan. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, beliau meminta pendapat daripada semua kakitangan bawahannya. Apabila semua kakitangan sudah memberikan pendapat dan pandangan, Guru Besar menggunakan kata putusnya untuk membuat keputusan. Kesannya ialah, kakitangan mempunyai kepuasan kerja dan produktiviti yang tinggi. Sebagai contoh, sebelum guru besar membuat aktiviti besar iaitu Program Sambutan Seratus Tahun SK Sungai Sumun, Guru Besar telah berjumpa guru-guru dalam mesyuarat guru. Selepas itu Guru Besar juga bermesyuarat dengan PIBG. Guru Besar mendengar semua pendapat dan kemudian dalam mesyuarat dengan pentadbir sekolah, Guru Besar membuat keputusan tentang program untuk dilaksanakan sempena sambutan seratus tahun pada 2018. d. Membina hubungan dan membangunkan kakitangan Guru besar menjadi model nilai dan amalan sekolah. Guru besar juga mewujudkan hubungan kerja yang produktif dengan persatuan, dan pert ubuhan di luar. Guru Besar mempunyai pengetahuan pentadbiran yang baik kerana merupakan lulusan IAB Genting , 2014. Guru Besar mempunyai keterampilan yang tinggi daripada aspek pakaian dan tingkah laku. Selain itu, Guru Besar mengamalkan “walk the talk” iaitu mengamalkan apa yang dikatakan. Sebagai
contoh, Guru Besar mendahului gurunya datang awal setiap kali mesyuarat dan kehadiran ke sekolah. Beliau juga jarang mengambil cuti. Buktinya, beliau hanya mengambil cuti dua hari sepanjang empat tahun berkhidmat. Guru Besar juga melibatlkan diri dengan persatuan Majlis Guru Besar (MGB) dan NUTP.Beliau banyak mendapat maklumat awal dan membuat kursus dalaman setiap kali pulang daripada mesyuarat MGB dan NUTP. Guru-guru banyak mendapat maklumat awal dan bertindak dengan lebih awal. Sebagai contoh penggunaan eRPH, Pelaksanaan PBD dan ujian Saringan Minda Sihat (DASS). e. Guru Besar Memantapkan Kolaboratif Guru Guru Besar perlu memastikan amalan budaya kolaboratif perlu dimantapkan melalui Profesional Learning Community (PLC). Selain daripada rakan guru bersama guru di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran, kritikan video juga boleh dilakukan. Caranya ialah dengan merakam pengajaran guru dan kemudian menilai pengajaran guru sambil mengenalpasti amalan terbaik pengaran dan pembelajara. f. Guru Besar Perlu Menjadi Peneraju. Guru Besar seharusnya mempunyai jadual pemantaun terhadap buku tulis murid dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Melalui cara itu, aktiviti intervensi akan dirancang, Guru Besar perlu lebih kerap memantau dan membuat semakan terhadap hasil kerja murid. g. Guru Besar Perlu Mengagihkan Kuasa dengan Lebih Adil Pengagihan kuasa perlu lebih adil. Didapati guru yang rajin akan mendapat
tugas yang lebih manakala guru yang lambat bertindak akan mendapat tugas yang lebih mudah dan kecil. Ini akan menyebabkan guru yang terlalu banyak kerja akan stress berbanding guru lain. Walaupun mereka boleh melakukannya namum mereka perlu menggunakan lebih daripada masanya untuk menyelesaikan tugas yang diamanahkan kepadanya. h. Guru Besar perlu menambahbaik Continuing Professional Development (CPD) Aktiviti berkonsepkan pembelajaran secara berterusan bagi tujuan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran guru untuk meningkatkan profesionalisme perlu ditingkatkan. Sebagai contoh, tahap penguasaan teknologi maklumat. Ini dilakukan supaya kepelbagaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan. 3.4 Jalinan Pintar Korporat Jalinan pintar korporat ialah aktiviti membina jaringan dan jalinan dengan manamana tokoh atau agensi korporat untuk melaksanakan sumbangan mereka dengan berintergriti, mesra masyarakat dan bermanfaat kepada pembangunan sosial.(Panduan Pelaksanaan NPQEL, 2018). Tujuan aktiviti ini ialah untuk melatih dan membimbing bakal-bakal pemimpin membuat jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh atau agensi korporat bagi mendapatkan khidmat jalinan pintar korporat kepada sekolah yang dipilih dengan menawarkan penyelesaian kepada masalah sosial seperti penjagaan kesihatan, sumbangan buku dan sebagainya. Aktiviti jalinan pintar korporat telah mampu menjadikan penulis sebagai pemimpin berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membina jaringan dan jalinan juga kemahiran berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan penting dalam aktiviti ini agar jalinan
yang dibuat berjaya dan tokoh atau agensi korporat membuat tanggapan yang baik kepada peserta NPQEL dengan penuh berintergriti. Aktiviti ini juga melatih bakal pemimpin meyakinkan pendengar dengan idea yang lancar berkaitan topik yang dibincangkan dalam proses menyelesaikan masalah yang timbul. Melalui aktiviti ini juga,penulis mempelajari proses penambahbaikan yang dilaksanakan di sekolah yang dipilih melalui masalah yang dikenalpasti. Di sekolah ini masalah yang dikenal pasti ialah masalah lebih berat badan dan obesiti. Suatu intervensi perlu dilakunan untuk mengatasi masalah ini. Akhirnya, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dengan baik untuk menyempurnakan lagi kecemerlangan organisasi sekolah. Hal ini akan memberi impak yang baik kepada kemanjadian murid. Jalinan Pintar Korporat yang dilaksanakn di SK Chembung telah berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM 5 800.00 daripada pelbagai syarikat. Daripada sumbangan tersebut, saya dan ahli kumpulan kelas telah berjaya manjalankan program di sekolah tersebut dengan menjalankan empat aktiviti dan setiap aktiviti memberi impak kepada kemenjadian murid. Penulis dapat belajar bahawa mengekalkan hubungan baik dengan tokoh atau agensi korporat sangat memberi impak kepada pembangunan organisasi sekolah melalui perkongsian perkhidmatan sosial yang ditawarkan. Sebagai pemimpin kita perlu menunjukkan kesungguhan untuk memotivasikan warga sekolah supaya melakukan perubahan dengan membina hubungan baik dengan pihak luar atau pihak berkepentingan untuk membantu mencemerlangakan sekolah dalam apa jua bentuk perkhidmatan. Aktiviti ini membantu saya mempelajari proses-proses yang terlibat dalam melaksanakan jalinan pintar dengan tokoh dan agensi korporat. Pengalaman sedia ada dan pengalaman baharu yang diperolehi dalam aktiviti ini akan penulis aplikasikan dalam organisasi untuk memantapkan lagi pengurusan dan kepimpinan di sekolah sendiri.
Aktiviti ini membantu saya untuk belajar menguruskan program dari awal hingga akhir. Saya memulakan program ini dengan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu. Mesyuarat yang dijalankan merupakan perbincangan untuk memilih sekolah. Mesyuarat seterusnya ialah untuk membincangkan aktiviti yang akan dijalankan di sekolah. Perbincangan tentang hadiah, aktiviti dan senamrobik menjadikan penulis menguasai kompetensi berfikir secara strategik dalam membuat keputusan. 3.5 Perantisan 2 Perantisan 2 bermula 8 April 2019. Sampai masanya, penulis melangkahkan kai ke SK Kampong Baharu sebagai Guru Besar pelatih, atau perantisan 2. Perasaan penulis berdebar-debar kerana penulis perlu menggunakan segala kompetensi yang ada untuk mencari isu dan kemudian menyelesaikan masalah di sekolah perantisan. Penulis telah melaksanakannya selam 6 minggu berturut-turut atau 30 hari bekerja. Namun sebenarnya, penulis hanya ada 18 hari sahaja berada di sekolah perantisan 2. Pemilihan sekolah perantisan ialah berdasarkan jarak kurang dari 25 kilometer. Penulis berada di sekolah perantisan selama tiga hari manakala dua hari lagi di sekolah asal.di sinilah aku berpeluang menggunkan seluruh peluang ya g ada untuk mengaplikasikan segala pengethaun yang diperoleh di IAB. Di sekolah perantisan dua (2) ini , saya telah mendapatkan maklumat terperinci tentang projek yang dikenal pasti. Maklumat terperinci diperolehi daripada data sekolah. Dsaya telah berjaya mengumpul bahan-bahan berkaitan projek penambahbaiakn yang akan dilaksanakan. Bahan-bahan ini banyak disumbangkan oleh orang perseoranagn dan juga para penyumbanbg. Penulis telah meklaksanakan projek RUBASAN untuk sekolah perantisan 2. Proses yang dijalankan merangkumi tiga aspek iaitu sebelum semasa dan selepas projek dijalankan. Pengalaman yang diperolehi oleh penulis setelah
melakukan perbincangan dengan guru besar ialah sekolah ini tiada masalah daripada aspek akademik. Kesemua mata pelajaran UPSR mencspai 100% kecuali Bahasa Inggeris. Mata pelajaran Bahasa Inggeris penulisan mencapai 50% manakala mata pelajaran Bahasa Inggeri pemahaman mencapai 65%. Daripada aspek obesiti pula, murid di sekolah ini mengalami obesiti sebanyak 25%. dan banyak kawasan di sekolah ini yang belum ada informasi. Muridmurid juga ramai yang datang awal kese kolah. Seawal 630 pagi, sudah ada murid yang datang ke sekolah. Penulis berasa teruja kerana murid-murid datang awal ke sekolah. Mereka tidak melakukan apa-apa. Maka idea untuk mengadakan ruang bacaan adalah suatu yang sangat penulis idam-idamkan. Penulis telah menguasai berfikiran strategik dengan mengamalkan berfikiran strategik dan membuat keputusan.Penulis membuat analisis persekitaran dan mencari isu. Setelah itu, dilakukan SWOT dan seterusnya analisis TOWS. Matriks rangking digunakan untuk manjana strategi. Strategi yang dipilih ialah RUBASAN yang mana merupakan satu sokongan kepada ruang pembelajaran bermakna. Intervensi difikirkan. Muncullah idea untuk membina RUBASAN iaitu Ruang bacaan Santai. Ruang Bacaan santai ini akan memberi runag kepada murid kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Suasana pembelajaran sangat penting dalam TS25. selain itu, pembelajaran yang bermakna juga dapat dilakukan. RUBASAN ini akan menjadi satu wadah untuk kemenjadian murid. Murid akan mempunyai ruang bacaan yang santai. Walaupun pada zaman moden ini, murid-murid lebih gemar dengan gadjet, saya masih yakin dan percaya bahawa apabila ada ruang bacaan yang menarik, murid-murid akan berminat untuk membaca. Di samping murid menggunakan untuk membaca secara santai, ruang ini juga digunakan untuk murid Rakan Membaca memberi bimbingan kepada murid yang lemah. Di samping itu, bahan bacaan ayng ada juga boleh mereka gunakan untuk menambahkan bahan bacaan NILAM mereka. Setelah mereka membaca, meraka akan bercerita kepada rakan rakan mereka. Mereka akan
bercerita kepada rakan-rakan mereka tentang bahan yang mereka telah baca. Ganjaran akan diberikan kepada murid yang sering ,menggunakan ruang RUBASAN dengan kerap. Bilangan nisbah buku dengan murid di sekolah ini ialah 1 murid nisbah 24 buku . Jumlah ini melebihi nisbah kebangsaan iaitu 1 murid nisbah 15 bukju . Apabila murid telah membaca buku dan bahan bukan buku, murid akan dapat melatih keberanian membaca dalam bahasa Inggeris di hadapan murid di perhimpunan pagi. Di sini jelas bahawa ia dapat mengukuhkan lagi program HIP di sekolah kebangsan Kampong Baharu Batu 16. Sudah pasti projek ini berhasil daripada titik peluh banyak pihak. Antara perkara yanmg manjdai masalah atau halangan dalam melaksanakan projek ini ialah mencari mereka yang pakar untuk membuat bangku bertingkat. Susup sasap saya mencari tukang kayu. Setelah berjumpa dengan tukang kayu, bajetnya agak besar. Saya telah menggunakan kemahiran untuk berkomunikasi dengan berkesan kepada komuniti. Inilah aktiviti yang mencabar saya untuk menggunakan segenap usaha dan pengetahuannya untuk menyiapkan sesuatu projek dalam masa 18 hari. Projek yang ada impak untuk kemenjadian murid. Guru besar telah memberi sokongan dan kerjasama sepanjang proses pelaksaaan projek ini dengan memberi idea, tenaga dan masa. Guru besar sekolah Perantisan 2 telah bersama melakukan perubahan pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal yang dirancang dapat menyokong kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21. Beliau menyokong perubahan ini dengan sangat bersemangat dan bersama membantu barisan jawatankuasa kerja melaksanakan projek ini. Beliau yakin bahawa projek ini dapat menyokong kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 di samping dapat menggerakkan pusat sumber s e k o l a h s e b a g a i n a d i u t a m a p e n i n g k a t a n k u r i k u l u m .
Guru besar mengamalkan Kepimpinan instruksional apabila beliau memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di sekolah Sebagai pemimpin perubahan, beliau juga bersetuju dan berani membuat perubahan dengan menyokong penuh projek ini dan menjangkakan impaknya pada masa hadapan. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan saya sebagai peserta NPQEL ambilan 1/ 2019. Beliau sering mengikuti projek ini dengan memberi idea untuk penambahbaikan mahupun masalah yang timbul sepanjang projek ini dilaksanakan.Beliau juga sentiasa mengamalkan perbincangan dalam membuat keputusan bersama subordinatnya untuk kerja buat yang lebih berkesan. Realiti yang hendak saya sampaikan dalam melaksanakan projek ini, terdapat beberapa halangan terutamanya dari segi kos dan tenaga. Dalam hal ini guru besar sentiasa mengamalkan komunikasi dua hala dan bersikap lebih terbuka menerima cadangan dan idea daripada ahli jawatankuasa projek ini. Justeru itu, dana untuk projek ini dapat diatasi dengan kerjasama dan keprihatinan warga sekolah dalam menjayakan projek ini. Antaranya warga sekolah telah menemui orang perseorang untuk mengumpul dana juga sumbangan daripada alumni sekolah ini yang sentiasa mengambil berat tetang kemajuan sekolah ini. Jelas sekali di sini, telah sedia wujud ‘teamwork’ di sekolah ini. Kesannya, satu pasukan yang mempunyai matlamat dan hala tuju yang sama dapat dibentuk untuk menjayakan projek ini. Pelaksanaan aktiviti perantisan 2 mengajar saya bahawa kerjasama daripada warga sekolah adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu. Perubahan yang diterima oelh guru besar dan warga guru membantu menjayakan projek ini. Sebelum ini tiada istilah ruang bacaan santai. Namun kenyataan itu akhirnya terjadi apabila kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam mejayakan projek ini. Selain itu, kerjasama pengurusan tertinggi sekolah yang sentiasa menyokong padu antara faktor lain kejayaan projek ini. Projek ini tidak mungkin dapat disiapkan dalam tempoh 18 hari tanpa komitmen yang kuat daripada guru-guru.
4. Rumusan Hasil daripada semua aktiviti dalam NPQEL, sangat banyak memberi erti kepada saya dan ahli kelas. Ini kerana program ini berjaya melatih saya untuk memimpin sebuah sekolah. Saya sedar bahawa guru besar perlulah mempunyai ilmu yang cukup bukan sahaja sebagai guru malah ilmu sebagai pemimpin (Mike Myatt, 2014). Melalui latihan di Institut Aminuddin Baki, ada terdapat 4 domain kompetensi yang harus dikuasai oleh peserta NPQEL di sekolah. Domain itu ialah berwawasan, menerajui perubahan, mencemerlangkan organisasi dan berketrampilan. Di bawah domain berwawasan, saya teleh berjaya membuktikan saya berfikiran secara strategik. Setelah berakhirnya program ini, saya dapat menguasai keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan futuristik bagi menentukan hala tuju organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran masa hadapan. Inilah pengalaman yang sukar untuk dicari. Seterusnya, saya berasa seronok untuk menyatakan bahawa saya sudah menguasai domain Menerajui Perubahan yang mempunyai empat kompetensi. Penulis mestilah boleh membuat keputusan iaitu keupayaan membuat pilihan yang relevan dan mempunyai justifikasi berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan alternatif. Sebagai contoh pemilihan sekolah, pemilihan aktiviti, pemilihan projek dan sebagainya. Saya juga telah dilatih untuk menguasai kompetensi memimpin perubahan. Penguasaan kompetensi ini ialah keupayaan saya untuk menerima dan memandu perubahan dengan mengadaptasi tindakan melalui sokongan warga organisasi bagi memacu pembangunan dan pencapaian. Inilah saat yang sangat indah. Saya juga telah menguasai kompetensi ketiga itu menyelesaikan masalah. Dalam kompetensi ini, keupayaan saya untuk mengenal pasti masalah dan menggunakan logik, penghakiman dan data untuk menilai alternatif dan melaksanakan penyelesaian untuk mencapai matlamat organisasi yang dihasratkan telah dinilai.
Di bawah domain mencemerlangkan organisasi, saya perlu menguasai tiga kompetensi iaitu yang pertama memimpin pebelajaran. Maksudnya ialah keupayaan untuk menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar. Kompetensi yang kedua ialah membangun kapasiti yang mana penulis perlu berkeupayaan menyelia dan membangunkan kapasiti staf untuk meningkatkan kemahiran bagi melaksanakan tugasan sejajar dengan hala tuju organisasi. Penulis didedahkan juga dengan kompetensi yang ketiga iaitu membina jaringan dan jalinan. Di sini, keupayaan saya membina, mengekalkan dan memanfaatkan hubungan untuk berkongsi amalan terbaik dan berusaha ke arah matlamat yang sama perlu dikuasai. Saya juga dapat menguasai domain yang keempat iaitu domain berketrampilan yang mengandungi tiga kompetensi. Saya menguasai kompetensi pertama iaitu berkomunikasi berkesan. Komunikasi berkesan ialah berkeupayaan untuk mendengar, menyampaikan idea dengan lancar dan meyakinkan secara lisan dan atau bertulis serta boleh menerima pandangan orang lain. Kompetensi yang kedua ialah berkepimpinan. Kompetensi ini menghendaki saya sebagai bayangan PGB (Pengetua /Guru Besar) berkeupayaan untuk memimpin pelbagai pihak bersama untuk merealisasikan idea dan mencapai matlamat organisasi. Kompetensi Berkeperibadian tinggi menjadikan penulis berkeupayaan membuat refleksi kendiri untuk meningkatkan kualiti peribadi secara berterusan serta mempamerkan nilai baik dalam pemikiran serta amalan untuk menyumbang kepada organisasi. Sebagai penutup, aktiviti-aktiviti yang dijalankan menjadikan saya lebih matang dalam menerajui sekolah saya dan organisasi di bawah saya. Saya akan menggunakan segala kemahiran itu untuk menerajui perubahan di sekolah saya melalui pemikiran strategik dan jangkaan masa depan. Saya akan memperbaiki segala kelemahan yang saya perolehi di sekolah perantisan dan saya akan menggunakan kekuatan yang saya perolehi untuk membangunkan dan memajukan sekolah saya lebih jauh ke hadapan berbanding sekolah lain di daerah yang sama.
RUJUKAN AB Susanto, Hassan Noor. ( ) Super Leadership. Kuala Lumpur: S.A. Majeed & Co. Sdn. Bhd. Ahmad Amri Zainal Adnan (2010). Rahsia Personaliti Unggul. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd. Azwar Abd. Manan.(2015). Pengurusan Modal Insan (terjemahan). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad. Balasandran A. Ramiah, Nor asikin Salleh, Junaidah Abdul Jamil (2010). Keupayaan Kepimpinan untuk Pembangunan Sekolah yang Berterusan Berger, L.A & Dorothy R. (2003). The talent menegement handbook: Creating organizational excellence by identifying, developing and promoting your best peopla. New York: McGraw-Hill. Chek Mat (2012).Kursus Kepimpinan Profesional. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Dale Carnegie & Associates, Inc. (2013). The Leader In You (terjemahan).Selangor: PTS Profesional Giancola (2001), Cognition, negative affectivity and substance use in adolescent boys with and without a family history of a substance use disorder. As National Library of medicine. Hairuddin Mohd. Ali, Muhammad Bustaman Abdul manaf (2009). Perancangan Strategik Sekolah. Selangor: PTS Profesoional Publishing Sdn. Bhd. Ibrahim Ahmad Bajunid. (2002). Changing mindsets: Lifelong Leraning for all.
Institut Aminuddin baki. (2009). Course Directory. National Institute of Educational Management Nor Rajiah Ahmad Dawa, Siti Zainun Zainuddin, Sekumaran Suppiah. (2013). Buku Panduan PrOD, Program Pembangunan POrganisasi untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD).Pahang: IABKPM. Rafidah Attas( 2009). Membuat Perundingan Berkesan (terjemahan). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad. Saodah Wok, Narimah ismail, Mohd. Yusof Hussain (2003). Teori-teori Komunikasi. Pahang:PTS Publicatoins & Distributors Sdn. Bhd. Shahril Marzuki, Rahimah Ahmad, Hussein Ahmad. (2010). Kepimpinan Pengetua. Menjana Modal Insan di Sekolah Berkesan. Selangor: PTS Profesoional Publishing Sdn. Bhd. Shaker Mustafa (2012). Mudahnya Coaching & Mentoring. Kuala Lumpur. Inteam Publishing Sdn. Bhd. Simon Cooper, (2013). Cemerlang Pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Zaidatol Akmaliah , Soaib Asimiran, (2011). Transformasi Kepimpinan Pendidikan, Cabaran dan Hala Tuju. UPM: Penerbit UPM. Zainal Abidin Mohamed (1999). Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan. UPM: Penerbit UPM. Zamri Mohamad, Haeqal Zulqarnain (2010). 30 Strategi Membina Pengaruh. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.