The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lesungpipit, 2021-06-22 22:35:31

Laporan Penuh Naziran Siri 1

Laporan Penuh Naziran Siri 1

Keywords: PMK

LAPORAN

LAWATAN NAZIRAN
BAHAGIAN PENGUATKUASAAAN,

UNIT MARIN IBU PEJABAT
KE

PANGKALAN MARIN KASTAM NEGERI

PANGKALAN MARIN KASTAM:
SUNGAI PULAI, JOHOR
KUALA TERENGGANU

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

LAPORAN NAZIRAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN UNIT MARIN, IBU PEJABAT
KE PANGKALAN MARIN KASTAM NEGERI

PENDAHULUAN
Satu Lawatan Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke

Pangkalan Marin Kastam Negeri telah diadakan pada 4 dan 10 Mac 2021. Pada 4
Mac 2021, pasukan naziran telah melakukan auditan di Pangkalan Marin Kastam
(PMK) Sungai Pulai, Johor manakala pada 10 Mac 2021 di PMK Kuala Terengganu
yang turut meliputi stesen PMK Kemaman.

Pasukan Naziran yang diketuai oleh Tuan Abdul Rasyiddi bin Ab Drahman ini
terdiri daripada 10 orang ahli. Ahli-ahli pasukan naziran yang terdiri daripada pelbagai
lapisan jawatan ini, bukan sahaja dari kalangan pegawai dan kakitangan ibu pejabat
Operasi Marin dan Khidmat Sokongan (OMKS), Dengkil malahan turut dianggotai oleh
pegawai dari stesen PMK Kemaman (Terengganu), PMK Sungai Pulai (Johor) dan juga
PMK Pulau Pinang. Senarai pasukan naziran adalah seperti berikut:

BIL. NAMA GRED STESEN

1. Tuan Abdul Rasyiddi bin Ab Drahman WK 48 OMKS, Ibu Pejabat
2. Tuan Amiruddin bin Ramli WK 41 OMKS, Ibu Pejabat
3. Tuan Mohd Saimi bin Ismail WK 41 OMKS, Ibu Pejabat
4. Tuan Amir bin Hamzah WK 36 PMK Kemaman, Terengganu
5. Encik Fairus bin Hassan WK 22 PMK Sungai Pulai, Johor
6. Encik Nazri bin Amid WK 22 PMK Sungai Pulai, Johor
7. Puan Rodziah bt. Wakimin WK 22 OMKS, Ibu Pejabat
8. Puan Intan Marziana bt. Abd Halim WK 22 PMK Pulau Pinang
9. Encik Mohd Khairul Azwan bin Jafri WK 19 OMKS, Ibu Pejabat
10. Puan Nurul Hidayu bt. Hasnan N 19 OMKS, Ibu Pejabat

1

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Lawatan pasukan naziran ini bertujuan membuat pemeriksaan secara fizikal dan
juga pemeriksaan dokumentasi ke atas PMK yang dilawati. Bagi pemeriksaan
dokumentasi, pasukan naziran memperuntukan dokumen bagi tahun 2019 sehingga
tahun semasa. Tujuh bidang tugas pasukan naziran ini meliputi:

i. Buku Log,
ii. Buku Rekod Pembekalan dan Penggunaan Bahan Bakar,
iii. Penempatan pegawai, Imej dan Identiti,
iv. Stor Alat Ganti,
v. Rekod Perolehan Kes Marin,
vi. Rekod Operasi/ Rondaan Unit Marin,
vii. Pengurusan Aset, Inventori Bot dan Peralatan.

BOT RONDA LAJU (BRL) DAN SAMPAN RISIK

STATUS BOT RONDA LAJU DAN SAMPAN RISIK

BAIK ROSAK
6

3

22 2

1

00

SUNGAI PULAI TANJUNG SURAT KUALA KEMAMAN
TERENGGANU

Rajah 1: Status terkini unsur laut mengikut bilangan

PMK Sungai Pulai, Johor mempunyai sembilan buah BRL dan tiga buah sampan
risik yang dipecahkan sebanyak dua BRL dan satu sampan risik ke PMK Tanjung Surat.
Manakala PMK Terengganu pula mempunyai dua buah BRL dan dua buah sampan

2

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

risik. Setiap sebuah BRL dan sampan risik itu ditempatkan di PMK Kuala Terengganu
dan juga PMK Kemaman. Status aset tersebut ditunjukan dalam Rajah 1.

PEMBAIKAN BOT RONDA LAJU (BRL) DAN SAMPAN RISIK

PERATUS KEROSAKAN

SAMPAN RISIK SRI KOLEK 2 0 1 2
PENUMPAS P009 0 1 2

SAMPAN RISIK SRI KOLEK 1 0 1
PENUMPAS P008 0 1
0
SAMPAN RISIK SRI SIANTAN 3 1
SAMPAN RISIK SRI SIANTAN 2 1

PENUMPAS P055
PENUMPAS P038
PENUMPAS P030
PENUMPAS P028
PENUMPAS P010
PERANTAS KB93
PERANTAS KB90

0 0.5 1 1.5 2 2.5

Rajah 2: Bilangan pembaikan bot dan sampan

Rajah 2 menunjukkan bilangan pembaikan bot dan sampan dari tahun 2019
sehingga 2021 bagi PMK Sungai Pulai, PMK Tanjung surat, PMK Kuala Terengganu
dan PMK Kemaman. Rajah juga menunjukkan lima buah bot yang tidak membuat
sebarang pembaikan sejak tahun 2019 sehingga naziran dilakukan.

Pihak naziran mencadangkan agar dokumen pembaikan bot didokumentasikan
dalam satu sampul kecil bagi setiap pembaikan sebelum dilampirkan ke dalam fail
utama. Tindakan ini akan lebih memudahkan urusan pencarian dokumen sesuatu
pembaikan yang telah dibuat disamping dapat memperkemaskan lagi rekod
dokumentasi sesebuah unsur laut.

3

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

1. BUKU LOG
Pemeriksaan pasukan naziran terhadap dokumentasi buku log termasuklah (i)

Buku Log Pelayaran (JK 58A) dan (ii) Buku Log Enjin (JK 58). Bersekali dengan
pemeriksaan buku log ini ialah pemeriksaan Rekod Pembekalan dan Penggunaan
Bahan Bakar.
i) Buku Log Pelayaran (JK 58A)

PMK Sungai Pulai dan PMK Tanjung Surat gagal menyediakan buku log
berkualiti manakala PMK Kuala Terengganu dan PMK Kemaman pula perlu melakukan
penambahbaikan terhadap penyediaan buku log.

Rajah 3: Catatan tarikh tidak berterusan
Antara penemuan naziran di setiap PMK ialah

a) tiada catatan berterusan 365 hari setahun bagi setiap Buku Log
Pelayaran (JK 58A) dan

4

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

b) akhir rekod di setiap bulan tidak dipalang apabila terdapat lebihan
pada muka surat berkenaan.

Rajah 4: Lebihan muka surat tidak dipalang dan tidak ditandatangan oleh
pegawai bertanggungjawab

Antara penemuan naziran di PMK Sungai Pulai dan PMK Tanjung Surat ialah:
c) Tidak mencatat waktu/ masa enjin utama/ janakuasa dihidup dan
dimatikan
d) Tidak mencatat keadaan laut dan cuaca semasa rondaan dijalankan
e) Tidak mencatat nama atau nombor bot, muatan dan lain-lain terhadap
bot-bot yang diperiksa semasa rondaan dijalankan
f) Tidak mendapatkan pengesahan pegawai kanan.

Walau bagaimanapun, PMK Kuala Terengganu dan PMK Kemaman perlu
memastikan catatan di para (c) hingga (f) diperbaiki. Ini kerana terdapat keciciran
catatan ditemukan waima tidak secara berterusan. PMK Kuala Terengganu dan PMK
Kemaman juga perlu memastikan:

5

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

g) tarikh dan masa BRL dan sampan risik digalang semasa musim
tengkujuh dicatatkan.

h) tiada catatan menggunakan pensel

Rajah 5: Tiada tarikh dan masa dicatatkan apabila BRL digalangkan ekoran tengkujuh

Rajah 6: Catatan dibuat menggunakan pensel
6

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

PMK Kuala Terengganu didapati telah melakukan pemindahana aset jabatan
(Sampan Risik Seri Kolek I dan II) tanpa pengetahuan ibu pejabat dan hanya
ditandatangani oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam I yang berkhidmat pada ketika
itu.

Rajah 7: Penempatan baharu asset jabatan tanpa kelulusan ibu pejabat
7

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

ii) Buku Log Enjin (JK 58)
Terdapat lapan senarai tugasan yang perlu dicatatkan dalam Buku Log Enjin (JK

58) ataupun dikenali sebagai Buku Senggaraan Berancang. Catatan bagi setiap senarai
tugas bergantung kepada tugasan secara harian, mingguan mahu pun bulanan. Namun
empat PMK yang dilawati pasukan naziran gagal menyediakan Buku Log Enjin (JK 58)
berkualiti. Terdapat pelbagai keciciran catatan yang dibuat oleh setiap PMK. Asbab
utama kegagalan penyediaan Buku Log Enjin (JK 58) berkualiti ialah, tiada pelantikan
pegawai yang bertanggungjawab. ke atas buku tersebut yang akhirnya
mengakibatkan setiap senggaraan berancang tidak dilakukan oleh anggota Unit Marin.
Walaupun ada tugasan yang dibuat namun, tugasan itu tidak dicatatkan dalam Buku
Log Enjin (JK 58). Anggota perlu sedar bahawa setiap tugasan yang dilakukan itu
adalah sebahagian daripada Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

2. REKOD PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BAKAR
Setiap PMK tidak mempunyai satu ketetapan dari segi penyediaan rekod

pembekalan dan penggunaan bahan bakar. Di PMK Sungai Pulai dan PMK Tanjung
Surat, pembekalan dan penggunan bahan bakar hanya tercatat di dalam Buku Log
Pelayaran (JK 58A). Keadaan ini berbeza dengan rekod di PMK Kuala Terengganu dan
PMK Kemaman.

PMK Kuala Terengganu telah menyediakan satu sampul kecil berasingan untuk
merekod setiap pembekalan bahan bakar walaupun setiap pembekalan bahan bakar
yang diterima terus dimasukkan ke dalam tangki BRL atau pun sampan risik. Walaupun
rekod pembekalan dan penggunaan bahan bakar di PMK Kemaman tidak terperinci
seperti PMK Kuala Terenganu, PMK Kemaman juga telah menyediakan satu sampul
kecil berasingan menunjukkan rekod pembekalan dan penggunaan bahan bakar.

Walaupun Buku Log Pelayaran (JK 58A) di PMK Sungai Pulai dan PMK Tanjung
Surat menjadi rekod utama catatan pembekalan dan penggunaan bahan bakar namun
kedua-dua PMK ini masih gagal mencatat secara berterusan pembekalan dan
penggunaan bahan bakar tersebut.

8

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

3. PENEMPATAN PEGAWAI
3.1 Cawangan Marin Sungai Pulai

Waran perjawatan di Cawangan Marin Sungai Pulai adalah seramai 70 orang
anggota. Hasil lawatan naziran mendapati, Cawangan Marin Sungai Pulai terdiri
daripada tiga sektor iaitu:

i) PMK Sungai Pulai
ii) PMK Tanjung Surat
iii) PMK Sungai Rengit

PMK Sungai Pulai mempunyai kekuatan anggota seramai 46 orang
a) Seorang Penguasa Kastam (WK41)
b) Seorang Pegawai Kastam Tinggi (WK26)
 30 orang anggota ronda untuk 6 kumpulan (5 anggota/ kumpulan)
 6 orang anggota awasan
 6 orang anggota Unit Peninjau
c) Seorang Pembantu Tadbir Kanan (N22)
d) Seorang Pemandu (H14)

PMK Tanjung Surat mempunyai kekuatan anggota seramai 12 orang:
a) Seorang Pegawai Kastam Tinggi (WK26)
b) 8 orang anggota ronda untuk 2 kumpulan (4 anggota/ kumpulan)
c) Seorang Pembantu Penguasa Kastam (WK19) Pentadbiran
d) 2 orang Pembantu Rendah Am (H11)

PMK Rengit mempunyai kekuatan anggota seramai 5 orang yang membentuk satu
kumpulan yang mengendalikan sebuah sampan risik (Sri Siantan 5).

Hasil naziran turut mendapati, PMK Tanjung Surat dan PMK Sungai Rengit
sebenarnya telah melakukan pengabungan Jadual Rondaan. Tindakan ini susulan
arahan pengurusan tertinggi JKDM Johor yang mengkehendaki Unit Marin Sungai
Rengit berpindah lokasi ke Tanjung Surat ekoran lokasi pangkalan di Sungai Rengit

9

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

yang tidak sesuai untuk menempatkan aset jabatan (Sri Siantan 5). Oleh itu, terdapat
penggabungan Jadual Rondaan untuk Unit Marin Tanjung Surat dan Unit Marin Sungai
Rengit.

Waima segala jadual yang ditetapkan mendapat persetujuan anggota tanpa
bantahan, masih terdapat beberapa isu berbangkit di Cawangan Marin Sungai Pulai:

Pentadbiran Am, PMK Sungai Pulai
Terdapat pejawatan Pembantu Tadbir Kanan (N22) yang diisi oleh seorang N22

dari Unit Siasatan, Cawangan Penguatkuasaan atas dasar gunasama. Atas dasar
gunasama inilah menyebabkan N22 tersebut tidak menjalankan tugasan hakiki di Unit
Marin. Natijahnya, pengurusan fail dan surat-menyurat Unit Pentadbiran Am terganggu.

Selain N22 yang berada di pejabat pentadbiran tersebut, terdapat seorang
Pegawai Kastam Marin (lelaki) yang diberi keizinan oleh penyelia untuk turut bertugas
di laut pada hari Jumaat atau Sabtu. Anggota ini juga diberi keizinan bertugas selepas
jam 5.00 petang. Keadaan ini menunjukkan anggota tersebut telah berkerja tanpa henti
yang menyalahi undang-undang buruh.

Unit Logistik, PMK Sungai Pulai
Unit ini bertugas untuk membuat pengisian bahan bakar ke unsur laut jabatan.

Isu yang berbangkit di unit ini ialah anggota perlu mengambil dan mengisi minyak ke
dalam bot jika pemandu jabatan tiada (Tugasan di OPMKS) atau bercuti. Namun
kelulusan memandu bagi pegawai (PiKK 7453 dan PiK 11959) yang dikeluarkan oleh
jabatan hanyalah untuk kenderan tidak bersendi sedangkan aktiviti pembekalan bahan
api dari atau ke Petronas melibatkan penggunaan tangki yang ditarik menggunakan
pacuan empat roda (Hilux) jabatan sahaja. Keadaan ini jelas mendatangkan masalah
sekiranya berlaku kemalangan atau isu berbangkit yang mengakibatkan tindakan
tatertib terhadap pegawai.

10

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Penggunaan Kad Minyak adalah antara masalah berbangkit. Di PMK Sungai
Pulai, PMK Tanjung Surat mahupun PMK Sungai Rengit, ketiga-tiga PMK ini
menggunakan dua jenis Kad Minyak yang sama iaitu satu kad petrol dan satu kad
Diesel. Apabila sesebuah BRL ke operasi luar dari Kawasan Tanggung Jawab (KTJ),
BRL ini akan pergi bersama sekeping kad minyak. Ini menyebabkan bot yang berada di
pangkalan akan mengalami masalah untuk pengisian minyak sekaligus menjejaskan
rutin tugasan operasi.

Pengisian bahan bagi BRL/ sampan risik yang berada di Pangkalan Tanjung
Surat dilakukan di Jeti Persendirian, Kong-Kong. Aktiviti pengisian bahan bakar ini
merupakan isu dan imej jabatan asbab jarak Sungai Pulai ke Cahaya Masai/ Kong-kong
yang sangat jauh.

Unit Operasi, Unit Marin Sungai Pulai
Bagi memastikan kelancaran operasi pada waktu malam, PMK Sungai Pulai

memohon agar dibekalkan peralatan pelayaran seperti Multi Night Vision.

Sehingga naziran dijalankan, BRL PERANTAS KB90 dan PERANTAS KB93
berada di limbungan untuk tujuan pembaikan. Maka, anggota operasi perlu
menjalankan tugasan pemantauan di limbungan. Tugasan ini dilakukan tanpa henti
sehingga menjejaskan hari off-day anggota. Walaupun hanya seorang anggota yang
bertugas dalam masa satu hari namun, Jadual Awasan terjeja sekoran anggota
bertugas tanpa henti.

Ada juga aduan yang diterima menyatakan, ada penyelia kumpulan lain yang
mengarahkan tugasan anggota bukan dari kumpulan mereka tanpa memaklumkan
Ketua Kumpulan Operasi anggota tersebut. Ini telah mengakibatkan anggota
melakukan tugasan tanpa pengetahuan penyelia.

Ketidakseragaman penggunaan (kiraan) minyak dalam buku Log untuk kelas bot
yang sama juga menjadi isu. Ia ekoran adanya perbezaan ketara kiraan pengunaan

11

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

berbanding jumlah jam pelayaraan. Situasi ini perlu diperhalusi agar tiada jurang
perbezaan penggunaan tersebut.

Dasar Unit Marin Sungai Pulai yang digunapakai ketika ini ialah setiap kumpulan
menggunakan BRL yang sama sahaja untuk tujuan rondaan walhal terdapat pelbagai
kelas BRL jabatan di Unit Marin Sungai Pulai. Anggota merasakan mereka juga perlu
untuk mengendalikan BRL selain ditetapkan bagi setiap kumpulan untuk tujuan
kemahiran.

PMK Sungai Pulai telah menubuhkan satu pasukan yang dipanggil Unit Peninjau
(Risik). Pasukan ini dianggotai enam orang anggota dan merupakan pasukan yang
sangat aktif memperolehi pelbagai kes bagi JKDM Johor. Namun, unit ini sering
memohon bantuan daripada anggota Kumpulan Operasi untuk membantu kerja-kerja
risikan atau serbuan. Walaupun bantuan yang dimohon diketahui namun tiada surat
permohonan dan kebenaran gunasama anggota yang dikeluarkan. Jika ada pun,
arahan tugasan itu sangat lambat dikeluarkan yang boleh mengakibatkan setiap Ketua
Kumpulan terlibat boleh dipersalahkan sekiranya terjadi sebarang perkara berbangkit.
Situasi ini juga boleh menimbulkan tuduhan lari dari Tugasan Awasan dan Rondaan
bagi mana-mana anggota yang dipinjamkan

Unit Peninjau
Jadual tugas unit hanya mengikut maklumat yang diperolehi. Jika tiada maklumat

pasukan akan hadir ke pejabat dalam waktu fleksibel di antara 7.30 pagi hingga 06.00
petang. Unit ini memohon agar pihak ibu pejabat dapat membekalkan peralatan
pelayaran seperti Multi Night Vision.

Unit Reman
Unit Reman adalah salah satu unit yang diwujudkan di Cawangan

Penguatkuasaan JKDM Johor. Unit ini dianggotai dua orang anggota PMK Sungai
Pulai. Jadual tugas anggota unit ini dibuat pengiliran setiap bulan dan digabungkan
bersama-sama anggota Cawangan Siasatan yang bertugas sebagai Pegawai Reman.

12

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Walau bagaimanapun, anggota Cawangan Siasatan tidak akan berkerja pada
hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) atas alasan dua hari itu bukan hari bertugas
mereka. Situasi ini menjadi ketidak-adilan kepada anggota Unit Marin yang diambil
bertugas seramai seorang dalam tempoh sebulan sekali. Hal ini kerana, ianya akan
menganggu gugat perjalanan operasi pasukan.

PMK Tanjung Surat
Anggota di sini berpuas hati dengan Jadual Awasan dan Jadual Ronda yang

dikeluarkan serta tiada masalah perhubungan sesama anggota. Walau bagaimanapun
terdapat anggota awasan yang membuat kerja-kerja Rondaan. Tindakan ini telah
mengakibatkan PMK tiada pengawasan dari Pegawai Awasan.

PMK Sungai Rengit
Sehingga lawatan naziran, Bot Risik Siantan 5 ditmpatkan di PMK Tanjung

Surat. Penempatan aset ini telah mengakibatkan Jadual Tugasan Operasi dan Awasan
pasukan terpaksa digabungkan dengan jadual PMK Sungai Pulai. Hal ini telah
mengakibatkan pergerakan anggota PMK Tanjung Surat terbatas disamping tidak dapat
menumpukan tugasan rondaan di KTJ Sungai Rengit sepenuhnya.

3.2 Unit Marin JKDM Terengganu
Hasil lawatan naziran mendapati, Unit Marin JKDM Terenganu terbahagi kepada

dua PMK iaitu:
i) PMK Kuala Terengganu
ii) PMK Kemaman

PMK Kuala Terengganu mempunyai kekuatan anggota seramai 10 orang yang
terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu

 3 orang anggota kumpulan operasi
 4 orang anggota kumpulan awasan
 2 orang anggota untuk Tasik Kenyir

13

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Walau bagaimanapun, dua orang anggota yang ditugaskan di Tasik Kenyir bersifat
sementara dan akanber;aku penggiliran penempatan/ tugasan setiap dua bulan sekali.

PMK Kemaman mempunyai waran perjawatan sebanyak 19 perjawatan namun
sehingga lawatan naziran yang terisi hanyalah 13 perjawatan seperti berikut:

a) Seorang Penolong Pengarah Kastam (WK44)
b) Seorang Penguasa Kastam (WK41)
c) Seorang Penolong Penguasa Kastam Kanan (WK 36)
d) Dua orang Pegawai Kastam Kanan Marin
e) 10orang Pembantu Penguasa Kastam (WK19)

Hasil semakan naziran mendapati Jadual Rondaan PMK Kuala Terengganu,
melibatkan kekuatan anggota seramai empat orang dalam satu-satu masa dengan
mengunakan BRL PENUMPAS P008 dan Sampan Sri Kolek 1. Jadual Rondaan PMK
Kuala Terengganu berasingan dengan Jadual Awasan. Tempoh masa rondaan pula
bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, kadang-kala rondaan
dilakukan bermula jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi hari berikutnya. Kumpulan operasi
mengkhususkan kawasan Perairan Kuala Terengganu-Sungai Nerus dan Perairan
Kuala Terengganu-Pulau Redang sewaktu aktiviti rondaan dilakukan.

Bagi PMK Kemaman pula, Jadual Rondaan disatukan dengan Jadual Awasan
Pangkalan. Jadual Rondaan, menghendaki anggota Rondaan meronda dalam purata
masa lapan jam menggunakan unsur laut PENUMPAS P009 dan Sampan Sri Kolek 2.
Tiada pengkhususan kawasan ronda sebaliknya atas kebijaksanaan Ketua Pasukan.

4. STOR ALAT GANTI
4.1 Stor Berstatus Bengkel

Pemeriksaan mendapati, stor yang digunakan oleh Unit Marin Sungai Pulai,
Johor untuk menyimpan barang merupakan sebuah bengkel. Barang-barang yang
berkaitan dengan BRL diletakan di atas rak-rak yang telah disediakan di dalam bengkel
tersebut. Tiada stor yang dikhususkan untuk kegunaan Unit Marin Sungai Pulai.

14

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

4.1.1 Ulasan dan cadangan:
Jabatan sedia maklum bahawa barang-barang yang berkaitan

dengan BRL jabatan adalah bernilai tinggi. Oleh yang demikian, JKDM
Johor perlu menyediakan sebuah stor khusus bagi kegunaan Unit Marin
Sungai Pulai untuk menyimpan barang berharga yang berkaitan dengan
bot jabatan. Pihak naziran mencadangkan agar bengkel tersebut
dinaiktaraf sekaligus diisytihar sebagai stor alat ganti supaya dapat diurus
dengan betul dan teratur.

4.2 Tiada buku rekod Inventori/ Stok.
Pemeriksaan ke atas barang-barang yang disimpan di dalam stor dan temubual

dengan penjaga stor, pasukan naziran mendapati barang-barang yang di simpan di
dalam stor tidak direkod di dalam buku daftar inventori/ stok. Pergerakan masuk dan
keluar barang-barang tersebut tidak direkod. Barang-barang akan di keluar dan
disimpan berdasarkan kepada keperluan kerja anggota.

4.2.1 Ulasan dan cadangan:
Pihak stesen perlu menyediakan buku rekod inventori dan stok bagi

tujuan merekod barang-barang yang terdapat di dalam stor serta merekod
pergerakan keluar/ masuk barang-barang tersebut.

4.3 Barang yang telak rosak tidak dilupuskan.
Pemeriksaan pasukan naziran ke atas stor juga mendapati terdapat barang yang

disimpan di dalam stor, sudah berkeadaan uzur dan rosak namun masih disimpan.
Barangan tersebut seperti bateri bot lama dan life raf yang telah tamat tempoh
Penemuan seperti rajah di bawah.

15

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

16

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Rajah 8: Longgokan barangan yang telah rosak dan gagal dilupuskan
4.3.1 Ulasan dan cadangan:

Barang-barang yang telah usang, rosak dan sudah tidak digunakan
lagi perlu dilupuskan segera. Tujuan perlupusan adalah untuk
memastikan ruang penyimpanan di dalam stor dapat digunakan untuk
menyimpan barang-barang yang masih elok dan boleh digunakan.
4.4 Brang-barang bot tidak berdaftar Kew.PA
Pemeriksaan pasukan naziran mendapati kegagalan PMK melakukan pelupusan
ke atas barangan yang telah rosak dan usang kerana barang-barang tersebut tidak
pernah didaftar sekaligus gagal mewujudkan rekod Kew,PA. Hal ini mengakibatkan
barangan berkenaan sukar untuk dibuat proses pelupusan dan terus terbiar di luar stor.
Dua mobile tank (rujuk Rajah 7) yang rosak dan dipercayai telah berusia hampir 20
tahun gagal dilakukan proses pelupusan keran tiada rekod awal pembelian.

17

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

18

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Rajah 9: Mobile tank yang rosak dan tiada sebarang rekod pendaftaran.
4.4.1 Ulasan dan cadangan:

PMK dengan kerjasama pengurusan negeri perlu merujuk ke
cawangan logistik ibu pejabat untuk mendapatkan kaedah yang boleh
digunapakai bagi melaksanakan proses pelupusan.
4.5 Tiada lantikan pegawai stor
Semakan naziran pada dokumen-dokumen yang berkaitan mendapati tiada surat
lantikan khusus bagi pegawai stor terlibat bagi menjalankan aktiviti pengurusan stor.
Pegawai stor yang ada dilantik berdasarkan roster penempatan anggota tersebut.
4.5.1 Ulasan dan cadangan:

Pengurusan negeri perlu mengeluarkan satu surat lantikan pegawai
stor kepada pegawai di PMK agar penurunan kuasa dapat dilakukan.

19

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Pegawai lantikan ini akan dapat menjalankan tugas pengurusan stor dengan
lebih baik dan berkesan.
4.6 Kebersihan dan kekemasan stor
Pemeriksaan dan pemantauan oleh pasukan naziran di persekitaran luaran dan
dalaman stor adalah kurang memuaskan. Hal ini kerana, barang-barang tidak disimpan
dengan kemas dan teratur selain stor yang agak kotor dan berhabuk. Pasukan naziran
turut mendapati berlakunya mendapan tanah di persekitaran stor hingga merosakkan
struktur binaan dan sambungan elektrik ke dalam bangunan stor tersebut.

20

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Rajah 10: Keadaan dan suasana stor yang tidak tersusun dan berselerak.
4.6.1 Ulasan dan cadangan:

Kebersihan stor adalah penting bagi menjamin keutuhan dan
ketahanan setiap barangan yang disimpan di dalamnya. Setiap anggota
perlu berkejasama untuk memastikan stor berada dalam keadaan bersih
dan kemas sentiasa. Pihak naziran mencadangkan agar diadakan
gotong-royong bagi kerja pembersihan stor. Mendapan tanah yang
berlaku di persekitaran PMK Sungai Pulai disebabkan struktur tanah di
kawasan tersebut telah mendap dan tidak dapat menampung binaan
bangunan tersebut.
5. PEROLEHAN KES MARIN
Rajah 11 menunjukkan bilangan perolehan kes bagi PMK Sungai Pulai dari
tahun 2019 hingga 2021. Tahun 2019 mencatatkan 208 kes namun berlaku penurunan

21

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

perolehan kes pada tahun 2020. Hal ini berkemungkinan perlaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan ekoran pandemik COVID-19 yang
melanda dunia pada tahun tersebut.

PEROLEHAN KES

250

200

150

100

50

0 2020 2021
2019

Rajah 11: Data Perolehan Kes di PMK Sungai Pulai bagi tahun 2019 hingga 2021

PEROLEHAN KES

12 2020 2021
10

8
6
4
2
0

2019

KUALA TERENGGANU KEMAMAN

Rajah 12: Data Perolehan Kes bagi tahun 2019 hingga 2021

Manakala Rajah 12 memaparkan bilangan perolehan kes Marin bagi PMK Kuala
Terengganu dan PMK Kemaman. Terdapat penurunan bilangan perolehan kes bagi
PMK Kuala Terengganu dari tahun 2019 ke tahun 2020. Walau bagaimanapun berbeza

22

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

senario bilangan perolehan kes bagi PMK Kemaman. Jika tahun 2020 mempamerkan
kemerosotan perolehan kes bagi PMK Sungai Pulai dan Kuala Terengganu namun
PMK Kemaman tetap memberikan penambahan bilangan perolehan kes walaupun
dalam kadar yang sedikit. Sehingga naziran ini dijalankan, hanya satu kes diperolehi
oleh PMK Kuala Terengganu dan tiada kes bagi PMK Kemaman. Keadaan ini mungkin
disebabkan bot-bot di PMK terbabit baharu sahaja belayar di laut setelah beberapa
bulan digalangakn ekoran musim tengkujuh yang melanda negeri Terengganu.

6. OPERASI/ RONDAAN UNIT MARIN
Jadual satu menunjukkan bilangan operasi yang dilakukan oleh Unit Marin bagi

tiga PMK bermula tahun 2019 sehingga Mac 2021 iaitu bulan semasa pihak naziran
melakukan pemeriksaan.

Ketiga-tiga PMK gagal menyediakan data operasi di PMK masing-masing bagi
tahun 2019 manakala PMK Kuala Terengganu dan PMK Kemaman turut gagal
mengemukakan sebarang data operasi bagi tahun 2020 dan 2021. PMK Sungai Pulai
pula telah menjalankan 12 operasi pada tahun 2020 dan 4 operasi sehingga Februari
2021 waima hampir semua operasi yang dijalankan adalah operasi bersepadu.
Sebahagian besar operasi adalah Op Benteng bersempena pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan yang diumum oleh kerajaan..

PMK 2019 2020 2021

Sungai Pulai - 12 4

Kuala Terengganu - - -

Kemaman ---
Jadual 1: Bilangan Operasi bagi tahun 2019 hingga 2021

7. PENGURUSAN ASET, INVENTORI BOT DAN PERALATAN.
Hasil pemeriksaan naziran mendapati pengurusan aset, inventori dan peralatan

bagi Unit Marin bagi setiap PMK yang dilawatai berada pada tahap tidak memuaskan.

23

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Hal ini kerana terdapat invetori-inventori dan peralatan yang tidak dikemaskini bukan
sahaja dari segi dokumentasi malahan juga secara fizikal.

Antara punca kepincangan pengurusan aset, inventori bot dan peralatan adalah
kerana kegagalan komunikasi di antara pegawai di PMK dengan pegawai aset negeri.
Pasukan naziran difahamkan pegawai aset negeri di JKDM Johor tidak mendaftarkan
sebrang aset, inventori dan peralatan yang diterima di PMK Sungai Pulai adalah kerana
itu merupakan tugas ibu pejabat. Jelas sekali berlaku ketidakfahaman tugasan pegawai
aset negeri hingga menyebabkan berlaku lambakan barang-barang tidak terpakai di
stor PMK Sungai Pulai. Hal ini kerana, ketiadaan dokumentasi pendaftaran terhadap
sesuatu aset akan menyukarkan proses pelupusan.

7.1 JETI
Jeti merupakan salah satu aset terpenting bagi Unit Marin Jabatan Kastam Diraja

Malaysia (JKDM). Hal ini kerana, kenderaan utama Unit Main adalah bot dan juga
sampan yang merupakan unsur laut. Namun aset terpenting ini bukanlah insfrastruktur
yang dapat dinikmati oleh PMK Kuala Terengganu apabila mereka terpaksa
menumpang jeti Jabatan Laut untuk menempatkan bot dan sampan milik mereka. Lebih
membimbangkan apabila tiada kerjasama yang baik di antara Jabatan Laut terhadap
JKDM Terengganu. PMK Kemaman pula tidak mempunyai sebarang permasalahan jeti
kerana insfrastruktur tersebut adalah milik jabatan.

Bagi PMK Sungai Pulai, terdapat beberapa kekurangan yang telah dikesan oleh
pasukan naziran. Kekurangan yang ditemukan oleh pasukan naziran melibatkan
pemadam api, papan tanda, atap zink, lampu dan juga persekitaran jeti.

24

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Rajah 13: Alat pemadam api tidak disimpan pada tempat sepatutnya.

Rajah 14: Papan tanda keselamatan yang using dan hampir tidak kelihatan amaran
yang diberikan
25

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Rajah 15: Ketiadaan zink yang lengkap pada atap

Rajah 16: Lampu di jeti tidak berfungsi sepenuhnya dengan baik
26

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

Rajah 17: Penemuan di persekitaran jeti
27

Naziran Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Ibu Pejabat ke
Pangkalan Marin Kastam Negeri

PENUTUP
Naziran dibuat oleh pihak ibu pejabat ini bukanlah mengungkap seribu kekhilafan

dan ketidakpatuhan yang sememangnya wujud namun untuk mendidik setiap pegawai
marin agar kekal berdedikasi dalam tugas walau apa jua kesukaran yang dialami.
Pegawai Marin juga perlu menggunakan saluran aduan yang betul agar segala
permasalahan yang timbul dapat didengari hingga ke pihak atasan seterusnya dapat
ditangani dengan kadar segera mungkin seadanya bidang kuasa yang diberikan.

Disediakan oleh: Disahkan:

INTAN MARZIANA ABD HALIM ABDUL RASYIDDI BIN AB. DRAHMAN
Pegawai Kastam Kanan 11135 Penolong Kanan Pengarah Kastam II
Unit Marin, Bahagian Penguatkuasaan Unit Marin, Cawangan OMKS
Pulau Pinang Ibu Pejabat

28


Click to View FlipBook Version