Di sebuah kampung yang jauh dari kesibukan kawasan bandar, terdapat sebuah gerai yang menjadi tumpuan penduduk setempat. Gerai itu bukan gerai yang biasa, gerai itu mempunyai aroma harum rempah kari dan sentiasa melakar senyuman yang tidak pernah pudar di antara para pembeli yang menikmatinya. Gerai itu milik seorang wanita tua yang dikenali sebagai Opah. Opah terkenal dengan kelazatan air tangannya terutamanya lauk yang berasaskan kari. 1
2 Ketika matahari mula terbit dari sebelah timur, Opah sudah sibuk di dapur kecilnya yang terletak di belakang gerai. Dengan penuh bersemangat, Opah mula menyediakan rempah kari yang telah menjadi rahsia keluarga sejak turun-temurun.
3 Opah menumbuk rempah kari dengan batu lesung lama warisan nenek moyangnya. Setiap ketukan batu lesung mampu membangkitkan aroma yang melazatkan. Tambahan lagi, bau yang terhasil membangkitkan selera apabila rempah kari mula mendidih di atas dapur kayu sehingga dapat menarik orang kampung untuk singgah ke gerai Opah.
Gerai Opah bukan sekadar tempat untuk menjamu selera, namun menjadi penghubung yang mengikat hati penduduk kampung kerana di situ mereka dapat berkumpul dan berkongsi cerita. Ketika Opah memasak, Opah akan menyanyikan lagu kegemarannya. Opah-Opah si tukang masak, Sajian kari jadi hidangan, Tambah santan lebih berlemak, Masakan Opah tiada tandingan. (Lagu Nenek Si Bongkok 3) 4
Tiba-tiba Kampung Permai kecoh dengan berita pertandingan memasak yang akan diadakan di kampung tersebut. Dengan keyakinan yang tinggi dan semangat membara, Opah memutuskan untuk mendaftarkan diri sebagai peserta. Apabila pemenang diumumkan, mata-mata semua tertumpu kepada Opah. Penduduk kampung berasa bangga dengan kejayaan Opah. 5
Kemenangan Opah dalam pertandingan memasak itu membangkitkan rasa ingin tahu penduduk kampung tentang resipi kari Opah. Mereka menyerbu gerai Opah beramai-ramai kerana ingin mendapatkan resipi kari Opah. Tiba-tiba kedengaran seorang wanita mendendangkan sebuah lagu. Orang kampung tertanya-tanya, Cara Opah masak kari, Resipi Opah panduan utama, Kalau tak reti Opah ajari. (Lagu Nenek Si Bongkok 3) 6
Opah membuka buku resipi ajaib yang mengandungi resipi kari kebanggaannya. Penduduk kampung teruja melihat buku itu bersinar. Opah menerangkan satu persatu langkah dengan penuh kesabaran. Melihat kesungguhan penduduk kampung untuk belajar, Opah pun menawarkan diri untuk mengajar mereka memasak kari di gerai Opah. 7
Bagaikan aur dengan tebing, penduduk kampung bersama-sama menyediakan bahan masakan yang diperlukan. Dalam suasana yang penuh kegembiraan, mereka memasak bersama-sama. Selain kari, mereka juga membuat hidangan lain untuk dinikmati bersama. 8
“Kenapa Opah sudi ajar kami, bukankah resipi ini resipi rahsia?” tanya salah seorang daripada penduduk kampung. Opah pun menjawab, “ini bukan tentang resipi rahsia tetapi tentang kepuasan apabila melihat penduduk kampung saling tolong menolong bagi menyediakan setiap hidangan.” 9
10 Jawapan Opah disambut dengan nyanyian oleh penduduk kampung. Belajar masak di gerai opah, Gelak ketawa bersama-sama, Kari opah hampir melimpah, Jangan masak terlalu lama. (Lagu Nenek Si Bongkok 3)
9 Walau bagaimanapun, di sebalik kegembiraan tersebut, ternyata ada yang iri hati dengan keenakan kari Opah. Orang tersebut ialah Kak Leha iaitu juga pemilik gerai makanan yang berasa dengki dengan kejayaan Opah. Dengan hati yang berniat jahat, Kak Leha bercadang untuk mencuri buku resipi ajaib Opah. 11
Pada suatu malam, ketika Opah sedang tidur. Kak Leha curi-curi masuk ke gerai Opah. Kak Leha cuba membuka pintu gerai dengan berhati-hati agar Opah tidak terjaga daripada tidurnya. 12
Kak Leha mula mencari buku resipi ajaib yang menjadi kunci kejayaan kari Opah dengan hati yang berdebar-debar. Akhirnya, Kak Leha menjumpai buku resipi ajaib Opah. Dia mengeluarkan buku dari rak dan terus keluar dengan hati yang penuh kegembiraan. 13
Keesokan paginya, Opah terkejut kerana gerainya berselerak. Kebimbangan Opah semakin bertambah apabila dia tidak menemui buku resipi ajaib di gerainya. Orang kampung berkumpul di sekitar gerai Opah dan tertanyatanya apa yang berlaku. "Ada apa, Opah?" tanya salah seorang penduduk kampung dengan perasaan risau. Opah menggeleng lesu lalu berkata, "gerai Opah dimasuki pencuri dan pencuri tersebut telah mencuri buku resipi ajaib Opah.” 14
Opah kecewa kerana buku resipi ajaibnya telah hilang namun Opah sudah menyangka bahawa perkara ini akan berlaku kerana sifat ketamakan manusia. Opah menyanyikan lagu dengan perasaan yang sedih. Resipi opah dalam buku, Sudah dicari tak jumpa-jumpa, Siapa curi opah tak tahu, Sifat jahat tidak ke mana. (Lagu Nenek Si Bongkok 3) 15
Penduduk kampung terkejut mendengar berita itu. Mereka berasa kecewa kerana ada yang berniat jahat dengan Opah. Sementara itu, Kak Leha yang berada di gerainya berasa panik kerana berita tersebut telah tersebar ke seluruh kampung. Dengan tergesa-gesa, dia membuka buku resipi ajaib Opah namun alangkah terkejutnya apabila melihat isinya kosong. "Di manakah resipinya?, kenapa setiap halaman muka surat kosong sahaja?" rungut Kak Leha dalam kebingungan. 16
Dia seakan-akan tidak percaya buku resipi ajaib Opah yang diimpikannya kosong. Namun Kak Leha masih berfikir kenapa buku resipi milik Opah kosong. Dia mula berasa kesal dan ingin mencari jalan untuk memulangkan semula buku resipi ajaib Opah. 17
Setelah menyedari kesilapannya, Kak Leha dengan rendah diri memulangkan semula buku resipi ajaib Opah. Dia mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas sikapnya. Dengan hati yang terbuka, Opah memaafkan Kak Leha dengan ikhlas dan memberi nasihat. Opah kemudiannya mengajar Kak Leha memasak kari mengikut resipi Opah. "Opah, maaf, tapi saya ingin tahu. Kenapa buku resipi ini kosong walaupun ada tulisan di dalam buku itu?" tanya Kak Leha kepada Opah. 18
"Oh, itu kerana buku ni ada kuasa istimewa. Buku resipi ini hanya kosong pada sesiapa yang berniat jahat di hati, " ujar Opah. “Jadi, sewaktu saya curi buku ni, saya tidak nampak resipi kerana saya ada niat jahat?" Kak Leha bertanya dengan rasa menyesal. "Ya, buku ini ibarat cermin yang mencerminkan hati dan niat seseorang. Jika hati kita bersih dan ikhlas, barulah resipi ajaib akan terpapar di muka surat buku ini, " beritahu Opah. 19
Kak Leha menyedari kesilapannya dengan lebih mendalam setelah mendengar penjelasan Opah. Dia menyedari tindakannya yang dipenuhi sifat iri hati untuk mengalahkan Opah. Setelah belajar memasak dengan Opah, Kak Leha mula menghidangkan kari menggunakan resipi Opah di gerainya sendiri. Ramai orang kampung datang untuk merasai masakannya itu. Semua orang kagum dengan keenakan kari yang dibuat oleh Kak Leha. 20
Dengan hati yang damai, Opah dan penduduk kampung hidup bersamasama dalam keadaan harmoni. Mereka belajar daripada pengalaman yang lalu. Keharmonian dan keceriaan Kampung Permai akan sentiasa berterusan demi menjaga warisan yang tidak ternilai. 21
TAMAT
“Resipi ajaib Opah” membawa kita ke dunia penuh warna di mana Opah seorang pemilik gerai kari di sebuah kampung. Opah mempunyai buku resipi ajaib. Gerai Opah ini bukan sekadar gerai malah tempat mengeratkan hubungan kejiranan. Namun, ketenangan terganggu apabila Kak Leha mempunyai perasaan dengki dengan kejayaan Opah sehingga mencuri buku resipi ajaib milik Opah. Walau bagaimanapun, Opah tidak risau kerana buku itu hanya dapat dilihat oleh orang yang mempunyai hati yang bersih. Melalui peristiwa itu dapat mengajar Kak Leha tentang keikhlasan. Kisah ini penuh dengan penerapan nilai murni bahawa pentingnya kejujuran dan lain-lain lagi. Blurb