TAJUK= BUAYA DENGAN SOTONG KURITA
Pada suatu hari ada seekor buaya yang besar dan sangat kejam
tinggal di sebuah pulau yang kecil. Buaya itu memiliki 10
ekor anak buaya. Buaya ini memiliki satu tabiat yang sangat
buruk. Dia selalu berasa lapar tidak kira masa. Suatu hari
buaya besar itu tidak sengaja terlihat sedang makan anak-
anaknya sendiri di hadapan buaya buaya lain menyebabkan
buaya2 lain berasa takut akan tindakan buaya besar itu. Jadi
buaya buaya yang lain berencana untuk menghidari buaya
besar yang kejam itu.
Buaya besar yang melihat buaya2 lain menjauhinya berasa
sangat sedih kerana tiada sesiapa yang ada bersamanya.
Buaya besar itu semakin hari semakin tua dan dia tidak
mampu bergerak dengan cepat macam sebelumnya. Sekarang
ini buaya itu hanya mampu terbaring tidur di pesisiran pantai.
Sesekali sahaja buaya itu berasa lapar, baru dia akan turun ke
laut untuk mencari makanan.
Setiap hari begitulah rutin seharian buaya besar itu, lama-
kelamaan dia berpikir bahawa dia harus pergi ke tempat lain
atau kalau boleh dia ingin hidup seorangan agar tidak
menyusahkan buaya2 yang lain. Akhirnya buaya itu pun pergi
membawa diri meninggalkan pulau tersebut. Sepanjang dalam
perjalanan buaya besar itu, tanpa disedari angin kencang
melanda menyebabkan dia terhuyung -hayang di dalam laut.
Dan dengan malangnya buaya besar itu tergelam di dasar laut
itu..
Keesokkan harinya, buaya besar itu membuka kelopak
matanya dengan lemah. Dari situ dia dapat melihat dirinya
tengah berada di suatu pulau yang sangat kecil. Dalam
hatinya, dia berasa lega kerana selamat dari badai laut yang
menyeramkan itu. Pada waktu tengah hari itu, dia berasa
sangat lapar tapi dia tidak mampu bergerak kerana masih
lemah selepas selamat dari badai laut semalam. Tiba2 di
permukaan laut biru itu , buaya besar itu ternampak sesuatu
sedang bergerak kearahnya. Rupa- rupanya yang sedang
bergerak itu adalah seekor sotong kurita. Buaya yang melihat
akan hal itu, ingin menghampiri sotong kurita tersebut.
Namun dia sedar dirinya tidak mampu berbuat apa apa.
Sotong kurita yang melihat adanya buaya besar terdampar
di tepi pantai berasa kasihan dan kerana itu dia menuju ke
arahnya dengan niat ingin menolongnya. Sotong kurita
bertanya dengan lembut kepada buaya itu, ‘’ wahai buaya
kenapa engkau boleh ada di sini?.‘’Buaya itu menjawab,
‘’wahai sotong aku telah dilambung ombak yang sangat besar
semalam kerana itu aku boleh berada di sini. ‘jawab buaya itu.
‘’Disebabkan hal itu aku tidak mampu bergerak ke mana-
mana dan aku berasa sangat lapar sekarang’’. Sotong kurita
yang baik hati mendengar perkataan buaya itu terus berenang
ke laut dan tidak lama kemudian dia mulai timbul di
permukaan laut kembali dengan membawa makanan iaitu
ikan. Melihat adanya makanan dibawa oleh sotong kurita,
buaya besar itu terus membuka mulutnya lalu memakan
kesemua makanan yang dibawa oleh sotong tersebut.
Sotong kurita berkata, ‘’Buat masa ini kamu tak perlu masuk
menyelam ke dalam laut kerana aku akan membawakan
makanan kepada kamu.‘kata sotong kurita yang baik hati dan
polos itu. Jadi setiap hari sotong kurita membawakan
makanan kepada buaya itu menyebabkan buaya itu semakin
hari semakin bergantung harap kepada sotong kurita tersebut.
Sotong kurita itu tidak mengetahui bahawa buaya itu pernah
sanggup memakan anak anaknya sendiri.
Tibalah suatu malam buaya tersebut tiba2 terasa lapar yang
teramat sangat. Dia membuka kelopak matanya dan
memandang ditepinya terdapat sotong kurita sedang tidur di
sisinya. Jadi dia berpikir untuk membangunkan sotong kurita
tersebut namun sotong kurita itu tidak bangun lalu dia putus
asa lalu sesekali buaya itu memandang kearah sotong itu dia
melihat pada malam itu sotong kurita itu terlihat sangat
menyelerakan lalu tanpa berfikir panjang buaya itu pun
membuka mulutnya bersedia memakan badan sotong tersebut.
Namun sotong kurita itu tersedar dan dia sangat terkejut akan
tindakan buaya itu lalu dia menanyakan kepada buaya itu.
‘’kenapa engkau ingin memakan ku, kasihankanlah kepadaku
wahai buaya. Sang buaya berkata, ‘Maafkan aku sotong kurita
aku terlalu lapar dan tidak mampu menahan dari terliur
melihat engkau. ‘Jadi aku harap engkau tidak melarikan diri.
Aku berjanji akan menelan mu dengan cepat agar engkau
tidak berasa sakit di dalam mulutku. Lalu dengan sekali
gigitan sotong itu pun lenyap dalam perut buaya. Buaya besar
itu berkata lagi, ‘’Maafkan ku sekali lagi sotong engkau
memang baik tapi aku terlalu lapar ..’’kata buaya sambil
menangis meratapi kehilangan satu satunya sahabatnya itu.