The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOR ARNIEEY NATASHA BINTI ABDULLAH
21220006

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norarnieey, 2022-09-05 21:29:28

SANG BUAYA DENGAN SOTONG KURITA

NOR ARNIEEY NATASHA BINTI ABDULLAH
21220006

DITULIS OLEH: NOR ARNIEEY NATASHA BINTI ABDULLAH

Pada suatu hari, ada seekor buaya yang besar dan sangat kejam tinggal di sebuah pulau yang kecil.
Buaya itu memiliki 10 ekor anak buaya. Buaya ini memiliki satu tabiat yang sangat buruk. Dia selalu berasa
lapar tidak kira masa. Suatu hari buaya besar itu tidak sengaja terlihat sedang makan anak-anaknya sendiri
dihadapan buaya-buaya lain menyebabkan buaya-buaya lain berasa takut akan tindakan buaya besar itu.
Jadi, buaya-buaya yang lain berencana untuk meninggalkan buaya besar yang kejam itu.

Buaya besar yang melihat buaya-buaya lain menjauhinya berasa sangat sedih kerana tiada sesiapa
yang ada bersamanya. Buaya besar itu semakin hari semakin tua dan dia tidak mampu bergerak dengan
cepat macam sebelumnya. Sekarang ini buaya itu hanya mampu terbaring tidur di pesisiran pantai. Sesekali
sahaja buaya itu berasa lapar, baru dia akan turun ke laut untuk mencari makanan.

Setiap hari begitulah rutin seharian buaya besar itu, lama- kelamaan dia berfikir bahawa dia harus
pergi ke tempat lain atau kalau boleh dia ingin hidup bersendirian agar tidak menyusahkan buaya-buaya
yang lain. Akhirnya buaya itu pun pergi membawa diri meninggalkan pulau tersebut. Sepanjang dalam
perjalanan buaya besar itu, tanpa disedari angin kecang melanda menyebabkan dia terhuyung-hayang di
dalam laut itu…

Keesokan harinya, buaya besar itu membuka kelopak matanya denga lemah. Dari situ dia dapat
melihat melihat dirinya tengah berada di suatu pulau yang sangat kecil. Dalam hatinya, dia berasa lega
kerana selamat dari badai yang menakutkan itu. Pada waktu tengah hari itu, dia barasa sangat lapar tapi
dia tidak mampu bergerak kerana masih sangat lemah akibat terkena badai laut semalam. Tiba-tiba di
permukaan laut biru itu, buaya besar itu ternampak sesuatu sedang begerak kearahnya. Rupa-rupanya
yang bergerak kearahnya itu adalah seekor sotong kurita. Buaya yang melihat akan hal itu, ingin
menghampiri sotong kurita tersebut. Namun dia sedar dirinya tidak mampu berbuat apa-apa.

Sotong kurita yang melihat adanya buaya besar sedang terdampar di tepi pantai berasa kasihan dan
keran itulah dia menuju ke arahnya dengan niat ingin menolongnya. Sotong kurita bertanya dengan
lembut kepada sang buaya, ‘’Wahai buaya kenapa engkau boleh berada di sini?.

Buaya itu menjawab, ‘’ Wahai sotong aku telah dilambung ombak yang sangat besar sangat besar
semalam, kerana itu aku boleh berada di sini. ‘jawab buaya itu. Disebabkan hal itu aku tidak dapat
bergerak kemana-mana dan sekarang aku berasa sangat lapar’’.

Sotong kurita yang baik hati mendengar perkataan buaya itu berasa simpati dan terus berenang ke
laut dan tidak lama kemudian dia mulai timbul di permukaan laut kembali dengan membawa makanan
dengannya. Melihat adanya makanan yang dibawa oleh sotong kurita, buaya besar itu terus membuka
mulutnya lalu memakan kesemua makanan yang dibawa oleh sotong kurita tersebut.

Sotong kurita berkata, ‘’Buat masa ini kamu tidak perlu masuk menyelam ke dalam laut kerana aku
akan membawakan makanan kepada kamu. ‘Kata sotong kurita yang baik hati dan polos itu. Jadi setiap hari
sotong kurita membawakan makanan kepada buaya itu menyebabkan buaya itu semakin hari semakin
bergantung harap kepada sotong kurita tersebut. Sotong kurita itu tidak mengetahui bahawa buaya itu pernah
sanggup memakan anaknya sendiri.

Tibalah suatu malam buaya itu tiba-tiba terasa lapar yang teramat sangat. Dia membuka kelopak
matanya dan memandang ditepinya terdapat sotong kurita sedang tidur. Jadi dia berfikir untuk
membangunkan sotong kurita tersebut namun sotong kurita itu tidak bangun lalu dia putus asa. Sesekali
buaya itu memandang kearah sotong kurita itu, dia melihat pada malam itu sotong kurita itu sangat
menyelerakan lalu tanpa berfikir panjang buaya itu pun membuka mulutnya luas-luas bersedia memakan
badab sotong tersebut.

Namun sotong kurita itu tersedar dan dia sangat terkejut akan tindajan buaya itu lalu dia menanyakan
kepada buaya itu.’

‘’Wahai buaya kenapa engkau ingin memakan ku, kasihanilah aku buaya . Bukankah aku pernah
membantumu waktu engkau susah dulu.’

Buaya berkata, ‘’Maafkan aku sotong kurita tapi aku terlalu lapar dan tidak mampu menahan dari
terliur melihat engkau. ‘’Engkau kelihatan begitu menyelerakan sehingga aku tidak mampu menahan rasa
laparku lagi. ‘’ Jadi aku harap engkau tidak melarikan diri. ‘’Aku berjanji akan menelan engkau dengan
cepat agar engkau tidak berasa sakit di dalam mulutku.

Lalu dengan sekali gigitan sotong kurita itu pun lenyap dalam perut buaya. Buaya besar itu pun
berkata lagi, ‘’Maafkan ku sekali lagi sotong kurita.. ‘’Engkau memang baik hati tapi aku terlalu lapar.
Selepas berkata demikian buaya itu menangis meratapi kehilangan satu-satunya sahabat dia ada.


Click to View FlipBook Version