Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Alhamdulilah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan rahmat-Nya Mutiara ILIM dapat diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 2011.. Menggalas peranan sebagai sebuah institusi latihan Islam, ILIM berusaha meningkatkan kompetensi para pegawainya sama ada melalui kemahiran kejurulatihan atau kemahiran penulisan. Mutiara ILIM adalah koleksi artikel yang ditulis oleh pegawai-pegawai yang berkhidmat di ILIM. Skop artikel di dalam penerbitan ini berkait rapat dengan kursus-kursus yang dianjurkan oleh pusat-pusat di ILIM Justeru ini menjadi galakan dan memberi ruang kepada pegawai-pegawai ILIM membincangkan sesuatu isu dan seterusnya secara tidak langsung penerbitan Mutiara ILIM menjadi medium latihan kepada mereka bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan. Semoga platform ini dijadikan sebagai turning point untuk pegawai-pegawai ILIM terus berkarya menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti dan berinformasi di masa hadapan.. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menerbitkan Mutiara ILIM, semoga usaha ini mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) CHE IBRAHIM BIN CHE MAN Pengarah Wassalam PENGARAH INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA PRAKATA
menciptakan
Struktur Organisasi Teknologi Manusia Kemahiran, sikap, jangkaan & persepsi baru Reka semula operasi kerja Reka bentuk organisasi dan lainlain Produk/ Perkhidmatan baru atau direka semula Produk Perkhidmatan
peningkatan ke