The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahpink85, 2021-09-22 00:14:02

BUKU SKRAP SEJARAH

BUKU SKRAP SEJARAH

Keywords: BUKU SKRAP

BUKU SKRAP SEJARAH

TAHUN 5

TAJUK:

DOL SAID

DI HASILKAN OLEH:

MUHAMMAD ILHAM FAIQ BIN KHAIRUZ ZAMAN
5 MUADDIB

DI BAWAH BIMBINGAN:
CIKGU JURIAH BINTI MOHAMED

ISI KANDUNG

PENDAHULUAN 1

PENGHARGAAN


2

PENGENALAN


3

BIODATA DOL SAID


4

PERJUANGAN TOKOH






DOL SAID 5-6

RENTETAN PERJUANGAN

DOL SAID




7-8






KEJAYAAN DOL SAID 9-10




PENUTUP/ULASAN/RUMUSAN 11-13




GAMBAR-GAMBAR 14

RUJUKAN


15

PENDAHULUAN

Buku skrap sejarah ini dilaksanakan bagi memberi maklumat
tentang tokoh perjuangan pilihan saya iaitu dol said. sepanjang
saya mendapatkan maklumat di internet,saya juga dapat
meluaskan pengetahuan saya tentang tokoh-tokoh perjuangan
yang lain juga. di samping itu, dengan terhasilnya buku skrap ini,
ianya dapat menaikkan semangat cintakan tanah air dalam diri
saya dan juga pembaca.

selain itu, buku skrap ini juga dilaksanakan bagi memenuhi
pemarkahan akhir tahun bagi mata pelajar sejarah.





















(1)

penGHARGAAN

saya muhammad ilham faiq bin khairuz zaman dari
kelas 5 muaddib merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan dan menjayakan buku skrap sejarah ini.

pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
kedua ibu bapa iaitu encik khairuz zaman bin haran dan puan
siti aishah binti md ali yang telah memberi dorongan dan
bimbingan dari segi mendapatkan maklumat dol said
sepanjang cuti pkp dan pkpp ini.

kedua, terima kasih diucapkan kepada guru sejarah saya
iaitu puan juriah binti mohamed yang telah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan
buku skrap ini.

akhir sekali, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
kerana telah memberi bantuan dari segi idea sepanjang
buku skrap ini dilaksanakan dan disiapkan .

(2)

PENGENALAN

Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun
1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun.
Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said juga adalah
penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu
Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun. Sejak kecil
lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula
belajar ilmu mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun.
Dol said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni memper-
tahankan diri dan sentiasa dihormati oleh orang ramai.

Dol Said juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.
Dengan sikap terpuji dan jasa beliau inilah Dol Said telah menjadi
contoh pahlawan dan pejuang kemerdekaan yang jasanya akan
dikenang dan diingati sepanjang hayat Sejak kecil lagi, beliau telah
diasuh dengan didikan agama yang baik. Dapat dirumuskan bahawa
perjuangan beliau dalam menentang penjajah bukan kerana
semangat patriotisme semata-mata, malahan demi
mempertahankan agama Islam.

(3)

BIODATA DOL SAID

Nama Sebenar : Dato' Abdul Said bin Omar

Nama Gelaran : Dol Said

Tahun Kelahiran : 1773

Tempat Kelahiran : Daerah Naning

Jawatan : Penghulu Naning yang ke-9

Pendidikan : seni mempertahankan diri

Susur Galur

Dalam melengkapi lagi ilmu didalam dirinya Dol Said turut
mempelajari ilmu mempertahankan diri iaitu seni silat sejak
berusia enam tahun lagi.
ilmu agama yang dituntutnya sedari kecil, menjadikan
dirinya dihormati oleh orang ramai. Selain itu Dol Said
merupakan anak yang taat hasil asuhan dan didikan
oleh ibubapanya.

(4)

PERJUANGAN DOL SAID

British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh
pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada
tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana
mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah
daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan
dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh
pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang
panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional
yang lain.

Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera
British terpaksa berundur setelah ramai tentera-tentera yang
terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris
sehingga mereka terpaksa meng-hantar ramai tentera termasuk
meriam dalam usaha menundukkan Naning. British mengishtiharkan
Dol Sai sebagai penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi
yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi
angkatan British berjaya ditewaskan .Sebelum berlakunya
Perang Naning kedua pada tahun1832,British berjaya
memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan
mengikat perjanjian dengan yang bersempadan dengan
Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.



(5)

PERJUANGAN DOL SAID

Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan dari-
pada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah
adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik
pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu
Inggeris menakluk Naning. Walaupun tidak lagi mendapat bantuan
dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said
dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning. Dol Said
seorang wira yang berani yang telah mengukir nama dalam
sejarah Negeri Melaka.

Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai
1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang
bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu
kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Dol Said
telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut
adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu
serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said
akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah
dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam
masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada
15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah
peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832

(6)

RENTETAN DOL SAID

Beliau telah menentang pentadbiran British pada tahun

1831−1832. Penentangan beliau adalah kerana Mempertahan-

kan kemerdekaan Naning. Mengikut Perjanjian Inggeris

Belanda1824, Belanda menyerahkan Melaka kepada British

dan British mendakwa Naning ialah sebahagian daripada

Melaka. Oleh sebab itu, British mengarahkan Naning mematuhi

semua peraturan yang di tetapkan Negeri Melaka. Dol Said

dan rakyat Naning enggan menerima dakwaan British

tuenrdsaenbgu1t8. M30e,nBernittaisnhgmbeamyaarkas
na cukai. Melalui Undang-
Naning membayar satu

persepuluh daripada hasil keluaran pertaniannya. Arahan di-

keluarkan setelah British mendapati hasil daerah Naning

berjumlah 4500 dolar sebulan.

Dol Said enggan membayar cukai kerana beliau menganggap
Naning sebagai sebuah daerah yang berdaulat. Menentang
pelaksanaan undang-undang British. British perkenalkan
Peraturan yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said.
Peraturan ini melarang Dol Said membicarakan kes
jenayah.

(7)

RENTETAN DOL SAID

Pada tahun 1828, British memberi amaran kepada Dol Said
kerana menyelesaikan kes jenayahdi Naning sendirian. Beliau
juga diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak
mematuhi arahan British. Kisah perjuangan beliau
berlangsung selama setahun sahaja. Walau bagaimanapun,
terdapat dua peperangan yang berlaku dalam tempoh
berkenaan, iaitu Perang 15 Julai 1831. British mengisytihar-
kan Dol Said sebagai penderhaka. Kapten Wyllie dihantar
mengetuai 150 orang sepoi untuk menyerang Naning.




Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana meng-
gunakan taktik perang gerila. mendapat bantuan daripada
Seri Meranti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. juga mendapat
bantuan daripada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau.
Bantuan tentera diketuai oleh menantunya, Syed Sha'aban.
Perang Mac 1832. British berunding dengan Yamtuan Muda
Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600
orang hulubalang untuk membantu British. Pasukan
tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert berjaya
menawan Taboh dan rumah-rumah penduduk Naning
dibakar. Dol Said menyerah diri kepada pihak
British. Peristiwa inilah pengakhiran kebangkitan
Dol Said.

(8)

KEJAYAAN DOL SAID

Pada hari ini dalam tahun 1832, satu perjanjian persahabatan
ditandatangani di antara Penghulu Rembau iaitu Raja Ali dan
lapan orang Suku bagi pihak Rembau dan Robert Ibbetson, Residen
bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka bagi pihak kerajaan
Inggeris. Dengan perjanjian ini Kerajaan Inggeris membatalkan
dan memansuhkan semua perjanjian dan persetujuan yang
terdahulu yang dibuat di antara Rembau, Kerajaan Belanda dan
Kerajaan Inggeris yang ada sekarang. Antara perjanjian itu ialah,
Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku
sebagai pemerintah Rembau dan jajahan takluknya.

Kerajaan Inggeris dan Rembau akan mengekalkan persahabatan
yang berpanjangan dan menahan dari melakukan sebarang tinda-
kan permusuhan. Kerajaan Rembau bebas menjalankan pemerinta-
han dalam lengkongan wilayahnya mengikut undang-undang dan
adat negeri itu. Jika berlaku sebarang angkara ke atas rakyat
Rembau oleh rakyat Inggeris di kawasan pihak Inggeris, pihak
Rembau tidak boleh melakukan sebarang tindakan tetapi hendak
lah merujukkan angkara itu kepada kerajaan Inggeris untuk
disiasat jika sabit kesalahan di atas rakyat Inggeris, ia
akan dihukum mengikut Undang-undang Inggeris.demikian
juga sebaliknya jika berlaku angkara ke atas rakyat
Inggeris oleh rakyat Rembau di kawasan pihak Rembau.

(9)

KEJAYAAN DOL SAID

pihak Inggeris tidak boleh mengambil sebarang tindakan
tetapi hendaklah merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa
Rembau untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan ia dihukum
mengikut kesalahannya. Sekiranya pihak Rembau mengumpul
orang dan kelengkapan untuk tujuan berperang, hendaklah ia
memberitahu Inggeris akan tujuannya itu, demikian juga bagi
pihak Inggeris hendaklah ia berbuat yang sama. Dengan ter-
maktubnya perjanjian kemerdekaan Rembau, pada hari ini
dalam tahun 1832, Rembau diiktiraf oleh Inggeris sebagai
sebuah negeri yang merdeka. Ini dapat dimengertikan dari
pemansuhan perjanjian-perjanjian yang terdahulu yang
mengikut dan memaksa Rembau menurut segala kemahuan
Inggeris.

Selepas Dol Said menyerahkan diri, kerajaan British telah
memberinya pencen sebanyak 200 rupee sebulan. Beliau telah
membeli sebidang tanah untuk mengusahakan tanaman padi di
samping melibatkan diri dalam perubatan. Beliau telah berjaya
menghasilkan wang yang mencukupi untuk memakai kasut,
membeli sebuah kereta kuda dan mengunakan khidmat
tukang emas. Dol Said meninggal dunia pada awal Ogos
1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh
Naning bersebelahan Masjid Dato' Dol Said,
Taboh Naning.

(10)

PENUTUP/rumusan

kesimpulannya, kisah perjuangan dol said memberi inspirasi
kepada saya danrakyat malaysia untuk lebih berani menentang
pebjajahan. selain itu, kita sebagai generasi muda perlu
mencontohi perjuangan dol said agar menjadi teladan dan
pengajaran kepada kita semua.

di samping itu, pejuang - pejuang kemerdekaan negara telah
banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk
tanah melayu. terdapat beberapa tokoh yang boleh dijadikan
contoh atau idola buat generasi kini dan yang akan datang.
segala pengorbanan, rintangan, dan penat lelah mereka
berbakti untuk negara wajar diteladani.

menyorot kembali kepada sejarah perjuangan kemerdekaan
di malaysia (tanah melayu), mahu tidak mahu ianya menjurus
kepada membincangkan berkenaan perihal kehebatan
penetangan tokoh-tokoh seperti dol said, tok janggut, tok
kenali dan tokoh -tokoh yang lain yang memperjuangkan
kemerdekaan. hakikatnya, pada ketika itu, kebanyakan
penduduk tanah melayu tidak secara terang-terangan
memikirkan untuk bebas daripada kongkongan penjajah.

(11)

PENUTUP/rumusan

seterusnya, penentangan terhadap penjajah pada era
sebelumnya adalah bersifat individualistik. kepentingannya
juga adalah kepentingan individu, atau cenderung kepada
kelompok kecil yang diwakilinya, bukannya untuk bangsa
melayu khususnya. meskipun kebanyakkan gerakan
kemerdekaan ini menuju kepada jalan buntu garaa-gara
kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang melayu
(kesatuan) serta dipalit dengan masalah komunikasi yang
tidak menentu, namun gerakan awal penentangan ini telah
membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang
lebih gitu serta memberi momentum yang baik terhadap
proses kemerdekaan tanah air.

akhir kalam, perlu dingatkan, kemerdekaan yang dicapai
pada ogos 1957 bukanlah satu proses yang boleh dicapai
dengan sekelip mata. natlamat kemerdekaan itu hanya dapat
dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
kisah penjajahan negara yang penuh dengan onak dan duri ini
sepatutnya dijadikan tauladan dan juga keinsafan yang
mendalam.

(12)

PENUTUP/rumusan

kesedaran terhadap strategi licik penjajahan era moden ini
memungkinkan kita akan dijajah kembali biarpun kita tidak
lagi dijajah dari segi fizikal namun sebaliknya, jika kita terus
alpa dek dunia tanpa sempadan kini, tidaak mustahil suatu
hari nanti akan terus terbelenggu oeh penjajahan mental dan
jua terdedah kepada pelbagai lagi jenis penjajahan yang rumit
dan kompleks pada masa akan datang.

(13)

GAMBAR-GAMBAR

























(14)

RUJUKAN

Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj (2000). Tambo Alam
Naning. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). ISBN
9836247211.

Tiong Mook Chai & Lee Aik Sing (2015). Spotlight Galaksi
S Sejarah Tingkatan 1.2.3. Pan Asia Publications Sdn.
Bhd. ISBN 9789670785516

Masariah binti Mispari, Johara binti Abdul Wahab &
Ridzuan bin Hasan. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2.
Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836278319

Braddell, Thomas (1856). "Notes on Naning". Journal
of the Indian Archipelago and Eastern Asia (dalam
bahasa Inggeris) (New series 1).

(15)


Click to View FlipBook Version