The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nwaty06, 2021-09-24 08:57:03

KARANGAN BM

KARANGAN BM

Hatiku terlonjak kegembiraan apabila mengenangkan memori tentang
Anugerah Alam Sekitar yang diberikan kepada Sekolah Menengah Murni
yang sungguh elok mataku memandang iaitu dipenuhi dengan hiasan
yang begitu menyejukkan mata.Ditambah lagi dengan persekitaran yang
sangat bersih malah mempersonakan sesiapa sahaja yang melihat. Air
mataku mula membasahi pipi alangkah indahnya jika dunia sebegini yang
mengamalkan penjagaan alam sekitar. Hatiku semakin hancur luluh bak
kaca yang terhempas ke lantai pabila melihat sikap dan etos masyarakat
harini bagai enau melepaskan pucuk masing-masing terus mencemarkan
alam sekitar. Mujur ,adanya program sekolah lestari sedikit sebanyak
memberikan manfaat tentang kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar kepada generasi kini.. Firman Allah “dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segalanya yang
membawa kebaikan” (surah Al-A’raf:56).Sesudah demikian, banyak
amalan yang perlu dipratikkan untuk menjaga alam sekitar di sekolah
supaya dapat menjadi “Sekolah saya adalah sekolah lestari”

Antaranya amalan-amalan pelajar dalam menjaga alam sekitar ialah
kitar semula bahan buangan.Hal ini kerana, dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar di kawasan sekolah yang menitikberatkan
kegunaan 5R iaitu rethink, repair,reduce,recycle,reuse.Sebagaimana kita
ketahui,sesetengah pelajar selalu cuai tentang pengasingan sampah dalam
mengikut jenis sampah sehinggakan ada yang buang sisa jenis
makanan,kertas,plastik makanan dan bahan pepejal sekali pun di dalam
tong sampah yang sama ini menyebabkan bau yang kurang
menyenangkan serta mata sakit memandang .Dengan ini,pihak sekolah
menyediakan tong sampah yang berwarna biru, jingga dan coklat bagi
memudahkan pelajar membuang sampah mengikut jenis.Sebagai
contoh,tong sampah berwarna biru untuk jenis kertas manakala tong
sampah berwarna coklat untuk jenis kaca dan tong sampah jingga untuk
jenis tin aluminium dan plastik.Hal ini dapat memberikan penjimatan masa
dan tenaga dikurangkan tanpa menyelongkar sampah dari sampah sarap
yang bercampur aduk.Tegasnya “melentur buluh biarlah dari rebungnya”
dengan insiantif yang bernas maka pelajar dapat dididik cara kitar semula
yang betul.

Seterusnya,amalan menjaga alam sekitar ialah menganjurkan permainan
atau sukan bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau. Secara tidak
langsung , aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya
kecergasan dan amalan melindungi alam sekitar.Oleh itu,pihak sekolah
perlu membina gelanggang sukan serba-guna supaya pihak sekolah dapat
memberikan pengajaran dan pembelajaran.Justeru,dengan zaman yang
moden ini,pembelian peralatan ICT dan LCD(projektor) boleh dipasang di
dalam gelanggang sukan serba-guna.Lebih-lebih lagi pelajar akan lebih
semangat jika hadiah disertakan.Sebagai contoh,pihak sekolah
menyediakan 15 hadiah bagi peserta yang terpantas akan menerima
medal bagi kategori masing-masing.Malah, aktiviti ini pelajar boleh bermain
bersama dan guru-guru.Justeru, program ini dapat meningkatkan tahap
kecergasan para pelajar dan orang sekeliling tentang kesedaran pelajar
tentang kelebihan melakukan aktiviti pada persekitaran hijau yang
membekalkan lebih banyak oksigen.Jelaslah bahawa,permainan alam
sekitar seperti Larian Hijau dapat merealisasikan pelajar dan guru iaitu
menhargai alam sekitar serta menjaga kesihatan diri bak kata peribahasa
“badan sihat ,otak cerdas”.

Dari perspektif yang lain,amalan yang dilakukan di sekolah ialah
penanaman semula pokok.Hal ini merupakan,tanaman pokok memberi
impak yang sangat penting terhadap alam sekitar bagai umpama aur
dengan tebing iaitu saling memerlukan.Bukan itu sahaja,penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global
melalui penyerapan karbon dioksida.Justeru,aktiviti penanaman pokok juga
dapat merealisasikan kepada pelajar tentang kebersihan udara melalui
penanaman..Sebagai contoh,,membuat kempen “1 pokok satu pelajar”
mereka perlulah membawa satu biji benih setiap seorang untuk menanam
pokok di kawasan sekolah. Kesannya, alam sekitar yang hijau dapat
memberikan udara yang nyaman dan segar kepada penghuninya sekali
gus dapat menghijaukan alam sekitar.Malah,tumbuh-tumbuhan juga turut
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya.Tegasnya, galakkan dalam aktiviti
penanaman pokok dapat menjaga alam sekitar kita daripada tercemar dan
meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan
berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula;

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan diatas, iaitu pihak
sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan.Hal ini
penting,bagi mewujudkan kerjasama yang erat antara pihak sekolah
dengan pelajar bagi menjaga alam sekitar.Sekaligus,melahirkan murid
yang berpotensi,berdikari dan bertanggungjawab.Sebagai contoh,pihak
sekolah menganjurkan aktiviti yang memberikan pelajar bersemangat serta
menarik minat dengan mengadakan pertandingan membuat buku
skrap,poster”sekolahku syurgaku’ dan mengadakan sesi taklimat tentang
pentingnya alam sekitar.Oleh itu, para pelajar perlulah memberikan
bekerjasama dalam menyertai aktiviti ini dan digalakkan menghadiri semua
aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun jika pelajar enggan
memberikan kerjasama, boleh dikenakan tindakan displin malah
kehilangan hak-hak keahlian di dalam kelab tersebut.Bak kata
peribahasa’hendak seribu daya,tak hendak seribu upaya’ dengan ini jika
ada kemahuan dan kesungguhan dalam menjaga khazanah alam sekitar
pasti ada jalan yang mampu kita kecapi dan melakukannya.Sebagai
konklusinya,pelajar dapat didedahkan dengan pengetahuan asas tentang
peranan dan tanggungjawab sebagai ahli kelab pencinta alam sekitar serta
mewujudkan pelajar yang berwawasan.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, bahawa
alam sekitar sememangnya perlu diberi keprihatinan dan kesedaran dalam
setiap lapisan masyarakat. Sedemikian itu,alam sekitar tidak sepatutnya
dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah
negara.Hal ini demikian,jika sikap masyarakat yang tidak
mengendahkannya dan tidak ambil peduli tentang akibat tidak menjaga
alam sekitar kesannya akan memudaratkan manusia walaupun hidup
dalam kemewahan.Adakah pemodenan negara lebih penting daripada
keindahan alam sekitar? Jadi tepuk dada tanya selera .Jadi, “Manusia
mungkin saja merasa berkuasa di atas muka bumi, merasa sebagai
spesies paling unggul, tapi mereka sebenarnya dalam posisi sangat lemah
saat berhadapan dengan kekuatan alam.” - Tere Liye.


Click to View FlipBook Version