Pendidikan Islam
KSSM PK2
Tajuk: Cara cara mandi wajib
Objektif: Di akhir pembelajaran murid boleh menyatakan
cara mandi wajib mengikut urutan.
Firman Allah
“… dan jika kamu junub (hadas besar) maka bersucilah
dengan mandi wajib” ( surah Al Maidah: 6)
- Mandi wajib atau mandi junub adalah diwajibkan bagi
seorang muslim untuk membersihkan diri dari hadas besar .
-Seorang muslim yang belum mandi wajib tidak boleh
mengerjakan solat.
-Mandi wajib tak semestinya mandi lama. Biar cepat,
mudah dan ringkas asalkan mandian itu sempurna.
-Tatacara mandi wajib ini dikongsikan oleh JAKIM untuk
lelaki dan perempuan.
RUKUN MANDI WAJIB:
Pertama: niat.
Kedua: membersihkan badan dari najis.
Ketiga: mengalirkan air ke seluruh rambut dan permukaan
Kulit.
Cara Mandi Wajib
1. NIAT(dibaca ketika air sampai ke tubuh)
2. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
3. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
4. Mengambil wudud seperti biasa kecuali kaki.(kaki boleh
dibersihkan selepas mandi).
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala dan telinga
6. Menjirus air di sebelah kanan bermula dari bahagian atas
hingga bahagian bawah.
7. Mengosok bahagian sulit seperti celah ketiak, pusat, lipatan
lipatan agar terkena air.
8. Membasuh kaki kanan
9. Ulang langkah yang sama pada anggota badan kiri pula
bermula bahagian atas hingga kaki kiri.