The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Flipbook ini mengandungi rumusan atau refleksi yang dapat kami simpulkan sepanjang menghadiri 3 sesi kaunseling bersama Puan Carol. Terdapat banyak input penting yang diperoleh dan segalanya diceritakan di dalam Flipbook ini. Berikut adalah senarai ahli kelompok:
1. Adam Syamil bin Azlin Sham
2. Muhammad Syarifillah bin Sa'don
3. Nur Syazatu Ayuni binti Mohamad Zakri
4. Nurul Rabiatul Adawiyah binti Suhaimee

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msyarifillah, 2024-01-11 03:14:08

Refleksi Kaunseling Kelompok

Flipbook ini mengandungi rumusan atau refleksi yang dapat kami simpulkan sepanjang menghadiri 3 sesi kaunseling bersama Puan Carol. Terdapat banyak input penting yang diperoleh dan segalanya diceritakan di dalam Flipbook ini. Berikut adalah senarai ahli kelompok:
1. Adam Syamil bin Azlin Sham
2. Muhammad Syarifillah bin Sa'don
3. Nur Syazatu Ayuni binti Mohamad Zakri
4. Nurul Rabiatul Adawiyah binti Suhaimee

REFLEKSI KAUNSELING KELOMPOK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SHPP4502-04 Helping one person might not change theworld, butit could change theworld for one person Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Sekolah Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia


AHLI KAUNSELING KELOMPOK Adam Syamil bin Azlin Sham A20HP0006 Muhammad Syarifillah bin Sa’don A20HP0134 Nur Syazatu Ayuni binti Mohamad Zakri A20HP0198 Nurul Rabiatul Adawiyah binti Suhaimee A20HP0225 Ketua Kelompok Puan Chia Ling Mei (Carol)


FLIPBOOK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN TUGASAN BAGI KURSUS BIMBINGAN DAN KAUNSELING SHPP4502 SEKSYEN 04 Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada pensyarah kursus Bimbingan dan Kaunseling, Prof. Madya. Dr. Mastura binti Mahfar atas bimbingan dan tunjuk ajar berkenaan ilmu kaunseling. Tidak lupa juga kepada Ketua Kaunseling Kelompok, Puan Chia Ling Mei (Carol) atas usaha dan peranan sebagai Ketua Kaunseling Kelompok yang sangat berdedikasi dalam menjalankan ketiga-tiga sesi kaunseling dengan teratur, sistematik dan berkesan. Terima kasih juga diucapkan kerana rela memperuntukkan waktu untuk menjadi Ketua Kaunseling Kelompok dan tanpa Puan Carol sudah pasti tugasan ini tidak dapat disiapkan. Segala maklum balas, refleksi dan pendapat setiap ahli kelompok, kami utarakan di dalam Flipbook ini. Semoga Flipbook ini dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang. Hak Cipta Terpelihara (2024)


1 Pengenalan 1.1 Sesi 1 - Rumusan Isu 1.2 Sesi 2 - Rumusan Isu 1.3 Sesi 3 - Rumusan Isu Refleksi Untuk Ketua Kelompok Adakah Ketua Kelompok dapat mengendalikan Kaunseling Kelompok dengan berkesan? Nyatakan Apakah Kemahiran Kaunseling yang digunakan oleh Ketua Kelompok? Kemukakan 3 kekuatan Ketua Kelompok Kemukakan 3 kelemahan yang boleh diperbaiki oleh Ketua Kelompok 3.1 3.2 3.3 3.4 Rujukan Senarai rujukan yang digunakan 3 5 SE NARAI


2 Apakah yang Ahli Kelompok telah pelajari melalui pengalaman menyertai Kaunseling Kelompok? Sejauh manakah matlamat Kaunseling Kelompok ahli tercapai? Apakah Cabaran/Isu yang Ahli Kelompok hadapi semasa dalam pelaksanaan Kaunseling Kelompok? Bagaimana Ahli Kelompok berusaha menanganinya? Apakah faedah-faedah yang Ahli Kelompok telah peroleh daripada Kaunseling Kelompok yang disertai? Refleksi Sebagai Ahli Kelompok 2.1 2.2 2.3 2.4 Penutup Lampiran Rumusan Bagi Ketiga-Tiga Sesi Kaunseling Kelompok Lampiran bergambar kesemua sesi 4 6 KA N D U N GA N


RUMUSAN ISU Sesi 1 Pada pertemuan sesi pertama Kaunseling Kelompok bersama Ketua Kelompok iaitu Puan Carol yang dijalankan pada 29 Oktober 2023 di Makmal Kaunseling, kami telah membincangkan tema kerjaya di mana isu tersebut telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ahli kelompok. Kami memilih isu kerjaya kerana kata sepakat dari ahli kelompok yang mengalami kebimbangan dan keresahan berkaitan kerjaya seorang guru untuk menghadapi situasi sebenar. Semasa sesi tersebut dilaksanakan, kami berkongsi pengalaman masingmasing beserta kebimbangan dan keresahan yang bakal dihadapi memandangkan kami baru sahaja selesai menjalani latihan mengajar. Terdapat beberapa input penting berkaitan kebimbangan dan keresahan yang dibicarakan termasuklah isu jika ditempatkan di kawasan pedalaman, isu perhubungan dengan guru yang lebih berpengalaman dan juga isu mengajar mata pelajaran bukan opsyen. Pada sesi tersebut, isu jika ditempatkan di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak menjadi kebimbangan dan keresahan bagi kami kerana telah terbiasa dengan kemudahan yang sedia ada dimiliki seperti kemudahan kenderaan dan kemudahan talian Internet. Salah seorang ahli kelompok menyatakan bahawa kebimbangan jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana seperti sekolah yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur makmal komputer, penempatan kuarters bagi guru yang tidak mencukupi dan tiada kemudahan air bersih. Sebagai contoh, situasi sekarang di mana kemudahan seperti kereta untuk menuju ke sekolah manakala di kawasan pedalaman memerlukan kami untuk menaiki bot dengan kesabaran yang tinggi demi menghadapi cabaran agar sampai di sekolah dengan keadaan selamat.


Selain itu, isu berkaitan perhubungan dengan guru yang lebih berpengalaman juga diutarakan oleh kami yang menjadi kebimbangan dan keresahan sebelum menghadapi situasi sebenar sebagai bakal guru. Isu ini dinyatakan berdasarkan pemerhatian semasa menjalani latihan mengajar dan bukanlah dari pengalaman sendiri. Kami merasakan sedikit sukar untuk memulakan perbualan bagi sesetengah guru yang lebih berpengalaman dan guru yang telah lama berkhidmat di sekolah tersebut. Hal ini kerana kebimbangan dan keresahan jika setiap perbuatan yang kami lakukan dinilai oleh mereka walhal perkara tersebut hanyalah tanggapan 2 negatif dari kami. Isu perhubungan dengan murid juga dinyatakan memandangkan majoriti dari kami mengajar pelajar menengah rendah yang nakal sehinggakan kesabaran masing-masing tercabar. Seterusnya, isu terakhir yang dibincangkan adalah mengajar mata pelajaran bukan opsyen. Kami bersetuju bahawa guru mata pelajaran Matematik sudah mencukupi malah berlebihan. Oleh sebab itulah segelintir guru Matematik disyorkan untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen seperti Pendidikan Seni Visual. Salah seorang ahli kelompok ada menyatakan bahawa dia diberi mata pelajaran sedemikian untuk mengajar semasa latihan mengajar. Isu ini memberikan kesan besar kepada murid dan juga prestasi sekolah memandangkan guru yang diminta untuk mengajar mata pelajaran tersebut akan mengalami kepayahan dan rasa terbeban (Don et al., 2016). Kami merasakan isu sebegini memberi tekanan yang menjadikan bakal guru kurang bersemangat kerana pengetahuan mereka dicabar. Namun demikian, guru tiada pilihan lain dan perlu menganggapnya sebagai cabaran untuk diri sendiri dengan sentiasa belajar, membaca dan menelaah mata pelajaran yang perlu diajar dengan erti kata lain guru perlu mahir dalam semua bidang. Kesimpulan daripada sesi pertama Kaunseling Kelompok, apa yang kami peroleh daripada perkongsian pengalaman dan masalah yang dihadapi semasa menjalani latihan mengajar adalah dapat belajar daripada pengalaman ahli kelompok di mana pengalaman yang dikongsi berbeza-beza di mana kami semua dapat bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadapi situasi sebenar sebagai bakal guru. Kami juga memberi pendapat dan maklum balas antara satu sama lain berkaitan pengalaman yang dikongsi di samping memberi dorongan dan kata-kata semangat. Daripada sesi kali ini kami dapat menyuarakan pendapat tanpa penghalang kerana masing-masing terbuka untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi.


RUMUSAN ISU Sesi 2 Dalam pertemuan sesi kedua iaitu pada tarikh 5 November 2023 di Makmal Kaunseling, kami sebagai ahli kelompok bersama Puan Carol meneroka secara lebih mendalam perkara yang dibincangkan pada sesi pertama iaitu mengenai isu kebimbangan dan keresahan yang bakal dihadapi apabila masuk ke alam pekerjaan sebagai seorang guru. Pada sesi kali ini adalah lebih kepada sesi penerokaan dan intervensi oleh Puan Carol terhadap kami mengenai isu yang dibincangkan. Pada bahagian awal sesi ini, kami memberikan pandangan mengenai 3 jangkaan ciri-ciri seorang guru yang perlu dicapai dari perspektif seorang murid berdasarkan persoalan yang ditanya oleh Puan Carol dan juga berdasarkan pengalaman kami sebagai ahli kelompok. Pada sesi kedua, kami juga diperkenalkan oleh Puan Carol dengan Model ABC iaitu Activating Event, Beliefs dan Consequences yang dikaitkan dengan perbincangan isu kami mengenai kebimbangan dan keresahan yang bakal dihadapi sebagai seorang guru kelak. Menurut Alwi & Shaari (2017), model ini membantu individu untuk memahami hubungan antara peristiwa (A), kepercayaan atau pemikiran individu terhadap peristiwa tersebut (B), dan kesan daripada kepercayaan tersebut (C). Activating Event dalam konteks perbincangan adalah pengalaman lepas atau senario yang kami lalui sebagai ahli kelompok ketika menjalani sesi latihan mengajar. Consequences pula adalah satu kerisauan yang timbul dalam kalangan kami apabila memikirkan senario yang bakal berlaku walaupun perkara tersebut belum terjadi. Selain itu, beliefs dalam konteks isu yang kami lalui adalah sesuatu kepercayaan yang wujud yang memberikan kesan kepada consequences atau kerisauan yang timbul.


Terdapat beberapa beliefs atau kepercayaan yang kami kongsikan, antaranya ialah seorang guru seharusnya menunjukkan penampilan atau lagak yang profesional (B). Hal ini berdasarkan pengalaman daripada seorang daripada ahli kelompok kami yang memerhatikan gaya guru di sekolah perlu kemas dan professional (A). Justeru, ini memberikan kesan kepada kerisauan mengenai penampilan yang perlu ditunjukkan apabila telah menjadi guru kelak (C). Selain itu, kami juga menyatakan bahawa guru sewajarnya menguasai semua bidang ilmu dan pengetahuan agar dapat menjawab soalan yang diajukan oleh murid (B). Ini berdasarkan pengalaman ahli kelompok ketika latihan mengajar apabila terdapat murid yang bertanyakan soalan di luar bidang atau pengetahuan ahli kelompok tersebut sebagai guru (A). Kesannya, kerisauan timbul apabila sekiranya soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh guru tersebut (C). Seterusnya, kami berpendapat bahawa seorang guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan rakan - rakan guru yang lain (B). Isu ini timbul apabila ahli kelompok kami mempunyai pengalaman kurang baik ketika latihan mengajar di sekolah berkaitan isu hubungan sesama guru di sekolah (A). Ini menimbulkan persepsi kurang baik kepada kami sebagai bakal guru mengenai sikap guru atau hubungan sesama guru di sekolah (C). Namun begitu, Puan Carol dapat menyimpulkan bahawa sekiranya kepercayaan itu tidak wujud maka tidak berlaku kerisauan yang wujud dalam kalangan ahli kelompok mengenai isu yang akan timbul. Kesimpulannya, perkara yang kami dapat peroleh melalui sesi kedua adalah perkongsian mengenai kerisauan dan senario ketika menjadi seorang guru yang berbeza-beza daripada setiap ahli kelompok. Selain itu, kami juga belajar bahawa apabila menjadi seorang guru di sekolah, terdapat banyak cabaran yang bakal dihadapi sama ada sesama rakan guru atau sesama murid. Dalam hal ini, kami harus berfikiran positif dan go with the flow dengan apaapa sahaja situasi yang bakal berlaku. Akhir sekali, perkara yang kami belajar adalah sebagai seorang guru mesti mempunyai persediaan diri dari segi mental, fizikal serta pengetahuan bagi menghadapi apa-apa jua situasi yang berlaku di alam pekerjaan.


RUMUSAN ISU Sesi 3 Sesi 3 merupakan pertemuan sesi terakhir bagi Kaunseling Kelompok bersama Puan Carol yang dijalankan pada 19 November 2023 di Makmal Kaunseling. Pada awal sesi, Puan Carol menggalakkan kami untuk mengimbas kembali kandungan yang dibincangkan dalam sesi pertama dan sesi kedua. Setelah itu, barulah kami diedarkan satu borang kerjaya yang dinamakan sebagai ujian RIASEC. Ujian kerjaya ini terdiri daripada enam personaliti utama iaitu Realitic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising dan Conventional. Ujian RIASEC juga dikenali sebagai Kod Holland, membantu kami dalam memahami keutamaan kerjaya berdasarkan 6 jenis personaliti yang dinyatakan. Ujian ini berkonsepkan soalan atau penilaian dalam melakukan pilihan kerjaya berdasarkan minat (Ahmed et al., 2019). Hasilnya, kami diminta untuk menyatakan tiga pilihan yang teratas berdasarkan ujian tersebut dan memberikan pendapat tentang jangkaan hasil yang diperoleh. Hasil daripada ujian RIASEC, terdapat tiga kod yang paling berkaitan dengan latar belakang ahli kelompok, iaitu Social, Conventional dan Investigative. Antara ketigatiga kod, Social merupakan kod yang paling berkaitan dengan kami sebagai bakal guru matematik pada masa akan datang. Kod memberikan pemahaman tentang individu yang lebih suka akan aktiviti yang melibatkan hubungan interpersonal dan interaksi bersama individu lain (Batista & Gondim, 2022) . Hal ini selari dengan bidang yang kami ambil di universiti ini iaitu bidang pendidikan kerana kerjaya dalam bidang pendidikan yang merangkumi bahagian khidmat masyarakat yang memperuntukkan komunikasi yang baik bagi menyampaikan pengajaran dengan menggunakan pedagogi pengajaran yang bersesuaian. Selain itu, kod conventional ini menjelaskan tentang personaliti individu yang lebih suka akan kerja yang merangkumi struktur dan teratur.


Personaliti ini lebih cenderung dalam melakukan pemerhatian, pematuhan terhadap prosedur dan peraturan dan merangkumi pendekatan sistematik dalam menyelesaikan masalah (Batista & Gondim, 2022). Perkara ini sangat selari dengan bidang matematik, yang memperhatikan kami dalam membuat prosedur dan langkah yang betul dalam menyelesaikan masalah pengiraan. Namun, kod yang tidak dijangka oleh kami adalah kod investigating. Kod ini menerangkan tentang personaliti individu yang mempunyai rasa ingin tahu yang kuat dan pemikiran analitikal dalam mengaplikasi logikal di dalam sains, teknologi, kejuruteraan, matematik, penyelidikan dan analisis (Batista & Gondim, 2022). Dalam ujian tersebut, terdapat kerjaya yang meliputi kod tersebut namun kami tidak mempersetujui kerjaya yang berkaitan dengan kimia dan biologi kerana kami tidak terlalu gemar terhadap kerjaya dalam sains. Secara keseluruhannya, kami dapati bahawa sesi perkongsian pada kali ini sangat berbeza berbanding sesi-sesi yang lain kerana sesi kali ini lebih mengutamakan minat diri masingmasing dan penerokaan kerjaya. Secara keseluruhannya, ujian RIASEC ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam memilih kerjaya yang selari dengan personaliti tetapi menjadi pilihan.Sesi ini telah membuktikan bahawa masih banyak lagi peluang dalam mencipta kerjaya. Justeru itu, perkongsian dalam sesi terakhir ini dapat dijadikan satu asas dalam melakukan persediaan perancangan kerjaya pada masa akan datang. Namun, setelah kami mendengar penerangan daripada ketua kelompok, kami dapati bahawa bidang sains juga ada mempunyai perkaitan matematik, jadi sudah semestinya pada masa akan datang, tidak mustahil, salah seorang dari kami yang menjadi ahli sains dalam melakukan pengiraan


R E F L E KS I S E BAGA I A H L I K E L O M P O K Apakah yang Ahli Kelompok telah Pelajari Melalui Pengalaman Menyertai Kaunseling Kelompok? Melalui pengalaman menyertai Kaunseling Kelompok, banyak perkara yang kami sebagai ahli kelompok belajar termasuklah dapat membina kemahiran mendengar dengan empati apabila ahli kelompok yang lain menceritakan pengalaman mereka semasa menjalani latihan mengajar yang menyebabkan kebimbangan dan keresahan untuk menghadapi situasi sebenar sebagai bakal guru. Dengan itu, kami sendiri juga dapat belajar dari pengalaman ahli 6 kelompok yang lain di mana masing-masing dapat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam persekolahan sebagai seorang guru. Selain itu, kami juga dapat mempelajari cara untuk membina hubungan yang baik antara ahli kelompok bagi mewujudkan kepercayaan, kefahaman dan keserasian antara satu sama lain agar setiap ahli kelompok terbuka untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan tidak segan untuk berkongsi pendapat. Seterusnya, kami juga mempelajari cara memotong perkongsian ahli kelompok yang berlebihan atau tidak berkaitan dengan tema yang dibincangkan. Tindakan sedemikian wajar dilakukan supaya ahli kumpulan lain diberi peluang untuk \berkongsi pendapat dan pengalaman tanpa sebarang gangguan. Bukan itu sahaja, pada sesi yang terakhir, kami diberi peluang untuk merancang laluan kerjaya berdasarkan minat masing-masing melalui ujian RIASEC. Hasil daripada ujian ini, kami dapat mengetahui minat kami sama ada seorang yang Realistic, Investigate, Artistic, Social, Enterprising dan juga Conventional.


Sejauh Manakah Matlamat Kaunseling Kelompok Ahli Tercapai? R E F L E KS I S E BAGA I A H L I K E L O M P O K Matlamat kaunseling bagi kesemua ahli kelompok dapat dicapai apabila kami dapat mengetahui pendapat setiap ahli kelompok mengenai kebimbangan dan keresahan untuk menghadapi situasi sebenar sebagai bakal guru. Selain itu, pendapat yang dikemukakan membuka mata kami dan meningkatkan kesedaran bahawa dunia pekerjaan bukan sesuatu yang mudah dan pelbagai cabaran perlu dilalui. Puan Carol juga banyak membantu kami dari segi memberi pandangan dan pendapat berdasarkan perspektif beliau mengenai kebimbangan yang wujud terhadap kerjaya seorang guru memandangkan beliau juga merupakan seorang guru. Melalui perbincangan dan perkongsian bersama Puan Carol, kami juga mendapati bahawa kerisauan serta kebimbangan yang timbul adalah berdasarkan pemikiran sendiri terhadap sesuatu situasi yang berlaku di sekolah. Justeru, bagi menghadapi situasi tersebut, kami perlu bersiap sedia dan berfikiran positif kerana situasi tersebut belum berlaku kepada kami. Selain itu, kami juga mendapati bahawa kerjaya itu sangat luas dan mempunyai pelbagai jenis bidang yang boleh diterokai dan diceburi meskipun kami mempunyai taraf pendidikan di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengkhususan pendidikan. Justeru, kami berpendapat bahawa matlamat Kaunseling Kelompok ini dapat dicapai di bawah tema kerjaya 7 kerana banyak perkara yang kami belajar dan mula sedar melalui perkongsian antara ahli kelompok.


R E F L E KS I S E BAGA I A H L I K E L O M P O K Apakah Cabaran/Isu yangAhli Kelompok Hadapi Semasa dalam Pelaksanaan Kaunseling Kelompok? Bagaimana Ahli Kelompok Berusaha Menanganinya? Dalam Kaunseling Kelompok, ahli kelompok sering menghadapi cabaran yang berkaitan dengan interaksi dan dinamik kelompok. Kami mempunyai kesukaran untuk berkongsi pendapat dan perasaan dalam kumpulan. Hal ini disebabkan keinginan kami untuk tidak mengingati perkara yang lampau. Selain itu, kami juga mempunyai perasaan takut dalam menerima kritikan dan maklum balas antara satu sama lain. Keengganan inilah yang menjadi penghalang kepada kepercayaan dan komunikasi terbuka dalam kelompok. Dari segi personaliti pula, kami mempunyai personaliti yang membawa kepada kesukaran dalam memahami perspektif yang berlainan. Kesannya, dinamik dalam kumpulan tidak mudah dicapai. Dalam menghadapi cabaran-cabaran ini, kami sentiasa cuba untuk mewujudkan suasana yang menyokong dan tidak menghakimi pernyataan ahli kelompok yang lain. Kami mendengar secara aktif apabila ahli kelompok yang lain berkongsi pengalaman masingmasing. Bahkan pula, kami amat menghormati dan menekankan konsep kerahsiaan bagi memastikan ahli kelompok dapat meluahkan perasaan secara terbuka. Dalam menangani kepelbagaian personaliti pula, kami mengamalkan konsep empati dan berusaha dalam mencapai pemahaman bersama. Puan Carol juga memainkan peranan yang baik dalam menangani cabaran ini agar dapat membimbing sesi Kaunseling Kelompok ke arah dinamik yang lebih positif dan membina.


Apakah FaedahFaedah yang Ahli Kelompok telah Peroleh daripada Kaunseling Kelompok yang Disertai? R E F L E KS I S E BAGA I A H L I K E L O M P O K Melalui sesi Kaunseling Kelompok berkenaan kerjaya yang disertai, kami berpendapat bahawa banyak faedah yang diperoleh dalam ketiga-tiga sesi. Tidak dapat dinafikan bahawa Puan Carol memainkan peranan penting dalam membantu kami berkenaan pendedahan sesuatu 8 kerjaya. Antara faedah yang dapat dinyatakan adalah dapat meningkatkan tahap kesediaan emosi, mental dan fizikal untuk menempuhi alam pekerjaan pada masa hadapan. Hal ini berikutan tahap kesediaan sedia ada kami yang masih berada pada tahap kurang bersedia kerana pelbagai isu dan pandangan negatif yang bermain di dalam pemikiran. Namun begitu, impak dari sesi Kaunseling Kelompok ini sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan tahap kesediaan emosi, mental dan fizikal kami. Selain itu, kami juga dapat menambah pengetahuan mengenai pelbagai isu yang dihadapi oleh setiap ahli kelompok semasa latihan mengajar. Jika sebelum ini hanya satu atau dua sahaja isu yang diketahui oleh setiap dari kami, namun perkongsian daripada sesi Kaunseling Kelompok ini membolehkan kami untuk menerima pengetahuan baharu dari segi isu-isu yang berlaku di sekolah. Jadi, pengetahuan baharu ini menjadi sesuatu yang menarik untuk didengar dan menjadi titik permulaan untuk kami lebih bersedia dengan kemungkinan yang berlaku di tempat kerja. Akhir sekali, faedah sesi Kaunseling Kelompok yang boleh dikatakan menarik ialah kami sedar bahawa kerjaya sangatlah luas dan tidak terhad kepada pekerjaan hakiki sahaja. Banyak pekerjaan sampingan yang membantu dalam menambah pendapatan. Jadi, perkara ini menjadi batu loncatan kepada kami semua untuk menghadapi alam pekerjaan.


Secara keseluruhannya, kami boleh katakan ya kepada keberkesanan pengendalian Kaunseling Kelompok yang dikendali oleh Puan Chia Ling Mei atau dikenali sebagai Puan Carol. Antara perkara yang menyokong keputusan kami adalah Puan Carol dapat menghidupkan suasana sesi Kaunseling Kelompok dengan sentiasa memberi galakan kepada ahli kelompok untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan pendapat yang diutarakan tersebut disambut baik oleh Puan Carol menjadikan kami seronok untuk berkongsi cerita dan bertukar pendapat. Puan Carol juga mengutamakan perkara yang paling penting dalam sesi Kaunseling Kelompok iaitu keselesaan setiap ahli kelompok. Antara perkara yang kami rasakan selesa 9 dalam sesi Kaunseling Kelompok ini ialah Puan Carol sentiasa senyum, fokus mendengar pendapat ahli kelompok, tenang dalam mengawal situasi dan sentiasa terbuka untuk memberi peluang kami berkongsi cerita. Keselesaan yang diwujudkan oleh Puan Carol menyebabkan kami rasa seronok untuk hadir ke sesi Kaunseling Kelompok tanpa ada rasa paksaan. Akhir sekali, sesi Kaunseling Kelompok boleh dikatakan sangat terkawal, berfokus dan sistematik kerana tema bagi ketiga-tiga sesi Kaunseling Kelompok diatur dengan baik mengikut aliran situasi. Jadinya, kami merasakan bahawa ketiga-tiga sesi Kaunseling Kelompok ini berada pada landasan terbaik untuk membantu kami dalam permasalahan kerjaya. Adakah Ketua Kelompok dapat Mengendalikan Kaunseling Kelompok dengan berkesan? Nyatakan REFLEKSI UNTUK KETUA KELOMPOK


Dalam sesi Kaunseling Kelompok, Puan Carol menunjukkan kemahiran pra-sesi dalam mewujudkan ruang yang selamat dan mesra untuk kami. Beliau menyediakan satu ruangan yang selesa dan tertutup bagi menghalang sebarang gangguan sewaktu sesi Kaunseling Kelompok dijalankan. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam membina hubungan antara ahli kelompok. Contohnya, bagi setiap sesi, beliau sentiasa memulakan sesi kaunseling dengan bertanya khabar dan mengadakan perbualan ringkas mengenai diri kami mahupun situasi semasa. Beliau juga mempunyai kemahiran penstrukturan. Pada sesi pertama, beliau menerangkan peranan ahli kelompok dan Ketua Kelompok dalam Kaunseling Kelompok. Beliau juga menyatakan bahawa segala maklumat dan perkongsian sepanjang sesi adalah sulit dan tidak akan didedahkan di luar sesi. Tambahan pula, pada permulaan bagi setiap sesi, beliau sentiasa memulakan sesi Kaunseling Kelompok dengan bertanya khabar dan memastikan bahawa kami semua dalam keadaan yang selesa. Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran memberikan perhatian sewaktu sesi perbincangan dijalankan. Beliau menunjukkan air muka yang berbeza-beza bagi setiap perkongsian kami. Nada suara beliau juga disesuaikan dengan penceritaan kami. Postur badan Puan Carol yang menghadap kami apabila memberikan pendapat menunjukkan beliau memberi sepenuh perhatian dan terlibat secara aktif dalam perbincangan. Apakah Kemahiran Kaunseling yang Digunakan oleh Ketua Kelompok? REFLEKSI UNTUK KETUA KELOMPOK


Akhir sekali, kemahiran yang digunakan oleh Puan Carol adalah kemahiran membalas. Pertama, kemahiran membalas dalam memberikan dorongan minima. Beliau sering mengangguk apabila mendengar perkongsian kami seolah-olah faham apa yang kami lalui. 10 Kedua, kemahiran membalas dalam melakukan refleksi perasaan. Beliau menekankan perasaan yang dialami seperti menyatakan bahawa kami merasakan tekanan sewaktu latihan mengajar seolah-olah beliau meletakkan diri di tempat kami. Ketiga, kemahiran membalas dalam melakukan refleksi isi. Beliau sering mengulang permasalahan kami secara ringkas dengan menggunakan ayat sendiri dan hal ini memberikan keselesaan dalam menceritakan perkara atau berkongsi cerita dengan lebih lanjut. Keempat, kemahiran dalam membuat refleksi makna. Sewaktu perkongsian dijalankan, beliau sentiasa memberikan maklum balas tentang perasaan dan konflik berdasarkan pengalaman yang kami kongsi. Kelima, kemahiran dalam membuat rumusan. Rumusan kecil ini dilaksanakan apabila kami telahpun menjawab satu persoalan dan penceritaan sebelum beralih kepada perkongsian seterusnya. Rumusan besar pula sentiasa dilaksanakan oleh Puan Carol pada akhir setiap sesi Kaunseling Kelompok. Hal ini membantu kami mengingat kembali intipati kandungan bagi keseluruhan setiap sesi.


Terdapat beberapa kekuatan pada Puan Carol yang dapat dikenal pasti melalui tiga sesi Kaunseling Kelompok. Antara kekuatan tersebut ialah beliau mempunyai sikap toleransi dan keterbukaan terhadap penerimaan melalui perkongsian dan pendapat yang berbeza bagi setiap ahli kelompok. Hal ini menyebabkan kami berasa selesa untuk menyuarakan pandangan tanpa berasa takut. Selain itu, beliau juga meraikan perkongsian yang diutarakan dengan cara yang positif membuatkan kami seronok untuk berkongsi pendapat. Pada pandangan kami, toleransi adalah satu sikap yang perlu ada pada Ketua Kelompok bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Selain itu, Ketua Kelompok yang bertoleransi sudah semestinya bijak untuk mengawal konflik atau perbezaan pendapat yang timbul. Justeru, sikap toleransi yang ada pada Puan Carol harus diberikan pujian dan sewajarnya diteruskan oleh beliau dalam kerjaya sebagai seorang kaunselor. Berdasarkan pemerhatian kami, kekuatan yang seterusnya ialah beliau mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini dapat dilihat ketika beliau ingin memulakan sesi, semasa memberi maklum balas terhadap pandangan serta ketika membuat kesimpulan terhadap perbincangan yang dilakukan. Beliau merupakan seorang berbangsa Cina yang fasih dalam berbahasa Melayu apabila menggunakan perkataan tepat dalam menginterpretasikan sesuatu isu. Selain itu, beliau juga menunjukkan sikap empati dalam berkomunikasi. Beliau menunjukkan pemahaman terhadap perasaan dan pandangan kami. Kemukakan 3 Kekuatan Ketua Kelompok REFLEKSI UNTUK KETUA KELOMPOK


Justeru, ini membuatkan 11 kelancaran proses pemahaman pendapat yang diberikan berdasarkan persoalan yang ditanya oleh beliau. Beliau juga tidak memberikan jalan penyelesaian terhadap pendapat atau masalah yang kami nyatakan tetapi beliau mengungkapkan sesuatu isu itu secara menyeluruh agar kami mendapat idea atau jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu. Beliau juga menunjukkan ekspresi wajah serta bahasa tubuh yang menyokong terhadap perkara yang dikongsikan oleh kami dan perkara ini merupakan nilai tambah dalam elemen teknik komunikasi yang baik yang ada pada beliau. Seterusnya, beliau merupakan seorang pendengar yang aktif dan setia terhadap pendapat yang diutarakan oleh kami. Tambahan lagi, beliau mendengar tanpa mencelah ketika kami sedang bercakap memberikan pandangan. Hal ini membuatkan kami berasa senang kerana dapat meluahkan segala perkara yang terbuku di hati tanpa ada halangan. Selain itu, hal ini juga turut meningkatkan kepercayaan kami kepada beliau untuk berkongsi masalah dan pendapat. Kadangkala sebagai ahli kelompok, kami hanya mahu meluahkan sesuatu tanpa memerlukan maklum balas seperti nasihat tetapi cukup sekadar memerlukan seorang pendengar yang aktif. Keberadaan pendengar yang setia memainkan peranan penting dalam membina hubungan yang sihat dan menyokong kesejahteraan psikologi ahli kelompok. Kemampuan untuk mendengar dengan penuh perhatian dan empati merupakan kualiti yang berharga dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan ahli kelompok. Natijahnya, beliau sewajarnya mengekalkan nilai-nilai positif ini agar dapat menjadi kaunselor yang cemerlang.


Kelemahan diri Puan Carol yang dapat diperhati termasuklah beliau kurang mesra pada awal sesi Kaunseling Kelompok menyebabkan kami sukar untuk menyesuaikan diri bersama beliau. Hal ini menyebabkan kami kurang yakin kerana merasakan terdapat halangan untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Kesannya, kami malu untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan lebih terbuka. Namun demikian, pada pertengahan sesi Kaunseling Kelompok, kami dapat merasakan Puan Carol lebih bersikap terbuka di mana beliau tidak mudah menilai setiap masalah yang kami utarakan menyebabkan lama kelamaan kami lebih selesa untuk bersuara. Jadi perkara yang boleh diperbaiki oleh Puan Carol adalah perlu bersikap mesra pada awal sesi Kaunseling Kelompok supaya masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan sesi tersebut tidak dibazirkan begitu sahaja memandangkan masa sangat singkat. Selain itu, kelemahan yang boleh diperbaiki oleh Puan Carol adalah apabila ahli kelompok menceritakan pandangan ataupun masalah yang dihadapi, beliau sering kali mengalihkan pandangan mata ke arah lain di mana beliau akan melihat ke arah ahli kelompok yang tidak bersuara dan juga apabila beliau bercakap, pandangan mata beliau beralih ke arah sekeliling bilik bukan ke arah kami yang menyertai sesi Kaunseling Kelompok. Situasi sebegini menyebabkan kami berasa tidak diberi perhatian sepenuhnya semasa berkongsi masalah dan pengalaman. Namun demikian, situasi sebegini jarang berlaku di mana kami beranggapan ketika itu Puan Carol sedang memikirkan sesuatu berkaitan masalah yang kami kongsi. Kemukakan 3 Kelemahan yang Boleh Diperbaiki oleh Ketua Kelompok REFLEKSI UNTUK KETUA KELOMPOK


Akhir sekali, kelemahan Puan Carol yang dapat diperhati adalah kelemahan dalam kemahiran menyoal. Kebanyakkan soalan yang diajukan oleh Puan Carol agak sukar untuk difahami. Hal ini menyebabkan beliau sendiri tidak dapat maklumat tentang masalah yang kami kongsi berkaitan keresahan dan kebimbangan dalam isu kerjaya. Kami merasakan soalan yang ditanya kurang menarik perhatian kami untuk meluahkan perasaan dan masalah. Oleh itu, Puan Carol perlu memastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan ahli kelompok untuk menjawabnya dengan penuh rela dengan mengaplikasikan dua bentuk soalan seperti soalan tertutup dan soalan terbuka (Shaffie, 2013). Ini kerana soalan yang diajukan boleh menggalakkan atau mengurangkan percakapan kami. Kesannya, maklumat diperoleh dengan lebih spesifik apabila soalan yang dikemukakan berkaitan dengan isu yang dibincangkan.


P E N U T U P Rumusannya, tidak dapat dinafikan bahawa sesi Kaunseling Kelompok yang dijalankan selama tiga kali menemui impak positif kepada permasalahan yang diajukan oleh kami iaitu berkenaan kerjaya. Pada awalnya, kami memikirkan banyak perkara baik dan buruk terhadap kerjaya guru berdasarkan pengalaman dan situasi yang dilihat namun itu semua hanyalah kepercayaan kami sahaja seperti yang diterangkan oleh Puan Carol berkenaan Model ABC. Berdasarkan sesi Kaunseling Kelompok oleh Puan Carol dan juga pertukaran pendapat sesama ahli kelompok, banyak pengetahuan menarik yang diperoleh. Kami bersetuju bahawa sesi Kaunseling Kelompok ini dapat mengurangkan perasaan gentar dan risau terhadap kerjaya yang masih belum diketahui dan menyemarakkan lagi semangat kami untuk berkerjaya pada masa hadapan tanpa memikirkan sebarang masalah yang belum dihadapi.


RUJUKAN Batista, J. S., Gondim, S. M., & Magalhães, M. O. (2022). Relationship between emotional intelligence, congruence, and intrinsic job satisfaction. RAM. Revista de Administração Mackenzie, 23, eRAMG220152. Don, Y., Daud, Y., Yusoff, S. H. M., & Yusof, Z. J. M. (2016). Psikologi Pengurusan Sekolah (UUM Press). UUM Press. Shaffie, F. (2013). Komunikasi dalam Kerja Sosial (UUM Press). UUM Press. Ahmed, S., Ahmed, A., & Salahuddin, T. (2019). How RIASEC personality traits crystallizes occupational preferences among adolescents: Match or mismatch. Pakistan Journal of Commerce and Social Sciences, 13(4), 976–996.


K E H A D I RA N K E H A D I RA N S E S I 1 S E S I 1 Tarikh : 29 Oktober 2023 (Ahad) Masa : 10.30 am - 12.00 pm Tempat : Makmal Kaunseling, FSSH, UTM


K E H A D I RA N K E H A D I RA N S E S I 2 S E S I 2 Tarikh : 5 November 2023 (Ahad) Masa : 10.30 am - 12.00 pm Tempat : Makmal Kaunseling, FSSH, UTM


K E H A D I RA N K E H A D I RA N S E S I 3 S E S I 3 Tarikh : 19 November 2023 (Ahad) Masa : 10.30 am - 12.00 pm Tempat : Makmal Kaunseling, FSSH, UTM


Click to View FlipBook Version