The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 581-11-maznie, 2021-06-26 12:27:45

Jurnal Refleksi Mingguan 1-8

JURNAL REFLEKSI







































































Disediakan oleh : Nur Maznie binti Mohamed
2020202430028









Jurnal Refleksi : Minggu 3 (3 Mei – 7 Mei 2021)

1. Masalah /peristiwa
Dalam minggu ini berlaku bimbingan kali pertama bersama dengan pensyarah

pembimbing kami iaitu Dr.Nik Aida Suria yang sudi datang berkunjung ke SK

Jalan Air Panas bagi melakukan bimbingan praktikum kali pertama. Beliau telah
menyemak semua fail-fail dan amat berpuas hati dengan persediaan guru

praktikum dari segi penyediaan fail dan juga dari segi pdp yang dilaksanakan
oleh guru praktikum PITO di SK Jalan Air Panas.

Namun ada beberapa teguran berkaitan dengan penulisan objektif saya buat

perlu ada penambahbaikan. Selain dari beliau, guru Pembimbing saya juga
membuat bimbingan kali pertama dan beliau menasihati saya agar mengenal

karektor anak-anak didik mbk bagi memberikan didikan yang baik dan
berkesan serta berlainan untuk setiap individu.

2. Analisis

Penulisan objektif perlulah pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan
aras kebolehan serta minat murid-murid.


Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat
pencapaian murid.
a)Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara
seperti memahami, mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah
diajar.

b)Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh
dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan menunjukkan
cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan 3 kriteria

a)Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.

b)Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.

c)Hasil yang akan murid perolehi.

Seterusnya perlu kenal pasti karektor MBK yang berlainan untuk setiap individu
mbk. Saya mengambil contoh Waldan anak murid kelas saya di kategorikan
sebagai ada ADHD. Namun begitu terdapat juga ciri-ciri autism yang kelihatan
pada dirinya. Bagi membolehkan dia juga mengikuti pemebelajaran saya pada
hari itu saya memberinya BBM yang telah diinovasikan supaya sesuai dengan
mbk di dalam kelas itu termasuk dirinya.

Pada awalnya, agak sukar dia mengikuti sebutan bentuk asas yang disebut
oleh saya dalam Bahasa Melayu. Apabila saya tukar ke bahasa Inggeris dan
perkenalkan bentuk-bentuk asas itu dalam bahasa Inggeris, dia dengan mudah
mengikuti sebutan saya dan cepat mengenal bentuk-bentuk asas tersebut.

3. Cadangan tindakan susulan


Bahagian penulisan objektif telah saya perbaiki dan akan cuba buat yang
terbaik di masa akan datang. Sementara itu untuk bahasa pengantar di dalam

kelas yang pelabagai kefungsian, saya akan cuba terjemahkan kepada bahasa
kedua iaitu bahasa Inggeris, supaya objektif saya mbk dapat dan kuasai

sepenuhnya.Keberkesanan komunikasi memainkan peranan penting dalam
pembentukan ilmu untuk mbk fahami dan kuasai.


4. Tempoh tindakan susulan

Sepanjang tempoh berada di dalam PPKI dan sepanjag berpraktikum ini saya
akan cuba buat yang terbaik untuk mbk kesayangan saya.


Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing



Tandatangan : Tandatangan :





Nama : Nama :




Tarikh : Tarikh :

Jurnal Refleksi : Minggu 4 (10 – 14 Mei 2021)

1. Masalah /peristiwa
Keadaan dalam negara menjadi huru-hara sejak peningkatan kes wabak

penyakit covid-19. Maka dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia

mengarahkan agar semua sekolah di Malaysia di tutup buat sementara
sehingga kadar jangkitan dapat diturunkan atau mendapat arahan yang lain

dari Kementerian Pelajaran Malaysia.


2. Analisis

Oleh itu SK Jalan Air Panas pun terpaksa ditutup maka, medium pengajaran
dan pembelajaran ditukar kepada pengajaran dan pembelajaran dirumah

dikuatkuasa serta merta. Sehubungan dengan itu maka, seluruh warga sekolah
terutama guru dan murid bersiap siaga untuk menghadapi pdpr 3.0 dengan

membekalkan modul kepada murid yang tidak berpeluang untuk mengikuti

pdpr secara atas talian, serta bersiap siaga dengan memantapkan lagi
kompetensi guru dalam bidang pemkomputeran dan yang seangkatan

dengannya untuk menghadapi gelombang pdpr yang bukannya perkara boleh
dipandang ringan.

Semakin aktif ibu bapa memberi perhatian kepada kerja sekolah anak-anak
dan semakin banyak perhatian diberi kepada pergerakan tingkah laku mereka,

maka semakin tinggi pencapaian kanak-kanak (Epstein 1986; Sternberg et al.

1992). Johari (2007) juga menjelaskan bahawa aspek-aspek keibubapaan
seperti penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah anak-anak serta

pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan anak-anak adalah penting diberi
perhatian kerana aspek tersebut memberi kesan kepada pencapaian

pembelajaran dan pencapaian akademik anak-anak.


3. Cadangan tindakan susulan

i) Justeru itu antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kumpulan
pelaksana di PPKI ialah dengan penyediaan modul kepada semua MBK

tidak termasuk MBK yang diinklusifkan

ii) Mendapatkan tinjauan dari ibu bapa berkaitan dengan kesiapsiagaan dari
pihak ibu bapa itu sendiri bagi menghadapi pdpr 3.0.

iii) Membawa semua barangan, alatan yang bersesuaian untuk melaksanakan

pdpr.
4. Tempoh tindakan susulan

Saya akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh sepanjang pelaksanaan pdpr
dan juga sepanjang berpraktikum ini. Ingatan untuk diri sendiri juga agar dapat

menguruskan stress dengan baik dan memupuk dalam diri pentingnya bersikap

positif untuk mewujudkan kestabilan mental dan emosi saya
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : Tandatangan :






Nama : Nama :



Tarikh : Tarikh :

Jurnal Refleksi : Minggu 5 (17 – 21 Mei 2021)

1. Masalah /peristiwa
Minggu ini adalah merupakan minggu pertama SK Jalan Air Panas menghadapi

pdpr 3.0. Namun begitu pengendalian kelas secara atas talian masih agak

lemah. Seperti tayangan video tidak dapat didengari oleh murid. Berlaku juga
dimana, tiba-tiba murid terkeluar dari system.

2. Analisis
Kekurangan pengetahuan guru dalam pengendalian kelas secara atas talian

menyebabkan perkara yang hendak disampaikan kepada murid tidak dapat

disampaikan dengan baik. Selain itu juga apabila pdpr dilaksanakan sokongan
daripada ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan pdpr

ini. Seperti penyediaan peranti sokongan untuk menyertai kelas atas talian dan
juga penyedian gajet elektronik yang lain seperti pencetak dan lain-lain.Tidak

juga dilupakan pengorbanan wang ringgit dan juga masa dari ibu bapa yang

bekerja memberi ruang waktu kepada anak-anak untuk menyertai kelas atas
talian.Tanpa sokongan ibu bapa, mbk tidak akan dapat menyertai kelas atas

talian dengan baik.
3. Cadangan tindakan susulan

i) Daripada hasil tinjauan dari ibu bapa berkaitan dengan kesiapsiagaan dari
pihak ibu bapa itu sendiri bagi menghadapi pdpr 3.0. Maka pihak pelaksana

guru-guru PPKI dan juga PPM PPKI sedaya upaya memberi ruang waktu

menyampaikan modul kepada semua mbk tidak termasuk yang
dinklusifkan.

ii) Penyelaras juga bertungkus lumus menyediakan jadual anjal kepada ibu
bapa dan murid bagi memastikan kesinambungan pdp di dalam bilik darjah

ke pdpr tetap diteruskan

iii) Memantapkan lagi pengetahuan guru dalam pengendalian kelas secara
atas talian.

4. Tempoh tindakan susulan
Saya akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh sepanjang pelaksanaan pdpr

dan juga sepanjang berpraktikum ini. Ingatan untuk diri sendiri juga agar dapat

menguruskan stress dengan baik dan memupuk dalam diri pentingnya bersikap
positif untuk mewujudkan kestabilan mental dan emosi saya

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : Tandatangan :






Nama : Nama :



Tarikh : Tarikh :

Jurnal Refleksi : Minggu 6 (24 – 28 Mei 2021)

1. Masalah /peristiwa
Minggu ini adalah merupakan minggu kedua PDPR 3.0. Namun begitu

pengendalian kelas secara atas talian masih boleh diperbaiki. Keadaan kelas

di atas talian agak jauh berbeza dari kelas fizikal yang kita boleh lihat dengan
tubuh badan dan mata kepala sendiri. Jadi kawalan kelas juga tidak sama

dengan keadaan sebelum ini. Guru perlu biasakan diri, begitu juga dengan
murid perlu bersiap sedia menyertai kelas atas talian.

Jadual telah dibekalkan oleh guru pembimbing. Maka dalam minggu ini juga

berlaku penyeliaan kedua oleh Dr.Nik Aida Suria. Dr.Nik ada membuat
beberapa teguran, seperti ayat yang ditulis dalam rancangan pengajaran

harian perlulah ditelitikan dari segi ejaan. Kemudian, cara mengendalikan
aktiviti perlulah seiring dengan penerangan yang dibuat oleh guru. Namun

secara keseluruhan Dr.Nik agak berpuas hati dengan cara pengawalan kelas

di atas talian.
2. Analisis

Guru perlulah lebih teliti ketika menyediakan rph, seterusnya dapat memberi
impak kepada pelaksanaan. Semasa merancang, anda digalakkan
menumpukan perhatian kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid
berbanding penyampaian isi kandungan. Ini adalah bertujuan memastikan agar
murid dapat mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Rancangan
pengajaran memandu tindakan dan oleh itu, ianya perlu fleksibel dab boleh
diubah mengikut keperluan.Guru-guru mestilah memberi perhatian terhadap
perkara-perkara yang berikut :

1.Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
2.Penulisan hasil pembelajaran/objektif


Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan
serta minat murid-murid.
Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat
pencapaian murid.


a)Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara
seperti memahami, mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah
diajar.

b)Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh
dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan menunjukkan
cara yang betul terhadapa apa yang telah diajarkan.

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan 3 kriteria



a)Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.

b)Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.

c)Hasil yang akan murid perolehi.



3.Pemilihan isi pelajaran

Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau
maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru seharusnya
mempertimbangkan perkara-perkara berikut :Penyusunan isi adalah relevan
dengan objektif-objektif pelajaran.Penyusunan isi pelajaran hendaklah
mengikut urutan yang teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang
lebih kekal.

Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada
pengalaman baru murid. Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat
digunakan.Isi pelajaran yang dirancang hendaklah mengcakupi masa yang
diperuntukkan.Isinya perlu dikemaskini mengikut perkembangan semasa.

4.Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan Pengajarann Harian boleh dibina berasaskan beberapa
pendekatan atau teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktiviti,
inkuiri, dan masteri. Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga
pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi
menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.

Strategi merujuk kepada pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang
kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan.Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih
strategi pengajaran :-


Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-murid


Haruslah berpusat kepada murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti.
Boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakna,
mendorong dan menyeronokkan.

Turut perlu mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti
membaca, mengira, menulis dan melukis.

Berupaya mengcakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang
pelajaran dan penerapan nialai-nilai murni.

Kaedah ialah suatu tindakan yang bersistematik dan berurutan serta bertujuan
mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah
mengajar juga bererti cara mendekati sessuatu objektif dengan langkah-
langkah yang tersusun.

Contoh-contoh kaedah ialah simulasi, tunjuk cara, kuiz dan sebagainya.

Manakala teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam
sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru
yang digunakan dalam pengajaran.

3. Cadangan tindakan susulan

Daripada hasil penyeliaan dan perbincangan selepas kelas bersemuka
tersebut maka saya akan memberi tumpuan kepada asas penyediaan
rancangan pengajaran.Mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak
praktikum Tujuan penyediaan rancangan pengajaran ialah dapat memberi
gambaran menyeluruh berkaitan dengan perjalanan pelaksanaan pdpr .

Memantapkan lagi pengetahuan guru dalam pengendalian kelas secara atas
talian.

4. Tempoh tindakan susulan

Saya akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh sepanjang pelaksanaan pdpr
dan juga sepanjang berpraktikum ini. Ingatan untuk diri sendiri juga agar dapat

menguruskan stress dengan baik dan memupuk dalam diri pentingnya bersikap
positif untuk mewujudkan kestabilan mental dan emosi saya

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing




Tandatangan : Tandatangan :










Nama : Nama :

Jurnal Refleksi : Minggu 7 (14 – 18 Jun 2021)

1. Masalah /peristiwa
Berlaku peristiwa besar dalam kehidupan saya iaitu saya kehilangan orang

yang paling berbakti dan paling saya takut kehilangannya. Namun takdir bukan

saya kawal. Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu yang kawal semua
peristiwa dan kejadian di atas muka bumi ini. Insan yang paling bermakna

kepada saya sejak lahir hinggalah saya yang ada pada hari ini iaitu kehilangan
ibu. Rentetan dari berita beliau sakit sehinggalah membawa kepada kematian

beliau, benar-benar memberikan saya tekanan emosi yang amat hebat, di

tambah lagi dengan perintah kawalan pergerakan yang mana kerjaan tidak
membenarkan rentasan negeri dilakukan dalam tempoh pkp. Separuh dari jiwa

saya telah hilang. Semua kerja-kerja praktikum saya menjadi tertangguh.
Namun tidak juga bermakna saya tinggal terus. Cuma peristiwa itu memberi

kesan emosi kepada saya menyebabkan emosi saya kurang stabil.

2. Analisis
Kecerdasan emosi membawa pengertian keupayaan untuk mengawal
perasaan dan emosi diri sendiri. Keadaan emosi stabil meletakkan makhluk
bergelar manusia berada pada martabat termulia jika dibandingkan dengan
kedudukan haiwan yang tidak dianugerahkan akal dan emosi.


Manusia yang memiliki kecerdasan emosi dapat memimpin diri dan orang lain
dalam membuat tindakan atau pemikiran.


Pakar transformasi diri, Prof Dr Muhaya Muhammad, menerusi rancangan
Tarbiah yang disiarkan setiap Jumaat, jam 10.15 pagi menyatakan bahawa
individu yang memiliki kecerdasan emosi berupaya membina motivasi diri yang
tinggi, dapat mengawal emosinya dengan baik dan menguruskan perasaan
negatif yang menghalangnya untuk bertindak dengan betul.

Malah, katanya, bagi individu yang memiliki emosi yang waras dapat
memahami perasaan orang lain, membina semangat kerjasama dan begitu
juga dalam aspek kepimpinan yang lebih menyerlah.


3. Cadangan tindakan susulan

Saya sedang berusaha kuat untuk menstabilkan kembali emosi saya ketika
detik jurnal ini saya karang. Emosi adalah satu komponen penting yang tidak

boleh dipendam tetapi harus disalur ke dalam bentuk yang positif untuk
menghasilkan tindakan yang lebih memberi manfaat. Maka dengan itu saya

berusaha sedaya upaya saya untuk menyiapkan semua kerja-kerja praktikum

saya. Saya tidak mahu segala usaha saya selama ini sia-sia. Namun saya
memerlukan sokongan dan sokongan itu saya dapat dari ahli keluarga saya.

Oleh yang demikian, jangan sesekali membiarkan perasaan negatif memakan diri kita
yang akhirnya merugikan kehidupan kita sendiri. Sesungguhnya masa yang berlalu

tidak akan datang kembali lagi. Hargailah waktu yang kita ada, insan yang kita miliki
dan kehidupan yang sedang kita jalani.


4. Tempoh tindakan susulan

Saya akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh sepanjang pelaksanaan pdpr
dan juga sepanjang berpraktikum ini. Ingatan untuk diri sendiri juga agar dapat

menguruskan stress dengan baik dan memupuk dalam diri pentingnya bersikap

positif untuk mewujudkan kestabilan mental dan emosi saya


Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing




Tandatangan : Tandatangan :









Nama : Nama :







Tarikh : Tarikh :

Jurnal Refleksi : Minggu 8 (21 – 25 Jun 2021)

1. Masalah /peristiwa
GAGAL MERANCANG, ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL
Ayat ini sangat biasa kita dengar dalam mana-mana siri motivasi untuk tujuan memberi
peringatan dan semangat kepada semua orang supaya merancang sesuatu dengan
teliti. Apa perkaitannya dengan peristiwa minggu ini ialah, saya rasa, saya gagal
merancang dalam penulisan rancangan pengajaran saya pada hari ini. Ini kerana saya
sudah merasakan saya buat yang terbaik. Namun saya masih dianggap salah
merancang disebabkan apa yang saya rancang tidak dapat saya laksanakan dengan
baik seperti yang dirancang. Pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung seperti
yang dirancang. Dari segi penulisan masih banyak lagi perlu diperbetulkan. Dari segi
pengurusan masa juga tidak seperti yang dirancang, dari segi aktiviti juga tidak
terdapat dalam perancangan. Seolah-olah saya mengajar secara spontan, tanpa apa-
apa rujukan. Sedangkan saya sudahpun merujuk kitab yang penting dalam penulisan
perancangan RPH saya iaitu DSKP dan juga RPT. Tidak ketinggalan juga saya rujuk
semakan rph yang terdahulu yang telah disemak oleh pensyarah pembimbing. Saya
juga berkolaborasi dengan guru Pembimbing dalam penyemakan penulisan rph saya.
Saya juga merujuk kepada RPI yang saya di arahkan buat bagi mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan setiap orang murid kesayangan saya. Saya cuba untuk
mengikuti apa yang telah dinasihati untuk saya lakukan.Namun pada waktu kejadian,
itu semua tidak mencukupi, menjadikan saya masih salah.Saya telah gagal. Tiada satu
pun yang saya buat ada penambahbaikan. Saya rasa hari ini, tiada satu pun yang saya
buat betul. Saya rasa cabaran ini agak keterlaluan. Kerana saya bukanlah orang baru
dalam bidang ini.

2. Analisis

Pertamanya ianya selaras dengan firman Allah di dalam al-Quran dalam surah Ar-
Ra’du ayat 11 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa, kita perlu mengubah cara hidup kita daripada
seorang yang suka melakukan sesuatu secara tiba-tiba atau ‘on the spot’ kepada
merancang dahulu sebelum melakukan. Begitu juga halnya dengan perancangan
penulisan rancangan pengajaran harian. Kita perlu merancang terlebih dahulu
sebelum melakukan sesuatu terutamanya dalam urusan pengajaran dan
pembelajaran murid berkeperluan khas. Maka beberapa faktor perlu diambil perhatian
antaranya :
1. Kekuatan dan juga kelemahan setiap orang murid
2. Langkah dalam aktiviti saya merujuk kepada objektif yang
hendak saya capai pada hari ini.
3. Aktiviti perlu ditelitikan lagi ayatnya

3. Cadangan tindakan susulan

Saya akan cuba fokus kepada kemahiran yang perlu murid kesayangan saya
capai atau kuasai dalam tempoh pdpr bersemuka ini. Saya akan ambil yang

betul-betul saya akan gunakan dalam pdp atau pdpr pada masa akan datang.
Perancangan akan jadi lebih bermakna, jika murid saya dapat kemahiran yang

mereka boleh gunakan dalam kehidupan seharian mereka. Saya akan

tumpukan kepada pelaksanaan kemenjadian murid saya. Saya akan fokus
untuk penambahbaikan kekuatan murid saya, dan saya juga akan cuba

memperbaiki kelemahan murid saya mengikut kemampuan murid saya. Saya
percaya setiap orang ada kelabihan dan kekurangannya. Kelebihan bukan

untuk dimegah, kekurangan bukan untuk dicanang. Tapi untuk memajukan diri

melalui kekuatan serta memperbaiki diri dari kelemahan.
4. Tempoh tindakan susulan

Selama 2 minggu akan datang saya cuba fokuskan perkara yang menjadi
keutamaan saya sekarang. Saya akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh

sepanjang pelaksanaan pdpr dan juga sepanjang berpraktikum ini. Ingatan untuk diri
sendiri juga agar dapat menguruskan stress dengan baik dan memupuk dalam diri
pentingnya bersikap positif untuk mewujudkan kestabilan mental dan emosi saya



Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing




Tandatangan : Tandatangan :




Nama : Nama :




Tarikh : Tarikh :


Click to View FlipBook Version