The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PPT1S2.12_P23201524_AVRIL LEY JUSLI_PENULISAN_DIGITAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AVRIL LEY JUSLI IPG-Pelajar, 2024-03-19 00:06:27

KURIKULUM PERMATA & KSPK

PPT1S2.12_P23201524_AVRIL LEY JUSLI_PENULISAN_DIGITAL

PAKK1092 PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGENALAN KURIKULUM ALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NAMA : AVRIL LEY JUSLI ANGKA GILIRAN : P23201524 NO KAD PENGENALAN : 040504120070 PROGRAM : PPISMP AMBILAN : JUN 2023 KUMPULAN/UNIT : PPT1S2.12 NAMA PENSYARAH : DR. ROHANI BINTI HUSAINI


PAKK1092 PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGENALAN KURIKULUM ALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NAMA : AVRIL LEY JUSLI ANGKA GILIRAN : P23201524 NO KAD PENGENALAN : 040504120070 PROGRAM : PPISMP AMBILAN : JUN 2023 KUMPULAN/UNIT : PPT1S2.12 NAMA PENSYARAH : DR. ROHANI BINTI HUSAINI


TUGASAN TARIKH MULA TARIKH AKHIR MARKAH WAJARAN KUIZ 5/2/2024 21/2/2024 PENULISAN 9/2/2024 16/3/2024 PEMBENTANGAN 18/3/2024 26/3/2024 TOTAL JADUAL TUGASAN


HALAMAN PENGAKUAN “Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ” TANDATANGAN: Avril ley Jusli NAMA PENULIS: AVRIL LEY JUSLI TARIKH: 16/03/2024


PENGHARGAAN “Kecil tapak tangan, nyiruh ditadahkan’’. Peribahasa ini sudah cukup menggambarkan perasaan saya ketika ini yang tidak dapat dijual beli dengan kata-kata. Namun, dengan ucapan penghargaan ini,saya berharap ianya dapat menyampaikan isi hati kesyukuran saya kepada mereka yang membacanya. Pertama sekali,saya mengucap syukur kepada Tuhan atas menyertaan dan kebaikanNya, saya Avril Ley Jusli telah diberi kesempatan untuk melengkapkan serta menyiapkan kerja tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Tanpa kekuatan dan hikmat kebijaksanaan daripada-Nya, tidak mungkin saya mampu melaksanakan tugasan ini seorang diri. Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan juga kepada pensyarah saya bagi subjek Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal KanakKanak (PAKK 1094) iaitu Dr.Rohani binti Husaini atas tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya juga amatlah berbesar hati dan bersyukur keranajasa beliau yang sentiasa ada ketika saya memerlukannya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Segala ilmu yang telah dicurahkan kepada diri saya,maka saya yakin dan percaya bahawa itu semua akan menjadi bekalan bagi saya untuk menjadi guru yang terbaik pada masa akan datang kelak. “Jauh di mata,namun dekat di hati’’. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan yang tidak putus-putus kepada saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Motivasi dan kata kata semangat daripada merekalah yang mendorong diri saya untuk semakin maju ke hadapanwalauapapun cabaran yang bakal dirintangi. Tidak lupa juga,ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara kepada saya. Mereka juga adalah insan yang sentiasa membantu dengan menjawab setiap kemusykilan umum yang saya utarakan. Doa saya panjatkan agar kalian semua akan berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada saya sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Segala bantuan ini telah memberikan saya seribu satu makna dalam menimba ilmu yang berharga.


isi kandungan BIL KANDUNGAN HALAMAN MUKA SURAT 1.O 2.O 3.0 4.0 PENGENALAN LATAR BELAKANG KERANGKA KONSEPTUAL PERMATA & KSPK MATLAMAT PERMATA & KSPK 5.0 BIDANG/TUNJANG PERMATA KSPK 6.0 RUMUSAN PERKAITAN PERMATA & KSPK 1-3 4-6 7-9 10-13 14-16 17


P E N G E N A L A N


Secara umumnya, pendidikan awal kanak-kanak merupakan program persediaan sebelum memasuki alam persekolahan yang formal. Program ini boleh terbahagi kepada dua iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi bayi sehingga empat tahun dan Prasekolah ataupun tadika untuk kanak-kanak empat sehingga enam tahun. Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal mereka ini memerlukan kurikulum yang universal, terancang mantap dan relevan dengan perkembangan semasa. Menurut Ornstein & Hunkins (2004), kurikulummerupakan suatu dokumen perancangan. Dalam hal ini, guru berperanan dalam menterjemahkan kandungan kurikulum tersebut (Marsh, 2007). Pokoknya, kurikulum merupakan landasan yang terbaik untuk melatih murid ke arah perkembangan holistik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2003). PENGENALAN


Kurikulum yang dipelajari merujuk kepada kurikulum yang diterima oleh murid di dalam bilik darjah. Di Malaysia, kurikulum pendidikan adalah dibuat berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan negara (Bakar & Ikhsan, 2003 & 2008); Kamaruddin, 1994). Beralih daripada itu, kedua-dua program tersebut juga memiliki kurikulumnya tersendiri sebagai panduan pelaksanaan. Dalam perkara ini, program TASKA dilaksana berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara manakala Prasekolah KPM, Tadika, atau Tabika dilaksanakan merujuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Tambahan pula, kedua-dua kurikulum ini juga memiliki perkaitan yang berkembang mengikut tahap umur kanak-kanak itu tersendiri. PENGENALAN


L A T A R B E L A K A N G L A T A R B E L A K A N G


Kurikulum PERMATA memfokuskan pendidikan dan pengasuhan lengkap dan pelaksanaannya telah dimulakan pada 2007 di lima buah Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum ini telah diuji rintis selama 16 bulan, dan hasilnya menunjukkan bahawa peningkatan perkembangan kanakkanak sangat memberangsangkan. Kemudian, Jemaah Menteri Malaysia telah mengarahkan supaya kurikulum PERMATA diperluaskan di semua TASKA di bawah agensi kerajaan dan badan berkanun kerajaan (2008). Mulai 2009, pihak yang berkenaan telah menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara iaitu KEMAS, JPNIN, TASKA komuniti dan sebagainya. Pada akhirnya, hal penyelidikan yang dibentangkan pada 2011, menunjukkan keberjayaan oleh pihat pelaksana tersebut (Aminah, 2011). LATAR BELAKANG


Kurikulum KSPK ataupun prasekolah pula memfokuskan pendidikan secara holistik kanak-kanak sebelum masuk ke alam persekolahan formal. KSPK semakan 2017 merupakan kurikulum yang diperbaharui oleh KPM sebagai panduan guru dan pihak yang berkaitan. Tambahan pula, ianya akan sentiasa berubah mengikut masa dan keperluan pendidikan prasekolah. Di dalam kurikulum ini, terdapat beberapa kesinambungan garis panduan daripada PERMATA. Antaranya ialah rukun negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, objektif, model konseptual dan banyak lagi. LATAR BELAKANG


M A T L A M A T


Matlamat kurikulum PERMATA lebih kepada mengembangkan kemahiran dan peribadi kanak-kanak yang terbaik supaya lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan formal. Matlamat PERMATA adalah untuk menyediakan program asuhan dan didikan yang bersepadu untuk kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Selain itu, matlamatnya juga adalah untuk menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya hidup sihat. mat lamat PERMATA & kspk


Dari sudut lain, matlamat PERMATA itu telah memperluaskan kurikulum KSPK dengan memperkembangkan lagi potensi murid 4-6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Matlamat adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pelajaran seterusnya. mat lamat PERMATA & kspk


K E R A N G K A K O N S E P T U A L K E R A N G K A K O N S E P T U A L


Kerangka konseptual dibina berdasarkan kerangka teori yang digunakan dalam pelaksanaan sesuatu kajian. Menurut Khalid (2003), kerangka konseptual melibatkan pertalian antara teori, model yang menunjukkan fokus sesuatu kurikulum. Model konseptual kurikulum PERMATA melibatkan penggabungan komponen pengasuhan dan pendidikan dalam persekitaran serta sistem yang mengupayakan perkembangan kanak-kanak secara maksimum. Umumnya, PERMATA ini dibina berasaskan enam bidang termasuklah perkembangan sahsiah, sosioemosi, dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan awal literasi, perkembangan awal matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia, perkembangan fizikal dan psikomotor dan akhir sekali adalah perkembangan kreativiti dan estetika. Pengasuhan dan pendidikan yang dimaksudkan adalah keselamatan kanak-kanak, pemakanan seimbang, amalan pengasuhan serta penjagaan dan latihan urus diri. KERANGKA KONSEPTUAL PERMATA & KSPK KERANGKA KONSEPTUAL PERMATA & KSPK


Di sebalik itu, kerangka konseptual KSPK telah melanjutkan kerangka PERMATA melalui enam tunjang asas prasekolah yang diperluaskan lagi termasuklah komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika serta terakhir sekali adalah sains dan teknologi. Kesemua tunjang ini merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang menghayati nilainilai murni berasaskan keagamaan, berpengetahuan berketerampilan, berpikiran kristis dan juga inovatif. KERANGKA KONSEPTUAL PERMATA & KSPK KERANGKA KONSEPTUAL PERMATA & KSPK


B I D A N G / T U N J A N G


Sebelum ini, telah dinyatakan enam bidang PERMATA dan enam tunjang KSPK. Kedua-dua bidang dan tunjang ini mempunyai kesamaan tetapi tunjang KSPK memiliki tahap yang lebih tinngi dalam aspek perkembangannya. Dalam PERMATA, terdapat enam bidang berserta penjelasan setiapnya. Salah satunya adalah perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian. Kurikurikulum PERMATA amatlah menekankan pembinaan aspek kerohanian yang kukuh dalam jiwa kanak-kanak agar mereka hidup sebagai manusia yang beriman, berpandu ke arah kebaikan dan amalan bersih, jujur, serta amanah. Selain itu, bidang ini juga memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan kemahiran-kemahiran seperti sosial, interpersonal, dan kerohanian kanak-kanak. Di samping memberi prihatin dalam membina emosi yang terkawal, tenang dan berdisiplin. Contohnya, melayani kanak-kanak dengan penuh kasih sayang, hormati perasaan mereka dan sebagainya. Kanak-kanak pada peringkat satu hingga empat tahun ini sudah boleh untuk mendidik mereka dengan nilai agama mahupun moral. Misalnya, mengajar untuk membaca doa yang mudah sebelum makan ataupun tidur. bidang/tunjang permata & kspk


Manakala, KSPK juga memiliki tunjang seumpayanya yang berkesinambungan daripada PERMATA iaitu tunjang kerohanian, sikap dan nilai tetapi lebih meluas. Tunjang ini lebih menekankan aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai di mana kanak-kanak di prasekolah akan mula didedahkan dengan pendidikan agama Islam (PAI) untuk mereka yang muslim dan pendidikan moral (PM) untuk yang bukan muslim. Standard pembelajaran juga telah ditingkatkan berbanding pendidikan TASKA yang lebih asas. Dalam aktiviti pembelajaran PAI, murid akan menguasai asas Al-Quran dan jawi, pembentukan akidah, pemupukan asas ibadah, penyuburan adab dan akhlak serta pengenalan kepada sirah. Sementara itu, PM juga berkembang pembentukan sahsiah (PERMATA) kepada pembentukan insan berakhlak mulia yang berteraskan tiga domain iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. bidang/tunjang permata & kspk


R U M U S A N


Secara keseluruhannya, kurikulum PERMATA dan KSPK adalah kurikulum yang penting dalam memastikan kanak-kanak terutamanya di Malaysia ini mendapat pendidikan yang berkualiti. Lagipula, kedua-kedua kurikulum tersebut telah menyentuh perkembangan secara holistik kanak-kanak dalam pelbagai aspek seperti perkembangan sahsiah, sosioemosi, kerohanian dan sebagainya. Walaupun terdapat perbezaan penekanan dalam tunjang dan bidang, namun kedua-dua ini mempunyai kesinambungan pembelajaran yang agak jelas. Contohnya, dalam aspek pembangunan kerohanian dan sahsiah di mana ianya meliputi skop kecil di PERMATA kemudian beranjak kepada skop yang lebih besar di peringkat KSPK. Kesimpulannya, tidak dinafikan lagi kedua-dua kurikulum ini mempunyai perkaitan dengan tujuan yang sama iaitu memberi pengalaman pendidikan awal sebelum memasuki ke tahap yang lebih formal. rumusan


rujukan 1.BUKU Universiti Putra Malaysia. (2013). Kursu Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara. Armnet Integrated Sdn Bhd. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pts Publications & Distributor Sdn. Bhd. Azizah Lebai Nordin & Zainul Ishak. (1999). Pendidikan Pra sekolah untuk Guru. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 2.BAHAN DARIPADA KERAJAAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016, April). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. https://anyflip.com/japld/fvtj/basic 3.SUMBER ELEKTRONIK (WEB PAGE) Hayyu Mawaddah. (2015, August 24). Kurikulum PERMATA Negara. https://www.scribd.com/document/398855457/Model-Konseptual-Prmata 4.TERBITAN BERKALA (ARTIKEL JURNAL) Suffian Jalet & Jamal Nordin. (2021). Pembinaan Kerangka Konseptual Kajian Mengenai Hubungan Amalan Kepimpinan Distributif dan Organisasi Pembelajaran terhadap Prestasi Kerja Guru. Management Research Journal, 10,108-122. 5. SUMBER ELEKTRONIK (ARTIKEL JURNAL ELEKTRONIK) Datu Raiman Datu Kauman, Nancy Loo Kason & Dayang Mayang Awang Abas. (2012). Pelaksanaan Kurikulum PERMATA: Satu Kajian Kes di Taska PERMATA Kemas Kg Batu Putih, Sandakan. Jurnal Penyelidikan Kent. https://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/1.pdf Mohd Nazri Abdul Rahman & Wan Nurul Baizura Wan Mohamad Noor. (2018). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017: Betrospeksi Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/12325


kasih ! Terima


Click to View FlipBook Version