BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM LANDSKAP/ LE-010-1 ATENDAN LANSKAP
PROGRAM’S CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER 1 ( SEMESTER 1 )
LEVEL AND SEMESTER
KOD DAN TAJUK KURSUS GLK 1043 : PENYELENGGARAAN LANDSKAP LEMBUT
CODE AND COURSE TITLE 05 CARRY OUT SOFT LANDSCAPE MAINTENANCE
ACTIVITIES
NO. DAN TAJUK TASK
NO. AND TASK TITLE 05.01 PERFORM WATERING WORKS
NO. KOD 05.02 PERFORM WEED CONTROL WORKS
CODE NO. 05.03 PERFORM THINNING OUT WORKS
TAJUK : 05.04 PERFORM SOIL AERATION WORKS
05.05 PERFORM FERTILISING WORKS
05.06 PERFORM GRASS CUTTING WORKS
05.07 PERFORM TOP DRESSING WORKS
05.08 PERFORM PLANT CONDITIONING WORKS
05.09 PERFORM PLANT REPLACEMENT WORKS
Muka Surat / Page : 1
LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Drp / of : 19
MELAKSANAKAN KERJA PEMBAJAAN
TUJUAN:
Tujuan penerangan ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar
berkenaan aktiviti pelaksanaan pembajaan. Pelajar dikehendaki memahami
penerangan yang diberikan dengan sempurna.
OBJEKTIF:
1. Mendapatkan bahan baja
2. Melaksanakan kerja pembajaan
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 2
Drpd/of : 19
3. Melapor kepada pegawai penilai
KAEDAH PEMBAJAAN
Alur Poket Taburan Semburan Daun /
Foliar
•baja jenis pepejal •lubang poket •baja ditabur
yang diletak digali di hujung sekata diatas •larutan baja yang
dalam alur di kiri kanopi pokok permukaan tanah telah disukat
kanan biji benih •baja diletak dalam •kemudia digaul dengan betul akan
•boleh juga diletak poket dan dengan tanah dan disembur pada
dalam jalur 4-5 cm ditimbus semula diletakkan di permukaan daun
dalam sisi barisan sekeliling pokok pokok
pokok
TABURAN
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 3
Drpd/of : 19
ALUR
POKET
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 4
Drpd/of : 19
SEMBURAN DAUN /
FOLIAR
MENDAPATKAN BAHAN BAJA
PERINGKAT PERTUMBUHAN POKOK dan JENIS BAJA
Pertumbuhan pokok pada umumnya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
seperti berikut :
a) Peringkat pemulihan dan pembesaran anak pokok dalam polibeg atau
pasu kecil : Pada peringkat ini akar baru terbentuk dan baja yang
bersesuaian harus diberikan apabila anak benih telah stabil (pengeluaran
pucuk baru). Jenis baja organik seperti Complehumus 8:8:8:3 Mgo + TE.
b) Peringkat tumbesaran vegetatif : Pada peringkat ini, pertumbuhan
pucuk telah banyak dan akar membesar dengan cepat. Pokok sangat
memerlukan nutrien seperti N, P, K, Ca dan Mg. Contoh baja ialah Baja
NPK 15 : 15 : 15 dan Baja sebatian lengkap.
c) Peringkat penghasilan bunga dan buah : Pada peringkat ini, pokok sudah
matang dan sedia berbunga dan menghasilkan buah. Bagi pengeluaran
buah , pokok memerlukan nutrien K yang tinggi. Maka baja formulasi
mengandungi K yang tinggi sangat baik. Baja NPK 12 : 12 : 12 : 2TE
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 5
JENIS BAJA Drpd/of : 19
a) Baja organik atau baja asli
i. berasal dari tumbuhan atau binatang seperti tahi ayam, tahi
lembu, serbuk udang, sisa kilang kelapa sawit, Palm Oil Mile
Efflunent (POME) dan tandan kelapa sawit kosong.
b) Baja bukan organik
i. berasal dari logam galian atau hasil proses kimia terbahagi
kepada 3 jenis iaitu baja tunggal, baja sebatian dan baja
campuran.
ii. Contoh baja sebatian seperti NPK Hijau (15:15:15), NPK Biru
(12:12:17:2)
JENIS BENTUK BAJA
a) BUTIR:
Baja ini merupakan jenis atau bentuk yang paling biasa
digunakan.kebanyakkan baja lengkap terdapat dalam bentuk butir.
Contoh baja butir ialah baja NPK.
b) BAJA CECAIR:
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 6
Drpd/of : 19
Baja cecair dibuat daripada bahan yang mudah larut didalam air. Baja jenis ini
biasanya dibekalkan dalam keadaan pekat dan perlu dicampurkan dengan air
pada kadar sukatan diperlukan sebelum digunakan.
Kebaikan:
Unsur-unsur dalam baja cecair amat cepat diambil oleh
tumbuhan.
Unsur-unsur dalam baja cecair tidak dipegang oleh tanah.
Baja cecair boleh digunakan bersama-sama dengan racun kulat
sewaktu menyiram.
Ada juga baja cecair yang tidak perlu dicampurkan dengan air. Baja cecair
disiram atau disemburkan pada daun-daun tumbuhan. Dengan cara ini unsur
nutrient dalam baja cecair akan diserap oleh tumbuhan melalui stoma daun
untuk dibentuk menjadi makanan.
Contoh: Bayfolam
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 7
Drpd/of : 19
c) BAJA HABLUR
Baja jenis ini perlu dilarutkan didalam air terlebih dahulu sebelum digunakan.
Ia diperbuat dari bahan-bahan baja yang mudah larut didalam air. Setelah
dilarutkan baja ini boleh disembur kepada daun tumbuhan.
d) BAJA DEBU
Terdapat juga baja yang dibuat dalam bentuk debu atau serbuk. Baja ini
boleh ditabur ke atas tanah ataupun digaulkan dengan medium tanaman.
Walaubagaimanapun baja jenis ini mudah diterbangkan oleh angina kuat
sewaktu proses menabur.
Contoh: Malameal (Nitrogen, Fosforus dan Kalium) dan Gromeal.
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 8
Drpd/of : 19
e) BAJA YANG DIBEBASKAN SECARA PERLAHAN-LAHAN/ pelet
Pada masa ini terdapat beberapa jenis baja yang dibuat khas supaya unsur-
unsur nutrien didalamnya dibebaskan kepada tumbuhan dengan perlahan-
lahan.
Contoh: Osmocote dan Agrosoke.
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 9
Drpd/of : 19
MELAKSANAKAN KERJA PEMBAJAAN
JENIS BAJA DAN KADAR PENGGUNAAN
a) Tanaman hiasan terbahagi kepada dua jenis iaitu tanaman di dalam pasu
dan atas tanah. Baja yang sesuai digunakan untuk tanaman hiasan
adalah baja kimia dan baja organik.
b) Selepas 2 bulan ditanam, pokok ditabur baja berunsur nitrogen (N). Baja
nitrogen diberi 3-4 bulan sekali atau jika pokok memerlukan (tidak perlu
dibaja jika pokok kelihatan sihat).
c) Selepas 6 bulan pokok ditanam, tabur baja mengandungi unsur fosforus
(P) dan kalium (K) untuk menggalakkan pokok mengeluarkan bunga.
Sebagai permulaan letak 10 g NPK Hijau dicampur 10 g TSP atau 10 g
Malameal kepada pokok bunga kertas di dalam pasu sebulan sekali
manakala pokok yang ditanam di atas tanah gunakan 100 g NPK 3 bulan
sekali. .
d) Baja organik perlu digaulkan di dalam tanah untuk mengemburkan tanah
2-4 kali setahun mengikut jenis tanaman dan keadaan tanah dengan
kadar 26 kg bagi 1 meter persegi.
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 10
Drpd/of : 19
e) Berikut merupakan contoh jadual kadar pembajaan bagi pokok hiasan
Jadual 1: Cadangan kadar pembajaan
JENIS KADAR BAJA KADAR PUSINGAN CONTOH CARA MEMBAJA
POKOK KIMIA BAJA (Setahun) BAJA LAIN
ORGANIK
YANG
BOLEH
DIGUNAKAN
Teduhan 1 kg untuk batang 2.5 10-20 kg 2 kali NPK 15:15:15 Poket/
cm garis pusat dan Alur/
ditambah ½ kg setiap Semburan/Siraman/
tahun hingga tahun Tabur
ke enam
Renek 120 gm/tahun 5 kg 2 kali NPK 15:15:15 Tabur/
Semburan/Siraman
Pagaran 25 gm/meter/tahun 5 kg 2 kali NPK 15:15:15 Tabur/
Alur
Pasuan 30 gm setiap pasu - NPK 15:15:15 Tabur/
Semburan/Siraman
BAJA
ORGANIK
7:10:4.8
Penutup 40 kg/100m2/tahun - 3-4 kali NPK 15:15:15 Tabur/
bumi Semburan/Siraman
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 11
Drpd/of : 19
KAEDAH PEMBAJAAN
a) Tanaman hiasan
i. Cara pembajaan sangat penting kerana pokok akan melecur jika
baja terkena pada daun atau bahagian pokok.
ii. Jika terkena, segera bilas dengan air. Jika menggunakan baja
cecair, eloklah dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat
sekaligus.
iii. Pastikan baja, racun serangga dan racun kulat itu adalah jenis
yang boleh dicampur dan tidak membahayakan pokok.
iv. Waktu paling sesuai untuk membaja ialah pada waktu pagi kerana
tanah masih dalam keadaan lembab yang membolehkan baja itu cepat
meresap ke dalam tanah.
v. Pokok perlu disiram selepas dibaja terutama di musim kemarau.
Bagi tanaman hiasan dan rumput hiasan pembajaan boleh dilakukan dengan
cara poket, alur, semburan/siraman dan tabur.
vi. Lakukan kerja merumpai dengan membuang rumpai disekeliling
pokok sebelum membaja. Pembajaan sebaik – baiknya juga dilakukan
selepas pokok dipangkas dengan membuang dahan mati, dahan rosak atau
dahan yang diserang penyakit.
b) Tanaman rumput hiasan
i. Baja yang digunakan ialah NPK Hijau atau urea. Pembajaan
dilakukan enam kali setahun dengan kadar 3.5 - 4.0 kg bagi setiap 100 meter
persegi.
ii. Baja nitrogen boleh ditambah untuk meningkatkan pertumbuhan
dan menghijaukan daun. Rumput jenis halus seperti Seranggoon dan Tif
dwarf memerlukan baja nitrogen yang lebih iaitu antara 4.0 - 4.5 kg bagi
setiap 100 meter persegi setahun.
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 12
Drpd/of : 19
iii. Baja ini elok diberi pada setiap bulan atau empat kali setahun
selepas rumput dipotong. Pembajaan dibuat dengan cara tabur, siram atau
guna alat jentera.
iv. Apabila membaja rumput, tentukan baja ditabur sama rata dan
tidak berlonggok. Jangan membaja berlebihan kerana ia akan mengakibatkan
daun rumput melecuh.
v. Menggunakan kaedah siraman baja urea ke atas rumput juga
boleh dilakukan.
LANGKAH KERJA PEMBAJAAN
KAEDAH JENIS LANGKAH KERJA
PEMBAJAAN POKOK
a. Sukat baja menggunakan penimbang
b. Masukkan baja yang telah ditimbang ke
dalam badli
Poket Teduhan
c. Korek tanah di empat penjuru pokok
dengan menggunakan cangkul. Seperti
dalam rajah.
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 13
Drpd/of : 19
d. Masukkan baja dengan kuantiti yang
sama ke dalam setiap lubang yang telah
dikorek.
e. Kambus semula lubang dan padatkan
lubang.
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 14
Drpd/of : 19
f. Siram pokok lepas membaja.
a) Sukat baja menggunakan penimbang
Alur Teduhan b) Masukkan baja yang telah ditimbang ke
Pagaran dalam badli
c) Buat alur di tepi barisan pokok
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 15
Drpd/of : 19
menggunakan cangkul. Jarak alur dengan
pokok ialah 1 - 2 meter
d) Tabur baja dalam alur.
e) Tutup alur dengan tanah menggunakan
cangkul.
f) Siram pokok selepas membaja
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 16
Drpd/of : 19
a) Sukat baja menggunakan penimbang
Teduhan b) Masukkan baja yang telah ditimbang ke
dalam badli
Renek
Pagaran
Tabur Pokok
dalam pasu
Penutup c) Gembur tanah disekeliling pokok
bumi menggunakan serampang tiga mata
d) Tabur baja di sekeliling pokok 15 - 50 cm
dari pangkal pokok.
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 17
Drpd/of : 19
e) Siram pokok selepas membaj
Siraman / a) Isi air ke dalam tong penyiram atau tong
Semburan penyembur
Renek
Pokok
dalam pasu
Penutup
bumi
b) Sukat baja dengan menggunakan alat
penimbang
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 18
Drpd/of : 19
c) Masukkan baja ke dalam tong penyiram
d) Bancuh baja dengan air dengan
menggunakan kayu pengacau sehingga
larut
e) Siram atau sembur pada permukaan
rumput/daun pokok dengan sekata
NO. KOD / CODE NUM. LE-010-1/GLK1043/P(10/20) Muka / Page : 19
Drpd/of : 19
LAPOR KEPADA PENYELIA
MAKLUMAT PELAPORAN
- Rujuk pada borang work order yang telah diberikan.
PROSEDUR PELAPORAN
- Mendapatkan pengesahan work order dari penyelia setelah kerja
telah diselesaikan.