KPS 3014 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
TOPIK 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
INTERAKSI & PEMBELAJARAN ? Menurut Kamus Dewan danPustaka interaksi merupakanperhubunganatau tindakanaktif antara satusama lain ataupuntindak balas antara dua pihak ataulebih. Bagipembelajaranpula ianya didefinisikansebagaipengetahuan, penguasaankemahiran dantabiah, perolehan maklumat sertapembentukan sikap dankepercayaan.
TEORI INTERAKSIONISME Teori ini dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Bentuk simbol diperolehi daripada makna simbolik. Contohnyaperlakuan, objek, bahasa danperkataan.Selainitu,cara individu membentuk dan dibentuk olehinteraksi dengan oranglain dapat dinilai dalam interaksi simbolik
INTERAKSIONISME DALAM PENDIDIKAN Teori ini memberi tumpuan penuh kepada interksi murid,guru dan pihak pentadbir di sekolah dan melihat pendidikan dari pandangan individu (mikro). Selain itu, teori ini memberi penekanan terhadap interaksi murid apabila berdepan dengan guru,jenisjenis kesalahan yang sering dilakukan serta hubungan antara murid,guru dan pihak berkenaan di sekolah. Selain itu juga teori ini hanya berkaitan apa yang berlaku di sekolah sahaja tanpa mengaitkan dengan sesuatu dalam kalangan masyarakat.
JENIS-JENIS INTERAKSI INTERAKSI SEHALA INTERAKSI DUA HALA INTERAKSI KUMPULAN
INTERAKSI SEHALA Merupakan pembelajaran berpusatkan guru Interaksi ini juga merupakan kaedah cara lama iaitu demonstrasi,bercerita dan syarahan. Selain itu, pelajar tidak berkesempatan untuk berinteraksi dengan pelajar lain yang akan mempengaruhi perkembangan pemikiran pelajar. Selain itu juga,interaksi ini melibatkan gaya kepimpinan autokratik dan ianya kurang berkesan sekiranya diamalkan dalam proses pembelajaran. Hal ini menyebabkan murid jarang berkomunikasi dengan guru atau rakan yang lain. Interaksi ini sesuai untuk digunakan semasa taklimat atau fakta penting kepada murid.
INTERAKSI DUA HALA Interaksi dua hala berlaku antara guru dengan pelajar dilakukan seperti guru bertanya pelajar menjawab ataupun sebaliknya manakala interaksi antara rakan yang lain tidak berlaku. Melalui interaksi ini juga murid boleh bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru dan guru juga boleh memberikan sesuatu ganjaran untuk menggalakkan penglibatan murid. Hal ini kerana melalui interaksi ini yang tiada penglibatan interaksi antara murid-murid ,ianya akan menyebabkan pelajar mudah menjadi bosan dan rimas.
INTERAKSI KUMPULAN Interaksi ini melibatkan gaya kepimpinan secara demokratik. Interaksi ini juga merupakan beberapa kumpulan kecil yang dibentuk dalam satu kumpulan besar. Selain itu, interaksi ini melibatkan interaksi aktif yang berlaku antara gurumurid dan murid-murid lain serta guru dijadikan sebagai fasilitator. Interaksi ini juga melahirkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti saling hormatmenghormati, kerjasama, toleransi, bertukar pendapat dan bekerjasama antara satu sama lain. Interaksi ini sering digunakan dalam projek, amali, dan pembentangan.