TUGASAN SEJARAH
TINGKATAN 2
Nama Murid : Auni Filza Binti Mohd Noor
070810-02-0294
No. Kad Pengenalan :
2A4
Angka Giliran : Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai pusat
perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang. Benarkah Johor
Tingkatan : merupakan pusat perdagangan dan Pelabuhan Entrepot?
Pernyataan Masalah :
Dimensi Pentaksiran Tahap Penguasaan Skor
Mengumpul maklumat
Merancang
Mengaplikasi
Membuat Refleksi
Berkomunikasi
Etika dan Kerohanian
KESELURUHAN
PERAKUAN MURID
Saya mengakui bahawa tugasan ini adalah kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik dan
gambar yang dunyatakan sumbernya.
Tandatangan : …Auni……………………
PERAKUAN GURU PENGESAHAN GKMP
Tandatangan :…………………………… Tanadatangan :…………………………….
Nama :……………………………………. Nama : ……………………………………..
Tarikh : …………………………………… Tarikh : …………………………………….
ISI KANDUNGAN HALAMAN
BIL PERKARA 2
1 Jadual Kerja 3
2 Pernyataan Masalah 3-4
3 Kajian Literatur
4
4 Objektif Kajian
4-5
5 Kaedah Kajian
5
6 Analisis Data 6
7 Kesimpulan 7
8 Sumber Rujukan 8-9
9 Lampiran
1
JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN KES TARIKH
21/9/21
BIL PERKARA 22/9/21
1 Menerima tugasan
2 Menentukan tajuk kajian dan mencari maklumat
yang berkaitan.
3 Membuat temubual atas talian
4 Menyusun maklumat
5 Menganalisis maklumat 23/9/21
6 Melengkapkan kajian kes 26/9/21
2
TEMA : WARISAN NEGARA
TAJUK : KESULTANAN JOHOR RIAU
1.0 Pernyataan Masalah
Pada abad ke -16 dan ke-17, Johor-Riau muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi
tumpuan pedagang. Sejauh manakah Johor-Riau menjadi pusat perdagangan dan Pelabuhan
Entrepot yang masyhur?
2.0 Kajian Literatur
Kerajaan Johor muncul setelah kerajaan Melaka mengalami keruntuhan akibat daripada
kekalahan Melaka terhadap Portugis. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti telah
menyumbang kepada kemunculan kerajaan Johor. Antaranya adalah kepesatan yang berlaku
dalam aktiviti perdagangan di Johor. Kedudukan Kerajaan Johor adalah di tengah-tengah laluan
perdagangan dan terdapat banyak kapal-kapal yang singgah di pelabuhan yang terdapat di
wilayah kerajaan Johor (Nabilah Nizar, 2020).
Menurut Ahmad Jelani Halimi (2008), kedudukan Johor yang strategik, dapat dilihat
dengan jelas iaitu kedudukan pelabuhan di sepanjang sungai Johor terletak di tengah-tengah
laluan perdagangan Timur dan Barat. Kedudukannya yang strategik ini membolehkan Johor
mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur. Selain itu, sungai Johor merupakan
tempat pertembungan angin monsun dan terlindung daripada angin kencang. Seterusnya Suffian
Mansor, Mardiana Nordin, Ahmad Salehee Abdul dan Ishak Saidoo (2017), berpendapat bahawa
kesan kemasukan Bugis turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi kerajaan Johor dan
kekuatan perdagangan telah berjaya dibina oleh orang Melayu yang diperkukuhkan lagi dengan
kehadiran Bugis. Pedagang Bugis terkenal dengan kepandaian mereka berdagang menyelusuri
perairan Laut Sulu, Laut Cina Selatan, Laut Jawa dan juga Selat Melaka yang telah menghasilkan
medan perdagangan dan jaringan perdagangan yang amat menguntungkan sekali. Selain itu,
Bugis juga mahir dalam urusan perniagaan. Rakyat Johor menguasahakan tanaman gambir yang
3
pada ketika itu mempunyai nilai permintaan yang tinggi. Perkembangan ekonomi Johor ini
berjaya menjadikan Johor sebagai tumpuan saudagar-saudagar dari luar datang untuk berniaga
(Eliza Gusmeri, 2021).
3.0 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
a. Mengenali dan memahami tentang kemajuan Johor sebagai pusat perdagangan
dan pelabuhan entrepot.
b. Mengkaji sebab kenapa tanaman rempah ratus menjadi permintaan tertinggi
Persoalan Kajian
a. Apakah faktor mendorong kemajuan Johor sebagai pusat perdagangan
dan pelabuhan entrepot?
b. Mengapa permintaan hasil rempah ratus tinggi?
4.0 Kaedah Kajian
Pengkaji telah mengenal pasti beberapa kaedah yang bersesuaian dengan kajian iaitu secara
temubual, bacaan dan juga pemerhatian daripada pelbagai sumber. Ini adalah bagi mencari dan
mengumpul data untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik daripada
sumber yang berkaitan.
Pengkaji telah menemu bual seorang pakar sejarah dan juga menggunakan kemudahan
ICT yang terdapat untuk melayari laman sesawang bagi mengumpul bahan yang dikaji malah
turut memuat turun bahan yang terdapat untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Disamping itu
pengkaji turut mendapatkan bimbingan daripada guru sejarah dalam mendapatkan bahan yang
diperlukan.
4
Pencarian maklumat melalui sesawang dan bahan bacaan di perpustakaan juga buku
teks turut dilakukan bagi membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Ini adalah kerana bahan
bacaan yang mempunyai peta, gambarajah serta ilustrasi gambar yang menarik dapat memberi
kefahaman yang mendalam kepada pengkaji. Seterusnya buku teks juga menjadi bahan utama
yang dirujuk.
5.0 Analisis Data
Berdasarkan temubual, beberapa maklumat telah diperolehi oleh pengkaji. Antaranya diketahui
rempah adalah hasil tanaman yang berbau wangi yang tumbuh subur di alam melayu. Ia
digunakan untuk industri makanan seperti mengawet makanan dan mendapat permintaan tinggi
daripada penduduk arab, eropah, india, parsi, cina dan afrika. Rempah amat diperlukan untuk
hadapi musim sejuk dan juga sebagai penyedap makanan. Perdagangan rempah amat
menguntungkan dan memberi keuntungan kepada pedagang.
Hasil pencarian di sesawang pula didapati bahawa kemunculan revolusi industri di Leeds,
London 1800an telah meningkatkan lagi permintaan rempah terutama untuk industri mengetin.
Permintaan tinggi ini, memberi kesan kuasa barat berlumba ke Timur yang berakhir dengan
penjajahan.
Berdasarkan maklumat diperolehi jelas menunjukkan bahawa Pelabuhan Johor-Riau
sangat berperanan sebagai pusat pertukaran barang (entreport) yang terkenal pada abad ke -
16 dan ke-17. Kesibukan Pelabuhan sehingga terkumpul sebanyak 500 hingga 600 buah kapal
dagang daripada Siam, Portugis, Inggeris dan lain-lain lagi jelas menunjukkan bahawa
pelabuhan ini sangat masyur.
5
6.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, Pelabuhan Johor-Riau pada abad ke-16 dan ke -17 digambarkan
sebagai sebuah pelabuhan entrepot antarbangsa iaitu sebuah pelabuhan yang menjadi penyalur
komoditi dagang antarbangsa yang lengkap. Ia mengendalikan dan mengatur keluar masuk
barang perniagaan. Situasi pelabuhan ketika itu menyerupai pelabuhan Negeri Melaka lebih dari
seratus tahun sebelumnya. Meskipun tidak menjadi pengeluar, namun mampu menyediakan
rempah ratus dan berbagai jenis bahan dagangan. Pelabuhan Johor Riau di Bumi Melayu pada
ketika itu mampu tampil menjadi tempat berkumpulnya kapal-kapal dagang yang datang dari
pelbagai pelusuk dunia.
6
7.0 Sumber Rujukan
Ahmad Jelani Halimi, (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Hlmn 339.
Eliza Gusmeri. (2021). Kejayaan Pelabuhan Negeri Riau Abad ke 17, Ini Bukti-bukti Sejarahnya
Di capaian: https://batam.suara.com/read/2021/09/21
Nabilah Nizar, (2020). Kerajaan Johor Riau Sejarah Malaysia. Di capaian:
https://www.academia.edu/16915470/kerajaan_johor_riau_sejarah_malaysia_
Suffian Mansor, Mardiana Nordin, Ahmad Salehee Abdul & Iskah Saidoo, (2017) : Buku Teks
Sejarah Tingkatan 2. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur
7
LAMPIRAN
Lokasi Johor Riau
Suasana Pelabuhan Johor Riau kurun ke-16 dan ke-17
8
REMPAH RATUS
Lada hitam
9