LANGIT HENDAK
RUNTUH
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Pada suatu hari, Sang Kancil keluar
mencari makanan. Semasa sedang
asyik mencari makanan, Sang Kancil
tidak ternampak sebuah lubang yang
sangat besar dan dalam.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
1
Sang Kancil terjatuh di dalam
lubang itu.
“Tolong! Tolong!” Sang Kancil
menjerit minta tolong. Tetapi tiada
siapa mendengar suaranya.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
2
Tidak lama kemudian, hari
hendak hujan. Awan gelap
bertompok-tompok. Sekali-sekala,
terdengar bunyi guruh.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
3
“Kalau hujan lebat turun, lubang
ini akan dipenuhi air. Aku akan mati
lemas di dalam lubang ini,” kata
Sang Kancil dalam hatinya.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
4
Tiba-tiba Sang Kancil terdengar
bunyi tapak kaki haiwan berlari. Sang
Kancil tahu itu ialah Sang Gajah.
“Wahai Sang Gajah! Wahai Sang
Gajah!” Sang Kancil melaung.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
5
Sang Gajah menghampiri lubang itu.
“Engkau terjatuh di dalam lubang
ini?” tanya Sang Gajah.
“Aku sedang bersembunyi. Langit
hendak runtuh,” jawab Sang Kancil.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
6
Sang Gajah mendongak. Sang Gajah
lihat awan semakin gelap. Guruh
berbunyi. Sang Gajah berasa sangat
takut. Sang Gajah percaya langit
hendak runtuh.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
7
Apalagi! Sang Gajah pun terus
terjun ke dalam lubang besar itu.
Sang Gajah juga mahu
bersembunyi.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
8
Sang Kancil pun terus berkata,
“Sekarang cubalah engkau angkat
aku ke atas. Aku hendak tengok,
langit sudah runtuh atau belum.”
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
9
Sang Gajah mengangkat Sang
Kancil.
Sang Kancil terselamat.
“Ha! Ha! Ha!” Sang Kancil
tertawa.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
10
“Sebenarnya awan itu gelap
kerana hendak hujan. Langit tidak
pernah runtuh,” ujar Sang Kancil lagi.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
11
Sang Gajah berasa malu. Sang
Gajah sudah tertipu oleh Sang Kancil
yang cerdik itu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
12